Belanjawan Negara_09

  • Uploaded by: tahapaapatah
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Belanjawan Negara_09 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,759
  • Pages: 53
BELANJAWAN 2009 



dibentangkan oleh YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia pada 29 Ogos 2008 Kerajaan Prihatin   

FOKUS UTAMA  



Menjamin Kesejahteraan Rakyat; Membangunkan Modal Insan Berkualiti; dan Memperkukuhkan Daya Tahan Negara.

Perbelanjaan Kerajaan ditumpukan kepada: 

membina kapasiti untuk menyokong pertumbuhan ekonomi yang lebih kesan melalui penyediaan infrastruktur, kemudahan awam, pendidikan, dan perkhidmatan sosial, termasuk kesihatan serta kebajikan rakyat

BELANJAWAN NEGARA     

Definasi Peranan Komponen-komponen Sistem Belanjawan Diubahsuai Belanjawan 2009

DEFINASI BELANJAWAN NEGARA 

Satu pernyataan hasil dan perbelanjaan bagi masa hadapan yang digunakan sebagai alat perancangan dan pengurusan sumber-sumber ekonomi negara untuk memenuhi keperluan rakyat.

PERANAN BELANJAWAN Belanjawan sebagai Alat Dasar fiskal

Belanjawan sebagai Alat Pengurusan

1.

BELANJAWAN SEBAGAI ALAT DASAR FISKAL •

untuk capai matlamat pembangunan ekonomi melalui pengurusan perbelanjaan dan dasar percukaian yang cekap ("tax and spend" policy - stimulate the economy directly, through spending)



Alat untuk memenuhi tiga fungsi  Fungsi Peruntukan  Fungsi Agihan  Fungsi Penstabilan

FUNGSI PERUNTUKAN Kerajaan menyediakan kemudahankemudahan infrastruktur dan perkhidmatan:  Sekolah  Klinik  jalan raya  hospital

FUNGSI AGIHAN •





Mengagih hasil dan perbelanjaan negara secara adil mengikut keperluan Di antara langkah-langkah pengagihan ialah rawatan percuma, kemudahan pendidikan, skim pinjaman buku teks, pemberian subsidi, rancangan pembangunan rakyat termiskin Mengurangkan jurang ekonomi di antara rakyat yang berada dan yang miskin

FUNGSI PENSTABILAN Menstabilkan ekonomi negara melalui: • Pengawalan kenaikan harga • Pengurangan pengangguran • Peningkatan gunatenaga • Meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi

2. BELANJAWAN SEBAGAI ALAT PENGURUSAN Digunakan sebagai:  alat mengurus sumber kewangan  dokumen kawalan belanjawan  Alat mengukur prestasi

ALAT MENGURUS KEWANGAN 

mempastikan peruntukan yang diluluskan dibelanjakan mengikut perancangan dan tiada berlaku penyelewengan atau perubahan tanpa sebab-sebab yang munasabah

DOKUMEN KAWALAN BELANJAWAN 

Maklumat dari dokumen belanjawan dapat membantu pihak pengurus mengawal kos dan penggunaan sumber untuk memastikan bahawa perbelanjaan telah dibuat mengikut perkara yang diluluskan

ALAT MENGUKUR PRESTASI 



Mengukur tahap prestasi sesebuah agensi, bahagian atau unit dalam agensi. Analisa pengukuran prestasi boleh digunakan untuk menyediakan proses perancangan selanjutnya

PERANAN BELANJAWAN Belanjawan Sebagai Alat Dasar Fiskal

Belanjawan Sebagai Alat Pengurusan

) Fungsi Peruntukan

a) Alat Mengurus Sumber Kewangan.

) Fungsi Agihan

) Fungsi Penstabilan.

b) Dokumen Kawalan Belanjawan & Kewangan c) Alat

KOMPONEN BELANJAWAN  

1. Hasil Negara 2. Perbelanjaan Negara

HASIL NEGARA 



Meliputi semua jenis pendapatan yg diterima oleh kerajaan dalam bentuk cukai,yuran,lesen-lesen dan lain-lain. Pentadbiran hasil negara terbahagi 3 peringkat:  hasil kerajaan persekutuan  kerajaan negeri  kerajaan tempatan

HASIL KERAJAAN PERSEKUTUAN 

   

Hasil-hasil yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan dibahagikan kepada 4 kategori: Hasil-hasil cukai Hasil bukan cukai Terimaan bukan hasil cukai Hasil dari Wilayah Persekutuan

HASIL-HASIL CUKAI 



Hasil-hasil yang dikutip berasaskan perundangan yang diluluskan oleh Parlimen. satu bayaran wajib yang dikenakan ke atas urusniaga, pendapatan, perbelanjaan dan kekayaan.

HASIL-HASIL CUKAI Dua jenis: 1. Hasil dari Cukai Langsung (cukai yang dikenakan secara terus ke atas pendapatan dan kekayaan)



cth: cukai pendapatan (individu, syarikat, petroleum dan koperasi), duti harta pesaka, duti setem, duti atas keuntungan hartanah dll. dikutip oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri

HASIL-HASIL CUKAI 2. Hasil dari cukai tak langsung 



Cukai ke atas individu yang membeli atau mengguna sesuatu barangan atau perkhidmatan Cth: duti eksport, duti import, duti eksais, cukai jualan, cukai jalan, cukai perkhidmatan.

HASIL BUKAN CUKAI 



Hasil yang dikutip daripada perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan untuk rakyat. Cth: lesen, bayaran pendaftaran, sewaan, faedah dan perolehan pelaburan, denda dan hukuman, sumbangan dan pampasan daripada kerajaan asing dan agensi antarabangsa.

TERIMAAN BUKAN HASIL 



Kutipan-kutipan yg bukan berasaskan mana-mana Akta atau perundangan. Cth: pulangan balik perbelanjaan, kredit antara jabatan, pulangan balik bagi bayaran berlebihan, bayaran balik dan sumbangan daripada jabatan Kerajaan yang lain, badan berkanun atau syarikat Kerajaan dan terimaan daripada Wilayah Persekutuan.

TERIMAAN DARI WILAYAH PERSEKUTUAN 



Terimaan dari Wilayah Persekutuan terdiri daripada hasil cukai dan hasil bukan cukai termasuk lesen dan permit, premium, cukai tanah, jualan aset, sewaan, bayaran perkhidmatan dan duti hiburan. Hasil-hasil dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

HASIL KERAJAAN NEGERI  

Dikutip oleh Kerajaan Negeri Hasil daripada tanah, lombong, hutan, lesen pendaftaran perniagaan, duti hiburan, bayaran dalam mahkamah, bayaran perkhidmatan yang dijalankan oleh Jabatan, hasil daripada majlis bandaran, majlis tempatan

HASIL KERAJAAN TEMPATAN 



    

Dikutip oleh Perbandaran yang ditubuhkan di bawah ordinan Perbandaran Hasil dr Lembaga Bandaran, Majlis Bandaran, Majlis tempatan. Terimaan mengenai bekalan air Sewa harta negeri Bunga atau baki wang negeri Denda dan rampasan dalam mahkamah negeri Terimaan dari jualan tanah, jaulan harta negeri





 

Bagi negeri Sabah dan Sarawak hasilhasil tertentu diserahkan kepada kedua-dua negeri: Duti import & duti eksais atas hasil petroleum Duti eksport atas kayu dan hasil hutan Royalti atas galian yg boleh kena duti

PERBELANJAAN NEGARA Dibahagi kepada 2:  

1. Perbelanjaan mengurus 2. Perbelanjaan Pembangunan

PERBELANJAAN MENGURUS 



Perbelanjaan bagi aktiviti-aktiviti seharian yang berulang dan berterusan Terbahagi kepada dua jenis:  Perbelanjaan Tanggungan (T)  Perbelanjaan Perbekalan (B)

PERBELANJAAN TANGGUNGAN Perbelanjaan yang sedia diperuntukan oleh Perlembagaan (Perkara 98) Cth: Elaun Diraja, gaji Ketua Hakim Negara, Hakim Besar dan Hakim-hakim, gaji Ketua Audit Negara, perbelanjaan Suruhanjaya-suruhanjaya, bayaran pencen, elaun bersara dan ganjaran  Perbelanjaan dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan, tidak perlu kelulusan Parlimen  Dikenali dalam anggaran belajanwan dengan kod huruf ‘T’. cth: T.1 Peruntukan Diraja T.2 Ketua Audit Negara 

PERBELANJAAN PERBEKALAN 





Semua jenis perbelajaan yang dilakukan untuk tujuan membiayai kegiatan-kegiatan harian Kementerian/Jabatan dalam menyediakan perkhidmatan kepada rakyat. Nombor kod ‘B’ cth: B.1 Parlimen B.2 Kementerian Pelajaran Perlu dapat kelulusan parlimen melalui Rang Undang-Undang Perbekalan.

PERBELANJAAN PERBEKALAN 

Sebagai kategori umum, perbelanjaan perbekalan dibahagikan kepada :     

Emolumen Perkhidmatan dan bekalan Aset Pemberian Lain-lain

PERBELANJAAN PERBEKALAN (samb.) Perbelanjaan dibahagi kepada 4 sektor:  Perkhidmatan ekonomi – kemudahan awam, perdagangan dan perindustrian, pengangkutan, perhubungan dll  Perkhidmatan sosial – pelajaran, kesihatan, perumahan  Sektor keselamatan – pertahanan dan keselamatan dalam negeri  Pentadbiran am – pengurusan jabatan perkhidmatan awam, jabatan perangkaan, jabatan kastam, jabatan percetakan dll

PERBELANJAAN PEMBANGUNAN ‘P’ Perbelanjaan modal yang biasanya tidak berulang, mempunyai keluaran yang berfaedah dalam jangka panjang. Mempunyai ciri-ciri:  melibatkan jumlah peruntukan yang besar  aliran keluar masuk wang berjangka panjang  memerlukan penyeliaan dan penyenggaraan di masa akan datang  mempunyai implikasi aliran faedah dan kos kepada rakyat P.7 Jabatan Perdana Menteri P.8 Jabatan Perkhidmatan Awam

SEJARAH SISTEM BELANJAWAN Sebelum merdeka sehingga 1968 Sistem belanjawan tradisional Pekeliling perbendaharaan bil. 5/1968 Sistem belanjawan program dan prestasi Pekeliling perbendaharaan bil. 1 / 1990 Sistem belanjawan diubahsuai

PERBANDINGAN ANTARA SBT DAN SBPP SBT  









Berorientasikan Input Penekanan kepada kawalan undang-undang dan peraturanperaturan Belanjawan mengikut objekobjek Kurang penganalisaan ke atas perbelanjaan Kurang penyelarasan antara belanja mengurus dan pembangunan Kurang maklumat

SBPP  

 





Berorientasikan Output Penekanan kepada pencapaian objektif yang dirancang Mengikut program dan aktiviti Pentingkan penganalisaan ke atas perbelanjaan Lebih penyerasan dan sistematik Sistem maklumat yang teratur

SISTEM BELANJAWAN PROGRAM DAN PRESTASI (SBPP) suatu sistem pengurusan yang menitik beratkan perhubungan antara :

o impak utp ut untuk perbelanjaan SBPP dilaksanakan

input

mengurus sahaja

SISTEM BELANJAWAN DIUBAHSUAI Demi untuk mempertingkatkan lagi perlaksanaan SBPP serta memperolehi faedah sepenuhnya, Perbendaharaan telah memutuskan untuk malaksanakan Sistem Belanjawan Diubahsuai (MBS)

Tujuan Sistem Belanjawan Diubahsuai 

 





Mengukuhkan lagi ekonomi negara melalui agihan sumber yang lebih baik dan teratur Mencapai perbelanjaan seimbang Membantu meningkatkan kemajuan pelaksanaan SBPP (sistem belanjawan program dan prestasi) Membantu pengurus program meningkatkan lagi prestasi program Meningkatkan akauntabiliti para pengurus

Sistem Belanjawan Diubahsuai (samb) Prinsip penting  Kuasa membuat keputusan diberi kepada peringkat bawahan  Kuasa yang diberi mesti bersesuaian dengan prinsip akauntabiliti

Sistem Belanjawan Diubahsuai (samb) Kelebihan  Agensi pusat tidak perlu lagi mengawas secara terperinci perbelanjaan agensi pelaksana. Boleh memberi tumpuan kepada perancangan dan pengukuran prestasi agensi pelaksana  Agensi pelaksana mempunya kuasa yang lebih luas untuk mengurus program dan aktiviti

CIRI-CIRI BELANJAWAN DIUBAHSUAI • • • •

Batas perbelanjaan Perjanjian program dan laporan pengecualian Satu pusingan penilaian program Satu pendekatan menyeluruh terhadap kawalan peruntukan

CIRI-CIRI BELANJAWAN DIUBAHSUAI 

BATAS PERBELANJAAN Satu jumlah peruntukan wang yang ditetapkan di peringkat permulaan proses belanjawan tahunan sebagai peruntukan bagi sesuatu agensi yang tidak boleh dilampaui di dalam mengemukakan anggaran perbelanjaan bagi dasar-dasar yang sedia ada untuk sesuatu tahun.

CIRI-CIRI BELANJAWAN DIUBAHSUAI 

Perjanjian Program Suatu persetujuan antara agensi dengan Perbendaharaan mengenai input yang akan digunakan, output yang akan dihasilkan dan impak yang akan dicapai untuk setiap aktiviti yang dirancang.



Laporan pengecualian Laporan bagi tujuan memberi penjelasan terhadap petunjuk prestasi yang tidak menepati tahap varian yang dipersetujui dalam Perjanjian Program.

CIRI-CIRI BELANJAWAN DIUBAHSUAI 

Penilaian program Penilaian secara mendalam atas sesuatu aktiviti dan penilaian ini dijalankan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun



Pendekatan menyeluruh terhadap kawalan perbelanjaan Kawalan secara menyeluruh dibuat secara ketat kawalan yang munasabah terhadap detail

PROSES PERBELANJAAN Melibatkan tiga proses:  Rancangan Lima Tahun 



Kajian separuh penggal 



Tiga aktiviti utama – perancangan makro, perancangan program dan projek, penyesusaian Menilai tahap pencapaian dan masalah pelaksanaan serta memperakukan pengubahsuai

Belanja tahunan 

Belanja tahun mengurus

KAWALAN PERUNTUKAN    

Kawalan parlimen Kawalan Perbendaraan Kawalan di peringkat jabatan Kawalan peruntukan di bawah Sistem Belanjawan Diubahsuai

PUSINGAN BELANJAWAN TAHUNAN 

 

    

 

Pengeluaran Pekeliling Anggaran oleh Perbendaharaan Penyediaan Belanjawan oleh kementerian Pegawai Pengawal mengkaji, melulus dan menyelaraskan anggaran Kementerian Kemekukan cadangan kepada agensi pusat Agensi pusat kaji cadangan belanjawan Mesyuarat pemeriksaan belanjawan Perbendaharaan melulus belanjawan YB Menteri Kewangan bentang belanjawan di Parlimen Waran am kepada Akauntan Negara Waran peruntukan kepada Kementerian

KAWALAN PERBELANJAAN 



Mengikut Akta Acara Kewangan 1957, semua perbelanjaan wang awam hendaklah diluluskan oleh undang-undang dan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Arahan Perbendaharaan. Apa-apa perbelanjaan tidak boleh dibuat melebihi peruntukan dan hendaklah digunakan bagi maksud ia diperuntukkan.

PERUNTUKAN 2009 



sebanyak RM207.9 bilion - naik 5.1 peratus dari tahun lalu (176.9b) Dari jumlah itu RM154.2 bilion bagi peruntukan mengurus manakala RM53.7 bilion bagi peruntukan pembangunan.

PERUNTUKAN MENGURUS 

 



RM86.3 bilion atau 56.6 peratus (pemberian dan kenaan bayaran tetap); RM38 bilion (emolumen), RM26.5 bilion (perkhidmatan dan bekalan), RM2.4 bilion (pembelian aset) dan RM1 bilion (perbelanjaan lain).

PERUNTUKAN PEMBANGUNAN 



  

RM27.8 bilion (sektor ekonomi pertanian, perindustrian, perindustrian dan infrastruktur), RM17.8 bilion (sektor sosial  pendidikan, kesihatan dan perumahan), RM4.1 bilion (sektor keselamatan), RM2.1 bilion (pentadbiran) dan RM2 bilion (simpanan luar jangka).

Sektor Pendidikan Tahu Mengur n us 2008 (bilion) 26.0

Pembanguna Jumlah n (bilion) (bilion) 3.5 29.5

2009 27.3

4.0

31.3

Related Documents

Belanjawan Pbt
May 2020 30
Belanjawan Negara_09
May 2020 31
Belanjawan Sabah
June 2020 26
5._garis Belanjawan
November 2019 24
Tujuan Belanjawan Bn
June 2020 16

More Documents from ""

Tonggak 12
May 2020 20
Belanjawan Negara_09
May 2020 31