BELAJAR BUAT BLOG Blog merupakan suatu istilah yang berasal daripada kata weblog. Weblog dapat diertikan sebagai catatan yang ditulis di sebuah web. Salah satu penyedia weblog ialah blogspot. Cuba anda klik di sini atau masuk ke www.blogspot.com. Maka anda akan melihat pagenya seperti di bawah. Jom belajar cara buat blog. Pertama dan yang paling utama sebelum anda membuat blog, terlebih dahulu anda harus sudah mempunyai e-mail. Bagi yang belum punya silakan daftar dulu atau klik di sini. Nah, bagi yang sudah kita teruskan saja. Cuba anda buka www.blogspot.com . Lihat di bahagian tengah website itu ada perkataan create your blog now atau buat blog anda sekarang. Klik perkataan itu. Sekarang tahap pertama, anda harus mengisi maklumat akaun anda. Dimana isinya mengenai alamat e-mail ( berguna untuk login/membuka blog ), password, dan lainlain. Isilah sesuai data yang anda miliki . Apabila sudah silakan klik continue atau lanjutkan. Tahap kedua, nama blog anda. Nah, berikan nama blog anda. Kemudian untuk alamat blog, namakan alamat blog yang anda inginkan. Misalnya, triksoftware.blogspot.com. Atau anda boleh klik check availability atau periksa ketersediaan untuk memberi example alamat blog anda oleh google. Silakan klik continue apabila sudah selesai. Tahap ketiga, iaitu memilih template blog atau boleh dikatakan memilih tampilan bentuk blog. Anda pilihlah template yang paling tepat untuk desain blog anda.
Lanjutkan dengan klik continue. Maka anda akan menerima keterangan bahwa blog anda telah diciptakan.
Tahniah, sekarang anda telahpun memiliki blog anda sendiri.