Begune La Gak!!

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Begune La Gak!! as PDF for free.

More details

  • Words: 305
  • Pages: 1
Sejarah wau negara >>Oleh Syah Rul Aswari Abdullah [email protected]

PERMAINAN tradisional, seperti makanan dan pakaian mempunyai hubung kait yang rapat dengan susur galur, sejarah, warisan dan asal usul sesuatu bangsa. Layang-layang atau wau umpamanya walaupun dikongsi pelbagai masyarakat, dapat menentukan ciri unik yang dimiliki sesuatu bangsa. Setiap negeri di Malaysia memiliki wau rasmi dengan pelbagai bentuk, corak dan sejarah masing-masing. Sejarah Wau Merak di Johor umpamanya berasal dari Sulawesi dan sering dimainkan masyarakat Bugis selepas waktu menuai padi.

Manakala, wau rasmi Kelantan dinamakan Puyuh, Selangor (Kapal), Perak (Seri Bulan), Perlis (Helang), Kedah (Kangkang), dan Negeri Sembilan (Seri Negeri). Terengganu pula gah dengan Dodo Helang dan Kelantan (Kebayak) selain Wau Daun dan Wau Kikik yang lebih dikenali sebagai layang-layang Melayu. Namun, hanya Wau Bulan dan Kucing dari Kelantan serta Jala Budi dari Kedah dianggap wau tradisional negara. Jika berminat dengan wau, luangkan masa singgah di Muzium Layang-Layang, Pasir Gudang, Johor. Asalnya, bangunan itu dibina bagi menempatkan menara kincir pada 2001 untuk tujuan pendidikan kepada pelajar dan kawasan rekreasi bagi pengunjung di sekitar bandar ini. Lokasi sama menjadi tapak penganjuran Festival Layang-Layang Antarabangsa Pasir Gudang (FLLAPG) setiap tahun. Selepas diubahsuai dengan kos RM5.4 juta, bangunan tiga tingkat ini menempatkan 730 bahan pameran termasuk kerja tangan pemenang pertama, kedua dan ketiga dalam festival tahunan itu. Sehingga kini, 532 layang-layang dengan pelbagai reka bentuk dan warna menjadi tarikan pengunjung muzium ini. Turut dipamerkan, 98 bahan sokongan seperti peralatan membuat layang-layang. Di tingkat pertama, pengunjung dibawa mempelajari kronologi dan penganjuran pesta layang-layang antarabangsa menerusi ruang pameran dan galeri audio visual. Tingkat bawah menempatkan sejarah wau tradisional, bentuk, peralatan, terminologi dan peralatan membuat wau Malaysia. Bengkel demonstrasi dan sudut informasi membolehkan pengunjung menyaksikan proses menghasilkan permainan tradisional ini. Sementara itu, pejabat pentadbiran, sudut bacaan dan perpustakaan, sudut kincir angin dan ruang layang-layang dan sains di dunia ditempatkan di tingkat bawah tanah.

Related Documents