BAB 1: SEJARAH DAN KITA Banyak istilah dan pengertian sejarah yang telah diberikan oleh ahli-ahli sejarah atau sejarawan
Istilah sejarah Berasal
daripada perkataan Arab iaitu syajaratun Syajaratun bermaksud pohon atau pokok, salasilah, riwayat, keturunan dan asal-usul.
Ibn Khaldun (1332-1406M) Sejarah
ialah membicarakan tentang masyarakat manusia, atau peradaban manusia, tentang perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu.
Herodotus Sejarah
ialah penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya.
Muhd. Yusof Ibrahim Sejarah
merupakan catatan ataupun rekod mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu.
Sejarah Penyelidikan
tentang perkara yang telah berlaku
Antara penulis sejarah awal negara Tun
Sri Lanang (Sejarah Melayu) Raja Ali Haji (Tuhfat al-Nafis) Abdul Hadi Hassan (Sejarah Alam Melayu)
Buku Sejarah Melayu Parameswara
berketurunan Raja Iskandar Zulkarnain.
Ma Huan Salah
seorang penulis bangsa Cina yang hasil penulisannya penting bagi kita mengkaji sejarah Melaka.
Ciri-ciri sejarah Fakta
yang tepat dan benar Penting dan bermakna Sebab dan akibat
Contoh-contoh fakta tepat dan benar Pengisytiharan
Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan
Contoh-contoh peristiwa penting dan bermakna Hari
Kemerdekaan Hari Pekerja Hari Guru
Contoh peristiwa yang mempunyai sebab dan akibat Kewujudan
masyarakat majmuk di negara kita adalah kerana ramai pekerja Cina dan India dibawa ke Tanah Melayu semasa penjajahan British untuk menampung perkembangan pesat aktiviti perlombongan bijih timah dan perusahaan getah.
Istilah-istilah yang perlu diketahui Kurun
atau abad – jangka waktu seratus tahun Zaman – jangka masa tertentu (tiada had masa) yang mempunyai keistimewaan atau pertalian masa seperti zaman purba dan zaman batu
Istilah-istilah yang perlu diketahui Masihi
– tahun atau kurun yang dihitung sesudah kelahiran Nabi Isa Hijrah – tahun Islam yang bermula dari tarikh Nabi Muhammad berpindah dari Makkah ke Madinah. Kronologi – berturutan mengikut masa kejadian Dekad – jangka masa sepuluh tahun atau dasawarsa