Bangunan Bersejarah 2009 3

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bangunan Bersejarah 2009 3 as PDF for free.

More details

  • Words: 326
  • Pages: 2
Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia. Pada zaman sekarang, terdapat banyak program yang dianjurkan oleh kerajaan untuk memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia. Ini kerana rakyat sekarang kurang peka dengan warisan yang telah ditinggalkan oleh datuk nenek moyang kita dari zaman dulu. Oleh kerana itu, banyak program dianjurkan untuk memperingati jasa dan perjuangan tokoh-tokoh yang telah banyak membangunkan negara Malaysia.

Selain itu, pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah

dapat

memupuk perasaan bangga akan sejarah di Malaysia. Sebagai contoh terdekat, Bangunan Sultan Abdul Samad masih banyak mengekalkan keunikan hiasannya walaupun terdapat banyak pengubahsuaian yang dilakukan. Oleh kerana itu, kita dapat mengetahui sejarah pada zaman pembentukan Malaysia menjadi sebuah negara berkerajaan sendiri kerana bangunan inilah yang telah banyak mengubah tanah melayu menjadi sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Ini membawa impak yang besar kepada jiwa masyarakat di Malaysia untuk saling bekerjasama dan bersama-sama menjaga warisan bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia seperti Bangunan Sultan Abdul Samad.

Dalam melaksanakan langkah pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan bersejarah, masyarakat Malaysia seharusnya menunjukkan semangat disiplin yang tinggi. Aktiviti seperti ini sewajarnya diberi tindakan serta mematuhi undang-undang pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah. Jika keadaan ini disemai sejak dari awal lagi, perasaan masyarakat untuk menyintai warisan bangsa semakin tinggi.

Justeru itu, kita perlulah bersama-sama mengekalkan warisan yang telah banyak berjasa pada negara dan juga untuk anak-anak masa akan datang.

Kesimpulannya, kita haruslah taat setia kepada raja dan pemimpin negara kerana mereka telah sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara kita. Oleh itu, kita seharusnya berterima kasih kepada tokoh-tokoh negara yang banyak berjasa kepada tanah air kita dalam berusaha untuk memelihara dan memulihara bangunan-bangunan

bersejarah di negara kita dan yang paling utama ialah kita

haruslah bersyukur kepada tuhan iaitu ALLAH S.W.T. kerana telah memberi semangat kepada tokoh-tokoh kita untuk lebih berusaha memerdekakan tanah air kita ini. Selain itu, Masyarakat perlu bersama-sama menjaga dengan elok supaya remaja masa akan datang masih sempat melihat bangunan warisan kita.

Related Documents