Bangunan Bersejarah 2009 1

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bangunan Bersejarah 2009 1 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,271
  • Pages: 15
Saya amat bersyukur kerana dengan limpahan kurnia-Nya, saya dapat menyiapkan kerja kursus sejarah dengan sempurna dan dapat menghantar

dalam masa yang telah

ditetapkan oleh cikgu sejarah saya. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa dan abang saya yang banyak menyokong, menbantu dalam segi kewangan dan juga telah mengizinkan saya untuk mencari sumber maklumat tentang Bangunan Sultan Abdul Samad. Tanpa keizinan mereka, tidak dapat lah saya untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna. Tidak lupa juga kepada guru sejarah saya, Puan Patricia Bujang yang banyak membantu, memberi tunjuk ajar dan membimbing saya dalam menyelesaikan masalah yang berlaku sepanjang menyiapkan tugasan ini. Beliau telah menerangkan saya bagaimana untuk membuat tugasan ini mengikut kehendak tugasan yang diberi malah telah membantu saya memperbetulkan ayat yang tergantung dalam tugasan ini. Tanpa tunjuk ajar yang diberi oleh beliau, saya tidak akan dapat menghasilkan kerja kursus ini dengan baik dan sempurna. Di samping itu, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pengetua Sekolah Menengah Luak, Encik Koh Chee Kiat yang telah membenarkan kami menjalankan kajian ini sehingga selesai untuk di hantar. Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada beberapa orang rakan baik saya iaitu, Normimisharmieza dan Rozie Ashiekin yang sama-sama melakukan tugasan tentang 2

bangunan Sultan Abdul Samad di kelas 3KRK (Kelas Rancangan Khas) dan juga telah banyak menyokong saya dan bersama-sama berkongsi susah senang saya sepanjang melakukan kajian ini.

3

Saya telah dikehendaki untuk mengkaji tentang sebuah bangunan sejarah yang terdapat di Malaysia. Oleh itu, saya telah memilih untuk mengkaji salah sebuah bangunan yang menjadi kebanggaan kepada rakyat Malaysia iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad. Tujuan saya menjalankan kajian ini ialah :

} Untuk mencari dan mengumpul sumber maklumat tentang Bangunan Sultan Abdul Samad dari sumber yang sahih. Ini memudahkan saya untuk membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, tepat dan jelas.

} Saya dapat menguasai kemahiran dalam mencari, merekod, mengumpul dan menyenaraikan maklumat yang dikaji.

} Saya juga dapat mengenali dan mengetahui sedikit sebanyak tentang sejarah Bangunan Sultan Abdul Samad.

} Kajian ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan saya terhadap salah satu bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia ini serta memupuk perasaan bangga dan cinta akan tanah air.

4

}

Selain itu, saya dapat mengeratkan silaturahim antara saya dengan guru serta rakan -rakan semasa melakukan tugasan ini.

5

Dalam mencari, merekod, mengumpul dan menyenaraikan maklumat yang saya kaji, Saya telah menggunakan beberapa cara yang mudah untuk saya mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan bangunan Sultan Abdul Samad. Antaranya ialah saya telah merujuk di dalam sebuah buku ilmiah dari buku siri Negeri-negeri di Malaysia yang saya temui di Pustaka Miri iaitu ‘Kuala Lumpur,Labuan dan Putrajaya’, terbitan dari Nur Ilmu Publications 2007. Melalui Teknologi Maklumat pula, saya telah menjumpai beberapa laman web yang mempunyai maklumat tentang kajian saya. Antaranya ialah wikipedia dan ensiklopedia. Kita boleh mendapatkan faktafakta yang berguna dalam pelbagai bahasa.

6

7

Rajah 1 : Bangunan Sultan Abdul Samad

Nama bangunan Sultan Abdul Samad diambil sempena nama Sultan Negeri Selangor yang memerintah pada masa itu. Bangunan ini menjadi kebanggaan kepada semua rakyat Malaysia. Ini dapat dilihat semasa sambutan hari kemerdekaan setiap tahun pada 31 ogos sebagai lokasi perarakan dan juga menjadi salah sebuah tumpuan orang ramai untuk menyambut tahun baru. Lokasinya juga amat strategik kerana terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.

8

Latar Belakang Bangunan Sultan Abdul Samad

9

Bangunan Sultan Abdul Samad telah mula dibina pada tahun 1894 dan siap dibina pada tahun 1897. Pembinaan ini mengambil masa selama 3 tahun untuk siap sepenuhnya. Pada permulaan bangunan ini dibina, bangunan ini dikenali sebagai “The New Rajah 2 : Sultan Abdul Samad (1857- 1898)

Government Offices” dan kemudiannya menjadi “Faderal Secretariat”. Sebelum negara Malaysia merdeka, bangunan Sultan Abdul Samad merupakan sebuah pusat

Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Pejabat Residen-General dan Pejabat Besar Pos. Setelah diisytiharkan Malaysia mendapat kemerdekaan, bangunan itu menjadi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Mesyuarat Negeri dan Perbendaharaan Kerajaan. Bangunan ini juga menempatkan Mahkamah Agung Malaysia dan sebahagiannya ialah Mahkamah-mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1978. Pada asalnya, bangunan ini disebut sebagai ‘bangunan’ sahaja. Semasa pemerintahan Sultan Abdul Samad pada tahun 1897, bangunan ini telah dikenali sebagai ‘Bangunan Sultan Abdul Samad’. Pembinaan ini merupakan kejayaan dari program ‘Bangunan Tersergam’ di bawah pengendalian W.E Maxwell dan C.E Spooner sebagai perancang dan arkitek Bangunan Kerajaan di Kuala Lumpur ketika itu. Pada anggaran awal, kos pembinaan awal bangunan ini ialah $152,000 tetapi jumlah sebenarnya ialah $152,824. Bangunan ini merupakan bangunan yang termahal di rantau ini pada ketika ianya didirikan. Kedudukan lokasi Bangunan Sultan Abdul Samad terletak pada satu tapak diantara Sungai Kelang dan Sungai Gombak . Kawasan tersebut meliputi keluasan 10,200 meter persegi dan di bahagian belakang bangunan itu terdapat Jalan Belanda yang kini dikenali sebagai Jalan Mahkamah Persekutuan. Tambahan juga, bangunan ini terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka, Kelab Diraja Selangor dan Masjid Jamek yang menjadikan lokasi bangunan itu amat strategik. 10

Selain itu, Tujuan pembinaan awal bangunan ini adalah sebagai Bangunan kerajaan Baru untuk menempatkan semua jabatan pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu di bawah satu Bangunan Pembahagian.

11

Bangunan Sultan Abdul

Rajah 3 : Peta Bangunan Sultan Abdul Samad

12

Keistimewaan

Bangunan Sultan

Abdul Samad Reka

bentuk

pelan

bangunan ini dibuat

oleh arkitek dari

British

yang

bernama

Norman,

yang

bekerja di Jabatan

A.C

Kerja Raya di Kuala Lumpur pada masa itu. Jika dilihat dengan mata kasar, reka bentuk Bangunan Sultan Abdul Samad ini sangat unik sekali. Ini kerana bangunan ini dibina bercirikan seni bina Moorish dan Moghul yang bercirikan Islam. Pada asalnya, Norman telah mengemukakan reka bentuk sebuah bangunan yang berkonsep Inggeris Classical Rennaisance. Seorang arkitek muda iaitu Bidwell telah bertanggungjawap untuk mengadaptasikan seni bina Islam iaitu Mahometan style sebagai harapan reka bentuk bangunan tersebut di atas pelan asal Norman diterima oleh Spooner yang tidak berapa puas hati dengan reka bentuk yang dikemukakan oleh A.C Norman. Ciri-ciri utama yang terdapat pada Bangunan Sultan Abdul Samad adalah tiga buah kubah, menara jam besar dan arked serta lengkungannya yang luas. Pada asalnya, ketiga-tiga kubah tersebut diperbuat daripada kayu dan batu bata yang diwarnakan hitam. Sekarang, Ketiga-tiga kubah ini telah diperbuat semula dengan bersalutkan tembaga. Kubah ini terletak di atas menara jam besar dan diapit oleh dua kubah kecil dengan tangga pilin menurun. Kubah tengah agak luar biasa kerana terdapat dua ciri tradisional kubah dan kios yang digabungkan.

13

Rajah 4 : Terdapat tiga buah Kubah Selain itu, Arch yang terdapat di bangunan ini adalah berbentuk ladam yang tajam dengan jarak antara dua tiang yang berbeza. Menara jam juga merupakan salah satu yang paling menonjol selain kubah. Ini kerana menara ini berada di tengah-tengah binaan yang berbentuk huruf ‘F’. Ketinggian menara ini ialah 41.5m. Menara ini mempunyai identiti dan mercu tanda yang tersendiri. Untuk mendirikan bangunan ini, bahan binaan bangunan ini telah mencapai berjutajuta dolar. Bahan binaan yang telah digunakan ialah 4 juta batu bata, 2 5000 tong simen, 181 000 pikul kapur, 5000 paun tembaga, 50 tan besi, keluli dan 30 000 kaki padu kayu. Pengubahsuaian telah dilakukan pada tahun 1978 hingga 1984. Pengubahsuaian ini memakan masa 6 tahun untuk siap sepenuhnya. Pada waktu itu juga, kerajaan Australia telah menyumbangkan sebanyak RM200 000 sebagai kos menyadur tembaga bagi tiga buah kubah pada tahun 1982. Pengubahsuaian ini dilakukan hanya pada bahagian dalam sahaja tanpa menjejaskan bahagian luarannya dan kedudukan asal bangunan tersebut. Setelah siap sepenuhnya, sekali lagi Bangunan Sultan Abdul Samad dirasmikan pada tahun 1984.

14

Pelan Tingkat Bawah

Pelan Tingkat 1

Pelan Tingkat Bawah

Pelan Tingkat 1

Rajah 5 : Pelan Reka Bentuk Bangunan Sultan Abdul Samad

15

Pelan bangunan ini berbentuk ladam yang mana di tengah-tengahnya terdapat satu laman segi empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga. Kehadiran laman ini memberi pengudaraan kepada ruang legar di sebelah tampak dalam bangunan ini.

16

Related Documents