Institut Bahasa Melayu Malaysia

  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Institut Bahasa Melayu Malaysia as PDF for free.

More details

  • Words: 3,873
  • Pages: 24
1.0.

PENDAHULUAN

1.1

PENGENALAN Institut Bahasa Melayu Malaysia telah ditubuhkan pada 12 Januari 1956 di atas

syor Penyata Razak 1956 agar sebuah institut didirikan untuk mempertingkatkan taraf Bahasa Melayu. Tapak pertama Institut Bahasa ialah di Bukit Senyum, Johor Baharu, kemudian Institut ini berpindah ke kampus tetapnya di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Institut Bahasa telah dirasmikan pembukaannya pada 14 Jun 1956 oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong yang pertama iaitu Tuaku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad. Kumpulan pelajar perintsi adalah seramai 176 orang yang terdiri daripada peserta Kursus Asas (Kursus A) dan Kursus Dalam Perkhidmatan (Kursus B) dengan pengkhususan dalam kaedah Pengajaran Bahasa Kebangsaan. Sehingga 1986, terdapat pelbagai jenis kursus yang dijalankan di Institut Bahasa seperti Pengajian Melayu/Sejarah, Pengajian Melayu/Geografi, Pengajian Cina dan Pengajian Inggeris. Pada tahun 1987 bermulalah satu perubahan bila Kursus Perguruan Asas dikhususkan untuk Pengajian Melayu Sekolah Rendah dan Pengajian Melayu Sekolah Menengah sahaja. Selain daripada itu Institut Bahasa juga menerima pesertapeserta Kursus Dalam Cuti. Berkenaan Kursus Perguruan Khas satu tahun, Kementerian Pendidikan pada dasarnya telah bersetuju untuk menjadikannya Kursus Diploma. Menjelang tahun 1988, Kursus 14 Minggu diadakan di Institut Bahasa. Perubahan terus berlaku dengan kemasukan seramai 150 orang pelatih Kursus Lepasan

1

Ijazah pada tahun 1990. Pertambahan peserta kursus berlaku dengan adanya Kursus Peningkatan Keilmuan Profesionalisme Keguruan 6 Minggu dan 12 Minggu. Pada tahun 1992, dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Institut Bahasa telah mengadakan beberapa perbincangan dengan pihak Universiti Malaya bagi mengadakan Program Kembar untuk Diploma Pengajian Tinggi bagi guru-guru. Perlaksanaannya bermula pada tahun 1993. Pengambilan guru pelatih untuk Kursus Perguruan Asas masih diteruskan. Tahun 1988 merupakan tahun bermulanya era baru bagi Institut Bahasa iaitu dengan termaktubnya Rancangan Lima Tahun Institut (1988-1992) yang mengariskan lima perkara penting bagi landasan kepada Pendidikan Guru Bahasa Melayu di Institut Bahasa . Perkara-perkara tersebut ialah pendidikan menyeluruh guru Bahasa Melayu , mendalami usaha-usaha penyelidikan , mempergiatkan pelbagai kegiatan bahasa , sastera dan budaya , melaksanakan program perguruan yang seimbang dan menyeluruh dan menilai perlaksanaan program dan kegiatan dari semasa ke semasa . Semua pelaksanaan program dan aktiviti di Institut Bahasa dijalankan berasaskan kepada tema GIBBS ( Kecemerlangan dari segi Guru , Ilmu , Bahasa Budaya & Sastera dan Sukan ) . Hasrat utama institut adalah untuk melahirkan guru yang bersahsiah mulia , berkebolehan serta tinggi mutu keprofesionalannya . Mulai tahun 1998 juga , pelbagai aktiviti untuk meningkatkan mutu keprofesionalan guru telah dijalankan seperti Konvensyen Pendidikan Bahasa dan Pesta Kanak-Kanak . Aktiviti 'Bulan Bahasa ' dijalankan pada setiap bulan Mac /April untuk meningkatkan prestasi diri guru-guru pelatih dalam pengajaran Bahasa Melayu .

2

Peranan Institut Bahasa menjadikan Bahasa , Sastera dan Budaya Melayu sebagai teras kegiatannya . Oleh kerana itu , kebanyakkan aktiviti yang dijalankan adalah menuju ke arah tersebut .Diantara aktivitinya ialah persembahan dalam perhimpunan bulanan , 'Malam Kembang Puisi' , 'Malam Bintang IB ' , Minggu Sastera dan Budaya dan Sayembara Deklamasi Sajak Malam Merdeka ' . Di dalam melaksanakan aktivitinya Institut Bahasa tidak mengabaikan aktiviti yang bercorak keagamaan . Musabaqah Tilawah Al-Quran , Mentafsir Al-Quran , Kursus Pengurusan Jenazah , ceramah serta pertandingan syarahan agama adalah aktiviti yang dijalankan . Aktiviti-aktiviti ini dapat menambahkan ilmu agama di kalangan warga penuntutnya . Ia secara tidak langsung dapat membantu melahirkan guru yang seimbang dari segi rohani dan jasmani . Dalam arena sukan , guru-guru pelatih Institut Bahasa mengambil bahagian dalam acara sukan antara maktab seperti Pestarama atau KAGUM . Melalui persatuan dan badan-badan kebajikan , para pelatih telah mengadakan pelbagai program seperti Lawatan Sambil Belajar Ke Thailand dan Indonesia , Projek Adik Angkat dan Bakti Guru . Usaha lain digiatkan bagi membolehkan Institut Bahasa mencapai hasratnya untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang Pendidikan Bahasa Melayu yang akan memainkan peranan bukan hanya mendidik guru-guru Pendidikan Bahasa pada peringkat yang lebih tinggi tetapi juga penyelidikan dan perkembangan dalam bidang pedagogi Bahasa Melayu dan Sastera Kanak-kanak . Dari segi Kursus Dalam Perkhidmatan (KPK Satu Tahun ) , sebanyak lapan bidang pengkhususan dikendalikan di Institut Bahasa .

3

1.1

LATAR BELAKANG Bermula pada tahun 1993 , Institut Bahasa melaksanakan rancangan lima tahun

yang seterusnya (1993-1997) . Dalam tempoh ini , IB mula melaksanakan program kembar dengan Universiti Malaya dan meluaskan kursus dalam perkhidmatan untuk meliputi lebih banyak aspek pendidikan Bahasa Melayu . Kini , kumpulan tersebut telah melanjutkan pengajian mereka di Universiti Malaya . Mulai tahun 1996 , Institut Bahasa mula melaksanakan Program Kursus Diploma Perguruan Khas menggunakan kurikulum Tahun Pertama Universiti . Program ini menggantikan Program Kembar IB-UM yang disebutkan di atas . Kini sebahagian besar daripada kumpulan yang mengikut program tersebut sedang melanjutkan pelajaran di beberapa buah universiti . Sejak awal tahun 1998 , Institut Bahasa telah berusaha mengenalpasti kerangka peranan dan tugas yang lebih sejajar dengan perkembangan semasa . Berhubung perkara tersebut BPG dan IB telah mengadakan perbincangan dengan Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) , Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Wilayah Persekutuan dan Utusan Melayu bagi meninjau kemungkinan meluaskan program yang berkaitan dengan bahasa , budaya dan sastera Melayu . Hasilnya beberapa program bersama seperti Bengkel Penulisan Kanak-Kanak dan Bengkel Pengarahan dan Produksi Teater Kanak-Kanak telah berjaya dikendalikan. Tanggal 19 Ogos 1996 bermula satu detik dalam sejarah Pendidikan Guru di Malaysia apabila perintis pertama Kursus Diploma Perguruan Malaysia melaporkan diri di Institut Bahasa. Program Diploma Perguruan Malaysia ini diperkenalkan bagi mempertingkatkan lagi imej profesion perguruan dan merupakan kursus baru bagi

4

menggantikan Kursus Perguruan Asas Lima Semester. Diploma Perguruan Malaysia diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan dalam usaha memperkemaskan lagi Sistem Pendidikan Guru Di Malaysia. Pada Majlis Konvokesyen Institut Bahasa pada 28 Mei 1998, Menteri Pendidikan, Dato' Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak telah mengumumkan penukaran nama Institut Bahasa kepada Institut Bahasa Melayu Malaysia. Dengan kenaikan taraf ini Institut Bahasa Melayu Malaysia akan dijadikan pusat utama Perkembangan Pedagogi Bahasa Melayu. IBMM juga akan berfungsi sebagai institusi induk dalam pengendalian program dan aktiviti pengembangan bahasa serta Budaya Melayu. Peranan IBMM juga turut ditambah meliputi usaha menerbit, menghasilkan dan menyumbang sumber pengajaran, pembelajaran, perkhidmatan perundingan dan kepakaran bahasa termasuk dalam bidang Kesusasteraan Melayu. Visi Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia berhasrat akan menjadi pusat kecemerlangan pendidikan bahasa, sastera dan budaya Melayu. Misi Lima cabaran untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang bahasa, sastera dan budaya Melayu iaitu: 1. Memperluaskan dan mempelbagaikan aktiviti pendidikan dan pembangunan profesionalisme guru bahasa, sastera dan sastera Melayu;

5

2. Memperkukuh mekanisme dan aktiviti penyelidikan dan pembangunan ilmu pedagogi bahasa, sastera dan budaya Melayu; 3. Mewujudkan mekanisme latihan bahasa Melayu untuk penutur jati bahasa Melayu dari dalam dan luar negara; 4. Memantapkan program pelestarian bahasa seni budaya dan sastera Melayu; 5. Mewujudkan kerjasama dengan pusat pengajaran bahasa Melayu antarabangsa dalam bidang bahasa, sastera dan budaya Melayu. Piagam Pelanggan Pensyarah Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia tekun berusaha melahirkan insan guru yang memiliki ilmu bahasa, budaya dan sastera Melayu yang mendalam, cergas, dan aktif dalam aktiviti kesukanan serta memiliki kerohanian dan penampilan akhlak yang mulia dengan: 1. Mengendalikan kuliah, tutorial, dan Gerak Kerja (Gerko) menepati jadual waktu dan syarat-syarat yang telah ditetapkan; 2. Memastikan setiap pelatih mendapat peluang latihan amali dan kemudahan rujukan yang ditetapkan oleh kurikulum; 3. Memastikan setiap pelatih lulus dalam segala bentuk penilaian dan peperiksaan; 4. Mewujudkan persekitaran fizikal dan sosial yang menjamin pembentukan diri pelatih secara menyeluruh dan cemerlang.

6

Lagu Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia Institut Bahasa yang berjasa Institut mulia berharga Tempat kami bersama-sama Menjunjung bahasa ibunda Kami pelajar seluruhnya memegang tujuan yang satu Institut Bahasa yang berjasa Lambang bangsa yang berpadu Bahasa akan kami perkaya Budaya kami bela Tetap mempertinggi mutu bangsa Untuk selama-lamanya Institut Bahasa yang berjasa Institut mulia berharga Tempat kami bersama-sama Menjunjung bahasa ibunda Pencipta: Mustafa Kamil Yassin Gubahan: A Murad Hamid

7

Merah keberanian, kemegahan, kejayaan, keazaman dan bertenaga Hijau: bersungguh-sungguh, bersemangat, berkebolehan dan keIslaman. Kuning: Kedaulatan Raja-Raja Malaysia; Putih: Kemurnian dan kesucian Bintang pecah empat belas: Menandakan tiga belas buah negeri dan Kerajaan Persekutuan; Kepala Harimau Lambang kebanggan Malaysia; Kertas Bergulung:

8

Pendidikan dan pakar bahasa Cogan kata “Bahasa Mutu Bangsa” Bahawasanya bahasalah menentukan darjah Bangsa Ketinggian Bahasa itu menunjukkan ketinggian Bahasa.

2.0

KURSUS-KURSUS DI INSTITUT BAHASA Mulai tahun 1988,pihak institut telah menjalankan pelbagai kursus,baik pada

peringkat praperkhidmatan mahupun kursus dalam perkhidmatan,khusus dalam bidang Bahasa Melayu dan bidang-bidang lain yang berkaitan dengan bidang pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.Sehubungan itu pelbagai program dan kursus telah dirancang dan dilaksanakan sesuai dengan peranan yang telah ditetapkan. 2.1 2.1.1

Kursus Praperkhidmatan Kursus Perguruan Asas( KPA) Kursus ini dijalankan selama lima semester bagi calon-calon yang mempunyai

kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.Kursus ini dilaksanakan khas untuk melatih bakal-bakal guru Bahasa Melayu di sekolah-sekolah rendah seluruh Malaysia.Untuk mengikuti kursus ini calon-calon dikehendaki memohon melalui Bahagian Pendidikan Guru,Kementerian Pendidikan Malaysia apabila tawaran kursus diiklankan dalam akhbar-akhbar tempatan.Sepanjang berkursus pelatih-pelatih

9

didedahkan kepada mata pelajaran pengkhususan(Bahasa Melayu,) Ilmu Pendidikan,Mata pelajaran Sains Sosial,Gerak Kerja Kokurikulum dan Program Pengayaan. 2.1.2 Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Kursus ini ditawarkan kepada pemegang-pemegang ijazah pertama yang ingin berkhidmat sebagai guru.Kursus ini memakan masa selam adua semester( 1 tahun).Setelah menamatkan kursus,pelajar-pelajar dianugerahi Diploma Pendidikan.Seterusnya,mereka akan ditempatkan di sekolah-sekolah menengah di selururh negara untuk mengajar Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu.Dalam kursus ini pelajar-pelajar diajarkan segala aspek pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu.Di samping itu, mereka juga menerima pendedahan dalam Ilmu Pendidikan,GERKO dan Praktikum. 2.2

Kursus Dalam Perkhidmatan

2.2.1

Kursus Perguruan Khas ( 1 Tahun ) Kursus ini terbuka kepada guru-guru terlatih yang telah berkhidmat sekurang-

kurangnya lima tahun. Setelah lulus para peserta kursus dianugerahi Sijil Perguruan Khas. Tawaran untuk mengikuti kursus ini diumumkan melalui pekeliling yang dihantar ke setiap Pejabat Pendidikan Negeri oleh Bahagian Pendidikan Guru,Kementerian Pendidikan Malaysia..Peserta-peserta dimestikan mengikuti mata pelajaran teras iaitu, Penguasaan Bahasa,Strategi Semasa,Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Penyelidikan Tindakan dan Tamadun Ilmu.Peserta-peserta juga akan memilih satu mata

10

pelajaran elektif,sama ada Drama dalam Pendidikan Bahasa Melayu,Media dalam Pendidikan Bahasa Melayu atau Pemulihan dalam Pendidikan Bahasa Melayu. 2.2.2

Kursus Dalam Perkhidmatan (14 Minggu) Kursus ini adalah untuk guru-guru siswazah dan bukan siswazah yang mengajar

Bahasa Melayu dan telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga tahun.Permohonan untuk mengikuti kursus adalah melalui Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing berdasarkan pekeliling Bahagian Pendidikan Guru,Kementerian Pendidikan Malaysia. Kursus ini diadakan dua kali setahun,iaitu dalam bulan Julai hingga Oktober .Bidang yang ditawarkan adalah Media dalam Pendidikan,Pemulihan dalam Pendidikan,dan Pengayaan dalam Pendidikan Bahasa Melayu untuk sesi Januari hingga April .Bidang yang ditawarkan untuk sesi Julai hingga Oktober pula adalah Drama,Kesusasteraan dan Penilaian dalam Pendidikan Bahasa Melayu. 2.3

Program Berkembar Kursus ini dijalankan secara berkembar dengan Universiti Malaya dan mula

dilaksanakan mulai bulan Julai 1993. Kursus ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu Program Kembar (Kursus Dalam Perkhidmatan) dan Program Kembar ( Ijazah Sarjana Muda Sastera -Bahasa Melayu ).Kelayakan minimum peserta mengikuti Program Kembar (Kursus Dalam Perkhidmatan) ialah SPM,Sijil Perguruan dan pengalaman mengajar selama tiga tahun. Peserta-peserta kursus akan menjalani kursus selama dua tahun di Institusi Bahasa dan tiga tahun di Universiti Malaya. Manakala, kelayakan minimum bagi Program Kembar (Ijazah Sarjana Muda Sastera-Bahasa Melayu) pula

11

ialah STPM,Sijil Perguruan,dan pengalaman mengajar selama tiga tahun atau Sijil Perguruan Khas.Bagi kursus ini peserta-peserta akan menjalani kursus selama setahun sahaja di Institut Bahasa dan terus menerima pelajaran pada peringkat Tahun 1 universiti. Peserta Program Berkembar yang berjaya menamatkan kursus di Institut Bahasa akan menyambung pengajian mereka dalam Tahun 2 di Universiti Malaya. Setelah menamatkan pengajian,mereka dianugerahi Ijazah Sarjana Muda Sastera(Bahasa Melayu).

3.0

FUNGSI INSTITUT BAHASA MELAYU MALAYSIA Selepas penubuhannya, institusi turut menjalankan kursus perguruan untuk

pelbagai mata pelajaran bagi memenuhi keperluan semasa. Mulai tahun 1983, institut disarankan supaya”kembali ke pangkal jalan”.Sesuai dengan itu,pada tahun 1986 peranan yang harus dimainkan oleh institut telah dikenalpasti.Antaranya ialah untuk: 1.

Menyediakan kursus perguruan perkhidmatan dalam bidang pengkhususan Pengajian Melayu.

2.

Menyediakan kursus dalam perkhidmatan dalam bidang pengajaran bahasa,kesusasteraan dan kebudayaan Melayu dan peningkatan penggunaan Bahasa Malaysia.

3.

Menjalankan penilaian dan penyelidikan dalam bidang perkaedahan pengajaran dan pembelajaran bahasa,kesusasteraan dan kebudayaan

12

Melayu. 4.

Menyebar dan memperkambangkan perkaedahan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam bahasa,kesusasteraan dan kebudayaan Melayu.

5.

Melaksanakan kursus dan aktiviti penterjemahan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa,kesusasteraan dan kebudayaan Melayu.

6.

Menyediakan pengajaran bahasa-bahasa lain( Bahasa Inggeris pada peringkat permulaan) unruk peserta-peserta kursus perguruan perkhidmatan dan kursus-kursus dalam perkhidmatan yang dijalankan di Institut Bahasa.

4.0

RANCANGAN LIMA TAHUN INSTITUT BAHASA 1998-1992 Pencapaian matlamat Institut Bahasa perlu dirancangkan di dalam konteks

pendidikan guru,perkembangan pendidikan Bahasa Malaysia dan peranan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan negara ini.Didalam jangkamasa lima tahun 19981992,Institut Bahasa akan memberi penumpuan kepada usaha-usaha untuk : 1. mendidik guru Bahasa Malaysia yang berkaliber,yang dapat mengajar mata pelajaran tersebut di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah rendah dengan berkesan; 2. memberi sumbangan di dalam usaha menambah,meningkatkan,dan menyebarkan bidang ilmu pendidikan Bahasa Malaysia dengan menjalankan

13

projek-projek penyelidikan dan menggalakkan ahli keluarga Institut Bahasa,termasuk pensyarah dan guru pelatih,untuk melibatkan diri secara langsung di dalam aktiviti-aktiviti penyelidikan,penerbitan dan penyebaran ilmu pendidikan Bahasa Malaysia; 3. mengelola dan menjalankan aktiviti-aktiviti bahasa,sastera dan budaya bagi memenuhi keperluan pengayaan dan penyuburan diri ahli keluarga Institut Bahasa serta ahli masyarakat sekeliling; 4. merancang perlaksanaan program perguruan yang seimbang dan menyeluruh untuk mengeluarkan guru yang boleh memainkan peranannya sebagai pemimpin di sekjolah dan dalam masyarakat di sekelilingnya.Penglibatan guru pelatih di dalam aktiviti Gerakerja Kokurikulum akan diberi penekanan; 5. menilai perlaksanaan program dan aktiviti dari semasa ke semasa,serta menggunakan dapatan-dapatan ini untuk memperbaiki program,dan menggubal perancangan seterusnya.

4.1

Perlaksanaan Rancangan Lima Tahun Institut Bahasa ini dijalankan melalui

program seperti berikut: 1

Program Pendidikan Guru Asas Program pendidikan guru asas lima –semester untuk gurur-guru Bahasa Malaysia sekolah rendah dan sekolah menengah rendah diteruskan.Guru-guru

14

pelatih ini akan diberi pengetahuan dan kemahiran yang khusus supaya apabila mereka berkhidmat di sekolah kelak, mereka akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang kuat untuk membolehkan mereka berkembang menjadi guru rujukan dalam menghadapi permasalahan pendidikan Bahasa Malaysia di peringkat sekolahnya. Kesemua guru pelatih ini akan digalakkan untuk meluaskan pengetahuan melalui pembacaan ilmiah dan am. Penguasaan Bahasa Malaysia hendaklah dijaga supaya sentiasa di peringkat yang tertinggi.. 2.

Program Pendidikan Guru Lanjutan. Kursus lanjutan khas satu tahun untuk guru-guru terlatih dengan pengkhususan pendidikan Bahasa Malaysia uhntuk sekolah rendah dan sekolah menengah rendah juga diteruskan. Guru-guru ini akan digalakkkan untuk melibatkan diri di dlam projek penyelidikan, penerbitan dan penyebaran yang dijalankan di Institut. Satu kursus tambahan akan dijalankan khas unutk memberi pengalaman, pengatahuan dan kemahiran keppada bakal guru besar, khasnya guru besar di sekolah rendah, untuk menjalankan tugas mereka sebagai pemimpin pengajaran di sekolahnya. Untuk kursus-kursus asas dan lanjutan yang sedang dan akan dijalankan di institut ini, usaha-usaha akan dijalankan unutk memastikan guru pelatih dan pelajar bersedia untuk melaksanakan program KBSR dan KBSM.

15

Sedaya mungkin guru pelatih dan pelajar akan menjalankan latihan mengajar dan membuat kerja kursus mengenai tajuk-tajuk yang menmbantu perkembangan diri guru pelatih unutk guru yang berkeliber. Di samping itu, kursus-kursus pendek untuk jangkamasa 2-3 bulan akan dijalankan untuk tajuk-tajuk tertentu yang dikenalpasti sebagai keperluan guru-guru di bilik darjah. Sebanyak sembilan tajuk kursusu pendek ini telah dikenalpasti, iaitu: (a) Pemulihan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia. (b) Pengayaan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia. (c) Kemahiran Bahasa Malaysia Khas bagi Guru Mata Pelajaran lain; Sains, Matematik, dll. (d) Penterjemahan (e) Pembinaan alat Pengajaran dan Bahan Pembelajaran Dalam Pendidikan Bahasa Malaysia. (f) Penilaian dan Pengukuran Dalam Pengajaran Pembelajaran Bahasa Malaysia (g) Seni Teater dalam Pendidikan Bahasa Malaysia (h) Penulisan Kreatif (i) Penulisan Ilmiah (j) Kesusasteraan dalam Pendidikan Bahasa. Kesemua kursus pendek ini akan dijalankan tidak kurang dari 2 kali di dalam 5 tahun, bergantung kepada permintaan dan keperluan pihak

16

guru. Penyediaan kurikulum unutk siri kursus-kursus ini akan dilakukan di peringkat Institut di dalam tahun 1998 ini. Siri kursus pendek ini akan dimulakan dalam semester kedua 1988 dan akan berterusan sehingga 1992. 3

Program Penyelidikan dan Perkembangan Projek-projek penyelidiakan akan dirancang untuk mengumpul maklumat dan menambah keilmuan ke arah pembentukan pendekatan dan teknik mengajar-belajar Bahasa Malaysia sebagai bahasa pertama dan kedua, di dalam konteks perlaksaan KBSR dan KBSM. Sebagai usaha pertama ke arah penggubalan pendekatan mengajarbelajar Bahasa Malaysia, satu siri kolokium akan diadakan untuk mendapatkan kefahaman dan mengunpul maklumat kemaskini tentang bidang ini. Pihak-pihak yang memainkan peranan utama di dalam perkembangan Pendidikan Bahasa Malaysia di sekolah, iaitu Jmaah Nazir Persekutuan, Pusat Perkembangan Kurikulum, Bahagian Pendidikan Guru, Bahagian Sekolah, Jabatan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman mengenai tajuk kepakaran tiaptiap pihak. Majlis perbincangan ini akan memberi fokus kepada isu-isu tertentu, seperti berikut: 1988

Permasalahan Pendidikan Bahasa Malaysia

1989

Pendekatan dan Teknik Mengajar Bahasa Malaysia

1990

Penilaian Dalam Pendidiakn Bahasa Malaysia

17

1991

Penilaian Program Kurikulum Perguruan

1992

Trenda Perkaedahan Pendidikan Bahasa. Sebagai usaha berterusan untuk menyediakan guru pelatih bagi

melaksanakan program kurikulum di sekolah, satu kumpulan kerja akan dibentuk untuk menjalankan penyelidikan dan perkembangan ke atas unsurunsur utama KBSR: penggabungjalinan, penyerapan aktiviti dan gerakerja kumpulan. Pensyarah dan guru pelatih kursus asas dan lanjutan digalakkan unutk membentuk kumpulan kerja dan menjalankan praktikum di bilik darjah, dengan usahasama guru sekolah rendah. Projek penyelidiakkan KBSR ini akan dijalankan sebagai projek tigasegi, iaitu penyelidiakan di dlam bidang yang sama, iaitu Institut Bahasa, Maktab Perguruan Batu Rakit, Kuala Trengganu, dan perbincangan akan dijalankan di antara ketiga maktab ini untuk berkongsi dapatan dan bahan. Perlaksanaan KBSM dimulakan dalam tahun 1998 ini, dan Institut Bahasa menjadi penyelaras kepada sekumpulan maktab perguruan – Institut Pendidikan Sultan Indis (IPSI), Maktab Perguruan Lembah Pantai (MPLP) dan Maktab Perguruan Islam (MPI) untuk merangka langkah-langkah kerjasama untuk menyediakan bahan dan contohan mengajar tajuk-tajuk tertentu. Di peringkat Institut, satu kumpulan kerja ditubuhkan untuk menjalankan projek ini di bilik darjah. Kedua-dua projek KBSR dan KBSM ini akan menghasilkan cadangan langkah mengajar tajuk-tajuk tertentu, contohan bahan guru dan murid,

18

contohan alat penilaian, serta rancangan video mengandungi demontrasi aktiviti-aktiviti pilihan yang akan boleh digunak untuk melatih guru-guru di peringkat maktab perguruan. Kepakaran yang terdapat di pusat pengajian tinggi di negara ini akan juga dijemput untuk mengambil bahagian secara aktif di dalam projek-projek penyelidikan Bahasa Malaysia. Di antara tajuk-tajuk penyelidikan jangkamasa panjang dan jangkamasa pendek yang boleh dijalankan adalah (a) Perkaedahan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia (b) Pengelolaan dan Pengurusan Bilik Darjah (c) Penilaian Berterusan Dalam Bilik Darjah (d) Keberkesanan Alat Bantu Mengajar (e) Peranan kesusasteraan Dalam Penegajran dan Pemelajaran Bahasa Malaysia (f) Nilai-nilai Budaya Dalam Pengajaran dan Pemelajaran Bahasa Malaysia (g) Perlaksanaan Latihan Mengajar (h) Sistem Penilaian Kerja Kursus (i) Program GERKO Perlaksaan program penyelidiakn dan penilaian ini memerlukan tenaga kepegawaian, masa serta peruntukan kewangan yang mencukupi. Langkahlangkah yang sesuai akan diambil untuk membolehkan pegawai-pegwai menjalankan projek-projek ini,di antaranya adalah pengurangan masa kuliah supaya penumpuan masa dan perhatian akan boleh diberikan kepada projek itu

19

untuk jangkamasa yang tertentu, contohnya unutk selama enam bulan semasa menganalisa maklumat dan menulis laporan. Di samping itu, peruntukan kewangan berbentuk bantuan penyelidikan (research grants) akan cuba diperolehi untuk membiayai urusan seperti pengumpulan maklumat, kegunaan komputer dan perjalanan. 4

Program Penerbitan dan Penyebaran Bahan-bahan mengajar-belajar dan bahan ilmiah yang dihasilkan oleh pensyarah dan guru pelatih sebagai hasil tugasan dan kerja kursus, serta projek penyelidikan dan perkembangan akan diterbitkan di dalam bentuk yang mudah difahami untuk digunakan oleh guru-guru di peringkat sekolah dan bilik darjah.Para pensyarah dan pelajar akan digalakkan dalam penulisan kreatif dan profesional untuk diperkongsikan dengan pendidikan Bahasa Malaysia, di samping mengayakan lagi keilmuan dan alam buku Bahasa Malaysia. Aktiviti-aktiviti yang bertujuan unutk menyebar maklumat dan ilmu, hasil dari program penyelidikan perkembangan dan program pernerbitan akan dikelolakan untuk memastikan ilmu dan bahan ini sampai ke peringkat bilik darjah supaya guru dan murid mendapat manfaat. Di antara aktiviti-aktiviti yang dirancangkan adalah seminar tahunan dan bengkel di atas tajuk-tajuk khas yang boleh menarik minat guru dan pelajar.

5.

Program Pengembangan Bahasa,Sastera dan Budaya

20

Institut Bahasa hendaklah menjadi pusat aktiviti bahasa,sastera dan budaya Melayu untuk meningkatkan dan menegakkan kedudukan bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan negara ini.Sebagai permulaan,Institut dan Persatuan Linguistik Malaysia akan menganjurkan Seminar Tahunan Bahasa Malaysia pada 1988 ini bertempat di Dewan Besar,Institut Bahasa.Seminar tahunan ini akan membincangkan kertas-kertas mengenai pendidikan Bahasa Malaysia dan akan membolehkan pertukaran dan percambahan fikiran mengenai bidang ini. Dari semasa ke semasa, perhubungan akan dibuat dengan badan atau pusat yang bertanggungjawab untuk melatih guru bahasa di Brunei Darussalam,Indonesia dan Singapura untuk berkongsi ilmu mengenai pendidikan bahasa Malaysia/Melayu. Institut Bahasa juga akan mengadakan aktiviti-aktiviti budaya yang menyokong program pendidikan perguruan.Aktiviti –aktiviti ini hendaklah melibatkan guru pelatih dan pelajar kursus lanjutan.Di antara aktiviti-aktiviti yang dirancangkan adalah seni teater terutamanya teater kanak-kanak. Sebagai besar daripada aktiviti-aktiviti ini akan dirancang dan dijalankan oleh guru pelatih sebagai sebahagian daripada rancangan-rancangan Persatuan Guru Pelatih.Aktiviti-aktiviti seperti ini digalakkan kerana aktiviti-aktiviti ini akan membantu mengembangkan daya kepimpinan dan kemahiran pengurusan guru pelatih.

21

6

Program GERKO Gerakan Kokurikulum adalah komponen yang penting di dalam program perguruan untuk menentukan guru-guru bersedia untuk mengambil tempat mereka sebagai pemimpin di sekolah dan masyarakat kelak.Perlaksanaan program GERKO yang meliputi aktiviti persatuan,unit beruniform,dan sukan olahraga,akan diperkemaskan supaya guru perlatih akan mendapat manfaat yang tinggi dari aktiviti-aktiviti ini. Satu persatuan baru akan bitubuhkan,iaitu Persatuan Kembara dan satu persatuan lama,iaitu Persatuan Tarian akan diluaskan untuk merangkumi aktiviti-aktiviti kebudayaan,dan namanya ditukarkan kepada Persatuan Budaya.Dengan tambahan dua persatuan baru ini,jenis aktiviti yang boleh disertai oleh guru pelatih dapat dipelbagaikan. Institut akan memberi penekanan kepada usaha untuk meningkatkan darjah kesukanan di kalangan guru pelatih,pelajar dan pensyarah.Projek ini dirancang di atas andaian bahawa pemikiran yang sihat memerlukan badan yang sihat.Kemudahan-kemudahan kesukanan akan diadakan,di antaranya “par course” ,jogging-track,dan juga kemudahan-kemudahan riadah yang lain.Kesemua ahli keluarga Institut akan digalakkan untuk mengambil bahagian secara aktif di dalam aktiviti-aktiviti kesukanan ini.

7

Program Bina Insan Pelajar-Pelajar

22

Daya kepimpinan,ketahanan,ketabahan pelajar kursus-kursus perguruan asas dan lanjutan akan diasah,dipupuk,dan dikembangkan melalui aktivitiaktiviti bina insan yang akan dirancang khas untuk mereka.Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan termasuk perkhemahan,kursus kepimpinan,kursus kauseling rakan sebaya,kolokium,bengkel,dan seminar. Pelajar-pelajar akan digalakan untuk merancang aktiviti penyuburan diri,seperti ekspedisi untuk memanjat gunung,merentas desa,dan berakit. Aktiviti kebajikan juga akan dijalankan sebagai sebahagian daripada usaha untuk melibatkan guru pelatih di dalam projek-projek kemasyarakatan bagi meningkatkan darjah kepekaan mereka mengenai permasalahan sosial yang wujud. Juga,perkhidmatan kauseling akan diadakan untuk membantu kumpulan guru pelatih mengikuti dan mendapat manfaat yang maksimum dari program-program yang dijalankan di institut ini. 8

Program Perkembangan Staf Profesional dan Sokongan Satu program yang menyeluruh untuk meningkatkan taraf kecekapan,kemahiran dan pengetahuan pegawai ikhtisas dan staf sokongan adalah dirancangkan untuk memastikan mutu sumbangan semua pegawai akan dapat diberi secara maksimum.Program perkembangan staf ini meliputi kursus ijazah lanjutan,kursus pendek di dalam negeri dan bengkel-bengkel pendek di atas tajuk-tajuk tertentu.

23

Sebagai langkah permulaan,satu bengkel untuk memastikan kefahaman dan sokongan semua pegawai terhadap rancangan Institut Bahasa telah diadakan pada awal Disember 1987 dan bengkel kedua akan diadakan pada pertengahan Januari 1988.Kursus ini dijalankan dengan kerjasama Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). 5.0

KESIMPULAN Pada tahun 2006,apabila maktab perguruan dimaik taraf kepada institut

perguruan,nama Institut Bahasa Melayu Malysia ditukar sekali lagi menjadi Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia (IPBMM). Banyak kekuatan dan kelebihan yang dimiliki di Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia sama ada melalui staf profesional dan staf sokongan. Para pensyarah terdiri daripada mereka yang begitu berdaya saing dan komited dalam pelbagai bidang pendidikan guru khasnya Bahasa Melayu. Justeru, staf sokongan yang mahir dan dedikasi dalam pelbagai aspek pengurusan dan pentadbiran, telah membantu IPBMM menjadi institut perguruan yang unggul. Aspek yang perlu dibangunkan di IPBMM ini ialah infrastuktur bagi pengajaran dan pembelajaran, persekitaran kerja staf, penginapan pelajar, dan penginapan staf. Malahan dari sudut kompentasi semua staf akedemik dan sokongan. Perubahan dan halatuju yang dilaksanakan ialah menjadikan IPBMM yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam pendidikan guru Bahasa Melayu di Malaysia. Seterusnya, menjadikan IPBMM pusat rujukan serantau bagi pengembangan Bahasa Melayu. Di samping itu, meningkatkan kolaborasi IPBMM dengan institut ternama dalam dan luar negara bagi memartabatkan IPBMM dan memperkasakan Bahasa Melayu.

24

Related Documents

Bahasa Melayu
May 2020 39
Bahasa Melayu
November 2019 54
Bahasa Melayu
May 2020 40
Bahasa Melayu
October 2019 45