SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN THREE RIVERS,MUKAH
KERJA KURSUS MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA TAJUK KERJA KURSUS
ISU BULI NAMA: NUR SHAFIQA BT AMRAN NO.KAD PENGENALAN: 950804-13-5920 TINGKATAN: 2E NAMA GURU MATA PELAJARAN: PUAN SABARINA BT OMAR
ISI KANDUNGAN ISU BULI
1. PENGHARGAAN
10. Lampiran lampiran 2. KAEDAH KAJIAN
3. PENGENALAN
11. Ulasan
4. OBJEKTIF KAJIAN
5. ISU BULI : a. Siapakah yang sering membuli dan membuli ? 1.1Pembuli 1.2Dibuli a. Kenapakah mereka sering membuli ? b. Adakah perempuan terlibat dalam kegiatan membuli ? c. Jenis – jenis buli 1.1Buli fizikal 1.2 Buli mental a. Kesan buli
b. Apa yang patut dilakukan sekiranya dibuli?
1. Langkah langkah haling perbuatan buli
2. Rumusan
3. Sumber Rujukan
4. Objektif kajian
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat illahi kerana dapat menyiapkan kerja kursus Bahasa Malaysia, dengan kesempatan ini,saya ingin mengambil peluang untuk merakamkan setinggi – tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah banyak membantu dan memberi dorongan kepada saya, sepanjang menjalankan kajian ini sehinggalah ianya disempurnakan dalam bentuk buku yang bertajuk
ISU BULI . Pertama kali, saya ingin merakamkan setinggi – tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Three Rivers, Mukah iaitu Tuan Haji Bidin atas dorongan dan nasihat beliau dan memberi kebenaran kepada saya menjalankan kajian ini.
Tidak lupa juga kepada guru matapelajaran Bahasa Malaysia, Puan
Sabarina atas bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang menyiapkan tugasan ini.
Di samping itu juga,penghargaan ini ditujukan kepada kedua ibu bapa saya iaitu En . Amran dan Pn. Dyg. Maliah bt. Abg. Junaidi atas sokongan yang diberikan samada dalam bentuk material dan juga moral . Tanpa bantuan dan sokongan mereka saya tidak mungkin dapt melaksanakan kajian ini dengan sempurna.
Akhir sekali, tidak lupa kepada rakan-rakan yang telah membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.
SEKIAN TERIMA KASIH.
SEKIAN TERIMA KASIH.
KAEDAH KAJIAN
erkaitan
Di dalam kajian ini, kaedah-kaedah yang diguna pakai ialah kaedah Keperpustakaan,Akhbar dan melayari laman web internet. Semua maklumat,esei-esei , penerangan diperolehi daripada buku – buku rujukan berkaitan dan internet.
PENGENALAN
Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain.
Bagaimanapun,semenjak kebelakangan ini, isu buli semakin menjadijadi dalam kalangan pelajar. Ini dapat kita lihat dari enam aspek utama iaitu :
1. Siapakah yang sering membuli dan membuli ?
a. Pembuli b. Dibuli 2. Kenapakah mereka sering membuli ? 3. Adakah perempuan terlibat dalam kegiatan membuli ? 4. Jenis – jenis buli a. Buli fizikal b. Buli mental 5. Kesan buli 6. Apa yang patut dilakukan sekiranya dibuli?
Siapakah yang sering membuli dan dibuli Pembuli •
Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat, lima, dan enam.
•
Bertubuh besar, tegap, dan tinggi.
•
Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya.
•
Membuli satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah.
•
Kejayaan membuli pelajar junior akan menunjukkan mereka kuat, berkuasa, dan tidak mudah digertak.
Dibuli
Di Malaysia, pelajar-pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar menengah rendah iaitu tingkatan satu, dua, dan tiga serta pelajar sekolah rendah. •
Bertubuh kecil.
•
Pelajar yang kerap dipuji oleh guru akan menjadi sasaran.
•
Pelajar baru di sekolah.
Kenapakah mereka sering membuli? Sebenarnya terdapat banyak sebab kenapa mereka suka membuli. Antara sebabnya adalah: •
Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar.
•
Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka.
•
Mereka pernah menjadi mangsa buli.
•
Gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak pernah berasa bersalah apabila membuat kesilapan.
•
Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya terdapat pada kanak-kanak hyperactive atau cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain.
•
Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah disiplin.
•
Akibat perceraian ibu bapa.
•
Terlalu dimanja oleh ibu bapa.
•
Sekadar mahu berseronok.
•
Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan.
•
Marah dan benci pada mangsa atas sebab disayangi guru atau gemar bercakap dalam bahasa Inggeris.
•
Ingin menunjukkan kekuatan sendiri.
Adakah perempuan terlibat dalam perbuatan buli? Ramai beranggapan perbuatan buli hanya melibatkan pelajar lelaki. Tapi, ia silap. Pelajar perempuan juga turut terlibat dalam perbuatan tersebut. Biarpun peratusannya agak sedikit, namun perkara tersebut mampu mendorong kepada perbuatan yang serius jika tidak dibendung. Buli di kalangan pelajar perempuan biasanya melibatkan ejekan dari segi fizikal. Contohnya, sekiranya pelajar perempuan tersebut berbadan gemuk dan kulitnya gelap, mereka akan menjadi sasaran untuk dijadikan bahan ejekan. Namun, perbuatan buli di kalangan pelajar perempuan tidak terlalu ganas seperti pelajar lelaki.
Jenis-jenis buli Buli fizikal •
Melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut, menolak, mencubit, atau sepak terajang hingga menyebabkan kecederaan.
•
Paling ganas boleh menyebabkan kematian.
Buli mental •
Lebih kepada ejek-mengejek. Misalnya, jika nama pelajar atau nama bapa pelajar agak luar biasa, maka itu akan dijadikan bahan ejekan pelajar senior yang membuli.
•
Sungguhpun, kes buli jenis ini kurang mendapat perhatian media massa, ia sebenarnya serius berlaku di sekolah.
Kesan buli Pembuli Kesan luaran: •
Apabila dewasa kelak, kemungkinan besar akan menjadi penjenayah.
•
Bertindak agresif apabila dewasa seperti merogol, merompak, atau menjadi seorang pendera terhadap isteri.
Dibuli Kesan luaran •
Mereka akan membalas dendam kepada orang lain. Tujuannya untuk mengembalikan harga diri yang hilang akibat dibuli.
Kesan dalaman •
Hilang keyakinan diri, membiarkan diri diperlakukan apa sahaja, sanggup melakukan sesuatu demi membahagiakan orang lain, tidak mahu ke sekolah, dan sebagainya. Sehinggakan ada yang sanggup mencederakan diri sendiri kerana merasakan diri mereka tidak berguna.
Apa yang patut dilakukan sekiranya dibuli? Ini berkemungkinan boleh mengakibatkan kejadian-kejadian yang lebih memudaratkan lagi seperti bunuh, rogol, dan sebagainya. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Presiden Persatuan Psikologi Malaysia, Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub, terdapat beberapa tahap untuk menangani masalah buli iaitu: Tahap sekolah 1. Pihak sekolah perlulah mendapatkan maklumat tentang kes buli yang berlaku di sekolah masing-masing, sama ada dalam bentuk psikologi atau fizikal. Ini boleh dilakukan dengan meminta para pelajar mengisi borang soal selidik berkaitan dengan buli. Selain itu, pelajar juga boleh menulis kes-kes buli yang telah mereka alami. Untuk mendapatkan respons tertinggi tentang perkara ini, identiti pelajar perlulah dirahsiakan. 2. Pihak sekolah perlu mempunyai peraturan yang jelas berkaitan dengan buli. Ini bukan sahaja dilakukan dengan menampal poster antibuli di sekolah, tetapi juga mengedarkan risalah antibuli kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama dengan ibu bapa. Maklumat yang terkandung dalam risalah ini merangkumi konsep buli, petua mudah untuk menangani insiden buli, siapa yang boleh dihubungi apabila berlaku kes buli, contohnya talian hotline buli 1-800-884774. 3. Tindakan disiplin, merotan, dan buang sekolah adalah hukuman sewajarnya kepada pembuli.
4. Penggunaan kamera litar tertutup(CCTV) di sekolah-sekolah secara tidak langsung dapat mengekang kejadian gengster. 5. Perlu wujudkan satu jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah. Antara ahli yang terlibat terdiri daripada pengetua sekolah, guru kaunseling, guru disiplin, wakil ibu bapa, dan wakil pelajar. Mereka berperanan mengurus program antibuli dan menilai keberkesanannya. 6. Perbincangan tentang buli hendaklah dimasukkan dalam agenda mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) sekolah. Tahap kelas 1. Di dalam kelas, perlu diwujudkan satu peraturan kelas berkaitan dengan toleransi sifar tentang buli. Peraturan tersebut msetilah menyenaraikan semua tingkah laku yang disifatkan sebagai tingkah laku buli (psikologi dan fizikal), dan hukuman yang akan diterima jika ditangkap atau dilapor melakukannya. 2. Ia tidak susah, setiap pelajar hendaklah diberikan senarai peraturan berkenaan tingkah laku buli dan hendaklah menandatangani dokumen tersebut dan satu salinan disimpan dalam fail pelajar. Sebelum itu, pihak ibu bapa juga turut menandatangani peraturan berkenaan. Ini merupakan tingkah laku antara pelajar dan ibu bapa atau penjaga dengan sekolah. 3. Selain itu, guru-guru juga hendaklah membincangkan tentang isu buli dari semasa ke semasa. Tahap individu 1. Tahap ini biasanya akan melibatkan pembuli dan mangsa. Jawatankuasa penyelaras antibuli hendaklah mengadakan perbincangan menyelesaikan masalah tersebut bukan sahaja dengan pembuli dan mangsa, tetapi juga ibu bapa atau penjaga mereka. 2. Selain itu, guru kaunseling juga bolehlah mengadakan sesi yang memainkan peranan terhadap tingkah laku empati(daya menyelami dan memahami perasaan dan emosi orang lain) atau tidak agresif dengan pembuli. Latihan pemulihan pula perlu diadakan dengan mangsa
RUMUSAN Ringkasnya,isu buli perlu ditangani melalui pendekatan yang bersifat “kulli” dan semua pihak perlu berganding bahu bagi memastikan ia tidak menjadi satu isu yang serius.
Jadi setiap program atau garis panduan yang berkaitan dengan masalah buli perlu dipastikan oleh pihak yang bekenaan agar masalah ini tidak menggangu kelancaran agenda pembangunan yang lain yang disusun oleh kerajaan.
SUMBER RUJUKAN
INTERNET
Tajuk : http :// ms.wikipedia .org/wiki/Buli Tajuk : http://malaysia.search.yahoo.com
Tajuk: ikim.gov.my/v5/index. Tajuk: www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=394065 Tajuk: mazlan66.wordpress.com/2008/02/03/buli Tajuk: utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&...&sec=Rencana&pg=re_02.htm Tajuk: forum.engkabang.net/index.php?topic=24125.80 Tajuk:
negaraku.net/tag/kes+buli,+buli+di+asrama
Tajuk:
harakahdaily.net/index.php?...&task=view&id=019723&Itemid=46
Tajuk:
www.bharian.com.my
Tajuk: websekolah.bharian.com.my Tajuk: rakanbh.bharian.com.my –
AKHBAR
1. Tajuk : Pelajar Tingkatan Tiga Dibelasah oleh Pelajar Senior Akhbar: Berita Harian
2. Tajuk: Suspek Ketiga Kes Belasah Kena Tangkap Akhbar: Berita Harian
3. Tajuk :Pelajar Mukah siar aksi buli dalam internet Akhbar:Berita Harian
4. Tajuk : Kementerian tunggu laporan kes pelajar mati Akhbar: Berita Harian
TELEVISYEN Program : Berita Jam 8:00 malam Masa : 8: 00 malam Rangkaian : TV 3
OBJEKTIF KAJIAN
1.
Dapat mengetahui secara lebih terperinci faktor yang menyebabkan gejala buli berlaku.
2.Mengetahui kesan gejala buli ini dalam kalangan pelajar.
3.
Dapat menambahkan pengetahuan tentang keburukan buli kepada diri,masyarakat,keluarga dan negara.
4.Menanamkan semangat anti-buli .
Ulasan Apa yang berlaku di ini boleh diibaratkan seperti merawat luka orang yang mati, sedangkan luka tersebut boleh sembuh sekiranya orang tersebut hidup, mampu bergerak dan mengambil ubat. Dia tidak memerlukan kepada yang lain untuk menyembuhkan luka tersebut kerana dia mampu merawat dirinya, sesuai dengan hukum sebab dan akibat. Inilah yang terjadi di dalam sistem kehidupan kapitalis, mereka hanya memberi rawatan kepada beberapa anggota tubuh sahaja sedangkan pada waktu yang sama jasad tersebut terbujur kaku tanpa darah dan zat-zat yang diperlukan untuk meneruskan kehidupan. Akibatnya, segala usaha dan pemulihan yang dicurahkan pada anggota tubuh tersebut menjadi sia-sia kerana hakikatnya ia akan terus membusuk memandangkan jasad tersebut sebenarnya telah mati. Usaha ini merupakan usaha yang amat merugikan diri sendiri kerana sudah terlalu banyak peruntukan
kewangan yang disalurkan untuk sektor pendidikan dengan harapan agar ia dapat melahirkan generasi muda yang bershakhsiah namun hakikatnya, masalah demi masalah terus datang dan pergi sehingga amat membingungkan semua pihak, seolah-olah masalah disiplin di sekolah merupakan suatu yang tabii dan tidak dapat dielakkan. Buli, bergaduh, lawan guru, mencuri, pukul guru, zina, buang bayi, mengugut, melanggar disiplin sekolah dan puluhan lagi masalah yang tidak dapat diselesaikan sehingga kini sudah menjadi perkara lumrah. Apakah sebenarnya punca utama masalah ini? Apakah ia boleh diselesaikan dengan penglibatan pihak polis semata-mata? Atau apakah barah ini sudah merebak hingga ia tidak dapat lagi diperbaiki? Yang jelas, masalah ini terkait rapat dengan kehidupan masyarakat di negara ini yang telah rosak. Sistem yang tidak merujuk kepada Sang Pencipta, pemikiran dan perasaan masyarakat yang tidak Islami, keluarga yang rosak dan persekitaran yang tidak menimbulkan nuansa ketaqwaan - semua ini menjadi latar belakang bermunculan masalah disiplin di sekolah, khususnya, dan masalah masyarakat yang lainnya secara umum. Allah telah berfirman di dalam kitabNya yang mulia, yang saban hari dibaca namun ramai yang tidak mengambil pemahaman darinya untuk diamalkan dalam kehidupan kerana kepentingan duniawi yang hendak diperoleh. "Dan barang siapa yang berpaling dari peringatanku maka baginya kehidupan yang sempit dan susah, dan kami akan bangkitkannya
dalam keadaan buta (diakhirat dan berjalan tanpa arah dan tujuan di suatu tempat yang telalu asing baginya).(TMQ Taha: 124)