Bahan Ucapan Hari Guru`.docx

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bahan Ucapan Hari Guru`.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 9,636
  • Pages: 35
Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian, 4. Tarikh 16 Mei merupakan hari yang begitu istimewa buat setiap insan bergelar guru. Hari ini memberi peluang kepada kita semua untuk menyatakan penghargaan dan penghormatan terhadap jasa bakti guru kita di seluruh negara. Tidak kira samada anda adalah guru yang bertugas di tadika, di sekolah, di kolej atau di universiti, anda semua adalah insan istimewa yang telah membimbing anak bangsa sehingga mereka menjadi warganegara yang berjaya. Justeru, sempena tarikh keramat ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggitinggi penghargaan kepada semua guru tidak kira walau di mana anda berada di seluruh pelusuk negara. 5. Sebagai Menteri Pelajaran saya menyeru para guru yang dikasihi untuk terus berjihad dan bertekad bersama-sama kerajaan Barisan Nasional yang telah sekali lagi diberi mandat oleh rakyat untuk menerajui negara bagi menerus dan mempergiatkan usaha mendidik generasi muda menjadi insan dan warganegara yang berguna. Kerajaan sentiasa menghargai peranan para guru dalam membina modal insan, memelihara perpaduan kaum dan berbakti kepada negara. 6. Tidak dapat kita nafikan, kesejahteraan dan kehidupan selesa yang kita nikmati pada hari ini adalah hasil sumbangan dan berkat kegigihan serta pengorbanan guru dalam bidang pendidikan. Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan seimbang dan holistik tidak akan tercapai tanpa peranan besar yang dimainkan oleh para guru. Segala dasar dan pelan pendidikan yang terbaik tidak dapat direalisasikan tanpa komitmen dan dedikasi para guru. Segala cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh generasi masa kini memerlukan bimbingan para guru. Bahkan, tugas guru pada alaf ini menjadi semakin penting kerana bidang pendidikan merupakan penentu kejayaan sesebuah negara. Cabaran besar untuk mendidik murid agar menghargai nilai keinsanan, menghormati perbezaan adat dan budaya serta memperkukuh perpaduan dan jati diri memerlukan guru yang bukan hanya mahir mengajar tetapi juga bijak membimbing. 7. Lebih-lebih lagi dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia, peranan guru membina sebuah masyarakat yang harmonis dan bersatu padu menjadi semakin mencabar. Walaupun negara kita telah merdeka lebih 56 tahun dan masyarakat pelbagai kaum dapat hidup secara bersama dalam suasana yang aman dan harmoni, tugas untuk memelihara perpaduan kaum adalah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan secara berterusan. Kita tidak boleh lalai dan leka kerana kecenderungan ke arah polarisasi kaum sentiasa wujud dan jika tidak dibendung ia akan memberikan kesan yang amat buruk terhadap keharmonian masyarakat dan kestabilan negara.

8. Oleh sebab itu, antara peranan utama pendidikan sepertimana yang termaktub dalam Dasar Pendidikan di negara kita ialah untuk membina sebuah masyarakat yang bersatu padu menerusi satu sistem pendidikan kebangsaan. Kewujudan sekolahsekolah kebangsaan yang menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama adalah wahana penting untuk membolehkan murid pelbagai kaum mengikuti pendidikan menggunakan kurikulum yang sama, bertutur dalam bahasa yang sama dan bergaul sesama mereka dalam suasana yang penuh mesra dan akrab.

GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian, 12. Pada tahun ini, kita memilih “GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA” sebagai tema Hari Guru. Pada hemat saya, tema ini amat bertepatan dengan hasrat Kementerian untuk mentransformasi sistem pendidikan negara menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang telah kita lancarkan. Tema ini merupakan cerminan harapan rakyat dalam melahirkan generasi masa hadapan yang lebih cemerlang di negara kita. Seluruh warga pendidik wajar memahami hasrat dan kehendak dalam PPPM dengan berusaha memberikan pendidikan berkualiti menjangkau ke seluruh lapisan kanak-kanak sesuai dengan prinsip pendidikan untuk semua tanpa membezakan kaum, status sosial, taraf ekonomi, dan agama. 31. Saya juga berasa teruja untuk mengucapkan terima kasih atas pengorbanan dan keberanian guru-guru kita di Lahad Datu. Saya ucapkan terima kasih terutama kepada Cikgu Saabi binti Hasin dari SK Lok Buani Lahad datu yang menjadikan rumahnya sebagai sekolah sementara untuk anak-anak murid belajar dan membiayai pula perbelanjaan makan minum mereka. Selain itu, saya juga mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Catherine Gonolon dari SK Fajar Harapan Lahad Datu yang sanggup berada di kawasan pertempuran dan mengajar murid-murid dari sekolah yang berlainan. Inilah antara contoh guru yang kita sanjung tinggi. Saya berharap tiada lagi guru yang mengeluarkan kenyataan berunsur provokasi yang boleh menjatuhkan maruah dan kredibiliti guru yang sememangnya disanjung tinggi oleh masyarakat kerana sanggup berbakti tanpa mengira suasana, masa dan tempat. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada guru-guru yang sanggup berkorban dalam apa jua keadaan demi mendidik anak bangsa.

33. Akhir kalam, saya mengucapkan Selamat Hari Guru dan terima kasih cikgu. Marilah kita bersama-sama menjayakan transformasi pendidikan bagi memenuhi hasrat

dan aspirasi negara kita untuk menjadi sebuah negara maju. Seiring dengan tema Hari Guru tahun ini iaitu “1 Agenda, 1 Aspirasi”, saya mengajak warga guru sekalian untuk bekerja bersama-sama saya bagi memastikan pendidikan di negara kita menjadi antara yang terunggul dan terbaik di dunia. Kepada Allah kita berserah dan kepadaNya jua kita memohon pertolongan. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Pelancaran Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-42 tahun 2013. Wabillahi al-taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 21. Justeru, sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada para insan bergelar guru di mana jua anda berada. Biarkan ungkapan keramat ‘guru’ atau ‘cikgu’ tetap kekal meniti di bibir murid, ibu bapa dan masyarakat hingga ke akhir hayat seorang guru. Semoga saudara dan saudari para guru terus menjadi inspirasi kepada generasi penerus bangsa. Kepada guru-guru saya ingin berpesan agar sayangilah murid-murid seumpama ibu atau bapa kepada mereka dan didiklah mereka dengan baik. Kepada murid-murid, nasihat saya, hormatilah dan hargailah jasa guru-guru anda. 16 Mei sentiasa dinanti Sambutan meriah penuh tradisi Terima kasih guru-guru yang dikasihi Jasa baktimu sentiasa diingati

“Fifi akan sebarkan Transformasi Terengganu Baharu (TTB) yang diilhamkan oleh bekas Cikgu Fifi sendiri, Cikgu Razif,” demikian ungkapan beliau kepada penulis. Beliau berasa amat terhutang budi kepada bekas gurunya itu semasa di Sekolah Menengah Kompleks Seberang Takir dan kagum dengan kehebatan TTB yang begitu memberi kesedaran untuk dihayati oleh seluruh rakyat Terengganu. “Jadi sebagai salah satu Fifi nak balasnya ialah dengan membawa TTB bahkan Fifi sedia menjadi duta TTB,” katanya ketika mengunjungi Pejabat Unit Komunikasi Negeri (Ukom) pagi ini. Mohd Hafifi Mansor , ‘orang besi Malaysia’ pernah merangkul pingat emas pertama negara dalam Sukan Komanwel 2014 yang berlangsung di Glasgow, Scotland menerusi acara angkat berat kategori 69 kilogram. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Razif pernah menggelarkan Hafifi sebagai “Badang Malaysia” sewaktu menyambut kepulangan juara bertaraf dunia bagi sukan angkat berat itu dari Sukan Komanwel.

Bagi Fifi antara nilai dan prinsip yang terkandung dalam TTB seperti DISIPLIN, INTEGRITI dan KELUARGA BAHAGIA amat menyentuh tentang kerjayanya. Beliau menyatakan, salah satu perkara penting yang beliau tempohi ialah berdisiplin dalam latihan, pemakanan dan lain-lain usaha penjagaan kesihatan untuk mencapai kejayaan. Menyentuh tentang persiapannya sekarang, beliau yang juga seorang anggota tentera laut yang berpangkalan di Lumut Perak berkata: “Fifi sekarang sedang membuat persiapan untuk membolehkan Fifi menyertai Sukan Olimpik di Rhio de Janeiro, Brazil pada tahun 2016”. Sebagai ‘ikon orang muda’ beliau yang baru mencapai usia 25 tahun bersedia menerima jemputan dalam apa jua program TTB, khususnya yang berkaitan dengan belia- “jangan tinggalkan Fifi!”. Demikian luahannya. Beliau berterima kasih atas keyakinan dan semangat yang diberikan oleh ‘Cikgu Razif’ untuk membantunya hingga berjaya di peringkat Olympik- kerana itulah sahaja yang mahu dilakukannya sebagai ‘anak Terengganu’ jati untuk membawa Terengganu hebat ke persada dunia. Sebelum ke Olimpik, Hafifi perlu terlebih dahulu bertarung dan berjaya di World Championship di Amerika Syarikat pada November 2015. “Berjaya Fifi, hebatlah Terengganu juga,” ujarnya. Harapannya supaya agensi-agensi kerajaan menyahut apa yang disebut oleh bekas gurunya itu yang kini diberikan amanah sebagai Menteri Besar Terengganu. Sukan angkat berat bukanlah baru, menurut sejarah ia sudah diperkenalkan di India sejak abad ke 11 dengan angkat batu dan diperbaharui semula di Amerika Syarikat oleh Eugon Sandow pada tahun 1893 menggunakan besi. Hafifi, anak kelahiran Seberang Takir, sekampung dengan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Razif ini perlu diberi kekuatan dan bantuan sepenuhnya agar terus berjaya dan berjaya. Begitu juga seorang pemimpin itu tidak akan mampu bergerak tanpa adanya sokongan daripada mereka yang di bawah pimpinannya. Hanya dengan perpaduan, bekerja secara berpasukan, impian keharmonian dan kesejahteraan akan mampu kita kecapi bersama. Saya sangat hargai sumbangan dan kerjasama tuan – tuan sepanjang saya menjadi Menteri Besar.

Justeru saya nak ucap terima kasih kepada semua penjawat awam di Terengganu, khasnya kepada Yang Berhormat Dato‟ Haji Osman bin Muda, Setiausaha Kerajaan Negeri, selaku Ketua Perkhidmatan Awam tertinggi di Negeri Terengganu. Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada barisan EXCO yang merupakan pasukan saya, dan hari ini saya tampilkan mereka di hadapan tuan – tuan.

Sempena tahun 2016 ini, kami ingin perbaharui ikrar untuk terus berusaha sebaik mungkin, bersikap jujur, ikhlas dan amanah dalam memajukan negeri dan rakyat Terengganu. Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan ucap terima kasih kepada semua kakitangan kerajaan di peringkat Negeri mahupun Persekutuan, serta para pemimpin masyarakat.

Terima kasih kerana telah berkhidmat dengan ikhlas dan jujur sepanjang tahun 2015. Terima kasih kerana sentiasa memberikan yang terbaik untuk negeri dan rakyat Terengganu. Terima kasih kerana banyak kejayaan yang kita telah perolehi tahun lalu. Saya sedar yang semua kejayaan ini sukar untuk kita capai tanpa sokongan semua pihak, khasnya kakitangan kerajaan.

Ramai di kalangan mereka ini adalah wira – wira yang tidak didendangkan. Saya hanya mampu ucap terima kasih, terima kasih dan terima kasih. Hadirin yang dihormati sekalian, Umum tentunya tahu akan kisah Luqmanul Hakim dengan anaknya beserta seekor keldai.

Pada suatu hari Luqman membawa anaknya sambil menarik seekor keldai. Lalu ditegur oleh seorang lelaki,”Aku sungguh hairan kepada kalian, mengapa keldai yang kalian bawa tidak kalian tunggangi?” Setelah mendengar kata – kata lelaki tersebut, Luqman kemudian naik dan menunggang keldai.

Anaknya mengikut dengan berjalan kaki. Tidak berapa lama, seseorang lain menegur seraya berkata : “Wahai orang tua yang sombong!. Engkau seronok tunggang keldai, sedangkan anak engkau dibiarkan berjalan mengikutmu bagai seorang hamba.” Maka Luqman pun membonceng anaknya menunggang keldai itu bersama.

Apabila Luqman dan anaknya lalu di samping sekumpulan orang kampung, seseorang kemudian menegur seraya berkata,”Lihatlah! Kesian sungguh keldai yang kecil ditunggang oleh dua orang sekaligus.”

Mendengar kata – kata itu, Luqman pula turun dari keldainya dan membiarkan anaknya tetap menunggang di atas keldai. Sampai ke satu tempat, seseorang lain pula menegur anak Luqman, “Kenapa engkau biarkan ayahmu yang sudah tua berjalan kaki, sedangkan engkau senang – lenang menaiki keldai?”

Pengalaman ini membuatkan anak Luqman jadi keliru. Maka Luqman pun menjawab, “Wahai anakku, begitulah lumrah manusia. Walau apapun yang engkau lakukan, engkau tidak akan terlepas dari kata – kata mereka. Tak kira benar atau salah, mereka tetap akan mengata.

Ingatlah anakku, bila engkau bertemu kebenaran, janganlah engkau berubah hati hanya kerana mendengar kata – kata orang lain. Yakinlah dengan diri sendiri dan bergantung haraplah kepada Allah.”

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sebagai seorang pemimpin dan orang politik, kita tidak boleh lari dari kritikan manusia. Itu kita kena terima. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepian pantai. Saya juga sedar, mungkin atas niat ingin samasama melihat transformasi dan perubahan, mungkin atas rasa kasih dan sayang kepada Negeri Terengganu, ada pihak yang berkata bahawa transformasi yang ingin saya bawa hanyalah retorik semata – mata.

Percayalah, usaha transformasi yang ingin saya bawa bukan retorik. Saya juga ingin mengingatkan diri saya, bahawa sementara saya meraikan pendapat yang berbeza, saya tidak boleh lemah semangat atau hilang fokus, hanya kerana ada segelintir pihak yang tidak sependapat, apatah lagi mereka yang mengutuk apatah lagi menabur fitnah. Kita akan terus buat yang terbaik untuk rakyat dan Negeri Terengganu. Sayangilah Terengganu.

Saya serahkan segalanya kepada ketentuan Allah SWT sebagaimana Firman Allah dalam surah A-ali Imraan, ayat 26 yang bermaksud: “Katakanlah, Ya Allah pemilik kekuasaan (kerajaan) alam semesta.

Engkau memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau mengambil semula kekuasaan itu dari sesiapa sahaja yang Engkau mahu. Engkau berkuasa memuliakan dan menghina siapa yang Engkau mahu. Di tanganMu (Ya Allah), segala kebaikan dan kekayaan.”

Transformasi bukan retorik. Ianya berpandukan gesaan dalam agama Islam yang maha suci sebagaimana Firman Allah dalam Surah Ar-Ra‟d, ayat 11 yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sehingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”

Rugilah dan gila seseorang itu kalau dia mengharapkan hasil yang berbeza dengan menggunakan cara yang sama.

Rugilah dan gila seseorang itu kalau dia tidak melakukan sebarang transformasi ke atas dirinya, ke atas keluarganya, ke atas urusan kerjanya di dunia. Inilah persediaan kita untuk ke akhirat. Kita harus berani mencabar kelaziman.

Saya akan terus berusaha dan memberanikan diri mencabar kelaziman walaupun ramai yang tidak peduli atau ambil tahu dengan kekangan yang terpaksa saya hadapi, mahupun legasi yang terpaksa saya warisi. Saya akan terus memandang ke hadapan. Kita perlu terus maju ke hadapan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

CERITA – CERITA KEJAYAAN 2015 2015 adalah tahun yang baik buat kita.

Di sebalik pelbagai rintangan yang berlaku, banyak cerita kejayaan atau success stories yang telah kita tempa sebenarnya. Mari kita lakukan sedikit 18 refleksi atau mengikut trend dalam media sosial seperti Instagram, Twitter dan Facebook, mereka gunakan perkataan throwback. Justeru, throwback atau antara cerita kejayaan tahun 2015 adalah seperti berikut:

PERTAMA: 3 pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Besut telah berjaya memenangi pingat emas dalam Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta peringkat Antarabangsa di Kaohsiung, Taiwan pada 21 Disember lepas. SM Imtiaz menewaskan 122 sekolah lain dari seluruh dunia dengan hasil ciptaan bertajuk „Valve Release Pump‟ pada pertandingan inovasi tersebut.

Dengan kos sebanyak hanya RM75 dan proses menyiapkan projek mengambil masa tidak lebih daripada sebulan, anak-anak ini masih mampu menempa kejayaan di peringkat dunia. Syabas dan tahniah…

KEDUA: Pencapaian seorang anak jati Terengganu, Dr Mohd Firdaus Samsudin Mustapha yang telah berjaya menamatkan Pengajian Doktor Falsafah dalam jurusan Biokimia di University Oxford, membuatkan kita seluruh rakyat Terengganu berbangga di atas kejayaan beliau. Beliau telah membuktikan bahawa anak Terengganu, kelahiran Kampung Kemat, Hulu Terengganu, mampu muncul jaguh dunia. Tahniah!

KETIGA: Musalman Kamal, Penyelia di Terengganu Timber Industry Training Centre (TTITC) dan anak jati Dungun telah mewakili negara ke Pertandingan Kemahiran Peringkat Dunia, Worldskills Sao Paulo, di Brazil. Sebelum ke Sao Paulo, beliau telah mewakili Malaysia di Pertandingan ASEAN Skills di Hanoi dan memenangi pingat perak. Anak Terengganu bertarung di pentas dunia.

KEEMPAT: 1,180 bot nelayan telah berarak dari Kuala Dungun ke Kemaman dengan mengibarkan Jalur Gemilang. Mereka ini telah mencipta satu rekod dunia. Perarakan ini telah dicatatkan sebagai Perarakan Bot Terbesar Dunia dalam Guinness World Records. Tahniah Terengganu.

KELIMA: Penganjuran PESONA Terengganu di Dataran Merdeka dengan kedatangan pengunjung lebih 100,000 orang. Ianya sebahagian daripada persiapan Tahun Melawat Terengganu. Kita persembahkan Terengganu ke persada luar dan tidak lagi menunggu yang di luar datang ke Terengganu.

KEENAM: Naik taraf Institut Al Quran Negeri Terengganu kepada Kolej Al Qur‟an Terengganu (KQT) dengan misi untuk menjadi Universiti Al Quran pertama di dunia. Hebat Terengganu.

KETUJUH: Pengwujudan Madrasah Moden oleh MAIDAM

KELAPAN: Program Saintis Islam, melahirkan saintis Islam bertaraf dunia.

KESEMBILAN: Terengganu Juara UPSR buat kali ke-15 dengan menjuarai tiga kategori sekaligus, iaitu peratus tertinggi mendapat 5A, Gred Purata Negeri (GPN) terendah dan peratus tertinggi lulus semua mata pelajaran. Hebat Terengganu!

KESEPULUH: Pengisytiharan Daerah Kuala Nerus sebagai Daerah baharu dan Bandar AlWathiqu Billah, Kuala Nerus sebagai bandar baharu dengan konsep Waqaf.

KESEBELAS: Pembinaan Jambatan Angkat atau Drawbridge yang dijangka siap pada Mac 2017. Jambatan angkat yang pertama di Asia Tenggara. Hebat Terengganu!

KEDUA BELAS: Ikrar Integriti Korporat (CIP) dengan lima organisasi telah menandatanganinya iaitu Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dan yang terbaharu, Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (TISB). Ini antara iltizam kita dalam meningkatkan tahap integriti.

KETIGA BELAS: Pengiktirafan Gold Standard oleh Kerajaan Persekutuan bagi pengurusan banjir di Daerah Kemaman. Hebat Terengganu!

KEEMPAT BELAS: Perjanjian membekalkan air terawat kepada Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd 23 (AKSB). Inilah satu contoh pelaksanaan transformasi politik.

KELIMA BELAS : Penarafan bintang atau Star Rating (SSR) semua J3K di seluruh Negeri Terengganu, bertujuan meningkatkan prestasi dan perkhidmatan J3K. Negeri pertama di Malaysia. Hebat Terengganu!

KEENAM BELAS : Penubuhan Majlis Ekonomi Negeri Terengganu (MEN-T) dan Unit Transformasi Ekonomi Negeri (U-TENT) dengan 18 Entry Point Projects (EPP) dan 71 projek yang bakal dilaksanakan dari tahun 2016 hingga 2020. Dijangka bakal mewujudkan lebih 40,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2020. Yang pertama di Malaysia. Satu Transformasi Ekonomi. Hebat Terengganu!!!

KETUJUH BELAS : Pembukaan Fasiliti Bersepadu Bio-metionina dan Tiokimia milik CJ Cheil Jedang (CJ) dari Korea dan Arkema dari Perancis di Taman Biopolimer Kertih, Kemaman. Fasilisiti Bersepadu yang pertama di dunia. Bernilai RM 2.1 bilion di kawasan seluas 70 hektar.

KELAPAN BELAS : Penubuhan Unit TTB yang akan menggalakkan semangat sukarelawan terutamanya di kalangan golongan belia di Negeri Terengganu. Terengganu Boleh.

KESEMBILAN BELAS : Usaha baikpulih Stadium Sultan Mizan selesai. KEDUA PULUH : Bacaan ayat – ayat suci Al Qur‟an di majlis – majlis rasmi Kerajaan. Satu Transformasi Kerajaan.

KEDUA PULUH SATU : Premis perniagaan ditutup selama dua jam pada Hari Jumaat

KEDUA PULUH DUA : Juara Berganda Hoki Liga Malaysia selama dua tahun berturut – turut. Hebat Terengganu!

KEDUA PULUH TIGA : Pembinaan Hospital Pengajar UniSZA. Satu lagi faedah untuk rakyat.

KEDUA PULUH EMPAT : Penubuhan tiga buah Sekolah Menengah IMTIAZ baharu bagi melahirkan Generasi Ulul Al Bab. Satu lagi faedah untuk rakyat.

KEDUA PULUH LIMA : Pengenalan KT Walk. Satu lagi faedah untuk rakyat.

KEDUA PULUH ENAM : Naik taraf Pasar Besar Kedai Payang. Satu lagi faedah untuk rakyat.

KEDUA PULUH TUJUH : Lebuhraya Pantai Timur (LPT 2) siap. Satu lagi faedah untuk rakyat.

KEDUA PULUH LAPAN: Program Jom Nanam, satu transformasi ekonomi dalam sektor pertanian.

KEDUA PULUH SEMBILAN : Penjenamaan semula nasi dagang melalui T-Dagang dan keropok lekor melalui T Lekor. Satu transformasi dalam budaya. KETIGA PULUH : Pembinaan dua buah hospital baharu di Dungun dan Kemaman. Satu lagi faedah untuk rakyat.

KETIGA PULUH SATU : Kuala Terengganu Bandar Warisan Pesisiran Air.

KETIGA PULUH DUA : Baucer RM 500 untuk pelajar yang berjaya ke IPT, untuk dapatkan laptop pada harga diskaun. Satu faedah untuk rakyat.

KETIGA PULUH TIGA : Lapangan terbang Sultan Mahmud sebagai hab kargo serantau. Satu transformasi ekonomi.

KETIGA PULUH EMPAT : Program IGCSE bagi kemasukan pelajar terus ke peringkat A Level.

KETIGA PULUH LIMA : Pengwujudan Majlis Perundingan Rakyat (MPR). Sebagai Kerajaan yang bersifat inklusif, kita menjadikan kehendak rakyat sebagai pengisian dalam pembangunan negeri. Satu transformasi Kerajaan.

KETIGA PULUH ENAM : Mewujudkan Pusat Hemodialisis yang akan dibina di setiap kawasan Parlimen. Satu faedah untuk rakyat.

KETIGA PULUH TUJUH : Berjaya mengeluarkan paling ramai orang miskin dari senarai kemiskinan iaitu 39, 738 orang. Terengganu di tempat pertama. Negeri Terengganu juga berjaya mengurangkan bilangan miskin tegar dari 847 pada tahun 2013 kepada 20 orang pada tahun 2015.

KETIGA PULUH LAPAN ; “Home Manager” mengisi keperluan keluarga bekerja. Satu lagi faedah untuk rakyat.

KETIGA PULUH SEMBILAN : Peningkatan besar bilangan pelajar universiti anak Terengganu yang mendapat Ijazah Kelas Pertama iaitu CGPA 3.75 ke atas, daripada 98 orang pada tahun 2014 meningkat mendadak kepada 313 orang pada tahun 2015. Tahniah Terengganu.

KEEMPAT PULUH : Kejayaan pesilat dari Terengganu di Kejohanan Silat Sedunia di Phuket pada Januari, 2015. Terengganu telah menghantar 3 orang pesilat dan masing – masing telah merangkul satu pingat emas, satu perak dan satu gangsa. Syabas Terengganu.

KEEMPAT PULUH SATU : Atlet berbasikal Terengganu muncul Juara keseluruhan LCC Grand Prix Indonesia 2015 di jawa Barat, Indonesia. Hebat Terengganu!

KEEMPAT PULUH DUA : PBT Marang dan Besut mendapat tempat kedua terbaik dalam Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) bagi Kategori Anugerah Pengurusan Pentadbiran Daerah dan 30 Tanah (AIPDT) untuk seluruh Malaysia. Tahniah Terengganu

KEEMPAT PULUH TIGA : Kita telah catat peningkatan mendadak dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3). Pada tahun 2014, 233 orang calon mendapat semua A. Pada tahun 2015, angka itu mengalami lompatan saujana meningkat kepada 699 orang. Peningkatan sebanyak 200%!

Syabas Terengganu.

Marilah sama-sama kita berikan satu tepukan kepada semua cerita kejayaan yang telah dicatatkan sepanjang tahun 2015. Semua cerita kejayaan ini menunjukkan bahawa sudah berlaku transformasi. Sekecil mana sekalipun kejayaan kita, ianya tetap perlu diraikan kerana kejayaan yang kecil adalah permulaan untuk kejayaan – kejayaan lain yang lebih besar.

Tidak akan ada sebarang pencapaian dan kejayaan sekiranya kita tidak berani mencabar kelaziman. Terengganu Hebat sebenarnya.

Syabas Terengganu. Insyaa Allah, kita di landasan yang betul. Hadirin yang dihormati sekalian, MELANGKAH KE HADAPAN – 5 CABARAN MENDATANG .

Saya ingin mengajak kita semua untuk terus melangkah ke hadapan. We have to move forward. Namun penting untuk kita menganalisa apakah agaknya cabaran yang bakal kita hadapi supaya kita boleh merangka strategi menghadapinya.

Saya berpendapat ada 5 cabaran besar yang terpaksa kita sama-sama tempuhi.

Cabaran pertama : Ketidaktentuan ekonomi dunia akibat kejatuhan merudum harga komoditi khasnya minyak, serta kelembapan ekonomi Negara – Negara seperti China, Eropah dan Amerika Syarikat

Cabaran Kedua : Isu – isu di peringkat nasional yang mempengaruhi persepsi sehingga boleh menggoncang tahap keyakinan rakyat kepada kerajaan

Cabaran Ketiga : Mind set yang tidak progresif. Sebarang cadangan atau idea baharu hendaklah diraikan dengan kata – kata “mengapa tidak” dan bukan diraikan dengan kata – kata “ini payah”. Untuk itu, saya berikrar akan terus meraikan idea – idea baharu terutamanya yang boleh dilaksanakan dengan cepat atau yang bersifat “low hanging fruits” iaitu buah-buahan yang boleh dipetik segera, demi memajukan rakyat dan negeri Terengganu.

Cabaran Keempat : Integriti.

Cabaran Kelima: Menangani peperangan persepsi. Joseph Gobbels, Menteri Propaganda Nazi mengatakan bahawa: “Jika anda memberitahu satu pembohongan, dan terus mengulanginya berulang kali, lama-kelamaan orang akan mempercayai pembohongan itu”.

Inilah yang terjadi di Malaysia. Betapa banyaknya pembohongan sehingga rakyat jadi keliru yang mana satu benar dan yang mana satu tidak. Kelima – lima cabaran ini iaitu ketidaktentuan ekonomi dunia, isu – isu di peringkat nasional, mind set yang tidak progresif, integriti dan menangani peperangan persepsi adalah cabaran – cabaran getir di tahun 2016 ini.

Namun di sebalik lanskap ekonomi dan politik yang mencabar dan sukar diduga, saya sangat optimistik untuk menghadapi tahun 2016. Tahun 2014 ialah Tahun Pemurnian.

Ianya adalah tahun untuk saya selaku Menteri Besar, menyusun semula peranan dan tanggungjawab, memperkemaskan sistem dan prosedur, membina penjenamaan dan memberi tumpuan kepada “low hanging fruits” Tahun 2015 ialah Tahun Pengukuhan.

Ianya tahun pelaksanaan janji – janji sepertimana yang terdapat dalam Bajet, dan melaluinya kita akan mula mencatatkan indikator pemulihan atau “quick wins”. Kita mula mencipta cerita – cerita kejayaan dan membina asas untuk lebih banyak cerita kejayaan.

Tahun 2016 ialah Tahun Peperangan.

Insyaa Allah, kita akan lihat lebih banyak cerita kejayaan dan penjenamaan yang semakin diyakini. Kita akan lakukan penyelidikan secara berkala bagi mengukur tahap keyakinan. Dalam menghadapi Tahun 2016 ini, lima perkara berikut akan diberi keutamaan:

5 KEUTAMAAN TAHUN 2016

PERTAMA : Menangani isu peningkatan kos sara hidup rakyat. Untuk itu, saya mencadangkan supaya ditubuhkan satu “Task Force” yang akan bertindak sepertimana National Economic Action Council 36 (NEAC) sewaktu berlakunya Krisis Ekonomi 1999 dahulu. Kita perlu tangani isu ini segera dan memikirkan apa yang boleh dilakukan dalam bidang kuasa kita kerana banyak isu berkaitan dengannya berada di luar kawalan kita seperti peningkatan harga komoditi dan kejatuhan ekonomi negara – negara pengeksport.

KEDUA : Pelaksanaan Projek dan Program dalam MEN-T. Kita sudah berbengkel selama enam minggu dan kita sudah ada blue print yang terperinci. Kita perlu laksanakan transformasi dengan membuat keputusan – keputusan yang mungkin sukar dan bersifat di luar kelaziman sehingga mencabar kemahuan politik (political will). Semua 18 Entry Point Projects dengan 71 subprojek bukan hanya cantik di atas kertas. Sekiranya semua ini dilaksanakan maka kita dijangka capai objektif meningkatkan pendapatan isi rumah sehingga RM 8000 dan menghasilkan 41,000 peluang pekerjaan.

Pelaksanaannya harus bersifat fast track. Sekiranya terdapat sebarang projek yang dicadangkan itu tidak dapat diluluskan atas sebab – sebab tertentu, maka hal ini hendaklah segera dimaklumkan supaya langkah pembaikian atau tindakan susulan atau cadangan projek baharu, malah pembatalan, dapat diambil.

KETIGA : Pelaksanaan semua projek fizikal yang telah dirancang pada tahun 2015 khasnya projekprojek perumahan untuk kemudahan rakyat. Ada beberapa projek fizikal flagship yang telah dirancang dan sesetengahnya sudahpun mula berjalan. Kita perlukan pastikan pemantauan pelaksanaannya adalah tepat, berkala dan teliti bagi memastikan projek – projek ini mengikut jadual.

KEEMPAT : Pelaksanaan janji – janji khasnya program – program touch points sepertimana yang dirangka dalam Bajet 2015 dan Bajet 2016.

KELIMA : Pengenalan Indeks Kesejahteraan Negeri Terengganu Hadirin yang dihormati sekalian, INDEKS KESEJAHTERAAN NEGERI TERENGGANU Saya berpendapat bahawa sekiranya kita tidak boleh mengukur, kita tidak boleh mengurus dengan baik. Sekiranya di peringkat Pusat telah diperkenalkan Indeks Syariah Malaysia, maka saya ingin mencadangkan supaya kita di Negeri Terengganu memperkenalkan Indeks Kesejahteraan Negeri Terengganu.

Tujuan kita adakan Indeks ini adalah untuk mengukur prestasi, membuat perbandingan dan meletakkan sasaran supaya apa yang kita sudah ada di Negeri Terengganu dapat kita lonjakkan ke tahap yang paling tinggi.

Kriteria atau elemen berikut boleh dijadikan sebahagian daripada indeks tersebut.

Kriteria Pertama : Urustadbir yang baik (good governance)

Kriteria Kedua : Kesejahteraan Keluarga

Kriteria Ketiga : Infrastruktur

Kriteria Keempat : Bantuan untuk Pembangunan Kapasiti Insan

Kriteria Kelima : Pendidikan

Kriteria Keenam : Taraf Kesihatan Kriteria Ketujuh : Amalan dalam beragama Indeks Kesejahteraan Negeri Terengganu ini boleh kita jadikan kayu pengukur di mana sebenarnya

kedudukan kita berdasarkan 7 kriteria di atas jika dibandingkan dengan penanda aras baik di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa.

Satu kajian mengenainya akan dilakukan bagi mengenalpasti indikator dalam setiap 7 kriteria dan kaedah penilaiannya.

Hadirin yang dihormati sekalian,

LANGKAH – LANGKAH BAHARU DALAM MENGISI EKONOMI KEPERLUAN RAKYAT (EKR)

Dalam Bajet 2015 dan 2016, saya telah memperkenalkan banyak program – program Ekonomi Keperluan Rakyat (EKR) atau touch points.

Menyedari beban dan tekanan yang terpaksa dihadapi oleh rakyat ekoran meningkatnya kos sara hidup, maka saya ingin mencadangkan beberapa lagi program touch points berikut: Program Guru Tuisyen.

1. Kadar pengangguran di Terengganu telah berkurang sebanyak 0.6% iaitu daripada 4.2% pada tahun 2014 kepada 3.6% pada tahun 2015.

Bilangan yang menganggur di Terengganu pada tahun 2015 ialah 16,046 orang jika dibandingkan dengan tahun 2014 seramai 18,200 orang.

Dengan ini, bagi mengurangkan lagi kadar pengangguran, terutamanya di kalangan siswazah, kita mencadangkan Program Guru Tuisyen.

Buat permulaan seramai 80 orang akan dikenalpasti untuk dilatih dan menjalankan program ini. Kelas Tuisyen yang dikendalikan oleh Kerajaan Negeri ini adalah percuma bagi anakanak yang kurang berkemampuan.

Program ini akan menggunpakai model yang sedia melalui TGAS. dan Talent Management Terengganu. Program Jom Ajar Ngaji

2. Bagi membantu anak-anak Terengganu yang menganggur, kerajaan negeri juga bercadang untuk membuka kelas Quran/Iqra‟ percuma yang diajar oleh siswazah menganggur yang mempunyai asas agama.

Seramai 80 orang juga akan dikenalpasti untuk mengikuti latihan bagi menjayakan program ini. Program 1 Keluarga, 1 Usahawan

3. Mewujudkan Program 1 Keluarga, 1 Usahawan dengan menggunakan peruntukan dalam Bajet Negeri 2016 yang disalurkan kepada Tabung Pembiayaan Usahawan (T‟Fund) dan di bawah Skim Pinjaman Khas Usahawan Desa.

Ini bagi menggalakkan setiap keluarga mempunyai bisnes sendiri untuk menambah pendapatan mereka. Apakah boleh kita permudahkan hasrat rakyat untuk berniaga dari rumah untuk menjalankan perniagaan kecil – kecilan dalam usaha mereka untuk menambah pendapatan.

Luluskan hasrat mereka untuk membuka kedai di rumah dan berikan lesen secara percuma selama tiga tahun. Tetapi pastikan perniagaan ini, walaupun kecil, ianya tetap berdaftar dan ianya bersifat sementara. Program Digital Mall Terengganu

4. Mewujudkan Digital Mall dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), bagi membuka peluang kepada lebih banyak pengusaha Industri Kecil Sederhana dalam bidang ICT. Hal ini dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 100 orang usahawan termasuk mereka yang terlibat dalam rantaian nilai (value and supply chain).

Program Takaful Banjir

5. Setiap tahun Terengganu berdepan dengan keadaan banjir. Kerajaan perlu memikirkan satu kaedah bagi mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung oleh mangsa banjir setiap kali banjir berlaku dan merosakkan harta benda. Untuk itu, kita mencadangkan supaya mangsa – mangsa banjir ini dibantu melalui satu polisi takaful yang dinamakan Takaful Kampungku. Mangsa-mangsa yang terlibat akan mendapat pampasan berdasarkan polisi takaful tersebut. Program Terengganu Care

6. Bagi meringankan beban rakyat untuk menampung kos perubatan, kerajaan bercadang untuk mewujudkan Medical Card Terengganu Care terutamanya untuk golongan yang tidak berkemampuan.

Dengan adanya kad ini, mereka juga turut sama dapat merasai serta menggunakan perkhidmatan di lebih 100 buah klinik swasta di sekitar Terengganu seperti mana orang lain. Ianya dijangka akan mendatangkan faedah kepada rakyat Terengganu dengan kaedah pelaksanaannya yang akan diperhalusi.

7. Mewujudkan Hari Tanpa Tali Leher „No Tie Day‟ di Wisma Darul Iman

8. Langkah – Langkah penjimatan seperti berikut:  

Menutup lampu setiap kali keluar dari bilik pejabat Menutup penghawa dingin dan memastikan suis komputer di tutup bila tamat waktu bekerja

9.Mengkaji kaedah untuk mengoptimumkan penggunaan zakat bagi membantu pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan berikutan kos sara hidup yang kian meningkat kini.

Isu mahasiswa yang dikatakan kelaparan juga perlu dilihat sejauh mana tahap kesahihannya dan bagaimana kaedah mereka ini boleh dibantu terutama di kalangan mereka yang berada di IPTA/IPTS dalam Negeri Terengganu dan anak – anak Terengganu yang berada di luar Terengganu.

10. Mengenakan kompaun dan tindakan yang lebih tegas mengikut peruntukan undang – undang yang sedia ada ke atas peniaga yang mengenakan harga barangan yang melampaui harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Program Tabarru‟

11. Bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan, kerajaan akan mewujudkan Program Tabarru‟ iaitu satu program yang akan meningkatkan semangat sukarelawan atau volunteerism di kalangan rakyat Terengganu untuk menderma barang-barang terpakai atau makanan yang ingin disedekahkan kepada golongan miskin. Kerajaan akan mengenalpasti beberapa tempat seperti masjid ataupun pasar raya untuk dijadikan lokasi supaya rakyat dapat menderma. Golongan miskin yang tidak mampu boleh mengambilnya secara percuma.

12. Kerajaan akan mewujudkan Car Free Day di jalan – jalan utama terpilih bagi memberi ruang kepada rakyat Terengganu untuk melakukan aktiviti bebas samada bersendirian atau bersama keluarga seperti berkelah, melukis, bermain skateboard atau roller blade, buskers dan lain-lain lagi.

13. Mewujudkan Program Tranformasi Pegawai Kerajaan iaitu seorang pegawai kerajaan hendaklah multitasking dan serba boleh serta mampu menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan oleh pelanggan.

14. Berusaha mewujudkan Kedai–kedai Harga patut berteraskan koperasi. Model perniagaan yang boleh dijadikan panduan ialah IMCOOP di Iskandar Malaysia. Melalui program ini, rakyat yang menjadi ahli koperasi bukan sahaja boleh membeli barangan dengan harga yang lebih murah dari pasaran malah berpeluang mendapat dividen dari pelaburan mereka.

Hadirin yang dihormati sekalian,

FAKTOR – FAKTOR KEJAYAAN (KEY SUCCESS FACTORS)

Ke arah bersama memakmurkan negeri Terengganu, terdapat tiga Faktor Kejayaan atau Key Success Factors, yang saya telah kenalpasti.

Pertama : Perpaduan. Kemajuan dan kejayaan kita sebagai sebuah negeri bergantung kepada perpaduan sesama kita. Isu perpaduan tidak boleh dipandang enteng. Perpaduan bukan bermakna kita perlu mengiakan apa sahaja untuk mencapai penyatuan masyarakat.

Kedua : Berani Mencabar Kelaziman. Perlu ada dalam jiwa setiap anak Terengganu sifat berani ini. Cerita – cerita kejayaan sepanjang tahun 2015 menunjukkan kita ada sifat tersebut.

Cumanya, jika sikap malas dan tidak mahu ke depan sering dilazimi, ianya akan menjadi penghalang untuk kita mencipta lebih banyak kehebatan dan kejayaan.

Kita terlalu memandang hebat kepada orang putih, walhal kita juga mampu untuk setanding dengan mereka malah mampu untuk lebih hebat lagi. Sebagai contoh, Google, Pepsi, Microsoft, MasterCard, ini adalah beberapa contoh syarikat sekarang yang dipimpin oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berbangsa India. Sundar Pichai, CEO Google merupakan anak kelahiran negara India yang berjaya menempa kejayaan di Amerika.

Begitu juga Indra Nooyi (CEO PepsiCo), Satya Nadella (CEO Microsoft) dan Ajaypal Singh Banga (CEO Mastercard). Pendidikan awal mereka semua bermula di India. Bagi saya, sistem pendidikan kita di Terengganu adalah lebih baik dari di India. Justeru tidak mustahil bagi kita untuk melahirkan lebih ramai ilmuan dan cendekiawan, ketua perniagaan bertaraf dunia di kalangan anak Terengganu.

Ketiga : Menawarkan perkhidmatan dan bukannya menyediakan perkhidmatan. Ini adalah misi dan prinsip perkhidmatan kita dalam kerajaan. Melalui prinsip ini, kita tidak lagi menunggu rakyat yang merupakan pelanggan kita, untuk datang dan meminta bantuan. Sebaliknya kita yang

akan pergi bertanya dan menawarkan bantuan dan perkhidmatan kepada mereka. PENUTUP Hadirin yang dikasihi, Firman Allah SWT dalam Surah Ibrahim, ayat 7 yang bermaksud:

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.

Pada pagi ini, saya telah menggariskan 43 cerita kejayaan, 5 cabaran, 5 keutamaan dalam tahun 2016, 7 kriteria Indeks Kesejahteraan Negeri Terengganu, 14 program touch points dan 3 faktor kejayaan. Insyaa Allah, kita di landasan yang betul.

Marilah kita bina masa hadapan yang menjanjikan kepuasan kepada yang bekerja keras, yang 51 berkreativiti, yang berinovasi dan yang sanggup mengambil risiko. Marilah kita bina sebuah negeri yang menjanjikan kesejahteraan dan kebahagiaan untuk semua. Renungkanlah dalamdalam di saat ini, adakah kita sedang mencipta sebuah negeri yang aman damai, makmur, sentosa atau sekeping mayapada yang kucar-kacir, miskin dan kontang?

Beringatlah, bahawa apa yang dilakukan hari ini bukan sekadar terkesan kepada generasi semasa, tetapi yang lebih utama, ia bakal mencorak negara bangsa untuk dihakimi oleh sejarah serta generasi mendatang.

Insyaa Allah kita di landasan yang betul. Secara ikhlasnya, saya memohon maaf. Saya juga seorang manusia yang banyak kelemahan. Saya akan cuba memperbaiki kelemahan tersebut. Tegurlah saya.

Marilah bersama – sama saya. Marilah kita membina masa hadapan yang lebih gemilang.

Sayangi lah Terengganu. Wabillahi Taufik Walhidayah. Di sebalik pelbagai rintangan yang berlaku, banyak cerita kejayaan yang telah ditempa sepanjang tahun 2015.

Sekecil mana sekalipun kejayaan kita, ianya tetap perlu diraikan kerana kejayaan yang kecil adalah permulaan untuk kejayaan-kejayaan lain yang lebih besar. Berikut adalah 43 kejayaan yang telah disenaraikan sepanjang tahun 2015; PERTAMA: Tiga pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Besut telah berjaya memenangi pingat emas dalam Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta peringkat Antarabangsa di Kaohsiung, Taiwan pada 21 Disember lepas. SM Imtiaz menewaskan 122 sekolah lain dari seluruh dunia dengan hasil ciptaan bertajuk ‘Valve Release Pump’ pada pertandingan inovasi tersebut. Dengan kos sebanyak hanya RM75 dan proses menyiapkan projek mengambil masa tidak lebih daripada sebulan, anak-anak ini masih mampu menempa kejayaan di peringkat dunia. KEDUA: Pencapaian seorang anak jati Terengganu, Dr Mohd Firdaus Samsudin Mustapha yang telah berjaya menamatkan Pengajian Doktor Falsafah dalam jurusan Biokimia di University Oxford, membuatkan kita seluruh rakyat Terengganu berbangga di atas kejayaan beliau. KETIGA: Musalman Kamal, Penyelia di Terengganu Timber Industry Training Centre (TTITC) dan anak jati Dungun telah mewakili negara ke Pertandingan Kemahiran Peringkat Dunia, Worldskills Sao Paulo, di Brazil. Sebelum ke Sao Paulo, beliau telah mewakili Malaysia di Pertandingan ASEAN Skills di Hanoi dan memenangi pingat perak. KEEMPAT: 1,180 bot nelayan telah berarak dari Kuala Dungun ke Kemaman dengan mengibarkan Jalur Gemilang. Mereka ini telah mencipta satu rekod dunia. Perarakan ini telah dicatatkan sebagai Perarakan Bot Terbesar Dunia dalam Guinness World Records. KELIMA: Penganjuran PESONA Terengganu di Dataran Merdeka dengan kedatangan pengunjung lebih 100,000 orang. Ianya sebahagian daripada persiapan Tahun Melawat Terengganu. Kita persembahkan Terengganu ke persada luar dan tidak lagi menunggu yang di luar datang ke Terengganu. KEENAM: Naik taraf Institut Al Quran Negeri Terengganu kepada Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) dengan misi untuk menjadi Universiti Al Quran pertama di dunia. KETUJUH: Pengwujudan Madrasah Moden oleh MAIDAM KELAPAN: Program Saintis Islam, melahirkan saintis Islam bertaraf dunia. KESEMBILAN: Terengganu Juara UPSR buat kali ke-15 dengan menjuarai tiga kategori sekaligus, iaitu peratus tertinggi mendapat 5A, Gred Purata Negeri (GPN) terendah dan peratus tertinggi lulus semua mata pelajaran. KESEPULUH: Pengisytiharan Daerah Kuala Nerus sebagai Daerah baharu dan Bandar AlWathiqu Billah, Kuala Nerus sebagai bandar baharu dengan konsep Waqaf. KESEBELAS: Pembinaan Jambatan Angkat atau Drawbridge yang dijangka siap pada Mac 2017. Jambatan angkat yang pertama di Asia Tenggara.

KEDUA BELAS: Ikrar Integriti Korporat (CIP) dengan lima organisasi telah menandatanganinya iaitu Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dan yang terbaharu, Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (TISB). KETIGA BELAS: Pengiktirafan Gold Standard oleh Kerajaan Persekutuan bagi pengurusan banjir di Daerah Kemaman. KEEMPAT BELAS: Perjanjian membekalkan air terawat kepada Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB). Inilah satu contoh pelaksanaan transformasi politik. KELIMA BELAS : Penarafan bintang atau Star Rating (SSR) semua J3K di seluruh Negeri Terengganu, bertujuan meningkatkan prestasi dan perkhidmatan J3K. Negeri pertama di Malaysia KEENAM BELAS : Penubuhan Majlis Ekonomi Negeri Terengganu (MEN-T) dan Unit Transformasi Ekonomi Negeri (U-TENT) dengan 18 Entry Point Projects (EPP) dan 71 projek yang bakal dilaksanakan dari tahun 2016 hingga 2020. Dijangka bakal mewujudkan lebih 40,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2020. Yang pertama di Malaysia. Satu Transformasi Ekonomi KETUJUH BELAS : Pembukaan Fasiliti Bersepadu Bio-metionina dan Tiokimia milik CJ Cheil Jedang (CJ) dari Korea dan Arkema dari Perancis di Taman Biopolimer Kertih, Kemaman. Fasilisiti Bersepadu yang pertama di dunia. Bernilai RM 2.1 bilion di kawasan seluas 70 hektar. KELAPAN BELAS : Penubuhan Unit TTB yang akan menggalakkan semangat sukarelawan terutamanya di kalangan golongan belia di Negeri Terengganu. KESEMBILAN BELAS : Usaha baikpulih Stadium Sultan Mizan selesai. KEDUA PULUH : Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran di majlis-majlis rasmi Kerajaan. Satu Transformasi Kerajaan. KEDUA PULUH SATU : Premis perniagaan ditutup selama dua jam pada Hari Jumaat KEDUA PULUH DUA : Juara Berganda Hoki Liga Malaysia selama dua tahun berturut – turut. KEDUA PULUH TIGA : Pembinaan Hospital Pengajar UniSZA. KEDUA PULUH EMPAT : Penubuhan tiga buah Sekolah Menengah IMTIAZ baharu bagi melahirkan Generasi Ulul Al Bab. KEDUA PULUH LIMA : Pengenalan KT Walk. KEDUA PULUH ENAM : Naik taraf Pasar Besar Kedai Payang.

KEDUA PULUH TUJUH : Lebuhraya Pantai Timur (LPT 2) siap. KEDUA PULUH LAPAN: Program Jom Nanam, satu transformasi ekonomi dalam sektor pertanian. KEDUA PULUH SEMBILAN : Penjenamaan semula nasi dagang melalui T-Dagang dan keropok lekor melalui T Lekor. Satu transformasi dalam budaya. KETIGA PULUH : Pembinaan dua buah hospital baharu di Dungun dan Kemaman. KETIGA PULUH SATU : Kuala Terengganu Bandar Warisan Pesisiran Air. KETIGA PULUH DUA : Baucer RM 500 untuk pelajar yang berjaya ke IPT, untuk dapatkan laptop pada harga diskaun. Satu faedah untuk rakyat. KETIGA PULUH TIGA : Lapangan terbang Sultan Mahmud sebagai hab kargo serantau. KETIGA PULUH EMPAT : Program Sijil Umum Pendidikan Menengah Antarabangsa (IGCSE) bagi kemasukan pelajar terus ke peringkat A Level. KETIGA PULUH LIMA : Pengwujudan Majlis Perundingan Rakyat (MPR). Sebagai Kerajaan yang bersifat inklusif, kita menjadikan kehendak rakyat sebagai pengisian dalam pembangunan negeri. KETIGA PULUH ENAM : Mewujudkan Pusat Hemodialisis yang akan dibina di setiap kawasan Parlimen. KETIGA PULUH TUJUH : Berjaya mengeluarkan paling ramai orang miskin dari senarai kemiskinan iaitu 39, 738 orang. Terengganu di tempat pertama. Negeri Terengganu juga berjaya mengurangkan bilangan miskin tegar dari 847 pada tahun 2013 kepada 20 orang pada tahun 2015. KETIGA PULUH LAPAN : ‘Home Manager’ mengisi keperluan keluarga bekerja. KETIGA PULUH SEMBILAN : Peningkatan besar bilangan pelajar universiti anak Terengganu yang mendapat Ijazah Kelas Pertama iaitu CGPA 3.75 ke atas, daripada 98 orang pada tahun 2014 meningkat mendadak kepada 313 orang pada tahun 2015. KEEMPAT PULUH : Kejayaan pesilat dari Terengganu di Kejohanan Silat Sedunia di Phuket pada Januari, 2015. Terengganu telah menghantar 3 orang pesilat dan masing-masing telah merangkul satu pingat emas, satu perak dan satu gangsa. KEEMPAT PULUH SATU : Atlet berbasikal Terengganu muncul Juara keseluruhan LCC Grand Prix Indonesia 2015 di jawa Barat, Indonesia.

KEEMPAT PULUH DUA : PBT Marang dan Besut mendapat tempat kedua terbaik dalam Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) bagi Kategori Anugerah Pengurusan Pentadbiran Daerah dan Tanah (AIPDT) untuk seluruh Malaysia. KEEMPAT PULUH TIGA : Kita telah catat peningkatan mendadak dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3). Pada tahun 2014, 233 orang calon mendapat semua A. Pada tahun 2015, angka itu mengalami lompatan saujana meningkat kepada 699 orang. Peningkatan sebanyak 200%! Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana masih memilih kita meneruskan kehidupan di bumi tercinta ini.2. Sepanjang tahun 2015 sektor pendidikan negeri Terengganu telah banyak memahat sejarah kecemerlangan, peningkatan bilangan dan kualiti bergerak seiring. Kita cukup bangga dengan paparan prestasi ini. Tahniah warga pendidik, jasa anda amat dihargai. Kerja keras warga pendidik sepanjang tahun dihargai dengan pengumuman pencapaian prestasi terbaik dalam peperiksaan.Kenangan manis3. Pada tahun 2015 negeri Terengganu telah mencatatkan pencapaian terbaik dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan pada 14 Disember yang lalu calon-calon PT3 yang mendapat semua A telah mencipta lonjakan berganda daripada 233 calon kepada 699 calon. Semuanya ini menjadi kebanggaan kepada seluruh rakyat di negeri ini. Anak-anak pelajar Terengganu bukan sekadar berjaya membuktikan kehebatan akademik semata-mata malah sinar kecemerlangan mereka ternyata di bidang ko-kurikulum. Ada yang telah berjaya menaiki pentas penghargaan di peringkat antarabangsa.4. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, apa yang kita pacu dalamperkembangan pendidikan di negeri Terengganu menepati dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Melahirkan insan seimbang menjadi keutamaan. Inilah perjuangan warga pendidik sentiasa memilki ‘jurus’ yang tidak mudah beralih arah, lalu meresap disegenap hati dan jiwa.Sebab itu semasa saya berkecimpung dengan kerjaya murni ini, kita sering diingati oleh Allahyarham Dato’ Hj. Razali Ismail mantan Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, katanya “semua orang boleh bercakap, tetapi percakapan guru ada seninya, ramai orang boleh mengajar tetapi pengajaran seorang guru ada rohnya.” Pengalaman yang dikutip masa lalu walaupun menjadi sejarah namun sangat membantu saya dalam melaksanakan amanah yang kini disandang. Benar sekali kemahiran seorang guru tiada tandingnya. Anda terpilih melibatkan diri dengan profesion yang professional.Terengganu Negeri Anjung Ilmu5. Tepat sekali nama Terengganu Negeri Anjung Ilmu dislogankan sebagai titik temupermuafakatan bijak di kalangan pemikir-pemikir berilmu untuk menyusun suatu gerak kerja berskala mega memperkasakan kualiti pendidikan anak negeri. Kini Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu melengkapkan lagi alur tuju ke destini kecemerlangan di persada tinggi dengan ‘Memperkasakan Transformasi Pendidikan’. Kita percaya ini bukan sekadar slogan tetapi sebagai pemangkin membina ‘hala tuju sut’ kepada semua warga pendidik agar sentiasa termotivasi dengan matlamat pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu itu sendiri.6. Saya penuh yakin melalui perancangan strategik yang direncanakan oleh pengurusan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, pembangunan pendidikan anak-anak Terengganu sentiasa terjaga dari segi kuantiti dan kualiti. Bukan sekadar memadai melahirkan para pelajar berjaya menggenggam sijil yang cemerlang, malah kehebatan mereka diperkukuhkan lagi dengan ilmu serta kemahiran manusiawi. Melalui ramuan pendekatan yang pelbagai corak, anak-anak pelajar Terengganu akan terbangunkan sahsiahnya supaya pembangunan minda terlihat nyata serta menepati ciri-ciri lahirnya seorang pelajar yang beradab

mulia.7. Buku Menyelesaikan Masalah Secara Kreatif, karya Ainon Mohd. & Abdullah Hassan ada menyatakan, ‘kemahiran menyelesaikan masalah ialah salah satu faktor utama yang menentukan kejayaan maupun kegagalan seseorang’ pandangan ini sangat penting untuk kita serasikan dengan kehendak pasaran tenaga kepakaran kerjaya sekarang. Pasaran setiap profesion zaman ini akan memberi keutamaan kepada calon yang memiliki daya fikir tinggi dan kreatif. Oleh sebab itu Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu yang menubuhkan ‘Smart Support Team’ (SST) merupakan langkah yang saujana bijaknya. Pasukan ini terdiri daripada para kaunselor terlatih yang antara lain sanggup menghulur khidmat bakti membina kecergasan minda, merawat emosi serta melatih anak-anak pelajar Terengganu memiliki akal budi mulia dan berfikiran tajam. Alhamdulillah syukur, terima kasih dan tahniah kepada pasukan kaunselor yang suatu ketika juga turut meredah banjir bersama-sama pasukan penyelamat pada akhir tahun 2014. Mereka bergerak dari daerah ke daerah, kampung ke kampung, merekalah yang banyak melaksanakan untuk merawat kecelaruan fikir anak-anak pelajar dan keluarga yang memerlukan. Sumbangan ini nampak kecil bagi kita tetapi saya percaya ia sangat besar kepada mereka yang berada dalam suasana sedih dan muram. Sesungguhnya kerajaan amat bangga dengan khidmat bakti tuan-tuan semua.Transformasi Terengganu Baharu (TTB) Pemacu Pembangunan8. “Demikian itu adalah kerana sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan merubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada sesuatu kaum, hingga kaum itu merubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS Al-Anfal 8:53)Inilah asas perubahan yang kita terapkan dalam setiap langkah perjuangan pendidikan negeri Terengganu. Prinsip kelapan (8) ‘Memperkasa Pendidikan’ dinyatakan dengan jelas arah tuju kerajaan. Kualiti pendidikan anak-anak pelajar Terengganu sentiasa diutamakan. Jalinan permuafakatan antara kerajaan dengan warga pendidik sentiasa rancak dan segar. Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu telah memainkan peranan yang cukup besar untuk menggerakkan segenap jentera dan tenaga demi mengekalkan lonjakan prestasi cemerlang dalam sektor pendidikan di peringkat kebangsaan.Bagi pihak kerajaan, kami barisan kepimpinan yang ada akan sentiasa bersedia menghulurkan bantuan tanpa ada halangan walaupun iklim ekonomi negeri kita kini tidak memberangsangkan. Kekuatan sesebuah bangsa dan negara pastinya bergantung kepada rakyat yang berilmu. Ilmu bagaikan sebuah lebuhraya yang menyediakan keselesaan dalam kembara menuju destinasi pilihan. Sesungguhnya dengan ilmu hidup rakyat menjadi mudah, dengan iman hidup kita menjadi terarah, sebab itulah pihak kerajaan sentiasa bersama warga pendidikan sepanjang masa untuk memastikan hasrat murni ini menjadi nyata.9. Saya sangat memahami segala rentak cabaran, dugaan malah bebanan yang terpaksa digalas oleh para guru. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, inilah bandingan pengorbanan seorang guru. Memanusiakan manusia bukan kerja yang alang kepalang, diperah segenap daya fikir yang ada, digali khazanah kaedah yang tersimpan, disuluh segenap petak ruang yang gelap, demi membolehkan anak muridnya mampu bertatih dalam bercakap, membaca, menulis dan mengira. Ingatlah ini semua bukan lagi menjadi kepayahan bagi kita. Biarlah tidur beralaskan lengan, biarlah sejuk dibasahi embun juga panas mentari tanpa ada tempat berteduh, demi kesejahteraan murid akan dijadikan sebagai peluang menabur bakti kepada rakyat dan negara. Syabas warga guru budiman. Kami barisan kepimpinan yang ada sangat bertuah berkhidmat bersama anda di negeri tercinta ini. Teringat saya akan kata-kata semangat YAB Perdana Menteri Malaysia dalam satu majlis di PWTC sempena perhimpunan agung yang lalu, ‘patah sayap bertongkatkan paruh, patah paruh bertongkatkan lutut, biar berceracak panah dan lembing nasib bangsa tetap dibela’. Terima kasih cikgu. Kegigihan kalian berjaya menempa gema

kecemerlangan yang menyelinap masuk ke setiap ruang pengharapan.Pesanan dan Harapan10. Negeri Terengganu telah memahat sejarah mencipta tamadun dalam pencapaian cemerlang sektor pendidikan. Samada peringkat Ujian PenilaianSekolah Rendah, PT3, Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Agama Malaysia, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, kita tetap teguh dipentas jaya. Kejayaan ini semua disebabkan oleh pengorbanan guru yang rela ‘berjuang sampai ke hujung nyawa’. Bersamalah kita memadu janji dan tekad biar luka berdarah sakit merana, soal pendidikan rakyat tetap digalas dan dikelek. Ini pejuang memartabatkan sebuah bangsa. Kita tidak boleh lagi bertangguh, masa pantas bergerak dalam pelbagai medium perubahan. Jangan sampai kita dihambat dan ketinggalan zaman, nanti dikepung oleh orang yang fakir fikir. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.11. Jadilah guru hebat yang berupaya menyediakan ruang tadahan ilmu duniawi dan ukhrawi kepada para pelajar. Inilah harapan kerajaan dan rakyat, ingin sekali melihat bakal pewaris kepimpinan masa depan dibangunkan dengan ilmu dan kemahiranpenuh di dada. Dalam hal ini saya sekali lagi tanpa ragu menaruh keyakinan tinggi kepada para pendidik yang sentiasa sanggup menerima asakan dan cabaran perubahan pendidikan melangkaui sempadan tugas hakiki. Ini sebuah pengorbanan yang tersirat dalam slogan ‘Memperkasa Transformasi Pendidikan’, memang benar untuk berubah perlu ada pengorbanan.Persoalan yang sentiasa menghantui benak fikiran ialah adakah kita mahu berkorban. Dalam apa jua tindakan keinginan atau kemahuan menjadi titik mula untuk mengorak mendaki tangga kejayaan.12. Warga guru telah dilatih secara professional dalam penguasaan ‘content knowledge and pedagogical knowledge’ (dengan izin), sebab itulah langkah yang diatur dalam setiap pengajaran mereka tidak ada yang sumbang atau menyimpan daripada ikatan ethos seorang pendidik. Semuanya disandarkan kepada prinsip;Yang jelas dan betul mesti dipatuhi,Yang jelas salah mesti ditinggalkan,Yang samar bertanyalah kepada ahli.Meneliti bait-bait puisi Guru Oh Guru karya Osman Awang (1979), antaranya;Dialah pemberi paling setiaTiap akar ilmu miliknyaPelita dan lampu segalaUntuk manusia sebelum dewasa.13. Guru bukan sebagai kerjaya tapi sebuah kehidupan yang penuh pengharapan.Ibarat menabur benih segenggam kepingin melihat suburnya padi sebendang, hampa merana jika yang ditabur tumbuhnya lalang saujana pandangan. Jangan biarkan begini jadinya. Gerakan secara muafakat pastinya membawa berkat. Walau pun sekadar mengajar mengenal satu huruf atau satu nombor sahaja tetapi kepada ibubapa besar maknanya. Bila boleh membaca A, B, C, Alif, Ba, Ta, dan membilang 1, 2, dan 3, maka seisi keluarga bertempik gembira, tak tergambar secara ucapan tutur kata, malah menadah syukur dengan linangan air mata gembira, kepada yang lambat mendapat cahaya perlulah pujuk kesabaran di dada. Insya Allah dipermudahkan sebarang hajat yang dipinta.14. Menjelang sesi kembali ke sekolah tahun 2016, sukalah saya menyampaikan pesan kepada para ibubapa. Binalah hubungan yang baik dengan pihak sekolah, sering-seringlah bertanya khabar juga memberi sokongan kepada para guru dan pihak pengurusan yang cekal berdiri di depan kelas mendidik mengajar anak bangsa kita. Hubungan bijaksana sebegini mampu melahirkan suasana ceria dan mesra sesama kita. Ini adalah asas penting dalam memahami makna SOLIDARITI.

. Tugas guru adalah suatu tanggungjawab mulia. 16 Mei merupakan tarikh sinonim dengan Sambutan Hari Guru yang diadakan bagi menghargai dan mengiktiraf khidmat dan jasa bakti

para pendidik dari dahulu sehingga kini yang merupakan tulang belakang dan penggerak modal insan dalam pembinaan sesebuah negara sejahtera. Perayaan hari guru sewajarnya disambut dengan penuh kesedaran dan keinsafan bagi mengenang pengorbanan dan keluhuran akal budi para guru. Masyarakat yang berilmu meletakkan guru atau pendidik sebagai insan yang mulia dan berjasa kerana merekalah yang bertanggungjawab mendidik manusia bagi melahirkan generasi muslim yang beriman dan beramal soleh serta sanggup melaksanakan tugas terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara. Guru dalam sejarah hidupnya sentiasa menghargai kejayaan anak didiknya serta sanggup bekorban dan melakukan apa sahaja untuk manfaat dan kesejahteraan insan lain. . .

Tanggungjawab Mulia Islam amat menitik beratkan pencarian ilmu. Justeru itu, kedudukan seorang guru amat tinggi di sisi Islam. Firman Allah ‫ سبحانه وتعالى‬di dalam Al-Quran :

۟ ُ ‫وا ِمن ُك ْم َوٱلهذِينَ أُوت‬ ۟ ُ‫ٱَّللُ ٱلهذِينَ َءا َمن‬ ‫وا ْٱل ِع ْل َم َد َر َٰ َجت‬ ‫يَ ْرفَعِ ه‬ “Supaya Allah ta’ala meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat.” (Surah Al-Mujaadalah: Ayat 11) . Rasulullah ‫ ﷺ‬juga memperakui bahawa sebaik-baik manusia adalah mereka yang menuntut ilmu terlebih dahulu dengan tujuan kemudiannya untuk menjadi guru. Sabda Rasulullah ‫ ﷺ‬: ( ‫ رواه البخاري‬-ُ‫علَّ َمه‬ َ ‫( َخي ُْر ُك ْم َم ْن تَعَلَّ َم ا ْلقُ ْرآنَ َو‬5027 “Sebaik-baik manusia adalah mereka yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.” (Hadis Riwayat Bukhari – 5027) . Di dalam Hadis yang lain Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda: ‫ رواه‬.‫ ليصلون على معلم الناس الخير‬، ‫ وحتى الحوت‬، ‫إن هللا ومالئكته وأهل السماوات واألرض حتى النملة في جحرها‬ ‫(الترمذي‬3685

“Seseungguhnya Allah dan malaikat, penghuni langit serta bumi sehinggakan semut yang berada di dalam lubangnya dan ikan-ikan (di lautan) berselawat ke atas guru yang mengajar kebaikan kepada manusia.” (Hadis Riwayat Tirmizi (3685) disahihkan Al-Albani.) . .

Penyampai Ilmu Mari kita imbas kembali sirah Rasulullah ‫ﷺ‬menerima wahyu daripada Allah ‫ سبحانه وتعالى‬yang disampaikan oleh Malaikat Jibril. Jibril a.s adalah guru kepada Rasulullah ‫ﷺ‬. Dalam sebuah hadis ada diceritakan sahabat-sahabat baginda pernah melihat Jibril datang menyampaikan wahyu kepada baginda. Ketika itu Jibril datang dalam keadaan menyerupai seorang tua. Selepas beredarnya Jibril, barulah baginda memberitahu orang tua yang datang itu adalah Jibril. Rasulullah ‫ﷺ‬telah menunjukan sikap baginda pada sahabat-sahabatnya ketika itu bagaimana sopan dan tertibnya baginda menerima wahyu daripada Jibril a.s. Rasulullah ‫ﷺ‬adalah guru yang terbaik, tidak ada yang boleh menandingi sikap sabar, lemah lembut, tabah dan segalanya ketika baginda berhadapan dengan berbagai-bagai makhluk di atas muka bumi ini. Rasulullah ‫ﷺ‬menyampaikan amanah Allah ‫ سبحانه وتعالى‬dengan penuh jujur, walau dicaci, dilempar dengan tahi, dicop sebagai orang gila dan sebagainya, Rasulullah ‫ﷺ‬tetap tidak berganjak atas usaha untuk melihat umatnya mentaati perintah Allah ‫سبحانه وتعالى‬. Hikmah Allah ‫ سبحانه وتعالى‬menentukan setiap nabi-nabinya memelihara kambing kerana sifat degil kambing ada pada manusia dan menjadikan nabi-nabinya sabar, kuat, tabah, cekal sebelum menghadapi manusia yang punya nafsu, akal dan bermacam-macam ragam perangai manusia. Peranan guru adalah luas. Guru adalah pendidik, pembimbing dan pendorong. Dia juga penyampai ilmu, penggerak dan penasihat. Ini bermaksud, guru atau pendidik mempunyai tugas dan tanggungjawab yang mencabar. . .

4 Martabat Guru Dalam Islam terdapat 4 martabat guru atau pendidik iaitu: 1- Mudarris : yang bermaksud guru yang hanya mengajar mata pelajaran kemahiran mereka sahaja. 2- Mu’allim : yang bermaksud guru yang tidak hanya mengajar mata pelajaran mereka tetapi turut menyampaikan ilmu-ilmu lain.

3- Mursyid : yang bermaksud guru yang menyampaikan ilmu dan menunjukkan jalan yang benar. 4- Murabbi : yang bermaksud guru yang mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiyyah anak didik mereka menjadi manusia yang berilmu, bertaqwa dan beramal soleh. .

Guru Mesti ada sikap mengajar (mu’allim) dan mendidik (murabbi). Satu contoh yang cukup baik telah Rasulullah ‫ﷺ‬tunjukkan berkenaan dengan seorang Arab Badawi yang kencing di dalam masjid. Ramai dari para sahabat baginda naik marah pada ketika itu. Tapi Rasulullah ‫ﷺ‬dengan tenangnya membiarkan Arab Badawi itu kencing sampai selesai. . Ulama telah membahaskan tentang hadis ini dengan menyebut tiga hikmah Rasulullah ‫ﷺ‬telah tunjukkan pada kejadian itu:1. Rasulullah ‫ﷺ‬membiarkan arab badawi itu kencing sampai habis kerana kalau ditegur arab badawi itu, tentu dia terkejut dan akan terus lari, tentu saja air kencingnya akan terkena diseluruh masjid itu. Jadi baginda biarkan dia kencing setempat dan najis itu tidak kena pada seluruh masjid. 2. Kalau ditegur akan menyebabkan arab badawi itu terkejut dan akan terhenti dari terus kencing, Jadi akan menyebabkan kerosakan pada pundi kencing. 3. Rasulullah ‫ﷺ‬mahu menunjukan pada semua sahabat ketika itu cara membasuh air kencing (najis) itu tadi. Jadi di sini jelas sikap Rasulullah ‫ﷺ‬antaranya :1. Sabar dengan kerenah manusia dan baginda berjaya mententeramkan keadaan ketika itu. 2. Rasulullah ‫ﷺ‬mendidik sahabat supaya sabar dan jangan terlalu gopoh didalam apa-apa tindakan. 3. Kemudian Rasulullah ‫ﷺ‬mengajar ilmu fekah pada semua sahabat pada ketika itu. . .

Apabila Matinya Anak Adam Satu lagi tentang hadis Rasulullah ‫ﷺ‬untuk guru-guru dan bakal guru boleh amalkan.

Maksud hadis : “Apabila matinya anak adam akan terputus amalannya kecuali tiga perkara :1. Sedekah jariah. 2. Ilmu yang manfaat. 3. Anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.” . Hikmahnya ketiga-tiga perkara ini ada pada seorang guru. 1. Sedekah bukan sahaja hanya pada wang semata-mata, tetapi seorang guru setiap hari menyalurkan sedekah ilmunya, masanya, wang ringgitnya, pengorbanannya dan sebagainya. 2. Guru-guru yang menyampaikan ilmunya, anak-anak muridnya akan bertambah dan akan terus menyampaikan ilmu yang diajarnya, walaupun dia telah meninggal ilmunya tetap kekal. 3. Guru-guru sentiasa mendapat doa daripada anak-anak muridnya dan seluruh insan yang sayang padanya. Lihatlah begitu besar pahala seorong guru yang ikhlas, pahalanya sentiasa mengalir dan menjadi bekal dialam barzah serta menjadi hujah pendiding menyelamatkannya dari api neraka. . .

Tugas Mendidik Jangan Dipersia Tugas mengajar dan mendidik berkait rapat dengan peranan dan tanggungjawab terhadap pendidikan anak-anak dan para remaja yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran dan kerenah. Di bahu gurulah terpikul beban bagi menghindari anak muda daripada terjebak kepada penyakit sosial yang melanda remaja Islam hari ini. Sabda Rasulullah ‫ﷺ‬: ‫كلكم راع وكلكم مسؤل عن رعيت‬ “Setiap kamu adalah penjaga dan setiap kamu ditanya berkaitan dengan tanggungjawabnya.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari) .

Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulum Ad-Diin menjelaskan supaya kita mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak, dengan mengajar Al-Quran, Hadis-hadis Nabi ‫ﷺ‬, sejarah para Sahabat RA dan para Solehin, hukum-hukum agama dan termasuk juga pendidikan jasmani. . Antara perkara asas yang mesti diberi perhatian dan penekanan ialah: 1- Mendidik anak dan remaja menunaikan solat secara berterusan. Sabda Rasulullah ‫ﷺ‬: ‫مروا أوالدكم بالصالة وهم أبناء سبع سنين واضربوهم عليها وهم أبناء عشر وفرقوا فى المضاجع‬ “Suruhlah anak-anak kamu mengerjakan solat apabila mereka mencapai umur 7 tahun dan pukullah mereka apabila mereka mencapai umur 10 tahun serta pisahkan di antara mereka tempat tidur.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan Al-Hakim) Berkata Sayyidina Ali Karramallahu wajhah: ‫علموا أوالدكم وأهليكم الخير وأدبوهم‬ “Ajarlah anak-anak kamu dan ahli rumahtanggamu kebaikan dan perbaikilah adab sopan mereka.” 2- Mempamerkan tingkah laku dan tauladan yang baik. Firman Allah ‫سبحانه وتعالى‬:

۟ ‫سن ٌَۭةٌ ِلِّ َمن َكانَ َي ْر ُج‬ ْ ‫ٱَّلل َو ْٱل َي ْو َم‬ ِ ‫سو ِل ه‬ ‫ٱَّلل َك ِث ٌۭيرا‬ ِ ‫ٱل َء‬ ُ ‫لهقَ ْد َكانَ لَ ُك ْم ِفى َر‬ َ ‫ٱَّلل أُس َْوة ٌ َح‬ َ ‫اخ َر َو َذ َك َر ه‬ َ ‫وا ه‬ “Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang terbaik iaitu bagi sesiapa yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah ta’ala dan (balasan baik) hari Akhirat, serta ia juga menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (di dalam masa sedih dan senang).” (Surah Al-Ahzab:Ayat 21) . .

Penutup Hari ini, bersyukurlah kerana Allah ‫ سبحانه وتعالى‬telah mengangkat martabat seorang guru yang benar-benar ikhlas menyampai ilmu Allah ‫ سبحانه وتعالى‬dan penyambung tugas para nabi.

Oleh itu guru perlulah melaksanakan tugas yang mulia ini dengan ikhlas dan seamanah mungkin sesuai dengan kemulian yang diberikan oleh Islam. Bukan melaksana tanggungjawab tersebut sekadar untuk mendapatkan gaji semata-mata. Al-Mawardi di dalam Kitab Adab Ad-Dunia wa Ad-Din (m/s:99) menyebut: ، ‫ ِمن غير أن يعتاضوا عليه عوضا‬، ‫ ويطلبوا ثوابه بإرشاد من أرشدوا‬، ‫ أن يقصدوا وجه هللا بتعليم من علَّموا‬: ‫ومن آدابهم‬ ‫وال يلتمسوا عليه رزقا‬ “Antara adab-adab mereka (guru) adalah menjadikan matlamat mendapat keredhaan Allah dengan mengajar sesiapa yang mereka ajar, mengharapkan ganjaran Allah dengan memberi tujuk ajar kepada mereka yang diberi tunjuk ajar tanpa mengharapkan gantian (daripada orang) dan mengharapkan rezeki daripadanya.” . Didiklah diri sebelum mendidik orang lain kearah ketaqwaan kepada Allah ‫سبحانه وتعالى‬. Peganglah prinsip boleh ditarbiah dan mampu mentarbiah orang lain. Berusahalah menjayakan matlamat pendidikan untuk melahirkan pelajar dan masyarakat yang beriman, berilmu dan berketerampilan, yang dapat menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara. Para pendidik perlu bersatu membina masyarakat yang berwawasan, bercita-cita luhur dan murni, bekerjasama, adil dan bertanggungjawab sesama insan tanpa mengira bangsa, budaya dan keturunan. Seterusnya martabatkanlah profesyen keguruan, sekaligus melaksanakan konsep amar ma’ruf dan nahi munkar. . Akhir kata; Jadilah seorang guru yang dengan hadirnya ditunggu, hilangnya dirindu, ilmunya diburu, nasihatnya diseru, tingkahlakunya ditiru…… Selamat Hari Guru! . Guru adalah pewaris para nabi. Karena lewat seorang guru, wahyu atau ilmu para nabi diteruskan kepada umat manusia. Imam Al-Gazali mengkhususkan seorang guru dengan sifat-sifat kesucian, kehormatan, dan penempatan guru langsung sesudah kedudukan para nabi. Beliau juga menegaskan bahwa: “Seorang yang berilmu dan kemudian bekerja dengan ilmunya itu, maka dialah yang dinamakan besar di bawah kolong langit ini, dia ibarat matahari yang menyinari orang lain dan mencahayai dirinya sendiri, ibarat minyak kesturi yang baunya dinikmati orang lain dan dia sendiri pun harum. Siapa yang berkerja di bidang pendidikan, maka sesungguhnya dia telah memilih pekerjaan yang terhormat dan yang sangat penting, maka hendaknya dia memelihara adab dan sopan satun dalam tugasnya ini.” ````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````` ```````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````` Hari Guru tiba lagi. 16 Mei setiap tahun, semua guru di seluruh Malaysia akan meraikannya.

Untuk Tahun 2016, sekali lagi Guru : Pembina Negara Bangsa dipilih untuk tema sambutan kali ini. Sebagai rekod, tema ini telah diguna pakai pada tahun 2009 dan 2010. Boleh rujuk SINI. 

Huraian Tema Hari Guru 2016

Tema - Guru : Pembina Negara Bangsa Definisi Guru: Pengajar, pendidik atau pembimbing yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara. Guru merupakan insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan mempunyai keperibadian terpuji serta berupaya menjadikan diri mereka sebagai suri teladan. Pembina: Individu yang membangun, membina, mendirikan dan membentuk sesuatu untuk mencapai matlamat yang dihasratkan. Dalam konteks pendidikan, guru berperanan sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti individu murid/pelajar dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (kognitif) bagi memenuhi aspirasi penididikan. Negara Bangsa: Kumpulan manusia dalam satu ijatan ketatanegaraan yang mapan. Negara Bangsa dalam konteks ini bermatlamat untuk memastikan setiap pelajar memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu.

Related Documents

Ucapan
October 2019 49
Ucapan
June 2020 28
Ucapan
October 2019 56
Ucapan
July 2020 22