Bahan moral Definisi Dalam keghairahan merancang dan merencana pelbagai projek raksasa (sebelum kegawatan ekonomi) agar negara kita seiring dengan era ledakan informasi dan pembangunan industrialisasi yang mantap, langkah berkesan untuk menangani pembabitan remaja dalam kegiatan jenayah masih tidak ditemui
Kes-kes yang merebak kini adalah lebih serius berbanding dengan apa yang berlaku pada tahun 1980-an. Ianya bukan lagi kes seperti mencederakan orang dan berjudi tetapi kes pembunuhan, merompak, dan merogol. Pada tahun 1997, pihak polis telah menyarankan kepada Kabinet supaya memindahkan Akta 82 di mana peringkat umur yang boleh didakwa di mahkamah dikurangkan kepada usia 7 tahun berbanding 10 tahun pada sebelumnya. Perangkaan gejala sosial pada tahun 1996 telah ditunjukkan melalui carta pai (Sila rujuk kepada Lampiran 1). Di manakah letaknya kedudukan moral para remaja kita ? Apa yang akan terjadi kepada remaja yang bermasalah ini ? Adakah dengan berlatarbelakangkan keruntuhan akhlak dan moral ini, majikanmajikan akan mengambil mereka sebagai pekerja yakni sebagai produk negara dari segi penghasilan sumber manusia ? Apa yang terlintas di fikiran kita semua sudah tentunya ialah keberkesanan pendidikan kita pada hari ini. Kalau berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara (FPN), matlamat pendidikan adalah jelas iaitu melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani (JERI). Insan yang baik itu sekaligus akan menjadi rakyat dan juga warganegara yang baik. Agak malangnya, suatu unsur yang penting telah dipinggirkan iaitu elemen sosial. Dasar FPN seharusnya juga menyelitkan elemen sosial iaitu penambahan huruf "S" kepada akronim JERIS ke dalam pembentukan matlamatnya demi untuk menangani isu gejala sosial di kalangan remaja di negara kita. Oleh itu, barulah boleh ditakrifkan bahawa pendidikan sebagai asas kepada kesejahteraan sosial masyarakat. Memang tidak dapat dinafikan, ibu bapa selalunya meletakkan harapan yang menggunung terhadap guru dan cuba mengelak daripada tanggungjawab memberikan didikan asas kepada para remaja serta meletakkan tanggungjawab tersebut kepada para pendidik atau pihak berwajib turut menyumbangkan masalah remaja hari ini walaupun telah terbukti sejak zaman-berzaman peranan ibu bapa amat penting dalam membentuk anak-anak remaja menjadi ahli masyarakat yang berguna.
Golongan remaja merupakan garisan pelapis yang bakal menakhodai tunjang pentadbiran negara. Para pendidik terpaksalah memikul tanggungjawab demi kecemerlangan akademik remaja walaupun sokongan penuh tidak diberikan oleh ibu bapa. Persoalannya di sini ialah, "Adakah faktor kecemerlangan akademik dan berpendidikan merupakan salah satu faktor yang mampu mencorakkan sistem sosial masyarakat remaja ?
Peluang untuk mengembangkan kecerdasan emosi iaitu EQ (Emotional Quotient / Emotional Intelligence) adalah sangat terhad memandangkan pencapaian akademik memberi makna kepada segala-galanya dalam peperiksaan hari ini. Mengikut artikel yang ditulis oleh Kamarrudin Jusoh bertajuk "Keluhan Bekas Guru Disiplin" dalam keluaran MASSA (5 April 1997) ruangan Pendapat, beliau menyatakan pihak pentadbiran sekolah akan mendabik dada sekiranya sekolahnya terdapat ramai pelajar yang mendapat gred A di dalam peperiksaan formal. Sekolah juga tidak mengambil kira nilai-nilai yang ditonjolkan oleh setiap pelajarnya asalkan matlamatnya tercapai iaitu mendapatkan sebanyak mungkin pelajar-pelajar yang mendapat gred A. Menurutnya juga, ada sesetengah Pengetua dan Penolong Kanan ini hanya inginkan kecemerlangan tanpa mengambil kira aspek-aspek lain akibat sistem yang berorientasikan peperiksaan dan kepentingan IQ. Namun begitu, aspek EQ sebenarnya telah lama disedari tetapi tidak dipraktikkan. Kepentingan pengawalan emosi diri sekurang-kurangnya dapat membantu para pelajar di dalam menilai baik-buruknya sesuatu tingkahlaku yang dilakukan. EQ dapat memimpin pelajar berfikir dan memberi ketenangan dalam kehidupan harian. Pelajar yang cerdas emosi dapat membuat keputusan yang dapat memuaskan dirinya dan orang lain. Dengan demikian, laras pencapaian akademik mereka akan menjadi lebih tinggi. Pelajar yang cerdas emosi biasanya memperolehi markah yang lebih tinggi dalam mata pelajaran yang banyak menggunakan bahasa dan angka, seperti Matematik dan bacaan. Para pelajar yang terdiri di dalam golongan ini gemar dan bijak bergaul dengan rakan sebaya atau orang yang lebih dewasa. Mereka kurang bermasalah perilaku, malah sentiasa berbadan sihat. EQ ini dibuktikan sebagai benteng menahan stres atau ketegangan bukan sahaja di kalangan pelajar juga bagi guru dan ibu bapa. Kajian-kajian menunjukkan bahawa EQ memberi kesan positif terhadap penyesuaian seseorang dalam masyarakat berbanding dengan IQ. Pendidikan emosi dapat
membebaskan pelajar daripada sikap negatif, rendah diri dan prasangka dan seterusnya membolehkan pelajar membesar dan matang sebagai individu yang sihat dan sedia menghormati diri dan idea orang lain. Ini menunjukkan satu petanda awal yang baik untuk mengatasi gejala sosial remaja di peringkat awalan lagi Sikap dan Tugas Seorang Guru Dewasa ini, guru masih terkeliru dengan tanggungjawab mereka di sekolah dengan beranggapan bahawa tugas mereka ialah mengajar sesuatu mata pelajaran kepada pelajar sebagaimana yang telah diarahkan oleh pihak sekolah. Sedangkan tugas mereka sungguh bermakna dan mulia itu iaitu sebagai seorang pendidik yang akan mendidik pelajar menjadi insan yang berguna kepada masyarakat. Justeru itu tugas guru tidak hanya terbatas sebagai seorang pengajar sematamata yang mana apabila di luar waktu persekolahan ia sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan para pelajarnya. Tanggapan yang salah seperti ini perlu dikikis oleh setiap guru demi melahirkan generasi yang memiliki kekuatan IQ, EQ dan SQ sebagai persediaan menghadapi cabaran menuju alaf baru. Setiap guru perlu menganggap diri mereka sebagai teman, fasilitator dan kaunselor kepada pelajar. Justeru itu, sistem hubungan dua hala antara guru dan pelajar di mana penulis telah membincangkan sebelum ini haruslah diwujudkan di sekolah-sekolah iaitu bukan sekadar melibatkan masalah akademik tetapi juga masalah peribadi pelajar untuk membolehkan pihak sekolah mengesan gejala yang tidak sihat di peringkat awal sebelum mereka benar-benar terjebak dalam kes polis. 5.4.2 Kaedah Pengajaran Kelemahan kaedah penyampaian sesuatu mata pelajaran boleh menghapuskan minat seseorang pelajar terhadap pelajaran. Sikap guru yang hanya sekadar menyampaikan maklumat mengenai mata pelajaran yang dipertanggunjawabkan ke atasnya sahaja, perlu diperbetulkan. Jikalau seseorang guru itu mengajar matapelajaran Sejarah, maka guru tersebut cuma akan menyuruh pelajarnya menghafal mengenai sejarah..… Soal apakah pengajaran yang boleh diperolehi daripada mempelajari sejarah itu tidak ditekankan. Situasi ini akan menyebabkan remaja kita hilang minat terhadap mata pelajaran yang dipelajarinya. Dalam apa juga mata pelajaran di sekolah, guru boleh menerangkan mengenai pengajaran dan iktibar yang boleh diambil daripada sesuatu perkara yang diajar. Bermacam peristiwa dalam sejarah boleh digunakan sebagai contoh atau di dalam mata pelajaran Geografi pula bagi guru
berkenaan, kita boleh tunjukkan kaitan dengan nilai hidup dan bagaimana sebuah negara yang wujud dahulu boleh hilang sekarang. Melalui pendidikan, remaja perlu dilatih supaya menyedari tanggungjawab beragama dan berakhlak; mematuhi perintah Tuhan, menghormati ibu bapa, membenci rasuah dan dadah, menjadi orang yang berbudi pekerti mulia serta seterusnya menjadi warganegara yang taat dan setia. Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral telah dilaksanakan di semua sekolah rendah pada tahun 1982 dan 1983 bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada nilai-nilai murni. Pengajaran "fakta" memang berbeza daripada pengajaran "nilai". Ia mesti diperkukuhkan dengan kesedaran, keyakinan dan amalan. Tetapi nampaknya kita perlu menyahut seruan Perdana Menteri berikutan gejala sosial yang masih menjadi-jadi. Beliau menyeru supaya kita memikirkan bagaimana unsur-unsur moraliti, jati diri, kejituan ilmu dan sebagainya itu dapat "dianyam" secara lunak ke dalam keseluruhan sistem pendidikan kita tanpa menamakan mana-mana mata pelajaran khusus sebagai kursus moral dan sebagainya (Utusan Malaysia, 11 Mac 1998). 8.0 Kesimpulan Sejak berkurun lamanya, institusi pendidikan telah memainkan peranan dalam mencorakkan kualiti moral dan akhlak yang mulia seperti yang dituntut oleh masyarakat. Melalui sistem pendidikan, para pelajar akan melalui proses sosialisasi moral dan proses pembesaran yang diorientasikan dan diperkukuhkan dengan pelbagai tanggungjawab sosial. Pembangunan serta perubahan sosial dalam masyarakat memerlukan perubahan dalam sistem pendidikan di sekolah bagi memenuhi keperluan pelajar sesuai dengan keadaan sekeliling. Kita perlu memikirkan kembali sejauh manakah keberkesanan sistem pendidikan kita pada hari ini memandangkan isu gejala sosial remaja yang makin hari makin menular. Memang tidak dapat dinafikan bahawa menguasai kemahiran daya fikir (intelektual) merupakan kunci kejayaan setiap individu. Tetapi, perkembangan manusia yang sempurna perlu dilengkapkan dengan penguasaan emosi dan insaniah sejajar dengan kepentingan akademik. Kedua-dua bentuk kurikulum, (formal dan tidak formal), di dalam dan di luar bilik darjah, perlu digunakan sepenuhnya dan secara bersepadu untuk memastikan penerapan nilai-nilai murni berhasil dan berkesan. Adalah penting format peperiksaan memenuhi unsur keboleharapan dan kesahan. Penilaian terhadap pelajar perlulah menyeluruh. Falsafah seperti TQM perlulah diterapkan ke semua peringkat sekolah demi menjayakan akademik remaja.
Akhir sekali, diharapkan supaya kualiti pendidikan dapat ditegakkan dengan cara membina benteng ketahanan dalam diri seseorang pelajar (golongan remaja) melalui penggarapan nilai-nilai moral dan etika. Penggarapan nilai-nilai moral dan etika mampu untuk membebaskan masyarakat daripada sebarang gejala buruk dan menjadi asas kepada pembentukan masyarakat yang bebas dari gejala jenayah dan keruntuhan moral.
RUJUKAN Mok Soon Sang (1996). "Pendidikan Di Malaysia." Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Masalah Disiplin Sekolah 2.8.07 at 9:53 PM Posted by Azhad Sejak kebelakangan ini berbagai cerita tentang isu yang berkaitan tentang masalah disiplin di sekolah telah ditimbulkan. Pelajar merokok, melawan, kurang ajar, ponteng dan sebagainya. Masalah ini berlaku tidak kira samada di sekolah bandar atau luar bandar maupun sekolah biasa atau sekolah berasrama penuh. Sikap para pelajar sekarang ada yang menjangkau fikiran kita. Sebenarnya terdapat beberapa pihak yang perlu bertanggungjawab tentang masalah disiplin ini termasuklah para pelajar sendiri, para guru, ibubapa, masyarakat serta kerajaan. Ketika ini apabila berlaku sesuatu insiden dengan mudahnya semua orang menunding jari ke arah guru. Sepatutnya setiap kes diteliti supaya punca kejadian itu dapat dikenalpasti. Selepas itu satu kajian yang lebih menyeluruh mesti dibuat bagi mencari ke akar umbi faktor yang menyumbang kepada berbagai masalah disiplin pelajar masa kini. Para pelajar sekarang terdedah dengan pelbagai perkara di sekeliling mereka. Bahan bacaan, televisyen, wayang, internet, kawan, keluarga dan persekitaran masyarakat adalah antara yang banyak memainkan peranan dalam pembentukan peribadi seseorang itu. Ini termasuk keadaan dunia yang tanpa sempadan kini menyaksikan pelbagai pengaruh dari luar menjajah minda para pelajar sekarang. Walaupun begitu institusi keluarga dan sahabat merupakan sumber yang paling rapat dapat mempengaruhi pelajar.
Kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran pula perlu membuat satu kajian yang menyeluruh berkenaan dengan sistem pendidikan dan peraturan sekolah yang sedia ada. Ketika ini sistem sekolah lebih menjurus kepada kecemerlangan akademik tetapi kurang ke arah kecemerlangan sahsiah. Ini dapat dilihat masalah disiplin dan moral juga ketara di sekolah sekolah berasrama penuh walaupun mereka yang belajar di situ terdiri dari mereka yang terpilih. Jelaslah masalah disiplin pelajar ini akan hanya dapat dibendung jika semua pihak yang terbabit memainkan peranan masingmasing. Cuba fikirkanlah apa yang akan terjadi kepada negara kita yang tercinta ini jika mereka yang bijak tetapi tidak mempunyai jati diri serta rosak akhlaknya menjadi pemimpin. Menjatuhkan hukuman semata-mata tidak akan menyelesaikan masalah. Mereka yang mempunyai masalah disiplin dan moral ini sebenarnya sedang sakit. Samada sakit jiwa, sakit hati, sakit fikiran atau sakit rohaninya. Mereka yang sakit perlu dirawat supaya dapat pulih semula. Mereka yang terjatuh perlu dibantu untuk bangun semula. Mereka yang tersesat perlu dibimbing ke pangkal jalan.
Saya memerhatikan bahawa impak sistem pendidikan terhadap nilai akal budi di kalangan remaja masih belum cukup berkesan dan mendalam. Kita menyaksikan bahawa matapelajaran Agama Islam atau Pendidikan Moral merupakan antara matapelajaran wajib dipelajari di sekolah rendah atau menengah, namun kes juvana, rogol, vandalisme dan sebagainya terus menerus meningkat. Bukanlah saya mahu menyatakan bahawa kandungan subjek-subjek tersebut tidak relevan dan tidak selari dengan kehendak semasa. Tidak. Tetapi apa yang sangat membimbangkan saya ialah para pelajar hanya mempelajari subjek-subjek sebegini hanya untuk melengkapkan gred A di dalam sijil peperiksaan mereka. Saya menyanjung tinggi pelajar yang memperoleh keputusan yang gemilang terbilang di dalam peperiksaan mereka, namun apalah gunanya gred A yang berderet-deret sekiranya nilai-nilai murni, hukum-hakam agama serta perilaku-perilaku bermoral yang diterapkan oleh subjek-subjek tersebut langsung tidak mampu terperap pada diri mereka? Pokok pangkalnya ialah pada institusi keluarga juga. Pertama, kita menyedari bahawa sudah tercipta budaya kini, masyarakat
melakukan transfomasi ke arah mementingkan pendidikan terhadap anak-anak mereka. Bagus dan selayaknya pujian perlu dihamburkan kepada mereka. Namun, bagi saya ada sesuatu yang tidak kena jika terjadinya kes anak remaja membunuh diri lantaran gagal melakar kejayaan di dalam peperiksaan. Tekanan berlebihan oleh masyarakat termasuk oleh keluarga mereka sendiri telah membebankan para remaja dan hasilnya, akan lahirlah para remaja yang tidak berjiwa dan hanya menuntut ilmu bagi memperoleh kepentingan-kepentingan yang sementara. Keluarga, atau masyarakat seharusnya memberi lebih banyak peluang kepada anak-anak mereka untuk membuktikan potensi diri mereka untuk berjaya. Kejayaan tidak hanya tercipta di medan peperiksaan yang menguji sejauh mana kemampuan mengaplikasikan formula dan kemahiran menghafal semata-mata. Malah kejayaan juga perlu diukur melalui pemerkasaan akal dan budi dalam membentuk remaja yang bersahsiah.
Kajian menunjukkan bahawa 75 peratus penyebab pelajar merokok ialah bagi mengelakkan tekanan. Tekanan berpunca daripada bebanan tugasan sekolah, harapan tinggi ibu bapa ditambah dengan naluri perasaan remaja yang suka memberontak bagi menunjukkan bahawa mereka mampu berdikari dan membuat keputusan sendiri. Sehubungan itu, bagi mengelakkan remaja merokok, bebanan dan tekanan yang mereka hadapi perlu dileraikan terlebih dahulu melalui pendekatan psikologi dengan kaunseling. Bagi perspektif ‘remaja tidak boleh merokok tetapi orang dewasa boleh’ ia seolah-olah senjata makan tuan. Alasan untuk mengelakkan remaja merokok inilah akhirnya menjadi sebab utama mengapa pelajar mencuba untuk merokok. Ini dilakukan bagi membuktikan bahawa mereka telah dewasa dan ingin dilayan seperti dewasa. Sebenarnya, tiada golongan mana pun yang ‘dihalalkan’ untuk merokok sama ada remaja mahupun dewasa kerana kesan bahaya merokok tidak memilih golongan.
Ponteng Antara Masalah Disiplin pelajar Sekolah Sebelum ini saya ada menulis tentang beberapa masalah disiplin pelajar walaupun sekolah baru sahaja dibuka selama tiga minggu pada tahun ini. Cerita bagaimana seorang pelajar yang maut setelah jatuh daripada tingkat dua sekolahnya, ketua pengawas dipukul oleh sekumpulan pelajar sehingga mendapat jahitan di kepala dan kisah seorang pelajar tingkatan satu yang dibelasah beramai-ramai oleh pelajar tingkatan dua dan tiga ini boleh dibaca di Masalah Disiplin Pelajar Sekolah. Sementara itu pada tahun lepas pula saya ada menulis tentang beberapa aspek yang perlu diambil kira dalam usaha untuk menanggani masalah disiplin ini. Cerita tentang bagaimana pentingnya peranan ibubapa, keluarga, sekolah dan rakan sebaya. Malah arah tuju sistem pendidikan yang lebih menjurus kepada peperiksaan ini boleh dibaca di Masalah Disiplin Sekolah. Salah satu masalah disiplin yang paling besar adalah ponteng sekolah. Masalah ponteng sekolah ini pun bukan perkara baru malah semua orang pernah terlibat atau mengetahui tentangnya semasa bersekolah dahulu. Masalah ini sebenarnya berlaku sepanjang tahun cuma bilangannya meningkat setiap kali selepas peperiksaan sebelum cuti bermula. Jangan terkejut jika ada yang ponteng sekolah ini dihalalkan oleh ibubapa sendiri terutama mereka yang bersekolah rendah. Ini amat ketara semasa kelas ganti pada hari Sabtu dan ketika selepas peperiksaan. Kedatangan yang merosot ini boleh dilihat apabila pelajar beberapa kelas terpaksa digabungkan untuk memenuhkan sebuah kelas. Cubalah tanya kepada anak atau adik anda bila ada kelas gantian hari Sabtu atau selepas peperiksaan nanti. Bukankah sikap sebahagian ibubapa yang menghalalkan tidak perlu hadir ke sekolah ini memberi pengajaran yang kurang sihat kepada anak-anak mereka sendiri. Apabila di sekolah menengah nanti pelajar ini akan dengan sendirinya mencari berbagai alasan untuk membolehkan dia tidak datang ke sekolah. Akhirnya mereka ini akan menganggap pergi ke sekolah ini satu bebanan dan seringlah dia melencong ke tempat lain. Pihak sekolah juga perlu mengambil perhatian kerana antara punca pelajar ponteng ialah kegagalan pihak sekolah menyediakan program yang menarik setelah selesainya peperiksaan. Ini telah dijadikan alasan oleh ibubapa dan para pelajar yang mengatakan membuang masa dan bosan untuk ke sekolah. Oleh itu sekolah patut mengadakan program yang menarik minat pelajar hadir ke sekolah selepas menduduki peperiksaan. Sementara itu ibu bapa juga perlu menasihati anak-anak mereka supaya terus ke sekolah meskipun peperiksaan
telah berakhir. Pada tahun lepas Kementerian Pelajaran ada mengumumkan cadangan untuk melewatkan peperiksaan akhir tahun sehingga seminggu atau dua minggu sebelum cuti persekolahan akhir tahun bermula. Perubahan yang dicadangkan ini juga membabitkan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Apabila ianya dilaksanakan tahun ini pihak kementerian berharap masalah ponteng sekolah akan dapat dibendung. Semoga secara beransur-ansur masalah disiplin pelajar sekolah ini akan dapat dikurangkan. Di masa akan datang saya akan menyentuh tentang cara terbaik untuk mengendalikan anak yang mempunyai masalah disiplin di sekolah. Technorati Tags: azhad, pelajar.sekolah, disiplin, ponteng
Mengesan Ciri-ciri Pelajar Ponteng Sekolah PERANGKAAN terkini bilangan pelajar yang terlibat dengan gejala ponteng sekolah ialah seramai 34,628 orang. Meskipun angka tersebut dianggap kecil berbanding lebih 4 juta bilangan pelajar keseluruhan, ia tidak boleh dipandang sebelah mata dan dianggap remeh terutama oleh pihak yang terlibat secara langsung dalam dunia pendidikan iaitu ibu bapa, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan masyarakat keseluruhan.
Langkah Kementerian Pelajaran melancarkan Kempen Basmi Ponteng Sekolah adalah tepat pada waktunya dan merupakan satu inisiatif terpuji.
Namun begitu, pihak kementerian boleh merencanakan pelbagai program dan guru bertindak sebagai pelaksana, namun segalanya itu akan menjadi sia-sia jika kerjasama daripada seluruh anggota masyarakat tidak diperolehi. Guru boleh melaksanakan pelbagai program yang bersifat merangsang pelajar untuk hadir ke sekolah, mengenakan denda dan hukuman yang bersesuaian kepada pelajar yang ponteng. Namun segalanya pasti tidak akan terjawab tanpa kerjasama dan penglibatan seluruh anggota masyarakat dalam usaha untuk membasmi gejala yang negatif itu.
Tanggungjawab ibu bapa sangat jelas iaitu dengan cara memastikan anak-anak selamat dalam perjalanan ke sekolah dan juga pada ketiga yang sama selamat sampai ke sekolah.
Ibu bapa perlu memastikan walau dengan apa cara sekalipun, agar anaknya tidak melencong ke tempat lain, seperti pusat hiburan dan kompleks membeli belah jika di bandar dan rumah kosong atau tepi sungai bagi pelajar di luar bandar.
Ibu bapa perlu memerhatikan gerak geri anak-anak mereka, kerap berhubung dengan pihak sekolah, sering bertanyakan rakan anak-anak atau pemandu bas serta juga perlu selalu melihat apa yang terkandung dalam beg sekolah anak-anak.
Apa yang terkandung di dalam beg sekolah boleh memberi jawapan sama ada anak ke sekolah atau tidak pada hari berkenaan. Bukti anak ke sekolah boleh dilihat menerusi buku latihan atau nota yang tentunya mempunyai tarikh sementera dalil menunjukkan pelajar melencong ke tempat lain ialah adanya 'seragam simpanan' dalam beg mereka.
Selain itu, pihak-pihak pengusaha pusat hiburan juga perlulah lebih bertanggungjawab dan tidak menjadikan notis melarang pelajar sekolah memasuki pusat hiburan sebagai hiasan dinding semata-mata.
Orang ramai juga boleh melaporkan kepada pihak polis jika ternampak pelajar sekolah berkeliaran di mana-mana yang dicurigai ponteng sekolah.
Apa yang lebih menyedihkan lagi, terdapat ibu bapa yang hanya membiarkan anak-anak mereka ponteng sekolah di rumah sendiri tanpa bertanyakan sebab yang munasabah mengapa anak mereka tidak ke sekolah.
Malahan ada pula pelajar yang memburukkan guru disiplin yang terlalu garang, yang menyebabkan mereka kurang berminat untuk ke sekolah atau memberikan alasan yang remeh seperti pemeriksaan mengejut mingguan pada setiap Isnin, pelbagai macam jenis sakit ataupun kasut kotor, sebagai helah pertanyaan ibu bapa mereka.
Sebagai kesimpulannya, dalam apa jua perkara yang melibatkan dunia pendidikan, kerjasama dan muafakat semua pihak penting bagi mengatasi setiap masalah yang timbul.
Jika tidak, segala kempen dan apa jua bentuk akan menjadi sia-sia, andainya lebih ramai yang memilih untuk menjadi penonton dan hanya bijak bercakap.
Oleh : SAHRUNIZAM ABDUL TALIB
Kiriman pada Isnin, Jun 14 @ 20:55:11 MYT oleh Pendidik
Cara atasi Ibu bapa perlu memastikan walau dengan apa cara sekalipun, agar PERANGKAAN terkini bilangan pelajar yang terlibat dengan gejala ponteng sekolah ialah seramai 34,628 orang. Meskipun angka tersebut dianggap kecil berbanding lebih 4 juta bilangan pelajar keseluruhan, ia tidak boleh dipandang sebelah mata dan dianggap remeh terutama oleh pihak yang terlibat secara langsung dalam dunia pendidikan iaitu ibu bapa, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan masyarakat keseluruhan. Langkah Kementerian Pelajaran melancarkan Kempen Basmi Ponteng Sekolah adalah tepat pada waktunya dan merupakan satu inisiatif terpuji. Namun begitu, pihak kementerian boleh merencanakan pelbagai program dan guru bertindak sebagai pelaksana, namun segalanya itu akan menjadi sia-sia jika kerjasama daripada seluruh anggota masyarakat tidak diperolehi. Guru boleh melaksanakan pelbagai program yang bersifat merangsang pelajar untuk hadir ke sekolah, mengenakan denda dan hukuman yang bersesuaian kepada pelajar yang ponteng. Namun segalanya pasti tidak akan terjawab tanpa kerjasama dan penglibatan seluruh anggota masyarakat dalam usaha untuk membasmi gejala yang negatif itu. Tanggungjawab ibu bapa sangat jelas iaitu dengan cara memastikan anak-anak selamat dalam perjalanan ke sekolah dan juga pada ketiga yang sama selamat sampai ke sekolah. anaknya tidak melencong ke tempat lain, seperti pusat hiburan dan kompleks membeli belah jika di bandar dan rumah kosong atau tepi sungai bagi pelajar di luar bandar. Ibu bapa perlu memerhatikan gerak geri anak-anak mereka, kerap berhubung dengan pihak sekolah, sering bertanyakan rakan anak-anak atau pemandu bas serta juga perlu selalu melihat apa yang terkandung dalam beg sekolah anakanak. Apa yang terkandung di dalam beg sekolah boleh memberi jawapan sama ada anak ke sekolah atau tidak pada hari berkenaan. Bukti anak ke sekolah boleh dilihat menerusi buku latihan atau nota yang tentunya mempunyai tarikh sementera dalil menunjukkan pelajar melencong ke tempat lain ialah adanya 'seragam simpanan' dalam beg mereka. Selain itu, pihak-pihak pengusaha pusat hiburan juga perlulah lebih bertanggungjawab dan tidak menjadikan notis melarang pelajar sekolah memasuki pusat hiburan sebagai hiasan dinding semata-mata.
Orang ramai juga boleh melaporkan kepada pihak polis jika ternampak pelajar sekolah berkeliaran di mana-mana yang dicurigai ponteng sekolah. Apa yang lebih menyedihkan lagi, terdapat ibu bapa yang hanya membiarkan anak-anak mereka ponteng sekolah di rumah sendiri tanpa bertanyakan sebab yang munasabah mengapa anak mereka tidak ke sekolah. Malahan ada pula pelajar yang memburukkan guru disiplin yang terlalu garang, yang menyebabkan mereka kurang berminat untuk ke sekolah atau memberikan alasan yang remeh seperti pemeriksaan mengejut mingguan pada setiap Isnin, pelbagai macam jenis sakit ataupun kasut kotor, sebagai helah pertanyaan ibu bapa mereka. Sebagai kesimpulannya, dalam apa jua perkara yang melibatkan dunia pendidikan, kerjasama dan muafakat semua pihak penting bagi mengatasi setiap masalah yang timbul. Jika tidak, segala kempen dan apa jua bentuk akan menjadi sia-sia, andainya lebih ramai yang memilih untuk menjadi penonton dan hanya bijak bercakap.
Oleh : SAHRUNIZAM ABDUL TALIB Kiriman pada Isnin, Jun 14 @ 20:55:11 MYT oleh Pendidik (2) Guru menghadapi ancaman seperti kereta dicalar dan tayar dipancitkan, bahkan diancam dicederakan. Soal pelajar bercakap kasar dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada guru barangkali sudah menjadi mainan kepada guru disiplin. Tambah malang sekiranya apabila tindakan diambil ke atas pelajar, guru dipersalahkan dan 'diserang' pula oleh para ibu bapa. Ini sedikit sebanyak akan menjejaskan semangat guru untuk mendidik para pelajar dan akhirnya beranggapan bahawa tugas mendidik dan mengajar adalah dua perkara berbeza. Tugas mereka hanyalah mengajar sukatan pelajaran sekolah dan pelajaran adab diletakkan pada bahu guru tertentu sahaja kerana tidak berupaya atau tidak mahu masuk campur dalam hal tersebut. Kita mengetahui bahawa tugas guru bukan saja mengajar, tetapi perlu menyambung kesinambungan tugas ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Namun begitu, tugas menyemai dan mendidik anak akan erti akhlak dan budi mesti bermula daripada ibu bapa dan dorongan keluarga. Guru di sekolah hanya menyuburkan sifat-sifat tersebut dengan menunjukkan
contoh yang baik dalam pergaulan serta perhubungan dengan pelajar dan sesama guru. Anak-anak yang tidak diajar dengan adab sedari kecil akan membentuk watak yang memberontak dan terkongkong di sekitar pemikiran mereka sahaja. Tanpa adab, pelajar akan bercakap dengan kasar, sinis serta terlalu bebas bersuara kerana merasakan diri sudah pandai dan tak perlu diajar tentang tingkah laku. Hal yang sebaliknya akan berlaku apabila adab dititipkan ke dalam diri anakanak, ia akan melahirkan pelajar yang menghormati pandangan orang lain, berbudi ketika berbahas, serta memahami perasaan orang lain serta lebih berketerampilan. Pelajar seharusnya menganggap mereka sebagai teman dan ibu bapa kedua mereka di sekolah selain daripada ibu bapa di rumah. Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para guru adalah bersandarkan tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi. Apabila timbul kes pelajar buli guru, siapakah yang mengambil kesempatan untuk melepaskan diri sendiri? Pelajar, sekolah atau ibu bapa? Terdapat di kalangan ibu bapa yang melepaskan sepenuhnya tanggungjawab mendidik anak-anak ke bahu pihak sekolah dan apabila hal yang kurang baik berlaku, pihak sekolah dipersalahkan untuk menutup malu di atas kesilapan mereka tidak mendidik anak dengan baik. Di sekolah, guru menghadapi tanggungjawab yang banyak dan besar. Suasana pembelajaran di sekolah banyak bergantung kepada keupayaan guru dan pelajar untuk saling memahami falsafah dan misi sesuatu sekolah. Teras kedua dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ada menggariskan mengenai meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk 'minda kelas pertama'. Di dalam teras tersebut mengandungi Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menggariskan bahawa untuk menambah baik kualiti pendidikan antara lain adalah dengan mewujudkan persekitaran yang kondusif serta meningkatkan keupayaan guru dalam profesion mereka. Terdapat para pelajar yang tidak berminat dengan suasana sekolah sama ada kerana peraturan yang terlalu ketat atau suasana pembelajaran yang tidak kondusif. Ia terjadi kerana terdapatnya faktor luar yang menarik perhatian mereka sedangkan faktor dalaman di sekolah seolah-olah menolaknya dan tidak menggalakkan pelajar untuk berminat dengan pelajaran di sekolah. Mata pelajaran yang agak susah atau penyampaian guru yang tidak berkesan
boleh menjadi faktor tolakan kepada pelajar ini. Selain itu, pengaruh hedonisme atau budaya bersuka-suka yang semakin membarah dalam masyarakat kita pada hari ini boleh menjadi punca kepada mengapa pelajar tidak berminat untuk belajar seterusnya bersikap biadap terhadap guru di sekolah. Justeru, dalam mengatasi hal ini, sokongan semua pihak amat diperlukan. Guru harus bersifat lebih ihsan terhadap pelajar, namun dalam masa yang sama harus tegas dengan kebenaran dan kebatilan. Pihak sekolah mesti mengadakan lebih banyak aktiviti bersama pelajar dengan menggalakkan penyertaan semua pelajar dalam kegiatan yang berfaedah. Para pelajar pula harus belajar mendengar pandangan orang lain serta belajar untuk berhujah dengan baik sekalipun terdapat perkara yang mereka rasakan tidak betul. Seterusnya ibu bapa wajib memainkan peranan utama dalam mendidik anakanak mereka mengenai adab terhadap orang lain, dan bukan hanya meletakkan tanggungjawab tersebut kepada pihak sekolah. Akhir sekali, masyarakat serta media massa perlu menunjukkan contoh tauladan yang baik dengan mengamalkan tingkah laku serta tata susila yang betul apabila bergaul dalam kehidupan seharian. Kesimpulan Pelajar tidak harus melupakan batas-batas mereka dengan guru dan tidak hanya menganggap guru sebagai orang yang dibayar gaji untuk menulis di papan hitam segala sukatan mata pelajaran yang telah ditetapkan. Pujangga Arab pernah menyatakan: "Sesungguhnya umat yang berakhlak akan kekal, tetapi jika akhlak mereka hilang, maka hilanglah mereka." Justeru, dalam melahirkan generasi yang berketerampilan dan berakhlak mulia, pelajaran adab dan ihsan haruslah ditanamkan dalam jiwa generasi muda agar tidak tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang berusaha menghakis keperibadian mereka. Seperti kata Pendita Zaaba dalam mengungkapkan ihsan dalam syairnya:
RENCANA ARKIB : 24/10/2008 Penambahbaikan prosedur tangani pelajar samseng Oleh ABDUL SAMAD ABDUL HAKIM TRAGEDI yang menimpa seorang guru di Kangar baru-baru ini bukan sekadar menjadi berita sensasi di dada media. Ia perlu dilihat dalam konteks yang lebih jauh. Perlakuan yang ditunjukkan oleh pelajar terlibat adalah bukti kebiadapan dan kurang ajar seorang anak murid kepada gurunya. Keberanian dan kekasaran serta serangan fizikal oleh pelajar terbabit bukan setakat diakhiri dengan tindakan gantung sekolah saja. Semua pihak yang terlibat dalam kes tersebut diminta agar melihat dari pelbagai sudut supaya wujud unsur keadilan. Sikap kurang ajar dan biadap sebegini tidak ada dalam ruang lingkup dunia pendidikan kita. Sebagai pelajar, mereka perlu akur dengan tanggungjawab. Setiap tugasan perlu diselesaikan mengikut kehendak guru mata pelajaran. Bukannya cuba mempertikaikan arahan dan kehendak guru. Tindakan mengkasari guru adalah bertentangan dengan nilai dan kemurnian yang ditekankan oleh agama. Ia adalah lanjutan apa yang sebenarnya berlaku di rumah. Jika kita siasat kes-kes seperti ini, sebahagian besar pelajar yang terlibat dengan kes-kes pelanggaran disiplin sekolah datangnya dari keluarga yang bermasalah. Tidak dapat dinafikan pelajar sekarang sudah dianggap keterlaluan kerana berani mewujudkan unsur-unsur provokasi terhadap guru. Ada yang mencabar guru untuk bergaduh di luar sekolah kerana kes-kes rasa tidak puas hati atas tindakan guru di sekolah. Agak longgar –cara penyelesaian Kementerian Pelajaran dan seluruh warga pendidikan yang sering memperjuangkan martabat profesion keguruan perlu bersikap serius dalam menghadapi isu ini. Situasi sekarang kelihatan agak longgar walaupun pihak kementerian mempunyai pelbagai kaedah penyelesaiannya. Kita ingin melihat sejauh mana keberkesanan semua arahan, peraturan dan garis panduan menangani salah laku pelajar yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran.
Buktinya pelajar tidak begitu endah dan terikat dengan segala peraturan sekolah sehingga mereka berani bertindak di luar sangkaan kita. Sudah sampai masanya satu undang-undang jenayah kecil diwujudkan untuk mengawal kerakusan pelajar yang melanggari norma dan etika murni seorang pelajar. Walaupun sudah ditekankan sekolah adalah kawasan selamat untuk guru dan pelajar, kejadian di Kangar boleh mempertikaikan tanggapan itu. Peraturan dan tindakan yang sedia ada untuk menangani gejala pelanggaran disiplin di kalangan pelajar yang dikuatkuasakan di sekolah ketika ini nampak longgar dan tidak menyebelahi sesiapa pun, baik guru atau pelajar. Seorang pelajar boleh bertindak menyaman gurunya bila-bila masa saja, begitu juga sebaliknya. Kita melihat wujud terlalu banyak budaya tolak ansur di kalangan pihak pengurusan sekolah dalam kes-kes yang melibatkan pelajar. Tindakan ini boleh dianggap oleh pelajar sebagai ketidak beranian pihak sekolah bertindak atau mengenakan hukuman. Justeru, kita berharap isu pelanggaran disiplin di kalangan pelajar sekolah perlu ditangani dengan sebaik-baiknya berpandukan garis panduan yang disahkan oleh kementerian. Jangan kita berasa takut untuk menjatuhkan hukuman sedangkan kita punya cukup bukti dan berada di pihak yang benar. Guru-guru juga perlu disediakan panduan yang jelas tentang tatacara perlindungan diri sekiranya terus menerus diancam 'serangan' samseng di sekolah
Tuesday, April 06, 2004 Budaya Samseng Budaya Kita Baru-baru ini, Negara kita seolah-olah dilanda bencana besar apabila seorang pelajar sekolah agama mati dipukul pelajar senior sekolah yang sama. Keyakinan masyarakat terhadap sekolah berasrama penuh dan sekolah agama mulai goyang dengan gejala-gejala negatif yang berlaku di institusi pendidikan yang dipandang mulia selama ini. Sekolah agama atau sekolah berasrama penuh tidak lagi dapat menjamin kualiti pelajar yang baik. Sewaktu persekolahan saya dahulu, sekolah agama atau sekolah berasrama penuh merupakan sekolah berprestij yang menjadi idaman setiap pelajar. Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Menengah Sains dan Sekolah Menengah Teknik begitu mendapat tempat di kalangan pelajar dan ibu bapa. Sekolah-sekolah ini dianggap mempunyai kawalan disiplin yang ketat, guru-guru yang berpengalaman, pengurusan yang baik di samping kemudahan fizikal yang mencukupi.
Pada ketika itu, pelajar yang dapat memasuki sekolah sedemikian akan mencuba sedaya upaya untuk mencapai keputusan yang baik agar tidak menghampakan ibu bapa dan sekolah mereka. Jarang sekali kedengaran masalah disiplin dan kemerosotan akedemik di kalangan pelajar sekolah-sekolah berkenaan. Pelajar-pelajar lulusan institusi ini juga diterima dengan baik oleh institusi pengajian tinggi mahupun majikan tempat kerja. Jika sedemikian keadaannya apakah yang telah menyebabkan sekolah-sekolah yang dahulunya disanjung kini dijauhi masyarakat? Siapakah yang menyebabkan sekolah ini bertukar bentuk dan corak? Mengapakah budaya samseng dapat menetap di sekolah yang mempunyai disiplin yang ketat? Banyak faktor yang menyumbang kepada keadaan ini. Perlu diterima bahawa masalah disiplin dan budaya samseng di sekolah adalah resiprokal kepada keadaan sebenar yang berlaku dalam masyarakat orang dewasa kita hari ini. Dalam masa kita membincangkan budaya samseng di sekolah kita tidak dapat lari daripada hakikat masyarakat kita yang sememangnya berhadapan dengan masalah yang sama. Peras ugut, menipu, mencuri, merompak, rasuah, penagihan dadah dan sebagainya adalah perkara yang sering kita baca dalam media masa. Dengan pengaruh masyarakat yang begitu kuat, anak-anak muda kita dengan sendirinya menjadi ikutan kepada perbuatan yang sudah biasa atau serasi dengan kehidupan harian mereka. Pelajar sekolah tidak dapat diasingkan daripada masyarakat umum. Tambahan pula mereka merupakan golongan yang paling mudah terpengaruh dan terikut dengan tindak tanduk orang dewasa. Mereka sendang berada dalam peringkat emosi yang tidak menentu dan sedang mencari identiti mereka. Pelajar-pelajar yang dihantar ke sekolah terutama sekali sekolah yang ternama menghadapi tekanan dan desakan yang amat tinggi daripa ibu bapa. Ibu bapa zaman kini yang terlalu sibuk dengan pelbagai tugasan rasmi dan tidak rasmi lebih cenderung membekalkan keperluan material kepada anak-anak mereka. Anak-anak ini dimanjakan dengan pelbagai kemudahan moden seperti computer dan telefon bimbit. Ibu bapa menyerahkan tanggungjawab mendidik kepada guru sekolah dan guru kelas tambahan. Perbuatan mereka seolah-olah pembahagian tuga mendidik anak mereka kepada orang lain. Ibu bapa hanya menjadi pengurus dan majikan yang membayar ‘gaji’ kepada anak dan guru-guru mereka. Pendek kata budaya pejabat diguna pakai dalam rumah. Pada masa yang sama mereka menekan anak-anak mereka untuk mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. Bagi ibu bapa keputusan yang tercatat dalam sijil adalah tanda kejayaan. Akhlak, tingkah laku dan tata budi tidak penting kerana ia tidak dapat dinilai secara kuantitatif. Malahan ada ibu bapa
yang menghalalkan perbuatan meniru dan menipu dalam peperiksaan asalkan anak mereka lulus. Pihak sekolah dan guru-guru pula kerana ingin menjaga maruh sekolah ternama serta prestasi tahun sebelumnya juga memberikan tekanan kepada pelajarpelajar mereka. Guru-guru lebih mementingkan pencapaian akademik. Mereka akan disanjung jika sekolahnya mendapat peratus kelulusan yang tinggi, sebaikbaiknya kelulusan 100 peratus. Belum pernah dalam sejarah kita sesebuah sekolah itu diberi pujian kerana melahirkan pelajar yang berdisiplin dan berakhlak tinggi. Dalam usaha mengejar kelayakan kertas dan pencapaian kuantitatif tugas guru sebagai pendidik dibelakangi. Tanggungjawab untuk menjadikan anak didikan mereka sebagai insan yang seimbang dari segi akademik dan moral seperti yang tercatat dalam Falsafah Pendidikan Negara, diabaikan. Bukan itu sahaja, guru-guru juga terlalu banyak dibebankan dengan pelbagai tugasan yang tidak ada kaitan dengan akademik pelajar. Mereka sendiri dinilai dari berdasarkan pencapaian pelajar dan laporan yang mereka sediakan. Oleh itu guru lebih cenderung untuk menyediakan laporan yang canggih berbanding dengan menyediakan pengajaran yang berkesan. Akhirnya guru cuma menjadi penyampai maklumat. Pertambahan pelajar yang mendadak menyebabkan kekurangan bilik darjah dan kekurangan guru. Ini menyebabkan sesebuah bilik darjah disumbat dengan seberapa banyak pelajar yang dapat sehingga melebihi tahap kawalan seseorang guru. Kesesakan bilik darjah juga menjadi punca kepada menularnya budaya tidak sihat di kalangan pelajar. Kekurangan guru di sekolah-sekolah menyebabkan guru-guru disuruh mengajar mata pelajaran yang bukan pengkhususan mereka. Ini juga berlaku apabila berlaku pertukaran guru yang tidak dirancang. Pihak sekolah kadang-kadang akan berpuashati apabila ada guru di kelas. Sama ada guru tersebut boleh mengajar dengan baik atau tidak jarang dipersoalkan. Keadaan ini bertambah buruk apabila pihak universiti dan maktab perguruan melonggarkan syarat pengambilan guru pelatih bagi menampung kekurangan guru. Apabila syarat dikompromi maka mutu didikan yang disampaikan oleh guru ini juga turut terjejas. Yang menjadi mangsa adalah golongan pelajar. Mereka, apabila dewasa nanti, turut menjadi guru yang sedemikian rupa kerana mereka dilahirkan dalam kitaran sedemikian. Saya tidak berniat untuk merendahkan guru-guru kerana saya sendiri seorang guru selama 12 tahun. Akan tetapi kita harus menerima hakikat bahawa wujudnya guru-guru yang menganggap perguruan sebagai satu cara cari makan dan bukannya satu tanggungjawab yang mulia. Sudah pupus dalam budaya kita
seseorang guru yang dihormati dan dipinta nasihat dan pandangannya. Kes-kes jenayah melibatkan golongan guru yang kian bertambah turut menjejaskan martabat social seorang guru. Guru tidak lagi dijadikan model oleh pelajar-pelajar didikan mereka. Satu perkara yang amat sedih ialah apabila berlakunya sesuatu bencana maka adalah pihak-pihak tertentu yang mencadangkan supaya kursus tertentu dijalankan. Ada yang mencadangkan perubahan dasar dan tidak kurang pula ada yang mencadangkan rombakan besar-besaran dilakukan. Mereka mula membawa masuk idea-idea luar yang jauh berbeza latar belakangnya dengan masyarakat setempat kita. Apabila kursus-kursus ini dijalankan ia tidak memanafaatkan sesiapa kecuali penganjur dan kontraktor yang terlibat. Guru yang terpaksa meninggalkan kelas mengabaikan anak didikan mereka. Kursus yang disampaikan secara berperingkat-peringkat biasanya hilang seri dan temanya apabila sampai ke peringkat bawah. Ini disebabkan peserta kursus lebih cenderung untuk ‘bercuti’ semasa kursus dan tidak berkursus dengan sepenuh hati. Inilah puncanya pelbagai program yang dilancarkan secara tergesa-gesa tidak mencapai hasilnya walaupun menghabiskan perbelanjaan berjuta-juta ringgit. Jika waktu pendidikan jasmani dan kesihatan, pendidikan moral, pendidikan agama dan aktiviti ko-kurikulum dilaksanakan dengan baik seperti yang dirancang dan dikehendaki mungkin kita tidak memerlukan kerajaan membelanjaan setengah billion ringgit bagi menjalankan program khidmat Negara. Jika masalah tidak diselesaikan dari akar umbinya masalah itu akan terus menular. Apabila dasar yang baik tidak dilaksanakan dengan baik, dasar itu tetap menjadi dasar yang hanya dapat dibanggakan tetapi tidak dapat memberikan apa-apa faedah kepada sasarannya. Oleh yang demikian dalam perhitungan untuk menghapuskan budaya samseng di sekolah, budaya kita, cara hidup kita dan tindakan kita sendiri harus berubah. Bapa borik anak rintik. Selagi bapa tidak berubah anak tetap susah diajar.
PENDAHULUAN Katanya, permasalahan gejala sosial adalah isu sejagat yang melanda kehidupan manusia sepanjang zaman dimana kehidupan masyarakat yang porak poranda berpunca daripada wujudnya golongan rosak akhlak dengan membelakangkan agama dan mengutamakan runtunan hawa nafsu “Masalah ini disebabkan pelbagai punca yang kait mengait antaranya kurang pengetahuan agama,kurang rasa prihatin segelintir ibubapa,kemunculan pusat hiburan tidak terkawal serta pengaruh persekitaran dan sikap masyarakat yang individualistic
Rujukan
Amir Hasan Dawi, 2001 . Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan. Tanjong Malim : Quantum Books.
Alex Inkeles, 1982 . What is Sociology? : An Introduction to the Discipline and Profession. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mahadi Osman, 1996 . Masyarakat melayu dan gejala sosial. Kuala Lumpur: Institut Perkembangan Minda.
Utusan Malaysia, 20 Sept.2000 . Seks Bebas.
Berita Harian, 1 Julai 2000 . Punca Masalah Disiplin Pelajar.
Utusan Malaysia, 17 Oktober 2000 . Jenayah Pelajar.
Berita Harian, 31 Mei 2000 . Tangani Masalah Remaja Lebih Serius.
PELAJAR MEROKOK ! Salah Siapa???
Pelajar merokok, jangan salahkan guru dan kerajaan sahaja. Tetapi nilai dahulu peranan kita sebagai anggota masyarakat, peranan kita sebagai ibu-bapa, melihat dan memantau perkembangan anak-anak kita, generasi muda kita yang diibaratkan sebagai kain putih, ibu-bapalah yang akan mencorakkan warna kehidupan anak-anaknya. Aku cukup kecewa dengan segelintir pihak yang menghantar email dan gambar pelajar sekolah merokok dan menyalahkan pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pelajaran, kerana berleluasa kegiatan pelajar sekolah merokok di khalayak ramai. Lebih menyedihkan, kini wujud pula trend baru, pelajar perempuan malah ada yang bertudung sudah tidak segan silu merokok di tempat awam. Aku tak nampak salah pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pelajaran dalam hal ini. Apa yang terjadi di luar batas kuasa pihak sekolah kerana yang berlaku kebanyakan sekarang ini, berlaku di luar sekolah.
Menteri Pelajaran, Dato' Sri
Hishammuddin Tun Hussein baru-baru ini, (rujuk Utusan Malaysia, ms 8, 11 Julai 2006) berkata, walaupun peratusan pelajar sekolah rendah dan menengah yang dikenal pasti merokok di dalam kawasan sekolah adalah kecil, iaitu hanya 0.0009 peratus daripada jumlah pelajar di sekolah negara, namun kementerian tetap memandang serius dan telah mengambil langkah bagi menangani masalah tersebut. Walaupun begitu, satu kajian harus dilaksanakan, mengapa pelajar merokok? Dato' Sri Hisham juga menyifatkan pengaruh persekitaran dari kalangan ahli keluarga yang lebih dewasa menghisap rokok adalah faktor utama yang dikenal pasti punca remaja merokok. Perlakuan orang dewasa itu akan dicontohi oleh golongan remaja yang mempunyai naluri ingin mencuba. Selain pengaruh persekitaran, pengaruh rakan sebaya dan keinginan untuk diiktiraf sebagai individu yang telah dewasa khususnya di kalangan golongan awal remaja adalah faktor yang mempengaruhi pelajar terlibat dalam salah laku ini. Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak GPMS Cawangan Shah Alam menyokong penuh tindakan kerajaan nterutamanya Kementerian Pelajaran menguatkuasakan tindakan terhadap pelajar yang disabitkan kesalahan merokok, memantapkan pengurusan disiplin pelajar, mengadakan kempen anti merokok dan pihak pihak PIBG sekolah harus juga berganding bahu memainkan peranan dalam menjayakan kempen-kempen ini, kerana pelajar-pelajar di sekolah itu adalah anak-anak kita juga. Cegah dari awal, kerana kebanyakan penagih dadah berpunca dari rokok. Cegah dari parah, insya-Allah dengan langkah awal yang kita laksanakan, akan menjadikan pelajar-pelajar kita, pelajar yang berkualiti cemerlang, gemilang dan terbilang. Insya-Allah.
Cetusan Sahabat-Gunung Pada 4 : 2 8
PM
PONTENG SEKOLAH k BAHAGIAN SEKOLAH, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PARAS 5, BLOK J (SELATAN), PUSAT BANDAR DAMANSARA, 50604 KUALA LUMPUR.
Tel : 03 - 2556900 Fax : 03 - 2535150 Kawat : ``PELAJARAN"
KP8591/Jld.VIII(9) 5 September1995 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y. Bhg. Dato'/Datuk/Tuan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.6/1995 : MENANGANI MASALAH PONTENG SEKOLAH Laporan salahlaku pelajar sekolah menunjukkan bahawa ponteng sekolah dan ponteng kelas merupakan salahlaku yang tertinggiperatus penglibatan di kalangan pelajar. Hastar Kementerian Pendidikan ke arah `Zero Defect' dalam masalah ponteng sekolah dan ponteng kelas akan terjejas jika kedua-dua masalah ini tidak diatasi dengan segera. Ponteng sekolah dan ponteng kelas merupakan perlakuan yang menyalahi peraturan sekolah dan jika pelajar dibiarkan ponteng sekolah dan ponteng kelas sehingga menjadi amalan dan tabiat, ianya boleh membawa kesan 2. negatif terhadap diri pelajar sendiri, keluarganya dan juga sekolah. Seterusnya perlakuan tersebut memungkinkan seseorang pelajar hilang sifat bertanggungjawab, akan ketinggalan dalam pelajaran dan yang paling dikhuatiri mereka akan melibatkan diri dengan kegiatan-kegiatan negatif. Ada dua faktor utama yang menyebabkan para pelajar melakukan ponteng iaitu faktor sekolah dan faktor luar sekolah. Faktor luar sekolah pada 3. kebiasaannya di luar kawalan sekolah untuk menanganinya. Sungguhpun begitu, disamping tugas kita memberi tumpuan kepada faktor di dalam sekolah usaha yang lebih berkesan kepada kedua-dua faktor tersebut perlu dilakukan. 4. Surat Pekeliling ini adalah bertujuan mengingatkan semua Pegawai Pendidikan Bahagian/Daerah, Pengetua, Guru Besar dan guru-guru mengenai tindkan-tindakan yang perlu diambil bagi membanteras salahlaku ponteng di sekolah terutamanya ponteng sekolah dan ponteng kelas. Kementerian Pendidikan telah pun menerbit dan mengedarkan ke sekolah-sekolah Bku
Panduan Mengatasi Masalah Ponteng Di Sekolah. Saranan dan cadangan yang dikemukakan dalam buku tersebut diyakini boleh membantu pihak sekolah mencegah berlakunya masalah ponteng.
5.
Seterusnya, bagi memastikan TIADA Salahlaku Ponteng di kalangan pelajar, langkah-langkah berikut hendaklah dilakukan: Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah hendaklah mengesan kadar ponteng sekolah dan 5.1 ponteng kelas setiap bulan dan memastikan sekolah melakukan usaha mengatasi masalah tersebut. Pihak sekolah hendaklah memastikan tindakan mengatasi masalah ponteng dilakukan secara bersungguh-sungguh dan berterusan. Segala 5.2 panduan yang terdapat di dalam Buku Panduan Mengatasi Masalah Ponteng dilaksanakan sepenuhnya. Pihak sekolah hendaklah merealisasikan Sekolah Penyayang, pelajar5.3 pelajar berhak disayangi, dikasihi, dan dibimbing. Dengan ini pelajar akan terpikat, terpanggil dan tergerak untuk ke sekolah. Memastikan Briged Komuniti dilaksanakan dengan berkesan dan 5.4 mencapai matlamatnya sama ada di peringkat Negeri, Bahagian/Daerah dan sekolah. Memastikan bahawa Jawatankuasa Disiplin Sekolah atau Lembaga Tatatertib sentiasa proaktif dengan menggariskan program dan aktiviti 5.5 yang berupaya mencegah salahlaku ponteng sejak awal-awal lagi terutamanya sebelum sesi persekolahan bermula.
6. Kandungan surat pekeliling ini hendaklah dimaklumkan kepada semua Pegawai Pendidikan Bahagian/Daerah, Pengetua, Guru Besar dan guru-guru di negeri Y. Bhg. Dato'/Datuk/Tuan. Sekian, terima kasih. ``BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
(TAN SRI DATUK DR. WAN MOHD ZAHID BIN MOHD NORDIN) Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia
s.k. 1. Y. B. Datuk Seri Mohd. Najib b. Tun Hj. Abdul Razak Menteri Pendidikan Malaysia 2. Y. B. Datuk Khalid b. Yunus Timbalan Menteri Pendidikan 3. Y. B. Datuk Dr Fong Chan Onn Timbalan Menteri Pendidikan 4. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia 5. Timbalan Ketua Setiausaha I Y.B. Menteri Pendidikan Malaysia 6. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I Kementerian Pendidikan Malaysia 7. Timbalan Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan Malaysia Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II 8. Kementerian Pendidikan Malaysia Semua Ketua Bahagian 9. Kementerian Pendidikan Malaysia Pegawai Perhubungan Awam 10. Kementerian Pendidikan Malaysia DISIPLIN DAN HUKUMAN
BAHAGIAN SEKOLAH Tel : 03 - 2556900 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Fax : 03 - 2535150 PARAS 7, BLOK J, Kawat : ``PELAJARAN" PUSAT BANDAR DAMANSARA, 50604 KUALA LUMPUR. KP(BS)8591/Jld.VIII(37) 3 September1996 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y. Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL:4/1996 : Pelaksanaan Kuasa Disiplin Dan Hukuman Di Sekolah Saya ingin membawa kepada pengetahuan Y. Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan bahawa ada sebilangan Pengetua dan Guru Besar, yang enggan atau lewat
menjalankan kuasa disiplin di sekolah, khususnya dalam mengenakan hukuman kepada murid-murid yang terbukti bersalah melakukan kesalahankesalahan berat. Terdapat laporan di mana murid-murid yang bertindak seperti ``samseng" dibiarkan begitu sahaja sehingga murid-murid lain yang menjadi mangsa merasa teraniaya, tanpa pembelaan daripada Guru Besar dan Pengetua. Hal seperti ini boleh merosakkan kepercayaan dan keyakinan murid terhadap guru dan sekolah serta tidak membantu membentuk sikap, nilai dan akhlak murid melalui pelaksanaan disiplin yang baik. 2. Perlu ditegaskan bahawa Pengetua dan Guru Besar adalah orang yang bertanggungjawab ke atas disiplin dan bagi maksud itu, mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid. Di dalam melaksanakan kuasa disiplin, undang-undang telah meletakkan kuasa mutlak kepada Pengetua dan Guru Besar untuk memilih hukuman yang sesuai setimpal dengan kesalahan yang dilakukan, adil dan tegas. Hukuman hendaklah dikenakan supaya dapat memberi kesan mencegah bukan sahaja kepada mereka yang melakukan kesalahan itu sendiri supaya mereka tidak mengulangi kesalahan ini, tetapi juga kepada mereka yang berkemungkinan melakukan kesalahan yang serupa. 3. Sila tegaskan kandungan surat pekeliling ini kepada semua Pengetua dan Guru Besar di negeri Y. Bhg. Dato'/Tuan/Puan. Sekian. ``BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
(TAN SRI DATUK DR. WAN MOHD ZAHID BIN MOHD NORDIN) Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia
Rujukan Amir Hasan Dawi, 2001 . Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan. Tanjong Malim : Quantum Books. Alex Inkeles, 1982 . What is Sociology? : An Introduction to the Discipline and Profession. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Mahadi Osman, 1996 . Masyarakat melayu dan gejala sosial. Kuala Lumpur: Institut Perkembangan Minda.
Utusan Malaysia, 20 Sept.2000 . Seks Bebas. Berita Harian, 1 Julai 2000 . Punca Masalah Disiplin Pelajar. Utusan Malaysia, 17 Oktober 2000 . Jenayah Pelajar. Berita Harian, 31 Mei 2000 . Tangani Masalah Remaja Lebih Serius.