Bahan Mekanisme Bela Diri

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bahan Mekanisme Bela Diri as PDF for free.

More details

  • Words: 537
  • Pages: 2
MEKANISME BELA DIRI Mekanisme bela diri berlaku bagi menjaga pembentukan ego yang sedia ada dalam pengalaman seorang individu. Mekanisme bela diri berpandukan kepada pengalaman yang tersirat pada peringkat bawah sedar dalam struktur ego. Seorang individu belajar hasil dari pengalamannya tentang segala contoh dan kegiatan berkaitan naluri diri bagi memuaskan kehendaknya. Apabila fungsi ego yang sedia ada tidak dapat menyesuaikan dengan keadaan sekeliling, seorang individu akan secara tanpa sedar menggunakan mekanisme bela diri bagi menagani keadaan yang dihadapi. Antara mekanisme bela diri yang digunakan adalah seperti berikut: Pendaman. Pendaman merupakan mekanisme bela diri yang asas dalam struktur personaliti seorang individu. Pendaman merupakan pengenepian desakan sebagai perwakilan idea daripada tahap sedar. Perkara ini berlaku apabila ada desakan yang menyebabkan kepincangan yang tidak sangup ditangani. Kesannya mengakibatkan berlaku keresahan sekiranya timbul pada tahap sedar. Ciri pendaman yang berterusan akan memakan diri di samping pengaliran tenaga ego bagi tujuan membela diri. Keresahan. Keresahan merupakan perasaan ketakutan dalaman. Keresahan berasas dari ingatan serta pengalaman lampau yang pahit dan menyakitkan diri. Biasanya keresahan dikaitkan dengan penderaan. Desakan ini sering diingati dan akan menimbulkan desakan dalaman yang menakutkan. Rosotan. Satu proses dimana seorang individu dalam keadaan yang tertekan akan mengguna gerak balas yang biasa dilakukan pada peringkat awal perkembangan personalitinya. Rosotan berlaku bagi mendapatkan kepuasan yang sedia ada dalam tahap bawah sedarnya. Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru sahaja dapat seorang adik akan merosot tingkah lakunya, seperti tidak membuang air dengan teratur tanpa mengingat latihan yang sudah dilalui. Dalam keadaan ini, kanak-kanak tersebut rasa terancam dengan kedudukannya yang selamat dalam struktur kekeluargaan. Pembentukan reaksi. Proses ini merupakan satu perkembangan sikap yang bertentangan dengan perkara yang telah dipendam. Keadaan ini berasaskan kepada prinsip bertentangan polariti. Contohnya, desakan melakukan kegiatan `mengotorkan' bertentangan dengan desakan kegiatan `bersih' yang ada dalam pendaman. Unjuran. Suatu keadaan dimana seorang individu melepaskan sikap diri sendiri ke arah orang lain. Keadaan ini berlaku apabila ego tidak lagi dapat memendam bahan yang tidak digemarinya. Contohnya, perasaan marah terhadap sesuatu kegiatan. Introjeksi.

Suatu keadaan dimana seorang individu

menghimpun dalam dirinya semua sikap afektif dan bukan afektif berkaitan dengan objek atau orang luaran. Mekanisme ini penting sebagai asas kepada proses pengenalpastian dalam peranan superego. Pengenalpastian. Pengenalpastian merupakan satu proses dimana seorang individu menggabungkan sikap orang lain ke dalam dirinya. Dalam keadaan demikian, segala tenaga id dialirkan ke arah proses pembentukkan ego. Contohnya, seorang kanak-kanak rujuk tingkah laku dengan mengenalpasti kepada ibu bapanya. Dengan cara menyerap segala ego ideal ibu bapa tersebut sebagai idealnya. Di sini terbentuk tenaga superego bagi diri kanak-kanak tersebut. Pindahgantian. Keadaan ini merupakan satu proses mengalirkan tenaga psike dari sumber atau objek yang tidak dapat diakses kepada satu objek lain. Keadaan in akan mendatangkan satu bentuk kartasis atau kelegaan dalam diri. Pada biasanya sikap serta perasaan yang asal tetap akan terserap, hanya emosi yang baru digantikan ke arah objek yang lain. Contohnya, kemarahan terhadap seorang diganti dengan satu kegiatan yang kasar tetapi membena seperti membelah kayu api atau mencangkul membuat batas tanaman sayur. Sublimasi. Satu bentuk pindahgantian yang berunsur seksual, apabila desakan seksual dialihkan ke arah tindakan yang berbentuk sosial dan mernunafaat serta kreatif. Contohnya, menyani, melukis, drama dan semua kegiatan kreatif dan kesenian. Sekiranya pindahgantian berunsurkan desakan yang ganas maka sublimasi berbentuk kegiatan yang ganas akan mengambil alih seperti sukan berbentuk lasak.

Related Documents

Helah Bela Diri
May 2020 4
Bela
November 2019 21
Mekanisme
May 2020 31
Bela Negarabangsa
May 2020 12
Bela Bartok
November 2019 18