Bahan Baja.docx

  • Uploaded by: Ahmad Izzuan
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bahan Baja.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,970
  • Pages: 5
BAHAN BAJA (MANURES AND FERTILIZERS)

Baja adalah bahan yang dicampurkan ke dalam tanah bagi membekalkan nutrien kepada tumbuhan dan untuk membaiki keadaan fizikal dan kimia tanah. Secara am baja boleh dibahagikan kepada dua kumpulan:

membaiki dan mengawal ciri fizikal tanah pada tahap yang diperlukan, harganya murah dan mudah didapati terutamanya tempat-tempat yang berhampiran dengan kawasan ternakan atau pusat memproses hasil pertanian (seperti kilang kelapa sawit). BAJA MENGANDUNGI NITROGEN

(a) Baja organik: baja yang berasal daripada haiwan atau tumbuhan; termasuk najis haiwan, sisa tumbuhan, baja hijau dan sebagainya (b) Baja inorganik: baja buatan yang dihasilkan oleh manusia atau yang dijumpai dalam keadaan semula jadi Bagaimanapun pembahagian ini hanyalah untuk kemudahan perbincangan sahaja kerana terdapat juga bahan baja yang boleh dikategorikan sebagai baja organik atau inorganik; misalnya urea. Urea daripada sisa haiwan dikelaskan sebagai baja organik tetapi urea yang dihasilkan dari kilang di kelaskan sebagai baja inorganik. Ciri-ciri baja inorganik:      

organik

berbanding

baja

asal-usulnya pukal (bulky) terutamanya najis haiwan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan jumlah kandungan nutrien bagi satu unit berat adalah rendah perlu dibubuh dengan kuantiti yang lebih tinggi berbanding dengan baja inorganik memerlukan ruang yang besar semasa pengangkutan, pengedaran atau penyimpanan

Sebagai contoh, 12,500 kg najis lemhu (0.4%N) diperlukan untuk membekalkan 50 kg nitrogen manakala hanya 250 kg ammonium sulfat (20%N) diperlukan untuk membekalkan jumlah nitrogen yang sama. Walau masih

bagaimanapun, penggunaannya meluas kerana ianya mampu

1. Baja organik dari punca haiwan Jadual di bawah menunjukkan analisis beberapa contoh baja organik dari punca haiwan yang membekalkan nitrogen: Bahan Baja

Peratus Kandungan Nutrien N

P2O5

K2O

MgO CaO

Darah 9-14 0.3-1.5 0.5-0.8 kering Sisa 6.5-10 4-8 0.5 ikan Najis 5-6 2-3 1-2 1 ayam Najis 2-5 1.5 2 1 lembu Najis 1.5 1.5 3 kambing Najis 8.5 5 1.5 0.5 kelawar Serbuk 7 4 1 udang

0.5 8.5 4 4 2 7.5 7.5

Kandungan nitrogen berbeza mengikut jenis baka haiwan, umur, makanan, umur baja serta cara memproses-nya. (a) Darah kering Baja ini ialah hasil sampingan dari kilang memproses daging. Darah haiwan yang disembelih dikumpulkan, kemudian dikeringkan airnya dan dihancurkan menjadi bahan baja. Ia mempunyai kandungan N yang tinggi. (b) Serbuk udang dan sisa ikan Serbuk udang dan sisa ikan adalah hasil sampingan dari kilang memproses makanan laut. Sisik, kulit, kepala, tulang ikan dan udang dikeringkan, kemudian

dihancurkan. Tulang dan sisik ikan mengandungi P2O5 dan CaO yang tinggi. (c) Najis Haiwan Biasanya memenuhi ruang yang lebih besar (pukal) tetapi mempunyai kandungan nutrien yang rendah. Nitrogen dalam najis haiwan mudah hilang dalam bentuk ammonia. Kehilangan nitrogen dikurangkan dengan menyimpan najis haiwan dalam bentuk timbunan dan diberikan perlindungan. Bahan baja dibiarkan lembab tetapi tidak terlalu basah supaya proses pereputan dilambatkan. Di samping nitrogen, najis haiwan juga membekalkan kalium dan sedikit fosforus. (d) Najis Kelawar Bahan ini mengandungi nitrogen yang agak tinggi di samping fosforus dan kalium.

2. Baja organik dari punca tumbuhan Jadual di bawah menunjukkan analisis beberapa contoh baja organik dari punca tumbuh-tumbuhan. Bahan Baja Serbuk biji kapas Serbuk biji kacang tanah Serbuk biji kacang soya Serbuk biji bijan (linseed)

Peratus Kandungan Nutrien N

P2O5 K2O MgO CaO

7.0

3.0

2.0

0.5

0.5

7.0

1.5

1.5

0.5

0.5

7.0

1.5

2.5

0.5

0.5

5.5

2.0

1.5

1.0

0.5

Semua jenis baja ini adalah hasil sampingan selepas minyak dikeluarkan daripada biji benihnya. Serbuk kacang tanah dan kacang soya juga digunakan sebagai makanan haiwan.

ada dari sumber galian, hasil pengilangan atau hasil sampingan dari kilang-kilang. Jadual berikut menunjukkan analisis beberapa contoh baja nitrogen yang biasa terdapat dalam pasaran: Nama Baja

%N

Ammonia kontang Larutan Ammonia Ammonium Klorida Ammonium Sulfat Ammonium Nitrat Kalsium Nitrat Cal-nitro Ammonium Sulfatnitrat Urea Kalsium Sianamida Larutan Urea Ammonia Natrium Nitrat Urea Formaldehid

82.0 20 - 25

Unsur Lain

24 - 26 20 - 21 34.0 15 - 21 16 - 21

28% CaO

26 45 21 - 24

54% CaO

34 - 46 16 >35

(a) Ammonia Kontang (Anhydrous Ammonia) (82%N) Baja ini mengandungi % N yang paling tinggi di antara jenis-jenis baja yang ada unsur N. Ia adalah gas ammonia tulen yang ditukar menjadi cecair di bawah tekanan yang tinggi. Oleh kerana mudah meruap, baja ini biasanya dimasukkan terus ke dalam tanah dan akan berpadu dengan lembapan tanah membentuk ion ammonium. Penggunaannya memerlukan alat khas yang membolehkannya dimasukkan terus ke dalam tanah. Oleh kerana gas ammonia adalah beracun kepada tumbuhan, maka ammonia kontang biasanya digunakan 10 - 14 hari sebelum menanam supaya ammonia dapat ditukarkan kepada bentuk yang kurang beracun. (b) Larutan Ammonia (20 - 25% N)

3. Baja inorganik mengandungi N Baja-baja inorganik yang diperolehi sama

Larutan ammonia dihasilkan dengan cara melarutkan gas ammonia ke dalam

air. Pada kawasan yang mengamalkan sistem pengairan, gas ammonia digunakan dengan melepaskannya bersamasama air yang akan masuk. Larutan ini boleh juga disemburkan terus kepada bahagian daun, tetapi mungkin boleh mengakibatkan daun melecur. Larutan ammonia boleh juga digunakan melalui sistem sprinkler dan kemudian disiram dengan air bersih supaya garam ammonia yang masih tertinggal di atas pokok dapat dibersihkan. (c) Ammonium Sulfat (21% N) Baja ini biasa digunakan di Malaysia. Ia mudah dibawa dan disimpan. Juga mempunyai unsur sulfur yang tinggi. Kandungan sulfat menyebabkan tanah lebih berasid berbanding dengan jenis baja N lain. Penggunaan baja ini secara berterusan tanpa pengapuran boleh merendahkan pH tanah ke peringkat yang tidak sesuai untuk pengeluaran tanaman yang ekonomik. (d) Ammonium Nitrat (34% N) Nitrogen diperolehi oleh tumbuhan dalam bentuk ammonium dan juga nitrat. Nitrat lebih mudah diserap oleh tumbuhan. Ammonium nitrat adalah higroskopik; oleh itu ia tidak boleh dibiarkan dalam bekas yang terbuka dalam tempoh masa yang lama.

dengan betul masalah ini

boleh

mengatasi

Urea bersifat higroskopik dan berbuku jika tidak disimpan dengan betul (f) Kalsium Sianamida Seperti urea, kalsium sianamida perlu di tukar kepada bentuk yang lebih tersedia sebelum dapat diambil oleh tumbuhan: kalsium sianamida

ion nitrat

hidrogen sianamida

ion nitrit

urea

ion ammonium

Kalsium sianamida mengandungi kapur yang tinggi (54% CaO) dan mudah dibebaskan. Ciri ini menjadikannya baja yang baik bagi tanah yang perlukan pengapuran. Bahan baja ini juga didapati bertindak sebagai bahan pembasmi kuman tanah. Tempoh antara membaja dan menanam selama 10 – 14 hari diperlukan untuk membolehkan berlakunya:  penukaran kalsium sianamida kepada bentuk nitrogen yang tersedia  kehilangan kesan pembasmi kuman (g) Urea Formaldehid (38% N)

(e) Urea (46% N) Urea merupakan baja nitrogen yang baik dan antara yang murah. Kandungan nitrogennya tertinggi di kalangan baja pepejal. Mudah terhidrolisis dalam tanah menjadi ion ammonium. Kesan ciri ini:  agak berasid apabila bertindak dengan tanah  sebahagian kandungan nitrogennya mungkin hilang dalam bentuk ammonia jika dibiarkan terdedah di permukaan tanah – timbus urea setelah ditabur  berpotensi untuk mencederakan biji benih dan tanaman jika terlalu banyak urea diletakkan berdekatan dengannya - perletakan baja

Selain daripada hilang dalam bentuk ammonia dan gas bernitrogen, unsur nitrogen daripada baja juga hilang daripada tanah melalui proses larut lesap. Baja ini boleh melepaskan N dalam tempoh masa yang panjang. Ini membolehkan nitrat diambil oleh akar yang berkembang sepanjang tumbesaran tumbuhan tersebut. Proses yang lambat ini adalah hasil dari tindakan urea dengan formaldehid. Baja yang mempunyai sifat begini membolehkan N dibekalkan kepada tanaman dalam tempoh masa yang lama. Kehilangan nitrat melalui proses larut lesap

juga dapat dikurangkan. Baja seperti ini sesuai digunakan di kawasan yang mudah berlakunya proses larut lesap dan kerja pembajaan sukar dijalankan selalu, tetapi tumbuhan perlukan N sepanjang masa.

panjang seperti getah dan kelapa sawit. Fosfat batu, apabila dirawat dengan asid akan menjadi lebih larut dalam air, mudah diangkut dan disimpan serta menpunyai kandungan fosforus yang lebih tinggi.

Kebanyakan jenis baja nitrogen melalui proses penukaran daripada ammnonium kepada nitrat. Keadaan ini akan merendahkan pH tanah. Oleh itu kekerapan mengapur adalah penting di kawasan di mana baja N selalu digunakan.

3. Superfosfat Tunggal (Single Superphosphates – SSP) (16 - 22% P2O5)

BAJA YANG MENGANDUNGI UNSUR FOSFAT (PHOSPHATE FERTILIZER) 1. Baja Organik Baja organik terpenting yang membekalkan P ialah tulang haiwan. Ianya adalah hasil sampingan dari kilang memproses daging. Tulang-tulang ini dihancurkan dan dirawat sebelum dijual sebagai baja. Jadual berikut menunjukkan bahan-bahan dari tulang untuk punca-punca P: Bahan Baja Tulang hitam (Tulang dipanaskan dalam retort tertutup) Abu Tulang (Tulang dipanaskan dalam retort terbuka) Serbuk Tulang (mentah) Serbuk Tulang (distim)

% Kandungan P2O5 CaO 31 - 45

46

SSP merupakan hasil daripada rawatan serbuk batu fosfat dengan asid sulfurik pekat. Ianya terdiri daripada monokalsium fosfat dan kalsium sulfat. 4. Superfosfat Ganda Dua (Double Superphosphates – DSP) (25 - 30% P2O5) DSP diperolehi apabila serbuk batu fosfat dirawat dengan campuran asid sulfurik pekat dan asid fosforik 5. Superfosfat Ganda Tiga (Triple Superphosphate – TSP (44 - 52% P2O5) TSP didapati apabila serbuk batu fosfat dirawat dengan asid fosforik. Ia sangat larut dalam air dan mempunyai kandungan fosfat yang tinggi. 6. Sanga (Basic Slag)

32 - 38

46

22

32

25

33

2. Baja Fosfat Batu (Galian Semula Jadi) Baja ini merupakan batu posfat mentah yang stabil dan tidak berapa larut dalam air. Kandungan P205 antara 25 - 40%. Fosfat batu perlu dihancurkan menjadi serbuk halus untuk menambahkan daya kelarutannya sebelum digunakan. Baja ini sesuai digunakan pada tanah berasid yang sering mengalami kekurangan P. Ianya sering digaulkan bersama tanah semasa penyediaan lubang penanaman tanaman jangka

Sanga ialah hasil sampingan kilang melebur besi dan keluli. P yang wujud dalam bijih besi menyebabkan besi menjadi rapuh. Pengasingan P2O5 dilakukan dengan membakar bijih besi bersama kapur dalam suatu bekas khas. Sebatian kapur dan fosfat akan terapung sebagai sanga (slag) di permukaan besi yang telah lebur. Sanga ini dikering dan dihancurkan dan merupakan bahan baja yang baik. Kandungan sanga berbeza mengikut jenis bijih besi yang digunakan. Kebanyakan sanga mengandungi 5 – 20% P2O5, 45% CaO dan 5% MgO. Bahan baja ini sesuai digunakan pada tanah berasid. 8. Ammoniated Super Phosphates Ia merupakan hasil dari tindakan fosfat

dengan ammonia. Super fosfat pekat atau yang diperkayakan (enriched) ditindakkan dengan ammonium kontang menghasilkan bahan yang mengandungi N dan P yang berbeza-beza. Fosfat yang diammoniakan dengan banyak boleh menyebabkan fosfat rnenjadi kurang larut.

MOP ialah baja kalium yang paling biasa digunakan di negara ini. Biasanya ia dijumpai dalam keadaan semula jadi. Warnanya berbeza-beza daripada merah muda, merah atau putih. Ia sangat larut dalam air dan boleh digunakan sebagai baja tunggal atau baja campuran. 2. Kalium Sulfat (50 - 53% K2O)

9. Ammophos (Ammonium Phosphates) Baja ini dihasilkan melalui tindak balas ammonia dengan asid fosforik atau campuran asid fosforik dan asid sulfurik. Contoh: % P2O5 61 Mono-Ammonium Phosphate (MAP) 48 53 Diammonium Phosphate 48 (DAP) 46 Ammonium Phosphate 20 Sulphate

%N 12 11 21 16 18 16

Ammonium fosfat sangat larut dalam air. Oleh kerana ujudnya ion ammonium, ia memberikan kesan asid pada tanah. Ia mengandungi nutrien yang tinggi, oleh itu dapat mengurangkan kos mengangkut dan menyimpan. 10. Kalium Fosfat Ada dua garam kalium fosfat: KH2PO4 dan K2HPO 4 Kedua-dua bahan merupakan punca fosfat dan juga kalium.

KH2PO4 K2HPO4

% P2O5 52 41

% K2O 35 54

Kedua-duanya sangat larut dalam air dan selalunya digunakan dalam bentuk larutan.

BAJA YANG MENGANDUNGI UNSUR KALlUM (K) 1. Kalium Klorida (Muriate of Potash) (60 - 63% K2O)

Baja ini dihasilkan daripada proses yang melibatkan kalium klorida dan sebatian sulfur. la sangat larut dalam air. Digunakan dengan meluas untuk tumbuhan kentang dan tembakau yang sangat peka kepada klorida. Ia juga membekalkan sulfur. 3. Kalium Nitrat (44% K2O dan (13% N) Ia sangat larut dalam air. Oleh kerana kos pengeluarannya tinggi maka penggunaannya adalah terhad untuk tanaman bernilai tinggi seperti buahbuahan, sayur-sayuran dan tembakau. 4. Kalium Magnesium Sulfat (20% K2O, 18% MgO, 18% S) Baja garam berganda ini membekalkan kedua-dua Mg dan S di samping kalium. 5. Baja-baja kalium lain Abu daripada sisa-sisa tumbuhan boleh digunakan sebagai baja yang membekalkan kalium. Jadual berikut menunjukkan contoh bahan dan peratus kandungan nutriennya:

Jenis Abu Abu kulit biji kapas Abu tangkai bunga matahari Abu tembakau Abu kayu

Disediakan oleh: AGOS BIN ATAN, MPTI, JB. Jun, 2005

% K2O % P2O5 % CaO 27.0

5.5

9.5

36.0

.5

18.5

23.0

3.0

22.0

5.0

2.0

32.5

Related Documents

Bahan
October 2019 64
Bahan
July 2020 55
Bahan
August 2019 62
Bahan Bahan 3.docx
May 2020 43
Bahan-bahan Lapizan Ozon
December 2019 57
Bahan Kebijakan.docx
December 2019 14

More Documents from "haikal"