Bab 5 Report(edit)

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bab 5 Report(edit) as PDF for free.

More details

  • Words: 662
  • Pages: 7
BAB 5 PERBINCANGAN Proses permulaan memateri pin penyambungan 2510

1. Selepas mendapat alat-alat yang diperlukan dalam litar, proses memateri dimulakan. Komponen elektronik dipateri satu per satu mengikut simbol dan nama pada PCB. Pastikan nilai dan polariti komponen elektronik pada kedudukan yang betul sebelum dipateri.

Langkah-langkah memateri pin penyambung 2510

2. Selepas proses memateri selesai, sambungkan plag dalam PIC16F876A ke soket IC 28 pin pada kedudukan yang betul. 3. Pasang (install) MPLAB dan PICC Lite ke dalam komputer dan buka fail projek menggunakan MPLAB. Rujuk PR1 dan PR5 untuk cara menggunakan MPLAB dan PICC Lite. 4. Pasang bekalan kuasa dan sambungkan penyambung pengaturcara (programmer connector) kepada papan litar untuk mengaturcara PIC. Tolak suis (slide switch) untuk hidup (on). 5. Pengguna boleh memilih antara penyesuai (adaptor) atau bateri untuk membekalkan bekalan ke papan litar tetapi pastikan voltan yang diberikan adalah diantara 7V dan 15V.

Penyesuai arus ulang-alik kepada arus terus (Adaptor AC to DC)

Penyambung bateri 9V

Sambungan ke PCB board

Proses Sambungan ke PCB 1. Apabila bekalan kuasa dibekalkan, LED yang berwarna hijau akan menyala.Butang SW1 adalah satu suis yang menentukan (set) set alarm.Apabila SW1 ditekan, satu bunyi beep akan dikeluarkan dan satu tempoh masa yang dibenarkan (15saat) akan dilaksanakan. LED berwarna merah akan menyala dalam tempoh tadi membenarkan pengguna atau sebarang sasaran bergerak bebas dalam kawasan perlindungan (protection area). Mod mengesan (scanning mode) bermula dan LED akan berkelip. 2. Jika sebarang pergerakan dikesan, buzzer akan aktif dan berbunyi. LED akan berkelip dengan lebih laju. Tekan butang reset untuk mengembalikan sistem kepada keadaan normal.

Litar skematik Bekalan Kuasa

Passive Infrared Sensor (PIR Sensor)

Passive Infra-Red Sensor

Kendalian Operasi PIR Sensor Komponen Pyroelectric seperti pengesan PIR (Passive Infra Red) mengandungi elemen bahan yang terdiri daripada kristal-kristal dalam polariti yang bertentangan dan dengan jarak 1 mm ruang optik. Pergerakan akan dikesan apabila satu sumber pemancar infrared contohnya suhu badan manusia melalui satu sumber suhu yang lain seperti dinding. Pengesan ini hanya mempunyai satu pin keluaran dan dua pin yang disambungkan kepada 5V dan GND secara berasingan. Frensel lens pada pengesan ini merupakan penapis yang unik kerana ia memfokus isyarat pengesan infra merah kepada elemen objek yang dikesan. Apabila pergerakan dikesan, unit keluaran akan tinggi. Jika terdapat pergerakan berterusan, keluaran yang akan dihasilkan adalah tinggi dan apabila pergerakan terhenti, keluaran tinggi untuk beberapa saat dan ini bergantung kepada kawalan perintang boleh ubah. Jika H dari jumper dipilih, keluaran akan terus tinggi untuk jangka masa yang panjang.

Apabila pergerakan yang dikesan terhenti, rintangan bagi perintang boleh laras harus disetkan kepada yang nilai terendah supaya keluaran pengesan tidak tinggi untuk jangka masa yang lama.

PIR sensor boleh melakukan pengesanan terhadap sesuatu objek sehingga 5 meter. Pengesanan yang berlaku pada jarak 1 meter dapat mencapai suhu sehingga 120°C. Keadaan persekitaran yang berlainan akan mengubah suhu pada pengesan. Pengesan ini juga direka untuk mengawal perubahan keadaan secara perlahan-lahan samada pada suhu normal atau tidak menentu yang dapat ditunjukkan pada jenis keluaran litar yang dihasilkan samada tinggi atau rendah.

Keadaan Operasi: Parameter Operasi Bekalan Kuasa Operasi suhu

Simbol Vcc T

Kadar Penatapan +4.5V hingga +5.5V -15°C hingga +70°C

Unit V °C

Rekaan dalaman

Rajah 2.3 Pandangan Sisi dan Pelan PIR sensor

Pengesan ini mengandungi penapis yang istimewa yang dikenali sebagai Fresnel lens yang memfokus isyarat pengesan infra merah kepada elemen objek yang dikesan. Ia hanya mempunyai satu pin keluaran dan dua pin yang disambungkan kepada 5V dan GND secara berasingan. Pergerakan akan dikesan apabila satu sumber pemancar infrared contohnya suhu badan manusia melalui satu sumber suhu yang lain seperti dinding.

Rajah 2.4 Binaan Dalaman PIR sensor

Penerangan Pin PIR: Pin OUT +

Nama GND Output Vcc

Fungsi Disambung kepada Ground Disambung kepada pin I/O untuk mod masukan Disambung ke Vcc (+5V to + 20V)

Penerangan Jumper Setting: Kedudukan Mod H Retrigger L

Normal

Definisi Keluaran tinggi apabila terdapat pergerakan berterusan yang dikesan oleh pengesan. Keluaran menjadi rendah apabila tiada objek yang dikesan atau idle. Keluaran menjadi tinggi dan bila objek yang dikesan semakin hilang, keluaran seterusnya yang akan dihasilkan adalah rendah.

Related Documents

Bab 5
May 2020 51
Bab 5
June 2020 56
Bab 5
October 2019 73
Bab 5
November 2019 55
Bab 5
October 2019 60
Bab 5
June 2020 28