PPPY1272 FIQH SIRAH (Bab 3)
Wahyu, Dakwah Nabi Muhammad (s.a.w.) di Makkah dan Cabarannya
OBJEKTIF Bab 3
Memahami
konsep al-tahannuth dan kaitannya dengan penurunan wahyu. Mendalami maksud ayat-ayat al-Qur’an yang diturunkan di peringkat awal. Membezakan strategi dakwah Nabi Muhammad (s.a.w.) di peringkat awal. Memahami bentuk cabaran yang dialami Baginda ketika berdakwah di Makkah. Mendalami reaksi Nabi Muhammad (s.a.w.) terhadap cabaran dakwah di Makkah. Membezakan strategi dakwah Nabi Muhammad (s.a.w.) di peringkat awal. Bab 3 / 2
DAKWAH NABI MUHAMMAD Nabi
Muhammad (s.a.w.) gemar bertahannuth di gua Hira’. Bertahannuth ialah satu kebiasaan bagi orang Arab; mengasingkan diri. Proses tahannuth (menurut Ibn ‘Abbas): Dilakukan
sekali dalam setahun. Tinggal selama sebulan di gua Hira’. Memberi makan kepada orang miskin. Tawaf di Ka’bah sebanyak 7 kali. Pulang ke rumah. Bab 3 / 3
DAKWAH NABI MUHAMMAD Terdapat
perbezaan antara tahannuth yang dilakukan oleh Nabi Muhammad dengan Quraysh lain. Nabi lakukan dengan tujuan untuk mencari ketenangan, bertafakur dan memikirkan keagungan Allah (s.w.t.). Baginda amat membenci kekufuran dan kemusyrikan yang dilakukan kaumnya. Baginda lakukannya mengikut syariat Nabi Ibrahim (a.s.). Bab 3 / 4
DAKWAH NABI MUHAMMAD Al-Tahannuth
merupakan satu jalan untuk mencintai Allah (s.w.t.). Ia menjadi ketentuan Ilahi bagi diri Baginda untuk melaksanakannya. Proses selama 3 tahun ini adalah semata –mata untuk Baginda mempersiapkan diri bagi menjalankan usaha dakwah. Setelah bertahannuth, Allah muliakan Baginda dengan menurunkan Jibril membawa wahyu Ilahi. Bab 3 / 5
WAHYU AWAL Dari
‘A’ishah: Jibril datang pada malam Sabtu & malam Ahad. Jibril datang sekali lagi pada malam Isnin, iaitu 17 Ramadan, membawa risalah nubuwwah. Nabi Muhammad berusia 40 tahun. Jibril mendekati Nabi Muhammad dan menyuruh Baginda membaca (Iqra’). Surah al-‘Alaq, ayat 1-5, ayat pertama. Ia memaparkan keagungan Allah sebagai Pencipta manusia. Bab 3 / 6
WAHYU AWAL Ayat
ini turut membuktikan bahawa Nabi Muhammad (s.a.w.) sebagai utusan Allah, walaupun Baginda ialah ummi. Setelah menerima ayat-ayat ini, Nabi berhadapan dengan fatrat al-wahy (penurunan wahyu terhenti seketika). Jibril tidak datang membawa wahyu selepas surah al-‘Alaq dan al-Muddathir. Tika ini, Nabi Muhammad berada dalam keadaan yang amat dukacita. Bab 3 / 7
AJARAN AWAL ISLAM Pada
peringkat awal, penekanan diberikan kepada aspek tauhid (mengesakan Allah, beriman dengan hari Akhirat dan pengadilan Ilahi serta bersyukur). Aspek tauhid (mengesakan Allah) amat penting kerana ia menentukan akidah hamba-Nya. Ia menjadi tonggak kekuatan Islam. Ia memaparkan hubungan hamba dengan Penciptanya. Bab 3 / 8
AJARAN AWAL ISLAM Kalimah
La ilah illa Allah, mengarahkan kepada pengesaan Allah dan membebaskan diri daripada perhambaan sesama manusia. Keyakinan ini perlu kepada susulan dengan amalan tidak menyekutukan Allah. Tidak seperti Quraysh, mereka yakin akan Allah sebagai pencipta, tetapi pada masa yang sama mereka sembah berhala. Bab 3 / 9
AJARAN AWAL ISLAM Ini
kerana mereka sebenarnya tidak yakin dengan keesaan Allah (s.w.t.). Malah mereka sifat jalan penyekutuan itu sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah (s.w.t.). Mereka menjadikan berhala sebagai perantaraan antara mereka dengan Tuhan Pencipta Alam. Tugas Nabi Muhammad (s.a.w.) adalah untuk mengembalikan umat manusia agar mengesakan Allah (s.w.t.). Bab 3 / 10
AJARAN AWAL ISLAM Ajaran
kedua ialah beriman dengan hari Akhirat dan pengadilan Ilahi. Amalan yang baik akan dibalas baik dan begitu juga sebaliknya. Pengadilan Ilahi amat penting kerana ia boleh memberi kesedaran bahawa apa sahaja yang dilakukan di dunia, ada ganjarannya. Ini menjadikan manusia berhati-hati dalam bertindak. Manusia sama sekali tidak akan leka. Bab 3 / 11
AJARAN AWAL ISLAM Akan
tetapi, Quraysh menganggap balasan ini hanya untuk orang Islam sahaja. Jika mereka menolak Islam, mereka akan terlepas daripada seksaan ini. Ini tidak benar kerana ia meliputi seluruh generasi manusia dari Adam hingga akhir zaman kelak. Ajaran ketiga ialah agar manusia menjadi hamba yang sentiasa bersyukur. Bab 3 / 12
AJARAN AWAL ISLAM
Manusia
perlu banyak bersyukur atas segala nikmat yang diterima. Ini menggambarkan satu bentuk pengiktirafan bahawa manusia amat bergantung kepada yang lebih berkuasa. Orang yang tidak bersyukur akan dicela Allah dan menerima balasannya. Cara bersyukur ialah menerusi ibadat. Ibadat yang boleh dilakukan ialah seperti solat dan tahannuth. Bab 3 / 13
BENTUK DAKWAH RASULULLAH
Berdakwah
secara rahsia dan disebarkan secara bersendirian. Kalangan keluarga Baginda dahulu. Quraysh tidak rasa terancam dengan agama baru ini. Mereka samakan dengan agama lain di kalangan mereka seperti Hanif. Selepas 3 tahun, dakwah secara terbuka. Menyerang pelbagai bentuk khurafat dan kekufuran. Bab 3 / 14
BENTUK DAKWAH RASULULLAH
Quraysh
mula rasa terhina dan terancam dengan usaha dakwah Muhammad. Penentangan mereka bermula terhadap Nabi dan umat Islam. Penyiksaan, penghinaan dan pemulauan dilaksanakan secara giat. Baginda berdakwah kepada Banu Hashim, ada yang sokong, ada juga yang protes. Nabi berhadapan pelbagai kesukaran. Bab 3 / 15
AL-SABIQUN AL-AWWALUN Khadijah
bt. Khuwaylid (r.a.). ‘Ali b. Abi Talib (r.a.). ‘Abd Allah b. ‘Uthman (Abu Bakr r.a.). Zayd b. Harithah (r.a.). Anak-anak perempuan Nabi (r.a.). Abu Bakr juga berdakwah, ramai yang peluk Islam (‘Uthman, al-Zubayr, ‘Abd alRahman, Sa’d dan Talhah). Abu ‘Ubaydah, Abu Salamah, al-Arqam dan ramai lagi. Mewakili pelbagai lalpisan masyarakat. Bab 3 / 16
METODE PENYEBARAN DAKWAH DI MAKKAH Dakwah
secara sulit. Dakwah secara terbuka kepada kaum kerabat. Dakwah secara terbuka kepada seluruh penduduh Makkah. Dakwah sebagai tanggungjawab bersama. Dakwah kepada pemerintah yang dihormati dalam sesebuah masyarakat seperti di Ta’if. Bab 3 / 17
CABARAN AWAL DAKWAH NABI MUHAMMAD DI MAKKAH Peringkat
awal, orang Quraysh tidak mengendahkan usaha dakwah Nabi Muhammad di Makkah. Mereka anggap: seorang yang suka bicara tentang agama dan ketuhanan. Mereka tidak terfikir Islam akan berkembang dengan pesat. Sikap ini mula berubah bila Nabi mula sebar dakwah secara terbuka. Bab 3 / 18
CABARAN AWAL (REAKSI) DAKWAH DI MAKKAH Laporan
al-Baladhuri: Baginda berdakwah kepada kaum kerabat di Bukit Safa. Usaha Baginda diprotes oleh pakciknya, Abu Lahab. Protes Abu Lahab ini menandakan kemunculan babak baru dalam usaha penyebaran Islam di Makkah. Penentangan hebat puak Quraysh. Bab 3 / 19
TAHAP PENENTANGAN Mempengaruhi
Abu Talib untuk memujuk Nabi berhenti berdakwah. Mempunyai
unsur diplomasi pihak Quraysh. 9 pembesar Quraysh mengadap Abu Talib. Usaha ini gagal pada kali pertama. Usaha ini dilanjutkan kali kedua, gagal. Mereka maklum pada Abu Talib: mereka tidak boleh bersabar dgn tindakan Nabi. Isu matahari dan bulan. Usaha ketiga dibuat, membawa ‘Umarah b. al-Walid sebagai ganti dengan Nabi, gagal. Bab 3 / 20
TAHAP PENENTANGAN Melemparkan
tohmahan palsu terhadap Nabi Muhammad. Baginda disifatkan sebagai seorang ahli sihir dan banyak berdusta. Dilakukan oleh al-Walid b. alMughirah, pada musim haji. Baginda dituduh gila. Bab 3 / 21
TAHAP PENENTANGAN Al-Qur’an
itu satu pembohongan yang diada-adakan Nabi Muhammad. Al-Qur’an
dicipta Baginda dengan bantuan beberapa individu lain. Tetapi hakikatnya mereka sebenarnya kagum dengan ayat al-Qur’an. Mereka telah lakukan intipan pada waktu malam, semata-mata untuk mendengar bacaan ayat-ayat al-Qur’an. Pada waktu ini, Nabi Muhammad sedang tunaikan solat di rumah Badginda. Bab 3 / 22
TAHAP PENENTANGAN Menganiaya
umat Islam.
Pelbagai
penganiayaan dilakukan terhadap mereka yang memeluk Islam. Khususnya, perancangan Abu Jahl. Umat Islam dimalukan di khalayak ramai. Mereka dipukul dan dipulau oleh masyarakat sekeliling. Penganiayaan fizikal turut dilakukan. Misalnya, isu Bilal b. Rabah, ‘Amir b. Fuhayrah dan ‘Ammar b. Yasir. Baginda turut disiksa: dicekik, dibaling najis Bab 3 / 23
TAHAP PENENTANGAN Memberi
tekanan pada Banu Hashim dan Banu al-Muttalib. Hal
ini dilakukan kerana kedua-dua Banu ini memberi perlindungan kepada Nabi. Padahal, pada masa yang sama puak Quraysh Makkah sedang menentang hebat usaha dakwah Baginda ini. Justeru, kedua-dua Banu ini perlu diboikot. Ia merangkumi larangan perniagaan, hal perkahwinan. Larangan ini tidak dipatuhi oleh sebahagian. Bab 3 / 24
TAHAP PENENTANGAN Memberi
tawaran menarik kepada Nabi Muhammad. Baginda ditawarkan pelbagai tawaran menarik untuk berhenti berdakwah. Antaranya Baginda ditawarkan kekayaan, kemuliaan dan jawatan penting. Semua tawaran ini ditolak. Bab 3 / 25
FAKTOR PENENTANGAN Dakwaan
Muhammad sebagai seorang Nabi memberi kesan politik kepada pentadbiran Makkah. Kepimpinan mereka berkurangan. Aktiviti ekonomi di Makkah yang memberi keuntungan akan terjejas. Jualan berhala memberi keuntungan. Sumber ekonomi terganggu. Pemikiran kolot/kuno/konservatif. Mereka amat kuat dengan fahaman Jahiliah, tidak akan ditinggalkan. Bab 3 / 26
FAKTOR PENENTANGAN Faktor dorongan Quraysh menentang Islam: Isu perhambaan Gemar bertelagah Persaingan dan perebutan kuasa Hak persamaan (tuan-hamba) Takut pada Hari Kebangkitan Tradisi nenek moyang Faktor ekonomi Antara penentang: Abu Lahb, Abu Jahl, al-Nadr, ‘Uqbah, al-Walid, ‘Utbah, al-Aswad, al-Harith, Umayyah, Ubayy, al-‘As, Nubayh, Tu‘aymah, Rukanah dan Arwa.
Bab 3 / 27
REAKSI NABI MUHAMMAD TERHADAP PENENTANGAN Merdekakan
hamba. Baginda bebaskan mereka daripada siksaan Quraysh. Hijrah ke Habashah. Hijrah pertama dalam Islam: 10 lelaki dan 4 wanita. Hijrah kedua ke Habashah: 83 lelaki dan 18 wanita. Haqq al-jiwar. Tradisi yang sudah wujud dalam masyarakat Jahiliah. Al-Mustajir: orang yang disiksa. Al-Mujir: pemberi perlindungan (suaka politik). Dakwah di Ta’if, ditolak dengan kasar. Peristiwa Isra’ dan Mi‘raj, mukjizat Nabi. Bab 3 / 28
RUMUSAN Nabi
Muhammad lakukan ibadat tahannuth di gua Hira’. Ayat pertama ialah dari surah al-‘Alaq. Ajaran awal Islam ialah mengesakan Allah, beriman dengan hari Akhirat dan Pengadilan Ilahi serta bersyukur. Bentuk dakwah: rahsia & terbuka. Golongan awal yang memeluk Islam terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Daripada golongan hamba hingga kepada golongan bangsawan. Bab 3 / 29
Nabi
RUMUSAN
Muhammad (s.a.w.) berhadapan dengan pelbagai penentangan Quraysh ketika berdakwah di Makkah. Cabaran ini sama sekali tidak mematahkan semangat Baginda. Baginda telah mengambil beberapa langkah sebagai reaksi terhadap penentangan tersebut. Setelah berhadapan semua cabaran ini, akhirnya Baginda digembirakan dengan peristiwa Isra’ dan Mi‘raj. Bab 3 / 30