2.2
RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
Menurut sumber yang diperoleh dari laman web Wikipedia Ensiklopedia Bebas (http://ms.wikipedia.org/wiki/Radio_Televisyen_Malaysia), Radio Televisyen Malaysia (RTM) ialah stesen penyiaran awam milik kerajaan Malaysia yang memiliki dan mengendalikan beberapa saluran radio dan saluran televisyen. Kini, RTM mengendalikan 8 saluran radio nasional, 16 saluran radio negeri, dan 7 saluran radio daerah serta dua saluran televisyen. Moto utamanya dari 1984 hingga 2004 ialah 'Teman Setia Anda'. Pada 2007, RTM menguasai 17% pasaran penonton televisyen di Malaysia, di belakang Media Prima (54%) dan Astro (29%). RTM telah berkembang menjadi satu institusi kerajaan yang menyiarkan pelbagai jenis rancangan melalui saluran-saluran yang tertentu. Kini, perkembangan itu dapat dilihat dengan kemunculan banyak stesen radio yang menyiarkan agenda-agenda tersendiri. Misalnya :1) Radio 1 (Nasional), 2) Radio 2 (Muzik), 3) Radio 3 (Tempatan – TerengganuFM), 4) Radio 4 (Bahasa Inggeris), 5) Radio 5 (Bahasa Cina) dan 6) Radio 6 (Bahasa Tamil). Penubuhan stesen radio di Malaysia bermula apabila Jabatan Penyiaran Malaysia ditubuhkan pada 1 April 1946 dan dikenali sebagai Radio Malaya. Kemudian, ianya ditukarkan kepada nama Radio Malaysia pada 16 September 1963. Secara keseluruhannya pada masa itu, Radio Malaysia mempunyai 30 stesen radio dan setiap stesen tersebut membawa identiti etnik yang pelbagai untuk direncanakan. Menurut sumber laman web yang sama juga, terdapat 5 stesen radio di utara, 2 stesen di kawasan tengah semenanjung, 2 stesen di selatan, 3 stesen di kawasan pantai timur, 4 stesen di Sabah, 5 stesen di Sarawak dan 9
stesen lagi di Kompleks Angkasapuri, Kuala Lumpur. Membawa misi untuk menjadi medium penyampaian maklumat dan penerangan dasar kerajaan kepada rakyat dan membantu kerajaan dalam usaha melahirkan masyarakat yang berilmu, bermaklumat dan berpengetahuan. Melalui perkembangannya, RTM kini mempunyai lebih kurang 8 stesen radio nasional, 16 stesen radio negeri termasuklah stesen radio TerengganuFM dan tidak ketinggalan beberapa stesen radio daerah. Segala fasiliti ini sepatutnya diberi perhatian dan digunakan dengan baik dalam usaha menyampaikan maklumat dan program berbentuk keagamaan di Terengganu khususnya dan Malaysia umumnya. 2.2.2 TerengganuFM Terengganu FM merupakan salah satu stesen radio negeri di Malaysia. Slogannya ialah ‘Mesra Ceria’.. Ia diselenggarakan oleh Radio Televisyen Malaysia, negeri Terengganu. Sejarah
Penyiaran
di
Terengganu
bermula
sejak
1975.
Stesen
radio
Terengganu FM yang terletak di atas Bukit Pak Apil, Kuala Terengganu, Terengganu pernah juga dikenali sebagai Radio Malaysia Terengganu (RMT) pada Januari, 1990. Di awal penubuhannya, stesen ini merupakan pusat Pentadbiran Stesen Penyiaran Kawasan Timur. Pada 1990, Radio Malaysia Terengganu yang bersiaran 18 jam sehari (iaitu bermula 6.00 pagi hingga 12.00 malam sebelum ini) berperanan menyiarkan berita dan maklumat di samping lagulagu hiburan yang sesuai dengan cita rasa semua peringkat lapisan masyarakat. Di samping itu juga, stesen ini berusaha untuk menonjolkan aspek kesenian dan kebudayaan masyarakat setempat bersesuaian dengan jolokan ‘Negeri Cantik, Budaya Menarik’. Serentak dengan pelancaran penjenamaan semula Stesen Radio di seluruh negara pada 1 April 2005, Radio Malaysia Terengganu turut mengalami
perubahan dan kini dikenali sebagai Terengganu FM. Dengan nama, format dan wajah baru persembahan, siaran Terengganu FM kini meneruskan aspirasi dan tanggungjawab dengan lebih yakin dalam menyalurkan berita, informasi, maklumat, dan hiburan bagi memenuhi selera, impian dan cita rasa rakyat Terengganu khususnya dan Malaysia umumnya seiring dengan stesen pesaing di seluruh Negara. Siarannya bermula pada 1 Mac 1973 melalui Siaran Daerah dari jam 15:00 hingga 19:45 menerusi gelombang sederhana. Bermula tahun 2005, siaran Terengganu FM beroperasi selama 24jam sehari. RTM Kuala Terengganu merupakan ibu pejabat kepada Jabatan Penyiaran Kawasan Timur. Pada awal siarannya, Radio Malaysia Kuala Terengganu memancarkan siarannya ke Kelantan, Terengganu dan Pahang Timur. Sebelum tahun 1991 siarannya dipancarkan melalui Gelombang Sederhana Kuala Terengganu 392 meter / 765 Khz, Kota Bharu 427 meter / 702 Khz, Kuantan 370 meter / 810 Khz, Kuala Lipis 456 meter / 648 Khz dan Dungun 238 meter / 1260 Khz. Namun stesen pemancar ini telah ditutup mulai 1992 secara berperingkat. Hari Terengganu FM boleh didengari di Utara Kelantan dan Pahang Timur selain Negeri Terengganu sendiri. Merujuk kepada siaran radio di Terengganu FM, waktu siarannya adalah sepanjang waktu selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 setahun. Stesen radio Terengganu FM mempunyai beberapa frekuensi yang berlainan mengikut daerah-daerah tertentu iaitu 88.7 di Kuala Terengganu dan Marang, 97.7 di Dungun dan Kemaman, dan 96.2 di Besut, Hulu Terengganu dan Setiu. Stesen ini memiliki 3 pencawang iaitu di Bukit Besar, Kuala Terengganu, Bukit Bauk, Dungun dan Bukit Bintang, Besut. 2.2.3 Objektif, Visi dan Misi TerengganuFM 2.2.3.1
Misi
Terengganu FM tidak ketinggalan dalam menyebarkan siarannya supaya lebih berkesan dan produktif. Antara misi yang menjadi garis panduan untuk memastikan bahawa setiap program berjalan dengan lancar ialah :•
Mendukung wawasan kerajaan dan negara.
•
Menyediakan rancangan untuk memenuhi cita rasa audien.
•
Menentukan mutu penyiaran yang bermutu tinggi.
•
Menjadikan RTM berdaya maju dan menguntungkan.
•
Bergiat cergas dalam penyiaran antarabangsa.
•
Menjaga kepentingan anggota petugas.
2.2.3.2 •
Fungsi Jabatan Menyiarkan maklumat yang tepat serta dasar-dasar kerajaan dan
rancangan-rancangan terkini. •
Ejen perubahan sikap rakyat ke arah lebih dinamik.
•
Membantu kesedaran sivik dan perpaduan serta menggalakkan
perkembangan seni dan kebudayaan Malaysia. 2.2.3.3
Carta Organisasi
-Rujuk Lampiran 2.2.3.4 Terengganufm
Pengenalan Organisasi diketuai
oleh
seorang
Pengarah.
Beliau
juga
bertanggungjawab kepada Pahangfm dan Kelantanfm. Terengganufm adalah Ibu pejabat bagi Jabatan Penyiaran Kawasan Timur mulai 1 Januari 1973. Terengganufm merangkumi Stesen Pemancar Cabang Tiga, Kuala Terengganu dan Stesen Pemancar Dungun.
Walau bagaimanapun, Stesen Pemancar
Dungun telah ditutup. Jumlah kakitangan keseluruhannya lebih kurang 100 orang. Keika ini Terengganufm diketuai oleh Pengarahnya iaitu Tuan Haji Mustafa Kamal. 2.2.3.5 -Rujuk Lampiran
Carta Organisasi Bahagian Rancangan
2.2.3.6
Bahagian Rancangan
Bahagian Rancangan adalah bahagian yang dipertanggungjawabkan untuk menerbit rancangan atau mengendalikan siaran Radio 3 Kuala Terengganu. Bahagian ini diketuai oleh seorang ketua bahagian rancangan dengan dibantu oleh penerbit-penerbit rancangan, empat penyelia, serta DJ yang mengendalikan
rancangan
seperti
drama
radio,
rencana,
hiburan,
persembahan, agama, sukan, pembangunan dan sebagainya. Kakitangan bahagian ini juga
mengendalikan bahagian rakaman khanah dan jadual
urusan rancangan. 2.2.4
Tujuan Rancangan Agama Diwujudkan
Antara tujuan rancangan agama diwujudkan di stesen Terengganu FM ialah untuk memberi maklumat umumnya dan juga memberi pendedahan tentang ilmu berbentuk keagamaan khususnya. Hal ini amat penting bagi melahirkan seorang Muslim yang kaya jiwanya tentang keagamaan serta mengesakan Allah. Contohnya, dalam melakukan sebarang pekerjaan dan perlakuan harian. Selain itu, matlamat Terengganu FM juga adalah untuk menjadikan negeri Terengganu sebagai sebuah negeri yang penuh dengan amalan agama sejajar dengan jolokan negeri Terengganu, “Negeri Cantik Budaya Menarik” bukan sahaja pada sifat luarannya malah dalamannya. Terengganu FM juga ingin meningkatkan tahap pemahaman tentang Islam kepada
rakyat
Terengganu
khasnya
dan
Malaysia
amnya
seterusnya
menyebarkan input-input tentang Islam dengan lebih luas dan mendalam. 2.2.6
Keberkesanan Radio Dalam Program Dakwah Di Malaysia
______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________