Bab 1-latihan Pendudukan Jepun Di Negara Kita

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bab 1-latihan Pendudukan Jepun Di Negara Kita as PDF for free.

More details

  • Words: 883
  • Pages: 4
TG3 BAB 1: PEN DUDU KAN JEP UN DI NE GAR A KIT A 1. Apakah faktor yang menyebabkan Jepun dianggap sebagai sebuah kuasa besar pada tahun 1905? A. Jepun menduduki Korea B. Jepun menakluki Indochina C. Jepun menduduki Manchuria D. Jepun memenangi perang Rusia-Jepun 1941 – Jepun menyerang Asia Tenggara 2. Berdasarkan maklumat di atas, apakah faktor utama yang mendorong Jepun meluaskan kuasanya ke negara Asia Tenggara? A. Mendapatkan bekalan bahan mentah B. Menempatkan penduduknya di Asia Tenggara C. menghalau kuasa penjajahan dari Asia Tenggara D. Jepun mahu mendirikan kilang di Asia Tenggara 3. Jepun merancang untuk mewujudkan zon ekonomi yang makmur yang diketuai olehnya. Slogan yang digunakan oleh Jepun untuk mencapai matlamat tersebut ialah A. Indonesia Raya B. Semangat Asia C. Asia untuk orang Asia D. Lingkungan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya Pemerintahan Jepun

15 Feb 1942 – 12 Sept 1945

4. Berdasarkan maklumat di atas pemerintahan yang dijalankan oleh Jepun di Tanah Melayu bercorak A. Monarki B. Demokrasi C. Ketenteraan D. Autokratik 5. Jepun mula menduduki Tanah Melayu pada 8 Disember 1941. Bandar manakah yang mula-mula diduduki oleh tentera Jepun? A. Jitra B. Singgora C. Alor Star D. Kota Bharu Kemaraan tentera Jepun untuk menakluki Tanah Melayu mulai 8 Disember 1941 hingga 15 Februari 1942 melalui utara semenanjung Tanah Melayu. 6. Berdasarkan maklumat di atas apakah sebabnya Jepun memilih laluan berkenaan? A. Mendapat sokongan Siam B.Jalan raya di pantai timur dan barat sangat sesuai C. Penduduk di utara Tanah Melayu menyebelahi Jepun D. Mengelak pertahanan British yang kuat di sebelah selatan

1

Taktik ‘bumi hangus’. 7 Ketika hampir tewas kepada Jepun, British menggunakan taktik diatas.Apakah tujuan British berbuat demikian? A. Menghapuskan dokumen pentadbiran British B. Menghalang Jepun mengetahui rahsia British di Tanah Melayu C. Melengahkan kemaraan tentera Jepun dan memusnahkan ekonomi D. Menghalang Jepun dari menguasai perdagangan di Tanah Melayu 8 Antara berikut manakah kenderaan yang digunakan semasa kemaraan tentera Jepun di Tanah Melayu? I kapal terbang perang II kereta kebal III kapal selam IV basikal A. I, II dan III C. I, III dan IV

B. I, II dan IV D, II, III dan IV 15 Februari 1942 - Jepun menguasai seluruh Tanah Melayu

9. Berdasarkan maklumat di atas, apakah faktor-faktor kejayaan tentera Jepun mengalahkan British di Tanah Melayu.? I.. Pertahanan British di selatan sangat lemah II. Tentera British kekurangan latihan dan peralatan III. Tentera Jepun rela mati demi maharaja Jepun IV. Kesatuan Melayu Muda(KMM) menjadi penunjuk arah kepadaJepun A. B. C. D.

I, II dan III I, II dan IV I,III dan IV II,III dan IV 1937- Perang China-Jepun

10.. Peperangan di atas menyebabkan orang Cina bersikap anti Jepun. Antara langkah yang diambil orang Cina ialah I . Memulau barangan Jepun II Terlibat dalam gerakan anti Jepun III. Orang-orang Cina menyokong British IV. Memungut derma untuk membantu Negara China A. I II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D, II, III dan IV

2

Gerakan anti Jepun adalah gerakan menentang pendudukan Jepun secara gerila 11. Berdasarkan maklumat di atas, antara berikut gerakan manakah yang tidak terlibat dalam gerakan anti Jepun? A. Force 136 B. Gerila Kinabalu C. Askar Melayu Setia D. Kesatuan Melayu Muda Jepun telah menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 12. Berdasarkan maklumat di atas, apakah faktor kekalahan Jepun A. Tentera Jepun dikalahkan oleh Tentera British di Tanah Melayu B. Hiroshima dan Nagasaki dibom oleh tentera Berikat C. Gerakan anti Jepun berjaya mencapai matlamatnya D. Rakyat Asia Tenggara bencikan tentera Jepun 13. Antara berikut akhbar manakah yang memainkan peranan menyebarkan propaganda Jepun di Tanah Melayu A. Majlis B. Fajar Asia C. Warta Malaya D. Times Dr Burhanuddin al Helmi Dato’Onn Jaafar Abang Hj Openg

Penasihat Kebudayaan dan adat istiadat Pegawai makanan Negeri Johor Pegawai daerah

14. Berdasarkan jadual di atas, orang-orang Melayu telah diberi peluang menjawat jawatan yang tinggi semasa pemerintahan Jepun. Apakah kesannya kepada orang-orang Melayu? A. Mereka mendapat pengalaman untuk mentadbir sendiri B. Pemimpin Melayu dapat mencontohi pentadbiran Jepun C. Pemimpin Melayu dapat mencapai kedudukan yang tinggi D. Pemimpin Melayu dapat mengelak orang Melayu daripada ditindas Jepun Kampeitai merupakan pasukan polis tentera jepun yang menjaga kepentingan pentadbiran Jepun . 15. Berdasarkan maklumat di atas, tugas Kampeitai ialah A. Menyebarkan propaganda Jepun B. Melancarkan serangan ke Tanah Melayu C. Menjalankan dasar penjepunan di Tanah Melayu D. Menjalankan pengintipan terhadap sesiapa yang didapati bersalah

3

16. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah menimbulkan kesan positif kepada penduduk di Tanah Melayu. Antaranya ialah I. Penduduk Tanah Melayu lebih kreatif II. Membangkitkan semangat nasionalisme III. Penduduk Tanah Melayu yakin dan percaya kebolehan diri IV. Penduduk Tanah Melayu berani berperang dengan British A .I, II dan III C. I, III dan IV

B. I, II dan IV D. II, III dan IV Wang pokok pisang

17. Jepun telah mencetak mata wangnya sendiri tanpa kawalan. Apakah kesannya? A. Berlaku inflasi di Tanah Melayu B. Harga barang barang semakin rendah C. Jepun dapat memajukan ekonomi Tanah Melayu D. Penduduk Tanah Melayu mempunyai banyak wang

Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) 18. Berdasarkan maklumat di atas, semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) telah ditubuhkan. Apakah tujuan KRIS? A. Memupuk perpaduan penduduk Tanah Melayu dan Indonesia B. Mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu bersama Indonesia C. Menjalin kerjasama antara pemerintah Indonesia dan Tanah Melayu D. Memupuk kerjasama menentang Jepun di Tanah Melayu dan Indonesia

4

Related Documents