AWASI BAHAYA AIDS
(25 Mei 2007M / 08Jamadilawwal 1428H)
َخيْراَ تِ وَا ْمتِثَالَ َأوَا ِمرِ الِ وَا ْجتِنَا بَ ال َفوَا ِح ش َ ْحمْدُ ِللّ هِ الّذِىْ َأ َمرَناَ ِف ْعلَ ال َ ْال حمّدًا َ ُ وَأَ ْشهَدُ أَنّ م.ُ أَ ْشهَدُ أَنْ لّ إِلَهَ إِلّ الُ وَحْدَهُ لَ َشرِيْكَ لَه،ِْم ْنهَا وَماَ بَطَن ِهه ِ حمّدٍ َوعَلَى أَل َ ُسهيّدِنَا م َ ِكه عَلَى ْ َسهلّمْ وبَار َ صهلّ و َ ّ ال ّلهُم.َُسهوُْله ُ ُهه َور ُ َعبْد .ِوأَصْحَاِبهِ أَ ْج َم ِعيْنَ َومَنْ َتِب َعهُمْ بِِإ ْحسَانٍِ اِلَ َي ْومِ الدّيْن َ َفقَدْ فَاز،ِ ْصهيْ ُكمْ وََنفْسهِى ِبَت ْقوَى ال ِ ُأو،َ ِاّت ُقوْا ال،ِ فَي َا ِعبَادَ ال،َُأمّاه َبعْد .َاْل ُمّت ُقوْن MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH, Marilah kita panjatkan kesyukuran terhadap Allah SWT yang telah mempertemukan kita semula pada minggu ini di rumah Allah ini dalam suasana yang tenang dan damai. Ini semua adalah nikmat Allah yang tidak ternilai yang dikurniakan kepada kita semua. Marilah kita terus mengabdikan diri kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya. Mudahmudahan kita menjadi insan yang bertakwa, kerana sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. HADIRIN SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHI ALLAH, Sesungguhnya kehidupan di dunia ini amat mempersonakan kita. Orang yang beriman kepada Allah tidak mungkin akan diperdayakan oleh kehidupan dunia kerana yang pastinya satu hari nanti manusia dan makhluk-makhluk yang lain akan binasa. Sementara yang kekal hanyalah Allah SWT Tuhan sekelian alam. Kehidupan di dunia ini merupakan anugerah Allah yang amat bernilai kepada manusia. Namun begitu, dalam sejarah manusia itu sendiri telah 1
dipenuhi dengan pelbagai peristiwa, ada yang mengembirakan, ada yang menyedihkan, ada yang menyayat hati dan sebagainya termasuklah yang membawa kepada kematian seperti diserang dengan pelbagai penyakit dan wabak-wabak tertentu. Tetapi berkat hasil kajian dan penelitian manusia dalam ilmu perubatan atau kedoktoran telah berjaya membasmi penularan pelbagai wabak penyakit. Namun begitu, dunia tiba-tiba dikejutkan dengan penemuan satu virus yang disebut sebagai HIV (Human Immunodeficiency Virus) yang menyebabkan kegagalan sistem tubuh manusia melawan penyakit atau kebiasaan disebut sebagai sindrom kurang daya tahan penyakit atau dengan panggilan ringkasnya (AIDS) iaitu suatu penyakit yang sampai sekarang belum ditemui ubat atau penawarnya. MUSLIMIN YANG DIMULIAKAN, Penyakit AIDS telah mewujudkan pelbagai fenomena sejak ia mula melanda dunia seawal tahun 70-an lagi. Namun demikian penyakit AIDS akibat jangkitan HIV mula dikenal pasti pada tahun 1981 dan semenjak dari itu pelbagai implikasi dan impak social, budaya, ekonomi dan politik mula timbul akibat dari wabak ini, walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengatasinya sejak lebih 20 tahun yang lalu. Namun masalah ini masih membelenggu hidup masyarakat di negara kita, ibarat duri dalam daging dan menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat. Kesan akibat AIDS terhadap masyarakat dunia amatlah besar, berjuta-juta orang yang dijangkiti virus HIV, mereka kelihatan sehat dan tanpa mereka sedari mereka memindahkan virus tersebut kepada berjuta-juta orang lain yang menyebabkan pesakit AIDS meningkat dari masa ke semasa. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Majlis AIDS Malaysia sehingga Jun 2006, pengidap HIV di Malaysia berjumlah sebanyak 73,427 kes dengan bangsa Melayu sebanyak 53,270 kes atau 72.5% berbanding bangsa yang lain. Manakala kes kematian akibah AIDS bagi tahun 2006 sehingga bulan 2
Jun sahaja sebanyak 524 kes dengan purata 3 kematian setiap hari. Angka ini cukup menakutkan kita semua kerana sepatutnya perkara sebegini tidak terjadi kepada bangsa Melayu yang sememangnya beragama Islam dan berpegang dengan ajaran agama yang melarang umatnya supaya menjauhi perkara-perkara yang boleh menghampirkan atau boleh menjerumuskan diri kepada kebinasaan. Sebagaimana Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 195 yang berbunyi:
Maksudnya : "Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) Agama Allah dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan, dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya". MUSLIMIN YANG DIMULIAKAN, Di antara faktor-faktor yang menyebabkan tersebar dan merebaknya penyakit AIDS di Malaysia adalah disebabkan oleh hasutan iblis, dadah dan seks. Selain itu, HIV juga boleh merebak melalui ibu kepada anak dalam kandungan, atau melalui pemindahan darah dan pemindahan organ yang dicemari kuman HIV. Bagi mereka ini sama sekali tidak boleh dipinggirkan apatah lagi dipersalahkan atau disisihkan dari masyarakat kerana kebanyakan mereka ini tidak berdosa dan sepatutnya mereka perlu diberi sokongan, bahkan sawajarnya perlu diberi perlindungan dan pertolongan. Sabda Rasulullah SAW:
3
ْ مَ ن: َصلّى الُ عَ َليْ هِ وَ َسلّم َ ِ قَالَ رَ ُسوْلُ ال: َ"عَ نْ أََن سٍ رَضِىَ الُ َعنْ هُ قَال ِ وَا ِح َدةٌ ِفيْهَا صَلَحُ َأ ْمرِ ه: ًَأغَا ثَ مَ ْل ُهوْفًا َكتَ بَ الُ لَ هُ ثَلَثًا وَ َس ْب ِعيْنَ َم ْغفِ َرة ".ِ وَِث ْنتَانِ وَ َس ْب ُعوْنَ َلهُ َدرَجَاتٌ َي ْومَ اْل ِقيَا َمة،ِكُ ّله Maksudnya : “Daripada Anas R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : sesiapa yang memberi pertolongan kepada orang yang sedang menderita, Allah akan mengampunkan 73 kesalahannya. Salah satu daripadanya akan diberi kemudahan urusan dalam hidupnya di dunia, manakala 72 lagi akan diberi pada hari akhirat nanti.” (Hadis riwayat Bukhari) SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH, Bersempena sambutan Hari AIDS Sedunia Antarabangsa 2007 yang disambut serentak di seluruh dunia pada 20 Mei setiap tahun anjuran Global Health Council diharapkan dapat mencapai matlamat kempen meningkatkan
kesedaran
dan
memaklumkan
kepada
masyarakat
mengenai keburukan penyakit AIDS atau bahaya HIV serta langkahlangkah pencegahan serta kaedah rawatan kepada pesakit HIV. Melalui kempen seumpama ini diharapkan pesakit-pesakit HIV khususnya dan orang awam dapat mengetahui tentang bahaya penyakit AIDS serta penyakit-penyakit yang timbul akibat daripada kuman HIV. Justeru, bagi mereka yang telah disahkan positif HIV pastikan sentiasa menjaga kesihatan dengan menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala yang telah disediakan secara percuma oleh pihak kerajaan serta mematuhi peraturan-peraturan rawatan yang ditetapkan. dalam masa yang sama jangan lupa memohan keampunan dengan Allah SWT melalui taubat yang sebenar-benarnya, mudah-mudahan segala dosa-dosa yang lampau diampuni. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani terhadap hamba-hamba-Nya. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 222 : 4
Maksudnya : “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN, Akhirnya marilah kita sama-sama menginsafi diri sejauhmana kita telah menjalankan amanah Allah menjaga diri, keluarga dan mereka yang berada di bawah jagaan kita agar mereka selamat dari pengaruh dadah dan perkara-perkara mungkar yang boleh menjerumus diri ke lembah kehinaan dan azab seksaan api neraka Allah SWT. Seterusnya dalam usaha kita membendung masalah AIDS, adalah tidak wajar dibebankan kepada pihak tertentu sahaja sebaliknya masyarakat hedaklah sama-sama turut serta dalam menangani masalah penagihan dadah dan pelbagai penyakit sosial dalam masyarakat seperti pil khayal, seks bebas dan sebagainya. Selain itu, langkah-langkah mendidik dan mengawal diri, keluarga dan masyarakat agar mereka benar-benar terhindar dan tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang boleh mengundang kepada penyakit AIDS di antaranya : 1. Anak-anak
hendaklah
dididik
dengan
didikan
Agama
yang
sempurna. Tanamkan penghayatan akidah dalam hati dan jiwa mereka. Disamping mengawasi dan memastikan mereka tidak mengabaikan kewajipan ibadah kepada Allah SWT. 2. Jauhi anak-anak dan keluarga kita daripada sebarang bentuk hiburan yang melalaikan dan pastikan mereka sentiasa menutup 5
aurat serta jangan biarkan mereka bergaul bebas sesama lelaki dan perempuan yang boleh mendekatkan kepada zina. 3. Kerjasama semua pihak amat penting dalam membendung wabak AIDS terutama kempen mencegah HIV dan AIDS. Termasuklah masyarakat perlu memberi sokongan dan menerima mereka yang ingin kembali ke pangkal jalan serta telah insaf bertaubat. 4. Para
pendidik,
ketua-ketua
dan
para
pemimpin
masyarakat
hendaklah sama-sama memberi dorongan dan mendidik generasi belia khususnya, agar benar-benar menghayati roh Islam dan sentiasa memberi contoh tauladan yang terbaik.
،أعوذ بال من الشيطان الرجيم
Maksudnya : ”Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberikan zakat serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.” ( At-Taubah ayat : 71 )
ِ وََن َفعَنِى وَِإيّا ُك مْ ِبمَا ِفيْ هِ مِ نَ اليَا ت،ِبَارَ كَ الُ لِىْ وََلكُ مْ فِىْ ال ُق ْرءَا نِ العَ ِظيْ م أَقُولُ َقوْلِى،ُس ِميْعُ اْلعَ ِليْم ّ لوََتهُ إِّنهُ ُهوَ ال َ ِ وََت َقّبلَ ِمنّىْ َو ِمنْكُمْ ت،ِوَالذّ ْكرِ الْحَ ِكيْم 6
ُسهِلمَاتِ، ُسهِل ِميْنَ وَاْلم ْ ْمه لِىْ وََلكُمهْ ،وَلِسهَاِئرِ اْلم ْ َسهَت ْغ ِفرُ ال َ اْلعَ ِظي َ هذَا وَأ ْ سَت ْغ ِفرِيْنَ وَيَها نَجَاةَ التّاِئِبيْنَ. وَاْل ُم ْؤ ِمِنيْنَ وَاْل ُم ْؤ ِمنَاتِ ،فَا ْسَت ْغ ِفرُوهُ َفيَا َف ْوزَ اْلمُ ْ
7