Prinsip Qardul Hasan(instrument hutang) Definisi Qard adalah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud hutang manakala Hasan berasal daripada perkataan ihsan yang bemaksud berbuat kebajikan kepada orang lain. Maka Qardul Hasan dapat didefinisikan sebagai salah satu instrumen hutang yang bersifat kebajikan yang diberikan kepada orang yang memerlukannya untuk tempoh tertentu tanpa sebarang faedah dikenakan ke atas nilai asas hutang tersebut. Penerima hutang wajib lunaskan kesemua nilai asas yang dipinjamkan kepadanya apabila cukup tempoh matang yang ditetapkan .
Manakala pemberi hutang tidak boleh mengenakan sebarang kadar tambahan ke atas nilai
asas tersebut walaupun melebihi tempoh matang.( Pemberi hutang diharamkan daripada mendapat sebarang manfaat daripada hutang yang diberikan . sebarang manfaat yang diperoleh daripada hasil hutang dikira ribba yang jelas diharamkan dalam Al-Qur’an (surah Al-Baqarah:278-279).
Peminjam digalakkan membayar hutangnya dengan nilai melebihi nilai asas yang dipinjamnya dengan syarat atas kerelaanya sendiri tanpa ada sebarang paksaan dari pemberi pinjaman.
Contoh atau Aplikasi Antara instrumen yang menggunakan prinsip ini ialah Sijil Pelaburan Kerajaan (Government Invesment Certificates (GICs), sekarang dikenali sebagai Government Investment Issues (GIIs)).
Prinsip Al-Rahnu(sistem gadaian/pajak gadai) Definisi Rahn bermaksud gadai atau cagar. Rahn ialah suatu kontrak untuk menggadaikan harta benda dan kontrak ini mula berkuat kuasa apabila harta itu berpindah tangan kepada pemegang gadaian. Hak milik ke atas harta yang dicagarkan itu masih terletak pada tuan asalnya dan tidak berpindah kepada pemegang cagaran ataupun pemegang gadaian. Pemindahan hak milik hanya berlaku dalam keadaan seperti yang dinyatakan di dalam kontrak. Antara ciri-ciri Al-Rahnu adalah : i.
Penjualan harta cagaran adalah tidak sah.
ii.
Harta cagaran boleh dijual dengan arahan dari mahkamah untuk membayar hutang yang telah dibuat. Jika terdapat baki dari jualan harta cagaran tersebut, baki itu akan diserah kembali kepada penggadai.
iii.
Jika harta yang dipegang itu hilang,maka pemegang bertanggungjawab pada nilai sebenar harta itudan bertanggungjawab memulangkan semula jumlah itu apabila hutang yang diberikannya itu dijelaskan oleh peminjam.
iv.
Sekiranya jumlah yang diperoleh daripada penjualan harta cagaran itu masih tidak cukup untuk menjelaskan hutang yang ada, maka peminjam masih ad tanggungjawab untuk jelaskan baki yang tertinggal itu.
v.
Sebaliknya, jika terdapat lebihan,pemegang gadaian perlu mengembalikan lebihan tersebut kepada pihak penggadai.
Contoh @ Aplikasi Prinsip Al-rahnu diaplikasikan dalam kebanyakan institusi perbankan di Malaysia. Contohnya, Bank Rakyat menyediakan produk Al Rahnu kepada sesiapa yang mempunyai harta gadaian dan ingin mendapatkan pinjaman kewangan dengan segera.
Prinsip Hiwalah(perpindahan kredit) Perkataan hiwalah diambil dari perkataan tahwil yang bermaksud intiqal (perpindahan). Hiwalah merujuk kepada proses pemindahan wang atau hutang daripada satu pihak ke pihak yang lain atau dari suatu akaun ke akaun yang lain dan bank mendapat bayaran kerana perkhidmatan yang diberikannya. Hiwalah juga dapat ditafsirkan sebagai perpindahan hutang dari tanggungan Ashil(Muhil) kepada Muhal’ Alaih ( orang yang bertanggungjawab setelah Hiwalah) Muhil – Orang yang mengalihkan hutang dari dirinya kepada orang lain pihak ketiga (kontraktor) Muhal – sasaran pengalihan, yang berpiutang ( supplier ). Muhal ‘ Alaih – orang yang bertanggungjawab membayar hutang setelah terjadinya Hiwalah, yang berhutang ( bank ) Rukun Hiwalah: Pihak yang berhutang dan berpiutang
Pihak yang berpiutang (muhal) Pihak yang berhutang dan berkewajiban membayar hutang kepada muhil (muhal’alaih) Hutang muhil kepada muhal (muhal bih)
Hutang muhal alaih kepada muhil Ijab qabul (sighat)
Contoh dan Aplikasi Dalam institusi perbankan prinsip hiwalah selalunya diaplikasikan untuk membantu pembuat (supplier) mendapatkan modal tunai dengan segera daripada pihak bank supaya projek yang dijalankan dapat diteruskan dan mengelakkan dari terbengkalai. Sebagai contoh, pihak yang membuat menjual barang yang dibuatnya kepada pemilik projek dengan bayaran yang akan dibuat dua bulan yang akan datang. Kerana modal yang terhad, pihak yang membuat akan mendapatkan pinjaman segera dari bank dan pembayaran balik akan dibuat dengan kaedah Hiwalah atau perpindahan kredit. Ini bermakna. Pihak bank akna menerima bayaran balik daripada pemilik projek. Bank perlu meneliti kemampuan bayar balik hutang pihak yang
berhutang dan kebenaran membuat perpindahan hutang daripada pihak yang membuat perpindahan hutang dan pihak yang berhutang. Prinsip wakalah Definisi Perkataan Al Wakalah diambil daripada perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud perwakilan. Prinsip Al Wakalah merujuk kepada keadaan dimana seseorang melantik orang lain untuk mewakilinya di dalam sesuatu urusan.
Contoh dan Aplikasi: Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful IKHLAS) menggunakan model yang diberi nama AlWakalah sebagai asas induk kepada sistem operasinya. Prinsip Al-Wakalah yang dilaksanakan oleh Takaful IKHLAS bagi menjalankan operasinya ialah di mana Takaful IKHLAS sebagai wakil kepada para peserta bertanggungjawab untuk menguruskan segala dana yang telah diwujudkan dengan penuh amanah, telus dan professional. Bagi tujuan tersebut, Takaful IKHLAS mengenakan caj pengurusan dan prestasi berasaskan kepada prinsip perwakilan yang dibayar upah (Al-Wakalah bi al-ujrah).
Prinsip Ibra’( Rebet ) Salah satu prinsip syariah dimana sejumlah kecil nilai akan ditolak dari jumlah pembiayaan itu diselesaikan lebih awal dari tempoh yang ditetapkan. Dua ciri penting Al Ibra’ adalah: Jumlah Al Ibra’ mesti diketahui dengan terperinci Apabila Ibra’ diberi dan diterima adalah tidak sah dan dilarang sama sekali bagi pihak
yang memberi untuk memintanya kembali.
Contoh dan Aplikasi : Menteri Kewangan Malaysia telah mengisytiharkan pembayaran rebat tunai kepada pemilik kenderaan sebagai ganti subsidi petrol apabila pemilik kenderaan dan motorsikal membayar atau memperbaharui cukai jalan.
Ujrah ( yuran ) Definisi Merujuk kepada pembayaran yang dibuat atas servis atau manfaat yang diberikan. Dalam konteks hari ini, contohnya adalah seperti gaji,upah , elaun dan lain-lain. Contoh dan Aplikasi: Perlaksanaan caj pentadbiran 1% dalam pinjaman PTPTN dipanggil Ujrah berdasarkan prinsip Islam.
Prinsip Urbun Definisi Merupakan konsep yang diambil daripada Bai Al Urbun atau prinsip wang pendahuluan untuk sesuatu jualan dimana penjual akan mengambil deposit daripada pembeli. Akan tetapi, sekiranya transaksi dibatalkan, deposit tersebut tidak akan dikembalikan dan dianggap sebagai hibah. Contoh dan Aplikasi: Contohnya apabila seseorang individu membuat tempahan bilik penginapan di sebuah hotel dengan lebih awal dan disertakan pembayaran deposit sebanyak RM100 dan pada saat-saat akhir, tempahan tersebut terpaksa dibatalkan oleh sebab-sebab yang tertentu. Pembayaran deposit yang dilakukan itu tidak akan dikembalikan kepada individu tersebut dan menjadi hibah kepada pemilik hotel tersebut.
Prinsip Ji’alah Definisi Merupakan kontrak ganjaran dimana kontrak ganjaran daripada sebelah pihak yang menjanjikan ganjaran kepada pihak yang lain diatas sesuatu perbuatan dan pencapaian. Contoh @ Aplikasi
Syarikat Al-Wahida Marketing Sdn. Bhd mengamalkan prinsip Ji’alah dimana terdapat ganjaran bonus yang diberikan kepada agen-agennya yang membuat jualan barangan yang tinggi atau berjaya mencapai satu peringkat yang tertentu.
Zakat Definisi Zakat berasal daripada perkataan Arab iaitu tazakka yang bermaksud mensucikan . Dari segi bahasa: zakat bererti suci, bersih, subur dan berkembang. Dari segi Syarak: zakat bermaksud mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan yang tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu. Syarat wajib Zakat: Islam Merdeka Milik sempurna Cukup nisab Cukup haul(genap satu tahun hijriah) Niat untuk berniaga(zakat perniagaan sahaja)
Golongan yang layak menerima zakat: Fakir - Orang yang tidak berharta serta tidak mempunyai pekerjaan sama sekali, atau
orang yang mempunyai harta dan pekerjaan tetapi tidak dapat menampung keperluan hariannya. Miskin - Orang yang mempunyai harta tetapi tidak mencukupi keperluan hariannya. Amil - Orang/Pekerja yang ditugaskan oleh pemerintah mengutip/mengagih zakat. Muallaf - Saudara baru memeluk Islam Riqab - Hamba yang menebus dirinya secara ansuran.
Al-Gharimin - Orang yang menanggung hutang dan tidak mampu untuk menyelesaikanya Fisabilillah - Orang yang berjuang di jalan Allah.
Ibnus sabil - Musafir yang terputus bekalannya semasa di perantauan
Zakat terbahagi kepada dua iaitu: 1. Zakat fitrah Merupakan zakat yang dibayar pada bulan Ramadhan sahaja mulai 1Ramadhan hingga 1 Syawal sebelum solat sunat Aidilfitri. 2. Zakat harta Zakat harta merupakan zakat yang boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta dimana jumlah kadar tersebut daripada harta kita adalah hak golongan 8 asnaf yang layak menerima zakat.
Contoh @ aplikasi: Pada setiap tahun pada bulan Ramadhan, individu yang beragama islam bertanggungjawab untuk mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga serta tanggunganya mengikut kadar fitrah yang ditetapkan. Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.
Wakaf Definisi Dari segi bahasa, wakaf berasal dari perkataan Bahasa Arab iaitu waqafa yang bermaksud berhenti, menegah dan menahan. Dari segi istilah, wakaf ialah sesuatu harta yang diamanahkan oleh seseorang atau kumpulan sebagai manfaat umum, atau memindahkan hak milik peribadi menjadi milik sesuatu badan yang memberi manfaat kepada masyarakat umum. Rukun-rukun wakaf: Orang yang memberi wakaf Orang yang menerima wakaf Barang yang diwakafkan dan Ikrar atau sighah wakaf
Contoh @ Aplikasi: •
Dana wakaf yang disumbangkan oleh pewakaf digunakan untuk membantu meredakan keperluan warga emas dan orang cacat, mengurangkan kemiskinan, malah turut menyumbang ke arah pemeliharaan binatang dan pembangunan manusia di bidang pertanian, hortikultur dan sumber air.
•
Di Kuwait, wakaf tunainya dilaburkan dalam bentuk pelaburan deposit di bank tempatan termasuk pelaburan dalam saham syarikat yang beroperasi mengikut syarak, sama ada dalam ataupun luar Kuwait.
Wasiat Definisi Dari sudut bahasa : Sambung, pesanan Dari sudut syarak : Iqrar seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa yang dibenarkan oleh syarak dan terlaksana selepas kematiannya dengan niat mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.
Contoh @ Aplikasi: Sebagai contoh, individu yang berwasiat meninggalkan satu pertiga daripada harta yang dikumpul semasa hayatnya kepada keluarga.