Assignment Elements Of Computer Architecture - Copy.docx

  • Uploaded by: LorenzoVonMatterhorn
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Assignment Elements Of Computer Architecture - Copy.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,861
  • Pages: 9
SEMESTER SEPTEMBER / 2018

CDCA 2203

ELEMENTS OF COMPUTER ARCHITECTURE

NAMA PELAJAR

:

ATIF ARAFAT BIN NOOR FAUZI

NO. MATRIK

:

900307115181001

NO. KAD PENGENALAN

:

900307115181

NO. TELEFON

:

01133500911

E-MEL OUM

:

[email protected]

NAMA TUTOR

:

PUSAT PEMBELAJARAN :

1

PP TERENGGANU

Table of contents No.

Description

1.0

Pengenalan

2.0

Perbezaan antara RAM dan ROM

3.0

4.0

Page 3 4-5

2.1 Definisi

4

2.2 Fungsi dan cara berfungsi

4

2.3 Storan

4

2.4 Kelajuan

5

2.5 Struktur, saiz dan kos

5

2.6 Jenis-jenis RAM dan ROM

5

Jenis-jenis DRAM

6

3.1 EDORAM

6

3.2 SDRAM

6

3.3 RDRAM

6

Cadangan dan justifikasi untuk saiz RAM

7-8

4.1 Tablet

7

4.2 Komputer riba

7

4.3 Komputer meja

8

5.0

Kesimpulan

8

6.0

Rujukan

9

2

1.0 Pengenalan Ingatan capaian rawak atau Random Access Memory ( RAM ) merupakan sejenis data storan komputer yang menyimpan data yang sedang digunakan oleh komputer dan data tersebut disimpan di dalam peranti RAM yang diletakkan pada peranti papan induk komputer. Random Access Memory dicipta oleh Robert Heath Dennard, seorang jurutera elektrik daripada Terrell, Texas pada tahun 1967 ( “Robert Dennard,” n.d. ). Random Access Memory dikenali sebagai sejenis storan yang tidak menentu dan hanya bersifat sementara kerana sesebuah data atau informasi yang disimpan di dalam RAM akan hilang apabila hilang bekalan elektrik pada komputer tersebut dan apabila komputer dihidupkan dan digunakan kembali, RAM akan dikosongkan dan diisi dengan data dan informasi yang baru. Fungsi utama Random Access Memory adalah meningkatkan kadar kelajuan pemprosesan data pada sesebuah komputer, dalam erti kata lain kelajuan sesebuah komputer akan meningkat berdasarkan ketinggian saiz RAM yang digunakan pada komputer tersebut ( Rofiyatul Hasanah, 2016 ). Apabila kita menghidupkan sesebuah komputer, peranti keras pertama yang mula bekerja adalam cip pemprosesan atau processor dan cip pemprosesan berfungsi dengan membaca data dan informasi yang terdapat di dalam peranti cakera keras. Namun, kerana perbezaan kelajuan yang sebahagian besarnya berpunca daripada tujuan peranti itu dicipta, cakera keras tidak mampu menyaingi kelajuan sesebuat cip pemprosesan oleh itu RAM diperlukan dalam menyediakan data dengan cepat untuk dibaca oleh cip pemprosesan. RAM juga boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu Static Random Access Memory ( SRAM ), Dynamic Random Access Memory ( DRAM ), Synchronous Dynamic Random Access Memory ( SDRAM ), Rambus Dynamic Random Access Memory ( RDRAM ), Extended Data Out Random Access Memory (EDORAM ), Double Data Rate Synchronous Dynamic Random Access Memory ( DDR SDRAM ) dan Small Outline Dual In-Line Memory Module ( SO-DIMM ). Ingatan bacaan sahaja atau Read-Only Memory (ROM) pula merupakan sejenis storan data komputer yang menyimpan pelbagai jenis data oleh komputer. Walaupun kedua-duanya mempunyai persamaan iaitu data boleh dicapai oleh cip pemprosesan secara rawak, namun ROM tidak dapat digolongkan sebagai salah satu daripada jenis-jenis RAM kerana data yang disimpan di dalam ROM bersifat kekal dan hanya dapat dibaca oleh cip pemprosesan dan tidak boleh diubah oleh pengguna. Berbanding dengan RAM, data yang disimpan di dalam ROM tidak akan hilang sekiranya komputer dimatikan dan hal ini menjadikan ROM sebagi peranti yang sesuai untuk menyimpan pelbagi jenis pengaturcaraan yang digunakan untuk boot-up atau menghidupkan sesebuah komputer sebelum perisian sistem sesebuah komputer mula berfungsi. 3

2.0 Perbezaan antara RAM dan ROM 2.1 Definisi Dari aspek definisi, Random Access Memory ( RAM ) merupakan memori yang tidak menentu yang digunakan untuk menyimpan data, arahan dan keputusan daripada program yang sedang dijalankan oleh cip pemprosesan dan data sementara yang sering digunakan oleh pengguna. Manakala, definisi Read-Only Memory ( ROM ) adalah memori komputer yang menyimpan data dan program komputer secara kekal. Program yang disimpan ini kebanyakannya merupaka jenis program kritikal dan sangat penting yang digunakan untuk menghidupkan sesebuah komputer ( Kapil Dev Das, 2015 ). 2.2 Fungsi dan cara berfungsi Setelah komputer dihidupkan, sebahagian daripada sistem pengoperasian dan peranti pemacu akan dimasukkan ke dalam storan memori RAM yang pada kemudiannya akan membolehkan cip pemprosesan untuk memproses pelbagai arahan dengan lebih cepat yang akan lebih mempercepatkan kadar proses boot-up. Setelah sistem pengoperasian berjalan, setiap program yang dibuka dan berjalan termasuk program yang digunakan sekarang iaitu Microsoft Words, akan dimasukkan kedalam RAM selama mana program itu berjalan. Dalam erti kata lain, RAM berfungsi untuk menyimpan data yang bersifat sementara yang dicipta dan digunakan oleh sesebuah program ( Kapil Dev Das, 2015 ). ROM pula digunakan secara amnya untuk menyimpan data bersifat penting dan digunakan oleh sesebuah syarikat komputer untuk menyimpan data-data tersebut kerana sifat storan memori ROM yang bersifat kekal dan tidak mudah diubahsuai oleh pengguna. Secara umum, cip pemprosesan akan menjalankan setiap arahan daripada data yang terdapat pada ROM yang diletakkan oleh syarikat pembina komputer seperti Intel dan AMD ( Kapil Dev Das, 2015 ). 2.3 Storan Dari aspek storan data, Random Access Memory hanya digunakan untuk menyimpan data yang bersifat sementara yang digunakan oleh program yang sedang digunakan oleh pengguna komputer ( Kapil Dev Das, 2015 ). Manakala Read-Only Memory digunakan untuk menyimpan data dan informasi yang bersifat kekal. Oleh itu data dan informasi yang disimpan di dalam ROM merupakan data yang penting dan tidak mudah diubahsuai oleh pengguna ( Kapil Dev Das, 2015 ). 4

2.4 Kelajuan Dari segi kelajuan, kadar kelajuan capaian untuk Random Access Memory adalah pantas dan RAM mampu membantu meningkatkan kadar kelajuan cip pemprosesan untuk memproses. Manakala kadar kelajuan Read-Only Memory adalah lebih perlahan jika dibandingkan dengan RAM dan ROM tidak mampu membantu meningkatkan kelajuan cip pemprosesan ( Kapil Dev Das, 2015 ). 2.5 Struktur, saiz dan kos Daripada aspek struktur dan saiz peranti Random Access Memory berbentuk segi empat tepat dan dipasang pada papan induk komputer dan bersaiz lebih besar jika dibandingkan dengan peranti Read-Only Memory yang secara umumnya meupakan sejenis pemacu optik yang diperbuat daripada pita magnetik yang bersaiz kecil. Manakala dari segi harga dan kos pula peranti RAM adalah lebih mahal berbanding peranti ROM (Kapil Dev Das, 2015). 2.6 Jenis-jenis RAM dan ROM Peranti Random Access Memory ( RAM ) boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu Static Random Access Memory ( SRAM ) dan Dynamic Random Access Memory ( DRAM ). Manakala Read-Only Memory ( ROM ) boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu Progammable Read-Only Memory ( PROM ), Erasable Progammable Read-Only Memory ( EPROM ) dan Electrically Erasable Progammable Read-Only Memory ( EEPROM ) ( Kapil Dev Das, 2015).

5

3.0 Jenis-jenis Dynamic Random Access Memory (DRAM) 3.1 EDORAM Extended Data Out Random Access Memory ( EDORAM ) merupaka sejenis peranti cip RAM yang mempunyai kebolehan yang lebih pantas dalam membaca dan memindahkan informasi dan data berbanding dengan peranti cip RAM yang biasa. EDORAM memiliki slot memori sebanyak 72 pin dan EDORAM memiliki bentuk Single Inline Memory Module ( SIMM ) dan lebih panjang daripada RAM yang biasa. Kelajuan yang dimiliki oleh EDORAM adalah lebih daripada 66 Mhz ( Rofiyatul Hasanah, 2016 ). 3.2 SDRAM Synchronous Dynamic Random Access Memory ( SDRAM ) merupakan sejenis RAM yang diubahsuai dan dipertingkatkan daripada Dynamic Random Access Memory ( DRAM ) namun diselarikan bersama sistem masa dan mempunyai kepantasan yang lebih laju daripada DRAM dan sesuai dengan sistem bus yang mempunyai kelajuan sehingga 100 Mhz. ( Rofiyatul Hasanah, 2016 ). Hal ini membolehkan pengawal memori mengetahui kitaran masa dengan tepat oleh itu tiada lagi waktu menunggu di antara satu proses dan proses yang lain bagi cip pemprosesan. 3.3 RDRAM Rambus Dynamic Random Access Memory ( RDRAM ) merupakan sejenis RAM yang mempunyai kepantasan yang tinggi. Pertama kali RDRAM digunakan pada komputer adalah bersama dengan pentium 4. RDRAM mempunyai slot memori sebanyak 184 pin dan mempunyai bentuk struktur Rate Inline Memory Module ( RIMM ). RDRAM memiliki kepantasan sehingga 800 Mhz ( Rofiyatul Hasanah, 2016 ).

6

4.0 Cadangan dan justifikasi untuk saiz RAM 4.1 Tablet Tablet komputer atau lebih dikenali sebagai tablet merupakan sebuah peranti komputer mudah alih yang direka bentuk litar, bateri dan skrin di dalam satu unit. Pada kebiasaannya tablet di reka bentuk bersama kamera, mikrofon dan skrin sesentuh. Dengar erti kata lain, tablet komputer merupakan sebuah komputer mudah alih kecil yang lebih murah, ringan dan lebih kecil. Saiz tablet adalah lebih besar daripada telefon pintar namun lebih kecil daripada komputer riba. Tablet komputer biasanya digunakan untuk membuat dan berkongsi persembahan Microsoft Power Point, persidangan video secara siaran langsung, e-mel, menonton video dan wayang, bermain game, dan pelbagai lagi aktiviti. Cadangan dan justifikasi saiz RAM bagi tablet adalah sebanyak 1 gigabyte hingga 2 gigabyte bergantung kepada harga. Hal ini demikian kerana kebanyakan pengguna yang menggunakan peranti tablet tidak menggunakan tablet untuk melakukan lebih daripada satu kerja dalam satu masa, oleh itu tidak wajar bagi sesebuah peranti tablet itu memiliki RAM yang terlalu tinggi atau terlalu rendah. 4.2 Komputer riba Komputer riba merupakan sejenis komputer mudah alih yang mempunyai reka bentuk komponen yang hampir sama dengan komputer meja namun bersaiz lebih kecil daripada komputer meja. Komputer riba pada dekad yang lalu biasanya digunakan untuk melakukan aktiviti berkaitan kerja seperti Microsoft Words, e-mel dan lain-lain. Kelebihan komputer riba adalah saiz yang lebih padat berbanding komputer meja namun masih mempunyai kuasa pengkomputeran yang menghampiri komputer meja. Namun, komputer riba tidak boleh diubah suai untuk peningkatan kemampuan pengkomputeran kecuali RAM dan peranti cakera keras. Oleh itu, cadangan dan justifikasi saiz RAM bagi komputer riba adalah sebanyak 2 gigabyte hingga 4 gigabyte bergantung kepada tujuan dan jenis komputer riba tersebut. Hal ini demikian kerana komputer riba pada masa kini diguna pakai untuk pelbagai tujuan seperti komputer meja iaitu untuk tujuan kerja dan permainan komputer, oleh itu sesebuah komputer riba tersebut haruslah mempunyai RAM asas yang cukup tinggi untuk menampung penggunaan oleh para pengguna dan sekiranya pengguna memerlukan ubah suai peningkatan terhadap RAM, mereka boleh meningkatkan sehingga 8 gigabyte.

7

4.3 Komputer meja Komputer meja merupakan komputer yang direka bentuk untuk diletakkan di atas meja dan bukan mudah alih dan boleh membuat segala input, output, dan memproses data dengan sendirinya. Komputer meja pada abad yang lepas digunakan hanya untuk tujuan kerja sematamata, namun kini komputer meja mempunyai pelbagai tujuan seperti permainan komputer, bekerja dari rumah, hiburan, capaian informasi dan lain-lain lagi. Berbeza dengan tablet komputer ataupun komputer riba, komputer meja adalah bebas untuk diubah suai, oleh itu cadangan dan justifikasi saiz RAM bagi komputer meja adalah sebanyak 2 gigabyte hingga 4 gigabyte bergantung kepada tujuan komputer meja tersebut. Hal ini demikian kerana komputer meja kebanyakannya digunakan untuk tujuan kerja dan pelbagai lagi tujuan yang memerlukan komputer berfungsi dengan laju seperti reka bentuk grafik dan permainan komputer. Namun demikian, sebagai pengguna komputer meja, mereka bebas untuk mengubahsuai untuk peningkatan kelajuan komputer mereka sehingga 16 gigabyte. 5.0 Kesimpulan Ingatan komputer merupakan peranti fizikal yang boleh menyimpan data dengan cara seketika mahupun tetap. Terdapat dua jenis ingatan utama iaitu Read-Only Memory ( RAM ) dan Random Access Memory ( RAM ). Perbezaan utama di antara RAM dan ROM boleh dibahagikan kepada beberapa aspek seperti fungsi, kelajuan, struktur binaan dan jenis-jenisnya. Justifikasi dan cadangan bagi saiz RAM untuk peranti adalah bergantung sepenuhnya kepada tujuan peranti mudah alih tersebut dan cara penggunaannya. (1802 patah perkataan)

8

6.0 Rujukan Robert

Dennard.

(n.d.).

Dicapai

pada

7

Mac

2019

daripada

:

https://lemelson.mit.edu/resources/robert-dennard Rofiyatul Hasanah. 2016. Pengertian, Fungsi, Cara Kerja, Jenis, Komponen Dan Permasalah Pada

RAM.

Dicapai

pada

8

Mac

2019

daripada

:

https://rofiyatul.wordpress.com/2016/03/31/pengertian-fungsi-cara-kerja-jeniskomponen-dan-permasalah-pada-ram/ Kapil Dev Das. 2015. Difference between RAM and ROM. Dicapai pada 10 Mac 2019 daripada : https://www.slideshare.net/kapildev2009/difference-be

9

Related Documents


More Documents from "Peerzada Musaddiq"