Assigment Oral Com English

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Assigment Oral Com English as PDF for free.

More details

  • Words: 1,837
  • Pages: 10
1.

Pengenalan Hampir semua akhbar tempatan dalam semua bahasa memperkatakan,iklan di television

dan radio tidak ketinggalan. Di Majalah akedemik dan kadangkala di majalah katun tidak ketinggalan untuk memperkatakannya. Trend terbaru , setiap kali salam diberi sebagai pembuka bicara ucapan “Salam satu Malaysia”. Satu Malaysia ? Bukankah semua penduduk dunia tahu negara Malaysia hanya ada satu dalam peta dunia?

Apakah dia yang dimaksudkan dengan satu

Malaysia sebenarnya? “Biar kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”salah satu maksud Satu Malaysia oleh Dato’Sri Mohd Najib,Perdana Menteri Malaysia(Utusan Malaysia 16 April 2009).Menurut beliau lagi,di bawah konsep Satu Malaysia ini bererti bahawa kita berdiri,berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia.”One People” dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita. Konsep satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Dato’Sri Mohd Najib sebaik sahaja beliau di umumkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke enam pada april 2009 lalu.Ia adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat Malaysia.Satu Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalinkan perpaduan yang erat di era globalisasi ini.Rakyat secara keseluruhannya berlumba –lumba mengejar kecanggihan teknologi tanpa menyedari kepentingan perpaduan antara kaum yang menjadi tonggak kestabilan ekonomi.Adakah setiap warga Malaysia menyedari perpaduan diantara kaum di Malaysia semakin rapuh.Sebagai perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati,keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. Penegasan mengenai satu Malaysia misalnya memberikan kita satu semangat baru dalam menempuh dugaan mengharungi kegelojohan globalisasi dan serangan liberalisasi. Kita perlu menghayati apa yang dititahkan oleh Raja Dr. Nazrin “… rakyat perlu diinsafkan supaya jangan cepat membuang pelita kerana riang melihatkan fajar yang akan menyinsing kerana siang hari juga akan berakhir, jangan nanti bila malam mendakap senja, warga dan bangsa akan hidup teraba-raba.”

Satu Malaysia juga telah mengwujudkan sebuah kerajaan yang memberi keutamaan kepada pencapaian berpaksikan slogan “Rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan”.Untuk mendapat sedikit gambaran berkaitan kefahaman segelintir warga Malaysia berkaitan konsep “Satu Malaysia” lima( 5 ) orang responden telah di temuduga.Soalan yang disediakan hanyalah merangkumi persoalan berkaitan perpaduan.Peserta adalah dari latar belakang akademik yang berbeza. Pendapat individu dari akedemik yang berbeza memberikan respon yang berbeza.Ada yang menyokong dan memberikan pendapat yang positif dan ada yang memberikan pendapat yang negative.Walaupun hasil dari kajian yang dijalankan ini tidaklah memberi gambaran yang sebenar pendapat warga Malaysia secara keseluruhannya mengenai konsep “Satu Malaysia” tetapi sedikit sebanyak dapatlah kita menyelami pendapat dan isi hati mereka berkaitannya. Walau apapun yang dikatakan yang pastinya kita seharusnya berbangga menjadi rakyat Malaysia. 2.0

Carried out

2.1

Soalan 1: Adakah anda pernah dengar tentang konsep 1 Malaysia? Apakah pendapat anda tentang konsep ini?. Respondent 1 : Respondent ini pernah dan tahu mengenai konsep satu Malaysia.Beliau berpendapat konsep ini sebenarnya mengelirukan dan tidak jelas hala tujunya. Respondent 2 : konsep 1 Malaysia diketahui melalui Telivesion,radio dan surat khabar.Beliau berpendapat konsep satu Malaysia ini amat baik di praktiskan di Negara kita yang berbilang kaum. Respondent 3 : Respondent ini pernah dan tahu mengenai konsep satu Malaysia dan mengharapkan konsep ini dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatan awam disamping memperkasakan hubungan toleransi perbagai kaum di Malaysia. Respondent 4 :

konsep 1 Malaysia diketahui melalui Telivesion,radio dan surat khabar dan ia sangat baik untuk menyatukan padukan rakyat Malysia tanpa membezakan keturunan,warna kulit dan bangsa. Respondent 5 : Respondent ini tahu mengenai konsep satu Malaysia dan beliau berpendapat konsep ini boleh mengeratkan hubungan di antara kaum di Malaysia. 2.2

Soalan 2 : Bilakah konsep ini dilancarkan? Dan siapakah yang melancarkannya? Respondent 1 : Respondent ini tidak mengetahui tarikh sebenar konsep ini dilancarkan.Dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Respondent 2 : Respondent ini tidak mengetahui tarikh sebenar konsep ini dilancarkan tetapi secara amnya ia dilancarkan sebaik sahaja Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia ke enam. Respondent 3 : .Respondent ini memberikan tarikh 18 Oktober 2009.Majlis pelancarannya di sempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia ke enam. Respondent 4 : Respondent ini tidak mengetahui langsung bilakah tarikh ia dilancarkan dan tiada idea mengenainya.Walaubagaimana pun beliau mengetahui ia dilancarkan oleh Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia ke enam Respondent 5 :

Respondent ini juga tidak mengetahui langsung bilakah tarikh ia dilancarkan tetapi beliau mengetahui ia dilancarkan oleh Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia ke enam. Soalan 3 : Kenapa konsep ini dilancarkan? Respondent 1 : Respondent ini berpendapat ia dilancarkan untuk menyatakan kehendak kerajaan sebagai tampuk pemerintahan yang baru Respondent 2 : Respondent ini berpendapat ia di wujudkan untuk menyatupadukan semua kaum di Malaysia dan juga untuk memupuk keharmonian penduduk Malaysia. Respondent 3 : Respondent ini menyatakan konsep ini dilancarkan bertujuan untuk menyatupadukan perpaduan berbilang kaum di Malaysia dan semangat kekitaan sebagai rakyyat Malaysia. Respondent 4 : Respondent ini berpendapat konsep ini sangat baik untuk menyatukan rakyat Malaysia yang berbagai bangsa,kaum dan agama. Respondent 5 : Respondent ini juga memberikan pendapat yang sama iaitu untuk menyatukan semua rakyat Malaysia. Soalan 4: Bagamanakah konsep ini dijayakan dalam kontek negara kita yang berbilang kaum? Respondent 1 : Respondent ini berpendapat semua program yang dilancarkan oleh kerajaan perlu menitik beratkan semua bangsa di Malaysia.

Respondent 2 : Respondent ini berpendapat semua kaum di Malaysia perlu ada kesedaran berkaitan keamanan dan keharmonian untuk menjamin keutuhan Negara ini. Respondent 3 : Respondent ini juga berpendapat konsep ini dapat dijayakan dengan menyatupadukan berbagai kaum di bawah satu bendera Jalur Gemilang dan mutu perkhidmatan awam perlu dipertingkatkan lagi dengan slogan”Rakyat didahulukan ,pencapaian diutamakan” dapat dilaksanakan dengan berkesan. Respondent 4 : Respondent ini menyatakan dengan tersiarnya iklan-iklan dari media elektronik dan media cetak yang menunjukkan rakyat Malaysia saling bekerjasama dalam apa jua bidang atau program tanpa dimonopoli oleh sesuatu pihak ia akan dapat mencapai objektif konsep satu Malaysia. Respondent 5 : Respondent ini memberikan pendapat konsep ini boleh diterapkan di sekolah,persatuan dan lain-lain lagi yang melibatkan berbagai kaum di Malaysia. Soalan 5: Adakah anda fikir konsep ini akan berjaya? Jika ya kenapa. Jika tidak kenapa? Respondent 1 : Respondent ini berpendapat konsep ini tidak akan berjaya kerana dari pemerhatian beliau setelah beberapa bulan dilancarkan tetapi belum ada tanda – tanda perubahan yang dilakukan ke arah merakyatkan kerajaan. Respondent 2 : Respondent ini tidak memberikan jawapan yang tidak pasti kerana ia bergantung kepada pemimpin yang melaksanakannya.Jika di halusi sebenarnya satu Malaysia ini sudah lama

wujud kerana sememangnya rakyat Malaysia telah saling hormat menghormati di antara satu sama lain. Respondent 3 : Respondent ini memberikan jawapan yang positif konsep ini akan berjaya mencapai objektif kerana ia melibatkan penyatuan berbilang kaum dan bangsa dibawah satu slogan”Rakyat didahulukan ,pencapaian diutamakan” . Respondent 4 : Respondent ini memberikan pendapat konsep ini tidak akan berjaya di laksanakan kerana masih ada sikap prejudis dan syak wasangka serta perkauman yang masih menebal pada semua kaum.

Respondent 5 : Respondent ini menyatakan konsep ini akan berjaya kerana ia akan memupuk semua warga Malaysian menghilangkan sikap perkauman . Soalan 6: Adakah anda fikir konsep ini akan membantu perpaduan di antara rakyat Malaysia? Jelaskan Respondent 1 : Respondent ini berpendapat konsep ini tidak akan membantu perpaduan di antara rakyat Malaysia kerana yang melaung-laungkan konsep ini hanyalah pemimpin Melayu, sedangkan rakyat Malaysia masih mempersenda-sendakan konsep ini.Rakyat Malaysia secara keseluruhannya masih tidak jelas tentang konsep ini. Respondent 2 : Respondent ini mengatakan konsep ini boleh membantu perpaduan di antara rakyat Malaysia tetapi sikap sesuatu bangsa itu tidak mudah untuk diubah.Kempen yang

berterusan dan komitment yang ditunjukkan oleh pemimpin akan membolehkan konsep ini mencapai objektif. Respondent 3 : Responden ini berpendapat konsep satu Malaysia akan dapat membantu perpaduan dikalangan rakyat kerana objektif utamanya adalah untuk memperkasakan perpaduan di kalangan semua kaum tanpa mengira agama dan fahaman politik. Respondent 4 : Respondent ini juga berpendapat bukan konsep ini yang membantu tetapi sikap kita yang akan menentukan halatuju samada perpaduan antara rakyat terjalin atau tidak.Selagi terdapat penghasut yang ada dikalangan masyarakat ,konsep ini hanya akan berkubur seperti mana konsep-konsep lain yang telah dilancarkan Respondent 5 : Respondent ini berpendapat konsep ini akan membantu perpaduan di antara kaum sehingga Malaysia akan menjadi idola dan membuka mata dunia seterusnya menjadi contoh kepada Negara lain yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum.

3.0

Finding Secara keseluruhannya semua (100%) respondent mengetahui konsep satu Malaysia.80%

dari respondent memberikan pendapat yang positif iaitu konsep ini sangat baik untuk diterapkan bagi mengeratkan perpaduan di negara kita yang berbilang kaum. Sementara 20% memberikan pendapat yang negatif ,di mana menurut beliau konsep Satu Malaysia sebenarnya masih kabur dari segi pelaksanannya. 20% dari respondent tidak memberikan jawapan secara tepat pada soalan bilakah konsep Satu Malaysia dilancarkan.Manakala 20% respondent tidak tahu dan tidak dapat mengagak

langsung bulan pelancarannya.10% memberikan jawapan yang salah.Tetapi secara keseluruhan nya semua(100%) dapat memeberikan jawapan siapa yang melancarkan konsep Satu Malaysia. 80% respondent sependapat tentang konsep satu Malaysia dilihat sebagai usaha dari kerajaan untuk mengwujudkan perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia.Sementara 10% dari respondent melihat konsep Satu Malaysia ini di buat oleh kerajaan yang baru mendapat mandat sebagai kelainan yang cuba ditonjolkan semata-mata. Secara keseluruhannya 100% dari respondent memberikan jawapan yang positif berkaitan kejayaan konsep ini untuk diterapkan di negara kita yang berbilang kaum.Konsep ini akan berjaya jika semua kaum ada kesedaran berkaitan kepentingan keamanan dan keharmonian. 40% dari respondent memberikan pendapat konsep Satu Malaysia boleh berjaya pada salah satu daripada objektifnya iaitu menyatu padukan semua rakyat Malaysia.Manakala 10% dari respondent tidak memberikan pendapat yang jelas kerana semuanya bergantung kepada cara pelaksanaanya.Tetapi 20% dari respondent memberikan pendapat konsep ini tidak akan berjaya kerana setelah berbulan pelancarannya tiada perubahan yang boleh di lihat dan dapat di banggakan. Juga sikap prejudis dan syak wasangka yang masih menebal akan menggagalkan objektif konsep Satu Malaysia ini. 60% respondent berpendapat konsep Satu Malaysia ini akam membantu Malaysia mencapai perpaduan di antara kaum,manakala 10% respondent mengatakan konsep sahaja tidak akan membantu kita mencapai matlamat perpaduan tetapi sikap semua rakyat Malaysia perlu diubah untuk memastikan perpaduan dapat di pupuk.10% dari respondent mengatakan konsep ini tidak akan berjaya kerana sebenarnya rakyat secara keseluruhannya masih keliru.Hanya pemimpin di kalangan orang Melayu sahaja yang kelihatannya memberikan respon dan memberikan sedikit komitmen ke arah mencapat matlamat konsep Satu Malaysia. 4.0

Conclusion Secara keseluruhannya rakyat Malaysia ada pengetahuan berkaitan konsep Satu Malaysia

ini tetapi mereka tidak melihat ia dalam kontek yang luas.Mereka memandang dalam kontek persekitaran kehidupan mereka tanpa memikir secara global.Walaubagaimanapun kesemua respon bersikap positif untuk memberi ruang kepada pelaksanaan yang berkesan akan

membolehkan konsep ini mencapat matlamat. Oleh hal yang demikian itu, kita tidak perlu menolak sesuatu sistem yang telah memberikan kita faedah secara keseluruhannya. Jika ia mempunyai kelemahan, kita semua berusaha untuk memperbaikinya. Kita bersama memenuhi tuntutan hidup bersama sebagai sebuah masyarakat yang bersatu padu dan mengamalkan toleransi. Kita tinggalkan perbezaan yang boleh meruntuhkan sistem telah menjadikan kita kuat dan membangun sehingga banyak pihak yang cuba meruntuhkan nilai hidup dan budaya masyarakat Malaysia. Pada pendapat saya untuk merealisasikan konsep Satu Malaysia dalam memupuk perpaduan kaum ia memerlukan pendedahan seawall mungkin.Contohnya melalui sistem pendidikan Malaysia,sekolah perlu diadakan hanya satu aliran sahaja.Tiada sekolah Kebangsaan Cina,tiada sekolah Tamil dan juga tiada sekolah Agama Rakyat.Kanak-kanak ini adalah pelapis generasi kita di masa hadapan.Jika pemikiran yang diterapkan adalah baik,baik lah keputusannya begitu juga sebalikknya.

Related Documents

Assigment
June 2020 23
Assigment
October 2019 31
Assigment
May 2020 30
Assigment
April 2020 25