Assigment

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Assigment as PDF for free.

More details

  • Words: 3,599
  • Pages: 13
Soalan 1 Bidang : Menggambar Kegiatan 1. Lukisan

Maksud - Lukisan merupakan satu teknik menggambar atau hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling minimum. - Lukisan adalah lanjutan daripada kegiatan melakar sebagai satu proses menghasilkan imej untuk tujuan luahan perasaan secara spontan. - Lukisan juga merupakan proses awal atau lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada kegiatan lain seperti catan, cetakan, seni grafik, arca, kolej dan montaj. Lukisan juga adalah satu karya seni atau hasil kerja seni yang dihasilkan di atas sesuatu permukaan rata. - Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel (contoh pensel B hingga 6B), pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat, krayon, pen marker, marker pelukisan dan kapur. - Proses melakukan garisan, melorek ton dan menggosok juga dinamakan lukisan. - Aplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil kerja dinamakan lukisan. - Lukisan bergantung kepada penggunaan garisan yang olespresif dan nyata.

2. Catan

- Catan adalah proses menggambar dengan menggunakan bahan pewarna atau cat yang disapu ke atas pelbagai permukaan rata yang mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada nyata atau abstrak. - Catan membolehkan pelukis meluahkan perasaan, membuat interprestasi pandangan dan merakamkan gambaran yang diterjemahkan dalam bentuk imej visual - Dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus - Lukisan grafik mengandungi komposisi artistik dihasilkan dengan mengaplikasikan warna ke atas permukaan - Catan juga merupakan satu ciptaan gambar yang berwarna - Catan ialah latihan mengaplikasikan pigmen dari satu media ke atas permukaan seperti kertas, kanvas dan dinding - Catan ialah satu hasil kerja estetik dicipta dengan mengaplikasikan warna buah ke atas permukaan 2D - Suatu teknik menyapu warna basah dengan berus atau alatan lain dan satu hasil karya seni mempunyai kesan yang bermakna ke atas permukaan dengan menggunakan bahan tara pigmen warna

3. Kolaj

- Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan. Berasal dari perkataan perancis bermaksud gam. Kerja-kerja dibuat dengan menampal cerbisan kertas-kertas kain atau bahan lain di atas permukaan 2D - Kolaj ialah satu hasil kerja seni mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan di tindih

- Teknik mencantum potongan gambar menjadi satu komposisi - Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan khas disebut kolaj - Satu komposisi daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media - Kolaj bermakna menghasilkan satu komposisi artistik daripada imej atau gambar yang berlainan, latar belakang yang berlainan dan daripada berbagai warna dan corak - Satu teknik menggambar di man foto, keratin, akhbar atau mana-mana bahan berbentuk 2D dilekat dan disatukan di atas permukaan - Teknik di mana imej bergambar atau corak berjalinan dihasilkan secara “Super impose” di antara satu sama lain - Satu hasil kepingan seni dibuat dengan menggam berbagai elemen - Satu susunan objek dan bahan di atas dilekat di atas suatu permukaan supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau tema tertentu 4. Montaj

- Montaj bolah didefinisi seperti berikut - Menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan, alam sekitar dengan menggunakan potongan gambar yang berkaitan dan mana-mana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema - Satu corak tidak semestinya bermaksud sebagai karya seni halus dibuat melalui proses menampal satu bahan ke atas bahan yang lain - Dalam kerja-kerja seni montaj, beberapa gambar foto dicantum untuk menjadi satu komposisi ilustrasi - Montaj juga merupakan satu imej yang terhasil daripada beberapa imejan - Satu hasil seni mengandungi sebahagian daripada imej yang ada seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej - Satu komposisi gambar dicipta dengan menggunakan teknik super impose dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil karya montaj - Proses membuat gambar dari beberapa gambar atau corak disusun secara bertindih di antara satu sama lain - Teknik mencantum dalam satu elemen komposisi fotografi daripada sumber-sumber yang berlainan seperti sebahagian daripada foto-foto - Proses menghasilkan satu komposisi gambar supaya menjadi satu komposisi daripada bahagian gambar atau imej disusun menjadi satu hasil kerja seni - Aktiviti super impose daripada berbagai elemen

5. Cetakan

- Cetakan adalah satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan. Seseorang pelukis biasanya akan menentukan berapa banyak cetakan yang hendak dihasilkan dalam sesuatu edisi - Merupakan satu proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain - Proses di mana satu hasil kerja seni dicipta dalam beberapa kuantiti - Imej atau gambar yang dihasilkan dengan menggunakan acuan plat - Proses menghasilkan imej di atas permukaan rata - Satu hasil kerja seni yang menggunakan acuan cetakan untuk menghasilkan satu

atau beberapa siri cetakan - Perindahan imej yang berdakwat daripada satu permukaan blok kepada permukaan lain iaitu kertas atau kain - Proses menggambar atau mencorak yang dilakukan dengan cara memotong, mengguris di atas permukaan plat dan menggunakan dakwat - Satu proses penerapan blok, plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan kertas, kain atau bahan yang lain - Cetakan bererti mengecap corak atau gambar yang sama dengan menggunakan alatan tertentu 6. Gosokkan

- Gosokkan adalah satu proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan. Ia adalah satu proses penerokaan murid mula menggambar melalui dunia sentuh yang terdapat di sekeliling mereka - Gosokan adalah satu cara paling mudah dan terbaik untuk merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan - Apabila salah satu atau kedua-dua objek digerakkan di antara satu sama lain, maka gosokan akan terhasil - Hasil cetakan dibuat dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalinan - Satu representasi yang mengandungi salinan dibuat dengan meletakkan sekeping kertas di atas sesuatu permukaan dengan menggosok menggunakan bahan tertentu - Gosokan di anggap satu eksplorasi permukaan supaya dapat mengembangkan pemahaman dalam penggunaan jalinan dan ton

7. Resis

- Resis bermaksud satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin - Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain - Mengikut apa yang dinyatakan dalam buku Glosari Seni Lukis, resis di definisikan sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapu lilin di bahagian-bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan - Resis bermakna satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dengan cara menolak warna basah atau cat basah yang disapu ke atas permukaan kertas yang disapu lilin - Lilin digunakan oleh pelukis sebagai penghadang untuk melindungi warna asal atau warna asli sesuatu permukaan daripada terkena warna baru - Satu teknik menggunakan lilin, krayon lilin bertindak sebagai alat untuk membuat garisan atau lakaran di atas kertas dan diwarnakan permukaannya - Teknik resis menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan warna asal - Resis boleh juga dijalankan dengan cara menggunakan tindihan-tindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap

8. Percikan

- Percikan diistilahkan sebagai satu hasilan titikan warna yang berselerakkan ke sana sini setelah warna tersebut jatuh ke atas permukaan - Percikan juga merupakan salah satu aktiviti menggambar dalam kerja-kerja seni. Ia adalah salah satu teknik hiasan catan dengan mendetik, mengetuk atau menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan “a speckled gramite- style finish” yang

akan kelihatan lebih moden daripada kesan warna yang lain - Percikan halus warna disembur ke serata tempat untuk menghasilkan kesan antic - Satu teknik corakan warna dihasilkan dengan tepukan atau jentikan menggunakan berus lukisan yang mengandungi warna ke atas permukaan yang rata - Satu kegiatan menyembur bahan cair di atas permukaan - Mengikut buku Glosari Seni Lukis percikan didefinisikan sebagai corak-corak tompok dan titik pada lukisan cat - Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau warna yang berselerak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu permukaan - Makna kedua ialah menghambur ke sana sini, memantul berselerak ke sana sini - Makna ketiga ialah sesuatu yang memercik, menyebabkan berpercikan dan merenjis - Mengikut pencarian dari internet http://www.bezzle.com/id-spattering.htm. Menerangkan percikan adalah satu teknik mengaplikasikan sedikit curahan atau titikan warna ke atas permukaan yang dipilih. Percikan seolah-olah memberi kesan seperti permukaan batu atau marble 9. Mozek

- Satu hasil kerja seni menggambar yang dihasilkan dengan menyusun bahan-bahan tertentu di atas permukaan rata - Mengikut rujukan dari Kamus Glosari Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan sebagai satu reka bentuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu,marmar atau pecahan tembikar - Dalam pencarian dalam internet http://www.google.com.my-define:Mosaic pula memberi definisi seperti berikut iaitu sebuah gambar atau corak hiasan dibuat dengan menyusun carikan kecil bahan-bahan seperti kaca, marmar, dan seramik (tessera), disusun di atas dinding, lantai atau permukaan yang tidak rata dan menghasilkan pantulan/kilauan - Satu imej yang berasingan dan tidak bertindih disusun secara bersebelahan - Foto mozek adalah gambar hasil cantuman beberapa gambar lain disusun menjadi satu tema-tajuk - Satu media seni di mana kepingan-kepingan kecil kaca, batu atau seramik disusun di bahagian latar yang diplaster - Satu corak seni yang dihasilkan dengan menekan kepingan batu, kaca seramik atau tessera - Satu seni dekoratik lama dengan menyusun kepingan kecil kaca, batu, tessera di permukaan dinding, siling dan lantai - Satu bentuk seni di mana kepingan bahan semulajadi atau bahan buatan manusia yang berwarna disusun bersebelahan tidak ditindih di atas permukaan rata untuk menghasilkan gambar atau corak

Soalan 2 Kegiatan 1. Lukisan

Alat, Bahan dan Media - Pensel, pemadam, pisau, pengasah pensel, pembaris, pensel warna, kertas lukisan

Contoh Hasil Karya Tajuk : Ulam Teknik yang digunakan : Lukisan teknik pensel warna, teknik garisan coreng, pangkah silang dan selari

2. Catan

- Berus, warna, pensel, pastel, kanvas, kain, pemidang, kekuda, palet, botol, surat khabar

Tajuk : “Pantai Timur Setiu” Teknik yang digunakan : Teknik batik dalam bentuk fabric

3. Kolaj

- Gunting, pisau, pensel, pemadam, pembaris, gam, kertas, kertas warna daripada majalah, surat khabar, kertas pembalut hadiah, kertas lukisan, kertas foil

Tajuk : “Rumah dan Kebun” Teknik yang digunakan : Teknik potongan

4. Montaj

- Pisau, pembaris, gam, gambar foto, gambar

Tajuk : Haiwan Kesayangan Teknik yang digunakan : Teknik mozek

5. Cetakan

- Pemidang, profilem, kain kasa, kertas, pita litup, sekuji, dakwat

Tajuk : “Alif Ba Ta” Teknik yang digunakan : Cetakan stensil / saring sutera

6. Gosokan

- Duit syiling, pensel warna, krayon, kertas lukisan

Tajuk : “Duit” Teknik yang digunakan : Gosokan satu lapis satu arah sahaja dan satu warna

7. Resis

- Lilin, kertas lukisan, warna air

Tajuk : “Batik” Teknik yang digunakan : Resis dari warna air dan lilin biasa

8. Percikan

- Berus lukisan pelbagai saiz, pisau, pita pelekat, kain buruk, surat khabar, air, bekas air, cat air, kertas lukisan

Tajuk : “Jalinan” Teknik yang digunakan : Teknik percikan dengan ketukan

9. Mozek

- Pensel, pembaris, air, berus, kertas lukisan, warna air, dakwat

Tajuk : “Ikan” Teknik yang digunakan : Teknik catan dan dakwat

Soalan 1 a) Kajian oleh pihak WHO, mendapati 5 juta kanak-kanak dari kalangan bayi hinggalah yang berumur 14 tahun meninggal setiap tahun di negara-negara yang sedang membangun akibat penyakit-penyakit yang bersangkutan dengan persekitaran mereka. Alam persekitaran kanak-kanak biasanya amat selamat dan terhad pada rumah, sekolah dan komuniti di mana mereka tinggal, belajar dan bermain. Namun, persekitaran ‘selamat’ ini telah didapati berbahaya dan menyumbang kepada jumlah kematian yang tinggi. Didapati 6 jenis persekitaran tidak sihat di kenal pasti memberi kesan kepada kanak-kanak iaitu: • Air minuman yang tidak selamat • Tiada kebersihan diri • Sistem pembentungan yang tidak baik • Pencemaran udara, kawalan vector • Bahaya kimia • Kemalangan Di antara penyakit-penyakit yang dikaitkan dengan alam sekitar ialah: • Jangkitan pada system pernafasan • Cirit-birit • Keracunan Rekod-rekod mungkin tidak sampai ke tahap kematian tetapi bahaya persekitaran tidak sihat terbukti mampu memberi kesan kerosakan dan kecacatan jangka pendek dan jangka panjang terhadap kesihatan kanak-kanak seperti kecacatan anggota badan, kerosakan system pembiakan, kanser, penyakit mental dan lain-lain. Kanak-kanak amat mudah terdedah kepada bahaya persekitaran tidak sihat berbanding orang dewasa kerana faktor semula jadi tubuh badan dan sikap mereka. Persekitaran yang tidak selamat dan juga penyebaran penyakit berjangkit yang baru atau yang tidak popular seperti • Chikugunya • Selesema burung • Penyakit tangan, kaki dan mulut

Peranan anda, keluarga, sekolah, komuniti dan masyarakat dalam membantu mencegah dan membendung penyebaran wabak-wabak penyakit chikugunya, selesema burung dan penyakit tangan, kaki dan mulut. Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) diwujudkan dengan tujuan untuk menyelaraskan semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah yang mampu meningkatkan taraf kesihatan di kalangan komuniti dan masyarakat. Matlamat penting pendidikan kesihatan adalah untuk membentuk sikap dan perlakuan yang positif terhadap kesihatan untuk mencapai matlamat ini adalah lebih mudah dan berkesan jika kita “melentur buluh dari rebungnya” iaitu ketika kanak-kanak ini masih muda dan sebelum mereka dipengaruhi oleh sikap dan amalan kesihatan yang negatif dan yang tidak diingini. Tambahan pula kanak-kanak sekolah adalah “captive audience” yang mudah dihubungi. 1. Peranan Guru Guru merupakan penggerak utama untuk membantu mencegah dan membendung penyebaran wabak-wabak penyakit di atas antaranya ialah • Memahami teras-teras utama PBSS • Menyokong melaksana dan memperkukuhkan aktiviti-aktiviti PBSS yang dirancang oleh Jabatan Kuasa PBSS peringkat sekolah • Bertanggungjawab untuk memastikan aktiviti PBSS boleh dilaksanakan oleh Jawatankuasa PBSS peringkat sekolah • Menjadi contoh kepada murid dalam mengamalkan cara hidup sihat • Menggalakkan murid menyertai aktiviti PBSS dengan aktif • Memberi penerangan kepada ibubapa dan masyarakat setempat mengenai PBSS • Melakukan pemeriksaan kebersihan diri oleh guru • Mengadakan khidmat kaunseling 2. Peranan Sekolah Sekolah memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu dan mendidik murid untuk menghadapi dan berhadapan dengan penyakit yang berjangkit daripada menular kepada murid dengan mengadakan beberapa aktiviti dan program yang berkesan. Pihak sekolah boleh mengadakan program kesihatan sekolah merangkumi promosi kesihatan dan pemakanan, penjagaan kesihatan, rawatan, rujukan serta penempatan di kelaskhas yang diberi oleh doktor, kakitangan jururawat dan guru-guru untuk pencapaian kesihatan optimum warga sekolah. Antara aktiviti yang boleh dijalankan di sekolah ialah: • Membina kesedaran dan kefahaman warga sekolah tentang kepentingan kesihatan optimum dan pengamalan cara hidup sihat • Mengesan masalah kesihatan merawat dan merujuk kes yang memerlukan perhatian serta tindakan lanjut • Memberitahu guru dan ibubapa tentang kesihatan murid untuk membolehkan rawatan lanjut dan tindakan susulan bagi kes tertentu

• • • • •

Mencegah dan mengawal kejadian penyakit Menentukan rancangan khas seperti rancangan kawalan penyakit Memberi pertolongan cemas dan rujukan kepada warga sekolah Mendapat kebenaran ibubapa atau penjaga untuk pemeriksaan kesihatan dan imunisasi murid dan rekod kesihatan murid Setiap sekolah hendaklah menyediakan perkhidmatan kaunseling yang dijalankan oleh seorang guru kaunselor yang terlatih

3. Peranan Ibubapa, Komuniti dan Masyarakat • Melibatkan diri secara aktif dan menyokong aktiviti PBSS yang dirancang oleh pihak sekolah • Memberi sumbangan dari segi kepakaran, kewangan, tenaga dan peralatan serta kerjasama kepada sekolah untuk menjalankan aktiviti PBSS • Memberi galakkan kepada anak-anak untuk menyertai aktiviti PBSS • Menjadi contoh kepada anak-anak dalam mengamalkan cara hidup sihat • Sentiasa peka dan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa seperti pihak JPH dan kementerian kesihatan • Memberi kerjasama dengan memberi maklumat yang tepat tentang kesihatan anak mereka serta memberi kebenaran untuk pemeriksaan serta imunisasi • Memberi kerjasama aktif terhadap program kesihatan setempat dan juga program gotong-royong di dalam komuniti Dengan penglibatan ibubapa, komuniti dan masyarakat dalam suatu bentuk kerjasama dengan warga sekolah akan meningkatkan lagi tahap kesihatan warga sekolah

Soalan 1 b) Peranan yang boleh dimainkan oleh organisasi kesihatan sedunia (WHO) dalam membantu mencegah dan membendung penyebaran wabak-wabak tersebut Pertubuhan kesihatan sedunia adalah agensi pertubuhan kesihatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang khusus berkenaan kesihatan. Ia ditubuhkan pada 7 April 1948. Pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) ini di anggotai oleh 192 buah Negara dan akan bersidang di perhimpunan kesihatan sedunia bagi membincangkan dan meluluskan anggaran perbelanjaan, program-program, serta polisi-polisi bagi meningkatkan tahap kesihatan Negara-negara di dunia ini. Objektif utama pertubuhan kesihatan sedunia adalah merangka perlembagaan berkenaan kesihatan sedunia supaya seluruh warga dunia dapat mencapai tahap kesihatan yang paling tinggi untuk mengawal penularan wabak penyakit di atas. WHO telah menjalankan beberapa program seperti berikut: Apabila didapati ada penduduk Negara-negara tertentu mengalami atau diserang wabak-wabak penyakit WHO boleh mengarahkan atau meminta mereka yang diserang wabak penyakit di kuarantin di tempat yang di khaskan atau tempat tertentu. Tujuankuarantin dijalankan supaya wabak satu-satu penyakit tidak tersebar antara individu-individu dan juga antara Negara. Selain itu, kajian tentang penyakit seperti punca, cara rawatan dapat dijalan dan dikaji dengan cepat dan cara yang betul serta selamat. Pengesanan awal oleh WHO tentang penyebaran wabak-wabak penyakit seperti selesema burung juga akan dapat mengurang atau mengawal wabak dari terus menular dan menyerang individu dan Negara lain. Sebagai contoh wabak selesema burung di kesan di Negara China menyebabkan WHO mengarahkan semua unggas dari kawasan wabak dihapuskan dan setiap penduduk telah diberi rawatan awal. Dengan pengesanan awal ini juga, WHO memberi amaran supaya penduduk menjaga kesihatan seperti memakai topeng mulut dan hidung serta melarang penghijrahan masuk atau keluar ke kawasan wabak. Peranan WHO dalam memberi bantuan kewangan untuk menjalankan kajian, kepakaran ubat-ubatan telah berjaya mengawal dan mengurangkan wabak-wabak penyakit tertentu. Biasanya wabak-wabak penyakit merebak dari Negara-negara ketiga yang tidak mampu menangani penularan wabak-wabak penyakit seperti chikugunya, penyakit tangan, kaki dan mulut dan juga selesema burung. Oleh itu, bantuan kewangan memainkan peranan yang sangat penting untuk membantu Negara-negara yang diserang wabak untuk mengawal penularan penyakit. Kempen-kempen kesedaran memberitahu penularan wabak, cara mencegah penyakit, dan cara hidup sihat telah dijalankan oleh WHO dari semasa ke semasa.

Kempen-kempen ini bertujuan untuk menyebarkan maklumat dan juga membimbing cara menghadapi bagi mengelak dan penularan wabak. Kempen-kempen boleh dijalankan melalui media massa seperti televisyen, internet, radio,akhbar, majalah dan sebagainya. Kempen juga boleh di salurkan melalui pendidikan di sekolah-sekolah. Menghadkan migrasi, membuat ujian saringan kepada pekerja-pekerja asing yang berhijrah terutamanya dari Negara-negara dunia ketiga untuk bekerja dan melancong perlu dilakukan dengan ketat dan sistematik. Biasanya penduduk-penduduk dari dunia ketiga seperti dari benua Afrika, AsiaTimur sering menjadi penyebab kepada jangkitan penyakit yang tidak popular sebelum ini. Dengan adanya peranan WHO yang membuat peraturan migrasi, ujian saringan penyakit akan dapat mengurang dan mengawal wabakwabak penyakit berjangkit yang tidak popular seperti chikugunya, selesema burung dan penyakit tangan, kaki dan mulut.

Soalan 2 b) Tindakan Guru Besar semasa menghadapi krisis keracunan makanan tambahan di sekolah. Guru Besar merupakan penggerak utama untuk memastikan kejayaan pelaksanaan program bersepadu sekolah sihat (PBSS). Setiap perancangan, pelaksanaan dan aktivitiaktiviti pendidikan kesihatan perlu di pantau dengan teliti, terutamanya dalam program bekalan susu dan makanan tambahan di sekolah supaya merid-murid mendapat bekalan mengikut kuantiti dan kualiti yang betul. Kes keracunan makanan di kalangan murid sekolah sering menjadi bahan berita dan di laporkan dalam akhbar-akhbar tempatan. Dalam kes keracunan makanan, Guru Besarperlu memainkan peranan yang penting dan bertindak dengan cepat supaya kes keracunan tidak berlaku dan berulang. Antara peranan yang boleh diambil oleh Guru Besar ialah:• Merancang aktiviti dengan mengambil kira: Keperluan warga sekolah bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga emosi serta keadaan persekitaran yang selamat  Pengalaman murid dan guru supaya dapat digabungkan untuk menjalankan aktiviti PBSS yang berkesan  Kemahiran kesihatan, kemahiran berfikir secara kritis dan bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan masyarakat  Kesedaran murid tentang pentingnya kemahiran kesihatan serta mempunyai azam yang kuat untuk menjaga kesihatan diri • Memastikan pelaksanaan dan pemantauan aktiviti PBSS dijalankan dengan terancang, tersusun dan berterusan • Menjalinkan hubungan yang baik serta memberi penerangan kepada masyarakat setempat, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan berkaitan dengan PBSS Guru Besar hendaklah melaksanakan perkara-perkara yang terdapat dalam ‘Garis Panduan Kantin Sekolah’. Persatuan PIBG perlu memberikan kerjasama dalam menentukan kebersihan dan keselamatan makanan di sekolah. Berpandukan kepada kurikulum yang sedia ada, adalah didapati bahawa penekanan kepada aspek-aspek kebersihan dan keselamatan makanan adalah tidak mencukupi dan perlu dipertingkatkan. Pengusaha-pengusaha kantin, pengendali makanan di dapur asrama dan juga murid-murid sekolah perlu diberi pendedahan yang lebih dari aspek-aspek :• Pendekatan kepada memilih makanan yang selamat • Pendekatan kepada keracunan makanan seperti punca-punca keracunan makanan, gejala-gejala dan cara-cara pencegahan • Konsep pelabelan makanan

• • •

Penyediaan makanan yang selamat Pendekatan kepada penyimpanan makanan yang selamat Pendekatan kepada kebersihan diri dan tabiat baik dalam pengendalian makanan

Pemeriksaan kantin dan dapur asrama sekolah dilakukan sekurang-kurangnya dua kali setahun adalah disyorkan. Pemeriksaan secara fizikal seperti pengukuran suhu, masa memasak, suhu penyimpanan dan suhu penyajian hendaklah diberi keutamaan daripada pemeriksaan secara visual. Garis panduan kauteri sekolahg ditekankan kepada pengusaha kantin. Kursus dan piawaian awalan kebersihan hendaklah diberikan kepada pihak pengendali makanan. Oleh itu, ciri-ciri kebersihan dan keselamatan makanan hendaklah diserapkan di sekolah-sekolah terutama di kantin dan dapur asrama sekolah. Perkaraperkara asas yang diutamakan untuk memastikan makanan bersih dan selamat ialah :• Kebersihan bahan mentah • Pengendalian makanan yang bersih • Kebersihan diri pengendali makanan • Keperluan kemudahan asas yang mencukupi • Reka bentuk premis dan peralatan yang sesuai • Pengurusan dan penyelenggaraan premis yang sempurna • Penyediaan makanan yang betul Guru Besar juga boleh mengadakan program gotong-royong dengan bantuan PIBG untuk memastikan kemudahan asas dan fizikal yang sentiasa bersih, ceria, selamat dan sihat. Pihak sekolah seharusnya memastikan bekalan air tandas, parit, asrama dan kantin sentiasa bersih, selamat dan berfungsi. Selain daripada itu, persekitaran sekolah juga seharusnya bebas dari risiko keracunan makanan. Kempen-kempen dan program kesihatan juga boleh dijalankan bagi membentuk persekitaran sosial sekolah yang sihat dan selamat. Melalui kempen ini, akan mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif untuk perkembangan mental yang sihat dan dapat melahirkan murid yang tahu menjaga kesihatan diri serta akan melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dengan tenteramnya kesedaran penjagaan kesihatan diharapkan agar amalan kesihatan yang baik ini akan disalurkan oleh murid kepada keluarga masing-masing. Guru Besar juga perlu bertindak cepat jika ada tanda-tanda dan simpton keracunan makanan seperti sakit perut dan cirit-birit, rasa letih, kejang otot, sakit kepala dan pening. Antara langkah-langkah yang perlu di ambil ialah :• Laporkan dan bawa murid-murid yang disyaki ke hospital • Laporkan ke PPD / JPN • Maklumkan dan hubungi ibu bapa murid-murid yang terlibat • Sediakan laporan awal tentang kejadian tersebut dan hantarkan satu salinan ke JPN dan Kementerian Pendidikan



Elakkan daripada membuat sebarang kenyataan akhbar

Related Documents

Assigment
June 2020 23
Assigment
October 2019 31
Assigment
May 2020 30
Assigment
April 2020 25
Ict Assigment
May 2020 16
Cover Assigment
April 2020 19