Assigment 1

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Assigment 1 as PDF for free.

More details

  • Words: 2,029
  • Pages: 12
SURAH MARYAM Surah ini mengandungi 98 ayat dan diturunkan di Mekah yang penuh dengan tuntutan akidah tentang kekuasaan mutlak dan keesaan Allah. Surah ini diturunkan untuk menceritakan kepada manusia tentang kekuasaan Allah SWT diatas kelahiran dua nabi iaitu Nabi Allah Yahya dan Isa.

INTIPATI AYAT Menurut riwayat dari Ibnu Abbas ; empat huruf dari ayat pertama iaitu Kaf Ha Ya Ain Shad adalah potongan daripada nama Allah. Kaf potongan nama Allah Al-Kabir yang bererti Maha Besar, Ha potongan Al-Hadi bererti Yang Memberikan Petunjuk, Ya dan Ain potongan Al-Aziz bererti Yang maha Kuasa atau Maha Perkasa dan Shad potongan AshShadiq bererti Yang Maha Jujur. Ayat 2 hingga 11 menceritakan kisah Nabi Zakaria a.s yang telah berdoa kepada Allah SWT dengan rendah hati, suara lemah-lembut, rendah diri dan sopan santun memohon seorang anak lelaki untuk mewarisi keturunan beliau dan Nabi Yaakub untuk menyambung tugas membimbing kaum dan ahli keluarganya ke jalan yang diredhai. Nabi Zakaria sedia maklum bahawa isterinya mandul dan tidak mungkin mereka akan dikurniakan anak. Allah lagi Maha berkuasa telah memakbulkan permohonan Nabi Zakaria dengan mengurniakan seorang anak lelaki yang telah diberi nama Yahya. Satu nama yang tidak ada seorang pun dimuka bumi pada waktu itu. Dan Allah telah memberi petanda beliau akan memperoleh seorang anak lelaki apabila Nabi Allah Zakaria tidak akan dapat bercakap dengan manusia lain selama 3 hari. Maka lahirlah Nabi Allah Yahya dengan selamat dan diberi kitab Taurat untuk panduan membimbing manusia ketika itu ke jalan yang diredhai. Ada pun Nabi Allah Yahya adalah seorang yang bertaqwa, hormat dan berbakti kepada orang tuanya, tidak sombong dan tidak derhaka.

Penghormatan yang lebih jelas diberi semasa kelahirannya, hari beliau meninggal dan hari beliau akan dibangkitkan. Kelahiran Nabi Yahya disebut dari ayat 12 hingga 15.

Pengajaran dari ayat –ayat

tersebut yang boleh kita aplikasikan dalam kehidupan ialah apabila kita berada didalam kesusahan hendaklah kita

memohon hanya kepada

Allah SWT sahaja.Hendaklah kita memohon dengan hati dan jiwa yang bersih sepertimana yang dilakukan oleh Nabi Zakaria walhal perkara itu adalah mustahil apabila seorang yang mandul boleh melahirkan anak. Allah maha berkuasa dari segalanya. Janganlah kita menidakkan sesuatu yang mustahil sedangkan Allah lebih mengetahui apa yang tersurat dan tersirat. Hendaklah kita menghormati dan berbakti kepada kedua ibubapa dan sentiasa bersikap rendah diri, bertaqwa kepada Allah, tidak sombong dan derhaka barulah hidup kita akan lebih diredhai oleh Allah SWT. Islam mengajar umatnya sentiasa berpegang teguh kepda ajaran Allah. Ayat

seterusnya

Allah

menyuruh

Nabi

Muhammad

SAW

menceritakan dan memperingatkan kita ummatnya di dalam kitab AlQuran, wahyu Maryam yang telah disampaikan kepada beliau. Maryam merupakan anak asuhan kepada Nabi Allah Zakaria telah mengasingkan diri semata-mata untuk beribadat kepada Allah namun beliau telah didatangi malaikat jibril untuk menyampaikan utusan Allah bahawa beliau akan dianugerahkan seorang anak lelaki yang suci. Maryam telah menerima dengan hati terbuka namun beliau kehairanan bagaimana beliau akan memperoleh seorang anak lelaki sedangkan beliau belum

berkahwin dan tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki. Utusan Allah memberitahu jika Allah berkehendak tiada yang mustahil bagiNya sedangkan Allah menjadikan seluruh isi Alam ini baik dilangit dan di bumi daripada tidak ada lalu diadakan. Bukti ini (dengan lahirnya nabi Isa) akan menjadi kemahakuasaan Allah atas makhluknya iaitu kuasa yang mutlak. Ini adalah tanda bahawa Allah itu ada dan wujud dan Dia berkuasa menciptakan manusia didalam rahim seorang anak dara. Lahirnya anak itu bukanlah semata-mata tanda atau ayat menunjukkan kemahakuasaan Allah bahkan juga Rahmat kerana lahirnya anak itu membawa tugas dan menjadi rasul. Hal tersebut telah pun diputuskan oleh Allah dan telah tertulis di dalam rencana Allah. Maryam pun mengandung lalu membawa diri dan kandungannya jauh dari penglihatan orang untuk menyelamatkan diri dan anak yang lahir kelak daripada tuduhan-tuduhan yang hina. Disaat hendak melahirkkan , malaikat Jibril datang dengan membawa wahyu dari Allah apabila Maryam merasakan lebih baik mati daripada menjadi buah mulut orang tentang anak yang bakal dilahirkan tidak mempunyai bapa. Malaikat memberitahu apa yang dilalui oleh Maryam tidak terlepas dari penjagaan Allah dan Allah telah menyediakan sebatang anak sungai dan sepohon pokok kurma. Menurut sebuah Hadis yang marfu’ dirawikan oleh athThabrani, yang diterima dengan sanadnya dari Ikrimah, yang didengar daripada Abdullah bin Umar, bahawa beliau ini pernah mendengar Rasulullah s.a.w. mengatakan bahawa sungai kecil yang disediakan buat maryan itu ialah istimewa ditimbulkan oleh Allah.”Dan goyangkanlah

pangkal pokok kurma itu kearahmu, niscaya pokok kurma itu akan menggugurkan kepadamu kurma yang masak ranum”.(ayat 25). Pengajaran dari ayat ini yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan kita ialah, takdir dan pertolongan yang telah disediakan oleh Allah hendaklah juga disertakan oleh usaha manusia itu sendiri. Ajaran kepada Maryam ini adalah ajaran buat manusia yang beriman jua seluruhnya. Dan Allah telah menyuruh Maryam bernazar dari berkata-kata pada khalayak ramai melainkan isyarat tangan sahaja kerana berdiam diri adalah jalan terbaik kerana orang tidak akan percaya dia mengandung dan melahirkan anak adalah atas kehendak Allah semata-mata. Maryam membawa anak yang dilahirkan kepada kaumnya dan dia telah dihina dan dituduh sebagai perempuan jahat. Atas kekuasaan Allah, Isa yang yang masih bayi berkata-kata kepada kaumnya bahawa beliau adalah hamba Allah yang telah diberikan kitab dan telah menjadi seorang Nabi. Diwajibkan keatas beliau sembahyang dan berzakat serta berbakti kepada ibu (Maryam) serta tidak sombong. Nabi Isa memohon kepada Allah agar dia selamat dalam tiga penggantian hidup iaitu dihari dia membuka mata menghadapi hidup didunia, di alam kubur selepas maut yang dinamai juga Alam Barzakh dan di hari kiamat seketika dibangkitkan kembali. Itulah Isa anak Maryam. ‘Allah Yang Tunggal’ adalah intipati dari ayat 35 hingga 40. Kejadian Nabi Isa adalah sama dengan kejadian Nabi Adam dari tanah dan apabila Dia berkata : “Jadilah!”, maka dia pun terjadi. Bukanlah anak Allah seperti mana yang disebut oleh orang kafir. Allah yang demikian

besar dan agung kekuasaannya, yang dengan satu ucapan saja menyuruh terjadi,sesuatu pun terjadilah. Allah Maha Besar dan Allah ialah

tuhanku

dan

tuhan

kamu

dan

sembahlah

Dia

dengan

memperhambakan diri kepadaNya sahaja serta tidak menyekutukan Dia dengan yang lain kerana ini adalah jalan yang lurus. Sepertimana seruan sekalian Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah itu agar manusia menyembah, berbakti dan beribadat kepada Allah. Akan dibuka penglihatan dan pendengaran manusia pada hari kiamat nanti dimana perkara yang dipandang mudah di dunia akan diperluaskan pandangannya dengan tajam dan akan kelihatanlah kesalahan masa lampau sampai kepada yang sekecil-kecilnya. Dan Allah telah bersabda kepada utusannya, Nabi Muhammad s.a.w. untuk beri peringatan dari sekarang kepada umatnya bahawa pada hari penyesalan tiada lagi sesalan yang akan diterima. Dan semua yang bernyawa akan mati dan kepada Allah jua kembalinya. Pengajaran dari ayat ini, tiada satu pun di muka bumi ini adalah hak manusia bahkan ia adalah kepunyaan Allah. Insafilah segala kesilapan yang telah kita lakukan dan sesungguhnya Allah Maha Pengampun. Allah masih membuka pintu taubat untuk umatnya. Sebagai umat islam, sembahlah Allah yang agung. Sudah nyata bahawa seluruh Alam ini Allah yang punya, Dia yang Kuasa dan bumi tempat kita hidup ini adalah diantara yang dikuasai mutlak oleh Allah. Dari Surah Maryam ini juga turut diperingatkan kisah Nabi Ibrahim kepada ayahnya. Dengan rasa rendah diri dan lemah-lembut, Nabi Ibrahim mengajak ayahnya meninggalkan berhala dan menyembah Allah

yang satu. Namun, ayahnya menentang dan menyuruh Nabi Ibrahim meninggalkan beliau kerana cukup yakin dengan berhala yang disembah. Sesungguhnya sikap Nabi Ibrahim adalah sikap terpuji dimana beliau masih mendoakan keampunan tuhan kepada ayahnya. Demi ketaatan kepada Allah, Nabi Ibrahim menjauhkan diri dari ayahnya. Dari ayat ini, kelihatan khidmat dan hormat yang penuh daripada anak yang berbudi terhadap ayah yang dicintai. Cinta kepada ayah bukanlah bererti meninggalkannya didalam kesesatan sebaliknya beliau menegur dengan

sopan

dan

dengan

keras

pula

beliau

memperlihatkan

pendiriannya bahawa Tuhan yang sebenarnya patut disembah hanyalah Allah. Setelah putus hubungan dengan ayah ada kaumnya, Allah gantikan dengan kelahiran puteranya Nabi Ishak dan seterusnya cucu beliau Nabi Ya’kub. Dan Allah kurniakan rahmat buat anak dan cucunya iaitu Rahmat Rohaniyah yang paling tinggi yang tidak dapat dicapai oleh oleh manusia iaitu menjadi Nabi dan Rasul. Di dalam surah ini turut diperingatkan kisah Nabi Musa yang mempunyai keistimewaan tersendiri dan telah diangkat oleh Allah menjadi Nabi dan Rasul dan diberi pendamping iaitu Harun seorang Nabi. Begitu juga kisah nabi Ismail dan Nabi Idris yang telah diangkat oleh Allah ke tempat yang tinggi. Dan ketahuilah oelh kita Nabi-nabi itu adalah oranng yang terpilih. Ayat 59 sehingga 63, menceritakan keturunan-keturunan selepas itu yang lalai mengerjakan sembahyang dan yang terlalu mengikut syahwat akan bertemu kesesatan kecuali orang yang bertaubat

dari kesilapan lalu, orang yang beriman dan beramal salih yang akan dijanjikan syurga buat mereka. Dan segala yang ada pada kita adalah kepunyaan Allah baik dihadapan dan dibelakang kita. Tiada satu pun yang boleh menyamainya. Kebesaran Allah tiada tandingan. Dialah yang telah menghidup dan Dia juga yang akan mematikan kita. Diperingatkan kepada manusia kejadian manusia dimana tiada satu pun manusia ketika itu melainkan Allah dan para malaikat. Dijanjikan neraka buat mereka yang lalai dan durhaka kepada tuhan dan hanya Allah yang mengetahui siapa diantara kita yang akan dibakar terlebih dahulu didalam neraka. Dan pada waktu itu, tiada seorang pun yang akan terkecuali itulah janji Allah kepada umatnya. Ayat 73 sehingga 76 menggambarkan kehidupan yang kufur oleh manusia yang mementingkan kedudukan, pangkat dan harta benda berbanding kehidupan orang yang beriman yang hidup didalam keserhanaan tanpa memikirkan harta benda, pangkat dan kedudukan. Ayat ini menerangkan tentang umat-umat terdahulu yang tidak beriman yang telah dibinasakan dan bukan harta benda, kedudukan atau pangkat yang dapat membantu mereka sebaliknya amalan yang salih dapat menyelamatkan mereka itu. Manusia yang mendapat keredhaan Allah dan mendapat petunjuk Allah sahaja yang kekal di sisi Allah s.w.t. Ayat 81 hingga 87 – ‘Suatu Kesalahan Berfikir’. Didalam ayat ini, mereka mempertuhankan benda atau perkara yang tidak dapat membantu mereka. Sedangkan Allah telah memperlihatkan kekuasaan

dan kebesaran mutlakNya. Dikirimkan syaitan untuk orang-orang kafir itu. Syaitan akan memperdayakan manusia mana yang lemah imannya yang tidak teguh pendiriannya. Perhitungan itu sudah ada di tangan Allah dan segala yang dilakukan oleh manusia tidak terlepas dari perhitungan. Tersebutlah dalam ayat 85, orang-orang yang bertakwa akan datang kepada Allah sebagai Perutusan dan orang durhaka akan dicampak ke dalam neraka tanpa pertolongan dan perlindungan kecuali bagi mereka yang telah membuat perjanjian dengan Allah. Ayat ini memberikan ketegasan jalan yang lapang bagi tiap orang yang akan bertaubat dari kesalahan. Berikanlah didikan kepada anak sejak dia masih kecil, agar dia ingat janjinya dengan Allah. Umur 7 tahun ajar dan didiklah dia sembahyang. Ajar mengaji, lancarkan lidahnya membaca ayat-ayat Tuhan. Malahan seketika dia lahir ke dunia, ucapkanlah kalimat azan pada telingannya. Kerana memang ada sebuah Hadith, baik yang dirawikan oleh Abu Daud atau yang dirawikan oleh anNasa’i, anjuran Nabi menyambut kelahiran putera dengan azan pada telinganya. Kerana didalam azan itu telah terdapat janji itu. Allah hanya satu,Esa dan Tunggal. Teramatlah berdosa manusia yang mengatakan Allah mempunyai anak. Hanya manusia yang bernyawa

memerlukan

anak

untuk

mempunyai

keturunan

seterusnya.Manusia harus berfikir dengan cerdas, mengakui Tauhid dengan tidak menyyekutukan Allah dengan yang lain dan tidak pula ada Tuhan tandingan, tidak Dia beranak, tidak Dia diperanakkan dan tidak Dia memerlukan isteri. Dia adalah Esa dan hanya Dia sendiri tempat kita

berlindung. Semua makhluk Allah itu kelak akan datang menghadap tuhan yang Pengasih sebagai hamba belaka. ‘Iman Menimbulkan Cinta’ itulah maksud ayat dari 96 hingga 98. Keimanan yang tebal akan melebatkan lagi kecintaan kita sebagai makhluk kepada Allah. Iman yang berkembang didalam hati dan amal

salih

yang

menjadi

penggerak

hidupnya

menyebabkan

keperibadiaan seseorang muk’min itu bersih luar dalam. “Niscaya akan dijadikan untuk mereka oleh Tuhan Pengasih suatu percintaan”.(ayat 96). Percintaan yang dimaksudkan disini ialah bahawa orang yang beriman dan beramal salih dengan sendirinya tumbuh rasa cinta di hati orang sesame Muk’min terhadap dirinya. Sebab iman itu menimbulkan sinar dalam batin, dan sinar batin itu melimpah keluar, memancarlah sinar itu kepada wajah, mata, rambut dan seluruh diri, cahaya yang menimbulkan cinta. Ayat 97, Allah permudahkan lidah kita dengan Kitab Al-Quran dengan bahasa yang difahami. Sesungguhnya Islam itu bukanlah suatu agama yang menyukarkan. Dengan bahasa yang mudah dapat menggembirakan lagi hati orang yang membaca kerana mereka memahami apa yang tertulis didalamnya baik juga kepada yang mendengar. Bahasa itu juga turut difahami oleh orang-orang kafir kerana bahasa yang dipakai buat mengancam itu adalah bahasa mereka sendiri, mudah-mudahan mereka pun akan insaf. Dan kalau tidak insaf dan

masih keras kepala dengan menolak kebenaran maka kecelakaan jualah yang akan menimpa mereka. Telah banyak sekali golongan-golongan yang menentang Islam telah

dibinasakan

dan

kemusnahan itu berlaku.

tidak

kedengaran

suara

mereka

tatkala

Related Documents

Assigment 1
May 2020 10
Assigment
June 2020 23
Assigment 1
April 2020 7
Assigment
October 2019 31
Assigment
May 2020 30
Assigment
April 2020 25