FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
HBPS 3303: PERKEMBANGAN AFEKTIF DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK SEMESTER: MEI 2009 TUGASAN KURSUS (35%)
ARAHAN 1.
Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada keupayaan anda menghuraikan persoalan yang diberikan dengan disokong oleh hujah-hujah dan bahan-bahan bukti yang tepat dan relevan.
2.
Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan font “Times New Roman” saiz 12 dilangkau baris 1.5 pada kertas bersaiz A4.
3.
Serahkan tugasan anda kepada tutor sebelum / pada Tutorial ke 4.
4.
Tugasan ini terhad kepada 10-12 muka surat sahaja.
5.
Tugasan ini menyumbang sebanyak 35% kepada gred akhir kursus.
6.
Plagiarisme dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Bahan tugasan yang diplagiat tidak akan diterima dan tiada markah akan diberikan untuk bahan tersebut.
1
SOALAN TUGASAN
Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan (ABP) merupakan satu batu asas pegangan guru untuk melakukan sesuatu aktiviti kepada kanak-kanak di dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak atau prasekolah. ABP ini juga merupakan satu konsep yang dapat membantu dan membimbing guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran untuk melaksanakan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap umur, individu, sosial dan kebudayaan mereka.
a)
Berdasarkan pernyataan di atas, anda dikehendaki membuat pemerhatian dengan melawat sebuah pusat asuhan kanak-kanak dan sebuah tadika/prasekolah. Pemerhatian anda itu adalah menjurus kepada perkara-perkara yang dapat menyumbang ke arah pembentukan dan pembelajaran afektif kanak-kanak.
i.
Nyatakan satu jenis aktiviti sosio dramatik yang dilaksanakan di kelas prasekolah yang anda lawati yang dapat membantu pembelajaran kanakkanak dari sudut perkembangan afektif. (5 markah)
ii.
Bincangkan bagaimana anda dapat memupuk domain afektif kepada kanakkanak yang berumur dua tahun. Cadangkan dua aktiviti yang anda kenal pasti dalam lawatan itu yang dapat memupuk perkembangan domain afektif kanak-kanak. (10 markah)
iii.
Berikan cadangan anda dengan membuat huraian secara jelas mengapakah ibubapa dan komuniti amat penting dalam melaksanakan pembelajaran afektif kanak-kanak. (10 markah)
2
b) Sebagai seorang guru yang hampir dengan kanak-kanak anda dikehendaki membuat refleksi tentang kepentingan pembelajaran perkembangan afektif terhadap kanak-kanak. (10 markah)
[Jumlah: 35 Markah]
3
PANDUAN PELAJAR
Rujukan kepada modul dan sumber-sumber bercetak lain atau sumber dalam Internet yang boleh dipercayai (contohnya sumber yang disediakan oleh orang atau organisasi yang
mempunyai reputasi yang baik) diperlukan untuk memahami konsep sebelum
pelajar dapat memberi contoh yang tepat dan sesuai. Sila jangan gunakan Wikipedia sebagai sumber rujukan.
1) Anda dikehendaki melawat ke sebuah pusat asuhan kanak-kanak dan sebuah tadika/prasekolah. Tunjukkan bukti kehadiran anda ke tempat-tempat tersebut seperti gambar dan sebagainya.
2) Anda juga dikehendaki membuat pemerhatian dan membuat cadangan-cadangan yang membina perkembangan afektif kanak-kanak. Semua cadangan boleh ditulis di dalam refleksi anda.
PANDUAN TUTOR
1.
Tutor adalah diminta agar dapat membimbing para pelajar semasa penyediaan tugasan amnya, memberi satu atau dua laman web sebagai rujukan pelajar.
2.
Tutor adalah diminta memeriksa dan menandakan tugasan pelajar dan seterusnya memberi markah dan memasukkan markah ke dalam OMES selewat-lewatnya pada tarikh yang telah ditetapkan oleh OUM.
4