Asprisiasi Dan Kritikan Seni

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Asprisiasi Dan Kritikan Seni as PDF for free.

More details

  • Words: 1,186
  • Pages: 5
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 35900 TANJONG MALIM, PERAK PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN SENI (AT23) ASPRISIASI DAN KRITIKAN SENI (SSL 1032) KUMPULAN A TAJUK: SOALAN SISIPAN : ULASAN KARYA NAMA PENSYARAH: DR. MOHD. JOHARI AB. HAMID HARI: RABU MASA: 9AM – 11 AM DISEDIAKAN OLEH: COLETTE BT BARNERD BUTIT D20081030485 SEMESTER 2 2008/2009

Peter Harris Rumah Rakit Sungai Pahang Gouache Tema: Realistik

Karya diatas merupakan sebuah karya yang dihasilkan oleh seorang pelukis pelawat berbangsa Inggeris bernama Peter Harris yang bertajuk ”Rumah Rakit Sungai Pahang” yang dihasilkan dengan menggunakan Gouche mengikut aliran realistik dimana pelukis melukis dengan menggambarkan kenyataan yang benar-benar ada dengan menekankan suasana dari situsi tersebut dan bukannya objek. Seperti yang kita sedia maklum, Peter Harris merupakan seorang pengasas kepada pertubuhan Wednesday Art Group (WAG) yang diasaskan pada tahun 1952. Mereka menjadikan seni sebagai wadah ekspresi diri yang mana ahli-ahlinya kebanyakkannya terdiri daripada guruguru seni dan peminat seni. Karya diatas merupakan salah satu karya yang dihasilkan dengan menggunakan pendekatan baru dalam stail, teknik dan tema dengan menggunakan berus yang lebih besar dan keras serta bahan dan teknik yang lebih tebal daripad cat air. Karya ini juga merakamkan keindahan dan keharmonian alam semulajadi di Sungai Pahang. Sapuan berus warna yang digunakan oleh pengkarya adalah terkawal dengan sifat gouache yang lebih tebal. Pengkarya merakamkan suatu mesej tentang keindahan alam semulajadi yang belum diganggu oleh arus pembangunan. Muliyadi Mahmood dalam bukunya yang betajuk Seni Lukis Moden Malaysia (2001-2004) menyatakan bahawa Peter Harris telah mengolah suatu konsep komposisi yang agak dinamik dab bernyawa terutamanya pada aliran sungai yang bersifat diagonal. Imej pergerakan sungai yang membentuk garis pepenjuru ini dikatakan olenya beliau sebagai pemecah kepada kebuntuan format empat segi bujur karya tersebut. Dari aspek kritikan amali, unsur seni yang terdapat dalam karya ini ialah garisan, warna, rupa, bentuk, jalinan dan ruang manakala prinsip seni adalah seperti keharmonian, imbangan dan pergerakan. Kesan garisan membantu dalam menyampaikan rupa dan bentuk imej yang diggambarkan oleh pengkarya. Warna yang digunakan juga adalah warna yang baru diperkenalkan kepada pengikut WAG pada masa tersebut dan jarang digunakan pada masa sekarang. Kesan warna berjaya diolah oleh beliau dengan begitu baik dan cantik serta kemas kelihatan. Beliau telah menggunakan warna sewarna iaitu kumpulan warna hijau dan kuning iaitu warna semulajadi alam semulajadi. Gabungan kesemua elemen-elemen seni telah membantu beliau menyampaikan mesej dengana baik. Beliau juga berjaya memasukkan perasaan harmoni dalam karya ini, kesan pergerakan pada permukaan air dan kesan imbangan yang baik terhadap objek-objek yang dilukis. Kadar banding diantara imej yang berada di belakang dengan imej yang berada dihadapan mewujudkan suatu ruang pemisah antara objek. Sebagai contohnya rumah rakit berada pada kedudukan yang rendah berbanding pokok kayu telah membentuk ruang

dibahagian tengah iaitu tebing sederhana cerun dengan beberapa tumbuhan renek seperti pokok keladi. Sebagai kesimpulannya, walaupun Peter Harris dikatakan dalam sejarah seni Malaysia sebagai salah seorang pelukis pelawat namun kesan atau tinggalan seni yang beliau hasilkan telah menjadi sumber rujukan utama dalam mengenali sejarah seni tanah air. Selain daripada itu karya ini juga penting bagi menggambarkan kehidupan masyarakat Malaysia terdahulu.

Jaafar Taib Akrilik Sang Juara Tema: Realistik

Jaafar Taib merupakan seorang pengkarya yang dikatak sebagai seorang seniman yang mampu menguasai hampir kesemua genre dalam seni. Beliau mempunyai banyak karya dalam catan, karikatur, potrait dan banyak lagi. Menurut Dr. Mohd Johari Ab. Hamid dalam bukunya yang bertajuk Aspresiasi dan Kritikan Seni Visual (2008:140), Jaafat Taib dikatakan mula memberikan perhatian secara serius kepada spesis burung dan ayam hutan dalam karya beliau. Jaafar Taib berpendapat ini merupakan tanggungjawab beliau dalam merakamkan semula spesisspesis tersebut keatas kanvas sebagai suatu himpunan khazanah untuk tatapan generasi akan datang. Karya realistik diatas merupakan karya yang telah dihasilkan oleh Jaafar Taib dengan tajuk ‘Sang Juara’ dengan menggunakan akrilik di atas kanvas. Daripada karya ini kita dapat melihat karya yang begitu menarik apabila pengkarya berjaya menyampaikan imej tersebut pada skala yang betul. Pada pandangan saya karya ini merupakan karya yang mempunyai perkaitannya dengan kehidupan masyarakat desa masyarakat Melayu khususnya yang sinonim dengan budaya memperlagakan ayam. Tajuk ‘Sang Juara’ merupakan suatu karya yang menyampaikan mesej bahawa ayam tersebut mempunyai kekuatan yang luar biasa berbanding ayam-ayam lain. Pengkarya melukiskan sang juara tersebut sedang berada di suatu tempat yang tinggi dengan suatu pemandangan alam semulajadi. Saya berpendapat bahawa sususnan imej seperti ini memberikan gambaran bahawa suatu kelompok masyarakat yang besar yang begitu bangga dan mengiktiraf sang juara ini sebagai seekor ayam yang kuat dan membawa kebanggan kepada tuannya.

Perkara yang sangat menarik perhatian adalah dari aspek penggunaan warna. Pengkarya telah menggunakan warna sebenar yang ada pada seekor ayam jantan dan warna flora yang sesuai bagi menghidupkan lagi suasana tersebut. Kesan ton warna pada ayam jantan juga memberikan suatu kesan realistik dan membantu pelukis membezakan setiap jalur-jalur bulu ayam yang ada. Karya ini kelihatan sangat menarik dan sangat bertenaga. Kesan garisan ditimbulkkan melalui kesan warna yang disapu pada bahagian badan ayam jantan terutamanya pada bahagian ekor ayam tersebut. Selain daripada itu, dengan menggunakan warna pengkarya mampu menampakkan bahawa ayam tersebut mempunyai kekuatan dan kelihatan sangat sihat. Karya yang sangat menarik ini harus diteruskan kerana karya ini bukan sahaja membantu kita mengenali alam dengan lebih dekat tetapi juga membantu kita menganalisis diri kita setakat mana kemampuan kita sebagai seorang orang seni terutamanya dalam kalangan pelajar seni.

Mohd Hoessein Enas Cat minyak Gadis Korea Tema: figuratif

Mohd Hossein Enas terkenal sebagai bapa potrait Malaysia kerana kepandaiannya berkarya dalam menghasilkan potret manusia. Mohd Hossein Enas merupakan seorang pengasas Angkatan Pelukis Semenanjung (APS) yang menjadikan potret dan landskap sebagai tema terpenting dalam berkarya. Seni catan potret merupakan medium yang penting sebelum wujudnya kamera untuk merakamkan diri seseorang. Potret bukan sahaja menjadi suatu bentuk rakaman tetapi juga dihasilkan untuk menjadi kenangan kepada pengkarya dan yang dilukis, berupaya menunjukkan profesion, perwatakan atau kedududukan seseoramng dalam masyarakat tetapi juga menjadi bahan dokumentasi visual yang mampu dijadikan rujukan dalam banyak perkara seperti potret “Monalisa” yang menjadi kajian dan rebutan kepada pencinta-pencinta sejarahwan seni masa ini. Karya diatas merupakan karya yang dihasilkan oleh Mohd. Hossein Enas dengan menggunakan media cat minyak dan menggunakan tema figuratif sebagai tema utama. Karya ini menrakamkan gambar seorang anak gadis berpakaian baju kebudayaan masyarakat korea. Jika dilihat dari aspek paras rupa perempuan tersebut, raut wajah perempuan tersebut menghampiri raut wajah anak gadis masyarakat Melayu. Karya ini mungkin juga dirakamkan oleh pengkarya

dengan mengaplikasikan pakaian tradisional orang Korea keatas orang Melayu pada masa tersebut. Pengolahan aspek kedudukan atau tatatertib duduk figura begitu ditekankan oleh pengkarya dengan mengambil kira aspek keseimbangan karya disamping menampilkan nilainilai lemah lembut dan bersopan. Selain daripada itu Mohd Hossein Enas juga menggunakan warana terang iaitu merah sebagai penegasan kepada mesej yang ingin beliau sampaikan melalui pakaian tradisional masyarakat Korea pada masa tersebut. Setiap garisan-garisan yang ada pada baju disampaikan dengan baik bagi menimbulkan unsur pergerakan walaupun figuratif tersebut dalam keadaan duduk untuk menampakkan ketidakkakuan dalam potret tersebut. Karya-karya Mohd Hossein Enas merupakan suatu warisan dalam seni kerana karyakarya tersebut banyak membantu sejarawan-sejarawan seni meneruskan penyelidikan mereka terhadap perkembangan seni di Malaysia khususnya. Karya ini bukan sahaja mampu mengantikan peranan kamera tetapi juga memiliki nilai keindahan yang sangat tinggi dari segi calitan warna dan penampilan figuratif utama serta perkembangan budaya dalam masyarakat yang berbilang dengan masyarakat asing yang pernah datang ke Tanah Melayu.

Related Documents