1.0 Pengenalan Puisi-puisi yang terdapat dalam antologi puisi kemanusiaan ii merupakan himpunan puisi yang menceritakan kesengsaraan dan penderitaan yang dialami oleh penduduk Palestin akibat kerakusan kuasa bangsa Yahudi di bumi Palestin. Penyair menggambarkan penderitaan dan kesengsaraan dalam puisi yang bertajuk Palestin karya Noorisu binti Ismail, Tangisan Bumi Palestin karya Norzila binti Rosli dan Maharajalela Zionis karya Noruazani binti Abdullah. Tiga buah puisi ini menggambarkan penderitaan dan kesengsaraan yang telah ditempuhi oleh rakyat Palestin untuk terus hidup di bumi tanah tumpah darahnya. Kekejaman dan kerakusan yang digambarkan oleh penyair menjadi noda hitam di dalam hidup masyarakat Palestin yang terpaksa merempat di buminya sendiri. Puisi-puisi yang dipilih ini akan dikritik dalam usaha memahami maksud dan tujuan sesuatu puisi itu dikarang.
2.0 Tujuan Tujuan kritikan puisi ini untuk memahami maksud-maksud yang ingin disampaikan oleh penyair-penyair dalam setiap sajak yang telah dikarang. Setiap puisi yang dikarang oleh penyair mempunyai mesej-mesej yang tersendiri dan perlu diurai dengan lebih teliti untuk memahami maksud sebenar sesuatu puisi. Sebagai contoh puisi karangan Tangisan Bumi Palestin karya Norzila binti Rosli yang menggambarkan penderitaan rakyat Palestin untuk meneruskan hidup akibat peperangan. Sesuatu puisi hanya akan dapat difahami oleh masyarakat sekiranya puisi tersebut dikritik oleh seseorang yang memahami mesej-mesej yang hendak disampaikan.
1
3.0 Batas Perbincangan Dalam menganalisis puisi yang diberikan, terdapat batas-batas perbincangan sebagai garis panduan supaya perbincangan yang dijalankan terhadap sesuatu puisi tidak lari daripada tajuk yang ditetapkan. Perbincangan ini hanya tertumpu kepada aspek-aspek penderitaan, kezaliman dan kesengsaraan yang terdapat dalam setiap puisi yang dipilih untuk dikaji. Kesemua puisi yang mempunyai aspek penderitaan, kezaliman dan kesengsaraan akan dikaji untuk dipertengahkan sebagai panduan dalam mengkritik puisi bagi mengelakkan perbincangan tidak melepasi batas-batas perbincangan yang ditetapkan. Setiap kritikan yang hendak dilakukan mestilah berpandukan sesuatu puisi kerana
4.0 Kaedah Penulisan Kaedah penulisan dalam mengkritik puisi ini ialah berbentuk penceritaan iaitu dengan memahami maksud dan mesej yang hendak disampaikan dalam sesebuah puisi. Penulisan puisi ini turut digunakan oleh pengarang bagi menyampaikan gambaran kehidupan masyarakat Palestin yang penuh dengan penderitaan dan kesengsaraan kepada pembaca melalui puisi yang dikarangnya. Keadaan ini adalah sama semasa mengkritik puisi-puisi di mana isi yang hendak disampaikan oleh pengarang akan dikritik agar lebih mudah difahami oleh pembaca. Pengkritikan ini hanya dijalankan untuk memahami maksud sebenar pengarang dalam setiap puisi yang dihasilkan bagi memudahkan pembaca memahami maksud setiap puisi.
2
5.0 Perbincangan dan Analisis 5.1 Keganasan Aspek keganasan dapat dilihat dalam puisi Palestin karya Noorisu binti Ismail yang dialami oleh masyarakat Palestin akibat kezaliman golongan Yahudi di Palestin. Masyarakat Palestin ini telah dikenali dan menjadi sebutan oleh setiap masyarakat di dunia kerana keganasan yang dialami oleh mereka. Walaupun masyarakat Palestin ini terkenal tetapi mereka tidak dapat lari daripada terus dizalimi oleh golongan Yahudi melalui bom-bom yang digugurkan dikawasan tempat tinggal mereka. Masyarakat dunia hanya mampu mengasihani rakyat Palestin ekoran ketidakmampuan untuk menghentikan keganasan yang dilakukan oleh golongan Yuhudi di bumi Palestin. Kesemua gambaran hidup masyarakat Palestin ini dapat dilihat melalui rangkap yang terdapat dalam puisi Palestin. Pengarang mengambarkan keseluruhan cerita ini melalui bait-bait puisinya iaitu menyebut: Palestin… Namamu disebut-sebut di merata dunia Namamu diperkatakan diseluruh manusia Rakyatmu dikasihani sentiasa Mengapa begini nasibmu Palestin? Dibom tidak terkira Diganasi tanpa kesian belas Sungguh kejam mereka. (baris 1-8)
3
Maharajalela Zionis karya Noruazani binti Abdullah pula menggambarkan keganasan yang dialami oleh rakyat Palestin melalui kebahagian yang mereka kecapi diragut dengan bedilan peluru-peluru daripada tentera Zionis. Bumi tanah tumpah darah rakyat palestin tergadai kerana tidak mampu mempertahankannya daripada dihujani peluru tanpa mata tentera Zionis. Kanak-kanak yang baru mengenal dunia dibunuh dengan kejamnya tanpa mempunyai sifat berperikemanusiaan. Pengarang juga mengutuk tentera Zionis sebagai tentera yang angkuh meragut nyawa rakyat Palestin kerana tidak memdapat tentangan yang sengit daripada penduduk. Tentera Zionis menjadikan Bumi suci Palestin sebagai sebuah bumi yang berdarah hasil daripada kezaliman yang dilakukan di Palestin. Darah-darah rakyat Palestin mewarnai bumi tanah tumpah darahnya iaitu Palestin. Pengarang mengambarkan keseluruhan cerita ini melalui bait-bait puisinya iaitu: Oh…kejamya dunia Tidak terlawan dek bedilan buas Meragut kebahagiaan Palestin Dibuminya sendiri maruah tergadai Meranapkan jiwa yang kecil Dunia dirampas dengan angkuh Zionis bermaharajalela Palestin berdarah Menghitung hari setiap detik Agar buminya berhenti dari keganasan. (baris 9-18)
4
Karya Norzila binti Rosli yang bertajuk Tangisan Bumi Palestin mengisahkan luahan hati penulis terhadap keganasan Zionis yang semakin tidak terkawal. Penyajak juga mempersoalkan sifat perikemanusiaan Zionis yang begitu zalim terhadap rakyat Palestin. Walaupun terdapat tentera Palestin yang kental mempertahankan negara tetapi tidak dapat menghalangan keganasan yang dilakukan oleh Zionis terhadap negara mereka. Penduduk Palestin terpaksa melarikan diri kerana tidak ingin menjadi mangsa keganasan pemburu kejam yang Zionis. Kejam! Kejam! Keganasan rejim Zionis semakin menjadi-jadi Kenapa tidak ada sifat perikemanusiaan? Lascar agung begitu ramai Tidak bisa ditangani Penduduk Palestin melarikan diri umpama unggas Yang bakal menjadi mangsa pemburu kejam (baris 8-14)
5.2 Penderitaan Aspek penderitaan banyak dipertengahkan oleh penyajak-penyajak dalam puisi yang Antalogi Puisi Kemanusiaan ii. Aspek ini kita dapat lihat dalam sajak hasil karya Noorisu binti Ismail dengan menggambarkan ramai masyarakat Palestin yang menderita kerana kerakusan Zionis melakukan keganasan tanpa dibendung oleh masyarakat dunia. Penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin ini telah mengakibatkan banyak nyawa terkorban. Penderitaan dan kesakitan ini telah dialami oleh semua golongan sama ada
5
golongan muda dan golongan tua. Penyajak meluahkan rasa hatinya yang mendalam melalui karya beliau iaitu: Palestin…. Rakyatmu ramai yang menderita Kematian sudah tidak terkira Kesakitan dirasai tua dan muda (baris 15-18)
Maharajalela
Zionis
karya
Noruazani
binti
Abdullah
membongkar
ketidakpuashatian penulis terhadap kelakuan Zionis ke atas rakyat Palestin yang menjadikan bumi Palestin seperti sebuah bumi yang dahagakan darah rakyatnya sendiri. Masyarakat Palestin menghitung hari agar bumi yang dicintai menjadi aman untuk didiami tanpa serangan kejam Zionis walaupun hanya untuk seketika. Penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin dirasai seperti satu kepastian yang akan dirasai oleh setiap penduduk
Palestin dan hanya mampu berharap penderitaan yang dialami akan
dihanyutkan oleh arus yang deras membawa pergi penderitaan sejauh-jauhnya walaupun hanya untuk seketika: Zionis bermaharajalela Palestin berdarah Menghitung hari setiap detik Agar buminya berhenti dari keganasan Penderitaan dihanyut arus deras Walau seketika….
6
Aspek yang sama juga dapat dikesan dalam sajak yang bertajuk Tangisan Bumi Palestin Karya Norzila binti Rosli. Bumi Palestin berdarah kembali dengan darah rakyatnya yang penuh dengan penderitaan. Penyajak mempersoalkan peristiwa yang berlaku di Palestin yang penuh dengan kekejaman. Mengapa begitu banyak penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di dalam tanah airnya sendiri. Bedilan peluru menghujani di atas permukaannya sehinggakan tiada lagi tempat untuk berlindung daripada ancaman yang berlaku akibat peristiwa berdarah yang berlaku di Palestin. Norzila binti Rosli amat yakin peristiwa yang berlaku di Palestin dalam rangkap sajaknya yang berikut: Bumi Palestin…. Kini kau menangis lagi Mengenang rakyatmu yang penuh derita Mengapa ini semua harus terjadi? Mengapa harus kejam begini? Hujan peluru mencurah-curah di bumimu Tiada lagi tempat berlindung
5.3 Kezaliman Kezaliman merupakan aspek yang paling banyak dipersoalkan oleh pengarang dalam
setiap
sajak
yang
dihasilkannya.
Kezaliman
merupakan
sifat
tidak
berperikemanusiaan yang ada pada setiap manusia. Noorisu binti Ismail dalam karyanya Palestin menceritakan tangisan yang didengari diseluruh Palestin disebabkan kezaliman Zionis yang masih bermaharajalela yang tidak dapt dibendung lagi. Penyajak juga
7
memujuk rakyat Palestin supaya bersabar menempuhi segala dugaan dan cabaran yang melanda. Penyajak juga menegaskan bahawa pada suatu masa nanti rakyat Palestin pasti akan mendapat pembelaan yang sewajarnya: Tangisan terdengar sini-sana Kezaliman masih bermaharajalela Bersabarlah wahai rakyat Palestin Nasibmu pasti dibela (baris 20-23)
Hati penyajak berasa tersangat sayu apabila melihat kekejaman yang berlaku di dalam dunia ini. Kekejaman yang berlaku dengan penuh keangkuhan apabila menodai manusia-manusia yang lemah seperti harimau yang buas menganas yang tidak dapat dibendung lagi. Itulah perumpamaan yang dapat dibuat oleh penulis terhadap kekejaman Zionis kepada rakyat Palestin. Penulis merasakan Zionis sungguh kejam kerana sering mengalirkan darah di bumi Palestin yang telah banyak mengorbankan nyawa manusia yang tidak berdaya. Gambaran cerita di atas dapat dilihat melalui sajak Noruazani binti Abdullah yang bertajuk Maharajalela Zionis: Betapa sayunya hati Melihat kekejaman dunia Begitu angkuh menodai insan lemah Bak harimau buas yang ganas Kekejaman Zionis Tatkala melihat darah merah mengalir
8
Meragut nyawa membawa jauh pergi Badan dikandung tanah tidak berdaya (baris 1-8)
Dalam sajak Tangisan Bumi Palestin karya Norzila bt Rosli, aspek kekejaman dapat dilihat melalui rangkap-rangkap dalam sajak beliau. Segerombolan penduduk Palestin melarikan diri seolah-olah seperti unggas yang bakal menjadi mangsa kepada pemangsa yang digelar pemburu kejam. Ketawa orang-orang barat kedengaran di bumi Palestin seperti bersorak gembira melihat rakyat Palestin menderita kerana perangkap yang dikenakan telah terjerat. Mereka berpesta tanpa mempunyai perasaan belas kasihan melihat kekejaman yang dihadapi oleh rakyat Palestin: Penduduk Palestin melarikan diri umpama unggas Yang bakal menjadi mangsa si pemburu kejam Ketawa riang dari Barat kedengaran sehingga ke Palestin Bersorak gembira melihat mangsa sudah terkena jerat Tanpa belas kasihan mereka terus berpesta (baris 13-17)
9
6. Rumusan Perbincangan dan Analisis Setelah meneliti tiga buah sajak ini, penyajak ingin menyedarkan pembaca penderitaan hidup yang dialami oleh penduduk sebuah negara yang dikenali sebagai Palestin. Kesengsaraan hidup yang dialami oleh rakyat Palestin memberi kesedaran kepada penyajak untuk meniupkan gelombang persaudaraan seagama di dalam diri setiap pembaca sajaknya. Selain itu, penyajak mengesa masyarakat dunia bekerjasama dalam menghentikan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan bangsa Yahudi ke atas penduduk Palestin. Kekejaman, kesengsaraan dan penderitaan merupakan isu yang dikupas oleh penyajak bagi menggambarkan kehidupan sebenar yang dialami ketika ini oleh penduduk Palestin. Perbuatan yang tidak bermoral yang dilakukan oleh bangsa Yahudi perlu dihentikan bagi memastikan keamanan dapat dicapai sekaligus menghentikan peperangan yang telah mengorbankan ribuan nyawa.
10
Lampiran 1. Sajak Palestin karya Noorisu binti Ismail Palestin… Namamu disebut-sebut di serata dunia Namamu diperkatakan seluruh manusia Rakyatmu dikasihani sentiasa Mangapa begini nasibmu Palestin? Dibom tidak terkira Diganasi tanpa kesian belas Sungguh kejam mereka Palestin… Bersabarlah engkau menerima segalanya Jangan digentar melawan musuh bersenjata Bangkitlah engkau menentang Jangan mudah menyerah kalah Anggaplah ini satu dugaan dari Yang Maha Kuasa Palestin… Rakyatmu ramai yang menderita Kematian sudah tidak terkira Kesakitan dirasai tua dan muda Kebuluran semakin berleluasa Tangisan terdengar sini-sana Kezaliman masih bermaharajalela Bersabarlah wahai rakyat Palestin Nasibmu pasti dibela
11
2. Maharajalela Zionis karya Noruazani binti Abdullah Betapa sayunya hati Melihat kekejaman dunia Begitu angkuh menodai insan yang lemah Bak harimau buas yang menganas Kekejaman Zionis Tatkala melihat darah merah mengalir Meragut nyawa membawa jauh pergi Badan dikandung tanah tidak berdaya Oh..kejamnya dunia Tidak terlawan dek bedilan buas Meragut kebahagiaan Palestin Di buminya sendiri maruah tergadai Meranapkan jiwa yang kecil Yang baru ingin mengenal dunia Dunia dirampas dengan angkuh Zionis bermaharajalela Palestin berdarah Menghitung hari setiap detik Agar buminya berhenti dari keganasan Penderitaan dihanyut arus deras Walau seketika Zionis bermaharajalela Merampas cinta Palestin Merampas hak hidup di buminya Mengejar kebahagiaan…. Kezaliman Zionis disaksikan beribu mata Melihat keangkuhan memusnahkan Islam Betapa dahsyatnya….
12
Darah merah mengalir sana sini Membasahi tanah yang tidak berdosa Bedilan memusnahkan harapan Palestin Memusnahkan impian Membawa jauh pergi meninggalkan kepalitan Berdarah…betapa meragut kebahagiaan Meninggalkan memori berdarah Oh dunia bangkitla dari kealpaan Melihat kemusnahan saudaramu Di buminya… Walau seketika
3. Tangisan Bumi Palestin karya Norzila binti Rosli Bumi Palestin… Kini kau menangis lagi Mengenang rakyatmu yang penuh derita Mengapa ini semua terjadi? Mengapa harus kejam begini? Hujan peluru mencurah-curah di bumimu Tiada lagi tempat berlindung Kejam! Kejam! Keganasan rejim Zionis semakin menjadi-jadi Kenapa tidak ada sifat perikemanusiaan? Lascar agung begitu ramai Tidak bisa ditangani Penduduk Palestin melarikan diri umpama unggas Yang bakal menjadi mangsa si pemburu kejam Ketawa riang dari Barat kedebgaran sehingga ke Palestin Bersorak gembira melihat mangsa sudah terkena jerat 13
Tanpa belas kasihan mereka terus berpesta Mengapa kejam sekali perbuatan mereka? Darah merah pekat mengalir umpama banjir Membasahi seluruh bumi Palestin Kedengaran tangisan di sana sini Tangisan anak-anak kecil memanggil ibu dan ayahnya Tangisan si isteri memenggil suami dan anak-anaknya Tangisan hiba menjadikan bumi Palestin semakin suram Derita dihati semakin parah dan semakin berdarah Jeritan pejuang keamanan tidak dihiraukan Palestin oh Palestin Hancur sudah sebuah negara Islam Nasibmu sama seperti bumi Lubnan, Iraq dan Afghanistan Dab negara Islam yang lain Menjadi mangsa rejim Zionis yang durjana Duhai dunia… Bukalah matamu seluas-luasnya Simpatilah pada nasib manusia sepertimu Yang tidak berdosa Yang menjadi korban rejim Zionis durjana Berilah bantuan dan semangat untuk terus bertahan Ya Robbul-Izzati… Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penyayang Lindungilah hamba-hambaMu yang tidak berdosa Engkau hancurkanlah musuh-musuh Islam Yang telah memusnahkan bumi Palestin Amin…
14