Keselamatan

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Keselamatan as PDF for free.

More details

  • Words: 648
  • Pages: 1
Keselamatan, kesihatan pekerja terus diperjuang ISU mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) sentiasa dibincangkan di kalangan pekerja, majikan, ahli profesional, kesatuan sekerja dan ahli politik kerana ia memberi kesan langsung terhadap organisasi terutama syarikat dan daya pengeluaran. Isu berkenaan juga mendorong majikan mengambil inisiatif untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti produk selain mengurangkan kos untuk menghadapi cabaran globalisasi. Bagaimanapun, peningkatan produktiviti dan kualiti akan mengakibatkan berlaku ketidakseimbangan dalam pengurusan isu KKP. Sehubungan itu, kerajaan sedar bahawa KKP adalah penting untuk membangunkan negara ke tahap negara maju. Justeru, pembangunan negara perlu dirancang dengan sistematik kerana golongan pekerja adalah aset penting negara. Sesungguhnya, negara akan mengalami kerugian sekiranya banyak kemalangan berlaku di tempat kerja, sama ada membabitkan kecederaan atau kehilangan nyawa akibat kegiatan pekerjaan yang tidak dikendalikan dengan selamat. Statistik menunjukkan tiga sektor pekerjaan iaitu pembinaan, pertanian dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memberi sumbangan besar bilangan kemalangan di tempat kerja. Ia menyebabkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) memberi fokus terhadap ketiga-tiga sektor itu untuk mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja. Malah, pertumbuhan ekonomi negara perlu diiringi dengan penurunan kemalangan dan penyakit pekerjaan. Perlu dijelaskan, sejak 12 tahun Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 diperkenalkan, negara kita berjaya mengurangkan kadar kemalangan industri. Pada 1994, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melaporkan ada 109,447 kemalangan industri dan angka itu menurun kepada 43,385 kes (2005), penurunan sebanyak 60 peratus. Satu perkara tidak dapat dinafikan ialah aliran penurunan bilangan kemalangan ini nyata berlaku sejak kegitan berkaitan KKP dijalankan selepas akta itu digubal pada 1994. Kerajaan menyanjung tinggi sokongan dan kerjasama padu semua pihak seperti ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Majlis Anugerah KKP Kebangsaan, 6 Februari lalu bahawa usaha perlu terus dibuat bagi mengekalkan perhubungan harmoni di kalangan pekerja dan seterusnya meningkatkan tahap KKP agar setanding negara maju. Dalam pada itu, kempen kesedaran keselamatan akan diperhebatkan. Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ditubuhkan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 berperanan menjalankan penyelidikan dan membuat guna serta syor kepada kepada Menteri Sumber Manusia berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Pada masa sama, majlis itu juga perlu meneliti berkaitan penubuhan kaedah kawalan terhadap bahan kimia di tempat kerja, selain membuat analisis statistik terhadap kematian dan kecederaan berhubung dengan pekerja. Majlis itu boleh membuat pembangunan rancangan dan kemudahan pemulihan untuk membantu orang yang cedera di tempat kerja. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr Fong Chan Onn ketika berucap pada Majlis Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2006 baru-baru ini menegaskan majlis itu berjaya memainkan peranannya selama ini. Beliau bangga dengan daya mula Pengerusi majlis itu yang banyak menjalankan kegiatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Satu hasil usaha serta sikap proaktif ahli majlis negara bagi KKP apabila mereka berjaya mengadakan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan atau Minggu KKP Negara pada Minggu Kedua Julai setiap tahun bermula tahun lalu. “Minggu berkenaan juga seiring dengan persetujuan Kabinet tahun lalu dan ia platform penting untuk penganjuran kegiatan Kempen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang membabitkan isu semasa keselamatan dan kesihatan dalam semua sektor pekerjaan,” kata Dr Fong. Di samping Minggu KKP, beliau berkata, negara juga menyambut Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan pada 28 April setiap tahun bermula 2005 bagi memperingati nasib mangsa kemalangan industri dan ahli keluarga. “Aktiviti majlis itu tidak terbatas kepada isu bahaya fizikal di tempat kerja saja, sebaliknya memberi penekanan kepada bahaya psikososial seperti penyalahgunaan dadah dan alkohol dengan lima Seminar Pencegahan Dadah di tempat kerja dianjurkan dengan kerjasama JKKP tahun lalu” kata Dr Fong. Selain itu, beberapa siri lawatan luar negara dilaksanakan majlis itu untuk menimba pengetahuan dan meluaskan pengalaman terutama dalam pengurusan pencegahan kemalangan industri di Jepun, Program ‘Back to Work’ di Perancis dan Keselamatan di tapak bina di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Dr Fong berpuas hati dengan peranan majlis itu kerana kerjasama dan komitmen yang baik di kalangan tiga agensi penting di bawah kementerian di dalam aspek KKP iaitu JKKP, Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) dan Perkeso.

Related Documents

Keselamatan
May 2020 34
Panduan Keselamatan
December 2019 26
Keselamatan Sukan
May 2020 31
Arahan Keselamatan
May 2020 13