Aslina.docx

  • Uploaded by: AsLeina Mahmudin
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Aslina.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,130
  • Pages: 12
1.0 PENGENALAN Perniagaan yang akan dijalankan adalah menyediakan perkhidmatan menjual, memasang dan mengambil tempahan pelbagai jenis perabot. Kebanyakkan masyarakat sekarang mempunyai citarasa dan kreativiti yang tersendiri terhadap pasaran perabot pada masa kini. Ash Furniture Homestore Enterprise menyediakan produk dan perkhidmatan, menjual, memasang dan mengambil tempahan ke atas perabut tersebut. Produk yang dikeluarkan oleh Ash Furniture Homestore Enterperise sangat mementingkan kualiti dan kekemasan bagi setiap jenis perabot bagi memastikan nama baik syarikat Ash Furniture Homestore Enterperise terjaga dan seterusnya dapat memberi kepuasan kepada pelanggan. Pada awal penubuhan syarikat perabut ini telah menerima beberapa tempahan bersaiz sederhana sebelum mengorak langkah seterusnya. Motto kami iaitu, menjaga pelanggan melalui tempahan dan hasil seni yang kami hasilkan supaya dapat memberi kepuasan yang tinggi terhadap pelanggan-pelanggan kami. Perniagaan yang dimulakan ini dengan pembiayaan daripada pihak MARAsebanyak RM100, 000 dan juga modal sendiri sebanyak RM150, 000. Melalui pembiayaan ini, pemilik dapat memulakan perniagaan dengan membeli aset tetap dan juga keperluan lain untuk menjalankan perniagan. Justeru itu, rancangan perniagaan perlu dibuat dengan teliti bagi mendapatkan pembiayaan daripada MARA. Rancangan perniagaan juga sangat penting untuk dijadikan garis panduan dalam pengurusan perniagaan supaya menjadi lebih sistematik. Ash Furniture Homestore Enterperise juga ingin membekal, membuat, dan mengedar perabot bagi tender-tender kerajaan dan badan berkanun kerajaan pada masa akan datang.

2.0 PROFIL PERNIAGAAN Perniagaan yang dijalankan adalah pembuatan perabot seperti kabinet dapur,kemasan dinding, meja, almari baju, perhiasan dalaman dan lain-lain lagi untuk kediaman rumah dan ruangan pejabat. Pelanggan boleh membeli yang siap ada diruang pameran ataupun membuat tempahan mengikut citarasa yang dikehendaki. Nama perniagaan adalah Ash Furniture Homestore Enterprise dan bertempat di No.4 Jalan Usj 4/1 Uep Subang Jaya, Selangor .

2.1 Latar belakang Perniagaan

Nama Perniagaan: Ash Furniture Homestore Enterprise Alamat Berdaftar: No.4 Jalan Usj 4/1 Uep Subang Jaya, Selangor . No. Daftar Perniagaan: A666542 Tarikh Pendaftaran: 16 Oktober 2018 Tarikh Mula berniaga: 18 Januari 2019 Aktiviti Perniagaan: Perkongsian Modal Awal: RM 200,000 Nama Bank: CIMB Bank Perniagaan adalah berbentuk perkongsian yang terdiri daripada 2 orang rakan kongsi. Perniagaan ini diuruskan oleh salah seorang rakan kongsi selaku sebagai pengurus besar di Subang Jaya. Sementara, seorang lagi rakan kongsi sebagai pengurus kilang di Klang. Syaratsyarat perkongsian yang dipersetujui adalah tertakluk kepada Akta Perkongsian 1967.

2.2 Latar belakang pemilik 2.2.1 Latar belakang rakan kongsi 1 Nama: Nur Aslina Binti Mahmudin Jawatan: Pengurus Besar Alamat tetap: No.4 Jalan Usj 4/1 Uep Subang Jaya, Selangor. Alamat surat menyurat: - sama No. Telefon: 013-3184483 No. Kad Pengenalan: 971234-10-6677 Tarikh Lahir: 01.06.1997 Status: Berkahwin Kursus Yang Pernah Dihadiri: Seminar keusahawanan, bengkelperdagangan, Skim Latihan Dan Galakanbagi Kakitangan Kerajaan untuk menceburidalam Perniagaan 2011, Kursus KualitiBarang Modal dikeluarkan: RM100, 000

2.2.2 Latar belakang rakan kongsi 2 Nama: Ahmad Naufal bin Zainal Jawatan: Pengurus Operasi (Kilang) Alamat tetap: No.4 Jalan Usj 4/1 Uep Subang Jaya, Selangor. Alamat surat menyurat: - sama No. Telefon: 019-9623356No. Kad Pengenalan : 960218-11-4663 Tarikh Lahir : 18.02.1996 Status : Berkahwin Kursus Yang Pernah Dihadiri : Seminar keusahawanan, bengkelperdagangan, Seminar pembuatan, KursusKualiti Barang, Kursus Pembuatan Perabot Modal dikeluarkan : RM50,000

2.3 Carta Organisasi

BAHAGIAN PEMASARAN

BAHAGIAN PENTADBIRAN & KEWANGAN

PENGURUS OPERASI KILANG

8 TUKANG PERABOT

KERANI

2.3.1 Fungsi dan Tanggungjawab Ash Furniture Homestore Enterprise telah menyusun fungsi dan tanggungjawab berikut bagimelicinkan lagi pengurusan perniagaan: 2.3.1.1 Pengurus Besar. Pengurus Besar bertanggungjawab dalam mengenalpasti dasar-dasar perniagaan, membentuk prosedur syarikat dan melaraskanpengurusan perniagaan untuk menjana keuntungan.

2.3.1.2 Pengurus Operasi Kilang

    

Memastikan tenaga kerja untuk membuat perabot mencukupisupaya dapat menyiapkan perabot yang ditempah mengikut masa yang ditetapkan Memastikan bahan asas untuk membuat perabot sentiasamencukupi. Memastikan produk yang dihasilkan memenuhi piawaian yangditetapkan supaya dapat mengekalkan kualiti sesuatu produk. Memastikan keadaan kilang teratur dan keselamatan sertakebajikan pekerja dijaga dengan baik. Membantu pekerja perabot jika perlu.

2.3.1.3 Bahagian Pemasaran   

Bertanggungjawab melaksanakan aktiviti pemasaran dalamperniagaan dengan mencari pasaran baru seperti di pejabat-pejabat, hotel-hotel dan tender kerajaan Merancang dan melaksanakan aktiviti- aktiviti promosi danpengiklanan melalui media cetak dan elektronik. Memastikan jualan produk sentiasa meningkat dari semasa kesemasa

2.3.1.4 Bahagian Pentadbiran dan Kewangan

   

Menguruskan pentadbiran am pejabat Menguruskan hal ehwal perjawatan dan perkhidmatan pakerja. Menyediakan bajet dan mengenalpasti sumber-sumber kewanganserta mengawal kewangan perniagaan. Bertanggungjawab membantu pengurus dalam penyediaan rekod-rekod kewangan syarikat.

2.3.1.5 Tukang Perabot

 

Bertanggungjawab membuat perabot dengan baik dan kemas Menyiapkan tempahan perabot pelanggan mengikut masa yangditetapkan.

2.3.1.6 Kerani  

Menguruskan tugas-tugas perkeranian di kilang mengikut prosedur yang ditetapkan Mengemaskini stok dan inventori supaya sentiasa mencukupi

3.0 OBJEKTIF RANCANGAN PERNIAGAAN Objektif rancangan perniagaan diperlukan bagi memberi maklumat atauketerangan berkenaan sebuah perniagaan dan mengenal pasti perkara yang hendakdicapai berdasarkan matlamat penubuhan perniagaan. Antara objektif yang dibuatadalah tujuan berikut: 1. Melihat daya maju projek yang dirancang supaya dapat memberi keuntungan. 2. Sebagai garis panduan untuk meningkatkan jualan dalam perniagaan mengikutsasaran jualan yang telah ditetapkan 3. Mengagih sumber-sumber perniagaan dengan lebih cekap dan efektif tanpa membazir. 4. Menjangkakan masalah-masalah yang mungkin timbul apabila perniagaan dilaksanakan.

4.0 PENGENALAN PRODUK/ PERKHIDMATAN DITAWARKAN

Mengutamakan dua aktiviti dalam perniagaan iaitu produk dan perkhidmatan.Produk yang ingin dipasarkan adalah pelbagai jenis perabot yang dibuat terus darikilang seperti kabinet dapur, almari baju, meja, katil dan lain-lain lagi. Perabot-perabot tersebut akan dihantar ke ruang pameran untuk dijual. Pelanggan boleh membeli terus di ruang pameran. Sementara untuk perkhidmatan yang ditawarkan pula adalah memberi nasihatkepada pelanggan tentang rekaan yang sesuai dengan keadaan di rumah ataupun dipejabat pelanggan. Ash Furniture Homestore Enterprise juga akan memberi nasihat berkaitandengan kualiti bahan perabot mengikut bajet pelanggan dengan harga yang berpatutanterutamanya kabinet dapur. Bajet merupakan perkara yang penting dan utama dalammereka bentuk kabinet dapur. Bajet yang besar memberi lebihan kepada kualiti sesuatuperabot. Sebelum memasang kabinet dapur, perlu mengetahui bajet2 tertentu yangdiperlukan untuk kabinet dapur sesebuah rumah.Antaranya ialah bajet untuk kabinet, permukaan kabinet, sinki & tap, hob & hood, oven & microwave,serta peralatandapur lain yang sesuai.Setelah mengetahui bajet yang sesuai, bolehlah berjumpa dengan pereka kabinet untuk menentukan jenis material yang betul-betul bersesuaian dengan bajet pelanggan.

5.0 LOKASI PERNIAGAAN Nama Perniagaan : Perabot Mega Sdn Bhd Alamat : Ruang PameranNo. 12, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu,TerengganuPelan 5.1

KilangKawasan Perindustrian Chendering, 21080 Kuala Terengganu, TerengganuPelan 5.2Perniagaan beroperasi di Bandar Terengganu kerana populasi penduduk lebih besardan kebanyakkannya adalah terdiri dari golongan yang bekerja. Terdapat juga banyakpejabat dan hotel di sekitar Bandar Terengganu.

6.0 ANALISA SWOT

Kekuatan 1. Lokasi kawasan yang strategik dan berhampiran dengankawasan perumahan dan pejabat. 2. Mempunyai kemudahan infrastruktur yang mencukupi. 3. Bilangan pelanggan tetap yang ramai .4. Memiliki modal pusingan yang besar untuk membuattempahan yang besar. Kelemahan 1. Kos bahan mentah seperti kayu semakin meningkat. 2. Tahap kualiti perabut mempunyai kualiti yang lemahdisebabkan skop pemasaran semakin luas3. Kos pembayaran gaji pekerja semakin bertambahmemberikan peluang untuk modal pusingan semakin mengecil Peluang 1. Mendapat tawaran tender daripada syarikat-syarikat besaruntuk samada membaikpulih perabut dan pemasanganperabut baru. 2. Keupayaan membuka sebuah kilang untukmempercepatkan proses tempahan yang diterima. 3. Menyertai pameran-pameran perabut usahawan IKS yang diadakan tujuan untuk memperkenalkan hasil mutu dankualiti perabut. Ancaman 1. Wujud persaingan antara syarikat perabut yang lain. 2. Bahan mentah yang semakin sukar diperolehi dan hargabahan mentah yang berubah mengikut pasaran. 3. Kualiti pekerja baru yang masih kurang berpengalamanmemberi risiko kepada syarikat untuk berkembang 4. Amalan rasuah dalam mendapat tender menyebabkansyarikat kurang mendapat tender yang ditawarkan.

7.0 RANCANGAN PEMASARAN

Strategi pemasaran adalah satu proses perancangan konsisten yang melibatkanbagaimana produk, harga, promosi dan pengedaran digunakan bagi mencapai matlamatdan objektif syarikat. Strategi pemasaran yang berjaya dalam sesebuah perniagaandapat memberi keuntungan yang baik. 7.1 Pasaran SasaranPemasaran yang bagus perlu terlebih dahulu mengenal pasti siapakahsasaran pasaran yang akan membeli produk ataupun perkhidmatan yangditawarkan. Skop pasaran sasaran akan datang adalah seluruh Malaysia danantarabnagsa tetapi ianya mengambil masa untuk mencapainya. Justeru itu,Ash Furniture Homestore Enterprise lebih menumpukan pasaran Subang Jaya dan Petaling Jaya bagi meningkatkan jualan. Pelanggan yang ingindisasarkan adalah;

   

Penghuni rumah yang bekeluarga Pejabat-pejabat Hotel dan pusat peranginan Taman perumahan yang baru dibuka

7.6 Strategi Pemasaran Pemasaran sangat penting dalam sesebuah perniagaan untukmenyaingi pesaing. Strategi pemasaran yang baik dapat meningkatkankeuntungan dan mencapai objektif dalam perniagaan. Pelbagai aspek perludikenalpasti untuk melakukan pemasaran seperti produk, harga, tempat danpromosi. Antaranya, mengadakan pameran rekaan terbaru perabut di beberapakawasan tumpuan orang ramai. Pendedahan rekaan terbaru perabut perlu diberipenekanan untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan mengenai mutu dankualiti perabut yang dihasilkan. Secara khususnya, setiap kali mengadakanpameran perabut, pengedaran brosur-brosur juga turut memberi kesan ke atasstategi pemasaran produk perabut ini. Pelanggan perlu diberitahu keupayaansyarikat kami dalam industri perabut. Selain itu, mengikuti peredaran zaman, teknologi internet turut memberiimpak ke atas strategi pemasaran. Dengan wujudnya teknologi seperti telefonpintar, komputer riba, tablet dan sebagainya menjadi akses yang paling mudahdan cepat terhadap pelanggan atau pengguna untuk mengetahui tentangsyarikat perabut. Oleh itu, syarikat kami perlu mengambil peluang ini untukmengembangkan syarikat perabut kami ini dengan menggunakan mediumcanggih ini. Matlamat kami ialah kami mahu pelanggan tahu mengenai syarikatkami yang mampu menghasilkan perabut yang lebih berkualiti dan bermutu sertaharga yang menarik. Dengan menggunakan medium seperti blog, Facebook, dansebagainya sedikit banyak mampu memberi kesan ke atas pelanggan yangberteknologi maklumat.

7.7 Strategi Produk/ Perkhidmatan   

Menghasilkan produk yang berkualiti dan tahan lama Menghasilkan produk yang mempunyai rekaan terkini dan menarik Menawarkan khidmat nasihat tentang rekaan terkini yang bersesuaiandengan bajet pelanggan

7.8 Strategi Harga

Perletakan harga bagi setiap produk bergantung kepada material yangdigunakan dan juga persaingan. Setiap material yang digunakan mempunyaiharga dan kualiti yang berbeza. Pelanggan boleh memilih material perabot yangingin digunakan mengikut bajet mereka. Perabot Mega Sdn Bhd akan sentiasamemberi harga yang berpatutan kepada pelanggan-pelanggan tanpamemjejaskan kualiti perabot. Strategi harga adalah seperti berikut;

  

Potongan harga diskaun untuk barangan tertentu Memberi harga yang istimewa untuk pelanggan tetap Membuat percaturan harga kepada 10 pembeli terawal akan mendapatharga diskaun pada setiap rekaan terbaru.

 

Memberi kupon harga istimewa kepada pelanggan yang membeli perabutdengan harga yang tertentu. Mengadakan cabutan bertuah untuk pelanggan yang membeli perabutdengan harga yang tertentu.

7.9 Strategi Pengedaran Strategi

Pengedaran bagi Ash Furniture Homestore Enterprise adalah secaralangsung iaitu pengedaran terus kepada pelanggan tanpa menggunakanlangsung pemborong, peruncit dan orang tengah. Ini kerana lokasi perniagaan Ash Furniture Homestore Enterprise adalah strategik di tengah Subang Jaya dan tempat tumpuan orang ramai. Pelanggan boleh mendapat terus perkhidmatan kami ini tanpa melalui orang tengah. 7.10 Strategi Promosi

       

Membuat jualan penghabisan stok di ruang pameran setiap hujung tahun. Menggantung bunting dan banner tentang promosi yang dibuat disimpang- simpang jalan yang difikirkan strategik di bandar Terengganu. Menawarkan peluang bayaran secara ansuran kepada pelanggan yangingin menukarkan perabut. Memberi harga istimewa kepada pelanggan tetap yang hendak membeliperabut baru. Mengadakan promosi tukar perabut lama kepada perabut yang barudengan harga yang munasabah. Memberi jaminan ke atas produk dan servis kepada pelanggan agarpelanggan merasa dihargai dan berpuashati. Menawarkan penghantaran secara percuma disekitar kawasan yangtertentu. Menggunakan kaedah pelanggan mencari pelanggan untuk mendapatkanharga yang istimewa untuk musim-musim perayaan sahaja.

8.0 RUMUSAN Berdasar kepada perancangan dan unjuran pendapatan yang telah dibentangkan,peniaga amat berkeyakinan bahawa perniagaan yang diceburi ini akan memberi pulangan yangmenguntungkan. Unjuran-unjuran yang dibuat untuk tahun pertama operasi selepas mendapatpembiayaan adalah amat konservatif kerana mengambil kira faktor perniagaan masihdiperingkat awal.Peniaga telah membuat kajian dan perancangan yang sistematik bagi membolehkanperniagaan berjalan dengan lancar. Oleh yang demikian, perniagaan ASH FURNITURE HOMESTORE ENTERPRISE amat optimis, yang perniagaan ini amat berdaya saing dan mampu berkembang di masa hadapan.Diharap permohonan ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak institusikewangan, kerana melalui cara ini sahaja perniagaan dapat dikembangkan. ASH FURNITURE amat berharap ia diberikan peluang untuk turut sama menjadi sebahagian daripada MasyarakatPerdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPP) yang berjaya di negara ini

RUJUKAN1. Rujukan Buku Amran, N. (2005). Bab 3. In Panduan Penubuhan Perniagaan dan Syarikat di Malaysia (Pertama ed., Vol. 1, p. 63). Kuala Lumpur: Utusan Publication Sdn Bhd. Ab. Wahab, I., Salleh, Z., & Buyong, S. (2008). Bab 5. In Panduan MemulakanPerniagaan(Pertama ed., Vol. 1, p. 51). Shah Alam: Arah Pendidikan Sdn Bhd.Syed Zakaria, S., & Muhammad Yatim, H. (2007). Bab 3. In Asas Keushawanan RancanganPerniagaan (Pertama ed., Vol. 1, p. 45). Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Abd Latif, A., Jusoh, M., Yahya, M., Jusoh, O., & Hamidun, S. (2011). Asas Keushawanan Kecildan Sederhana, Universiti Malaysia Kelantan. Keusahawanan Kecil Panduan dan contoh-contoh penyediaan kertas kerja projek (kertas rancangan perniagaan) dan profil syarikat . (2000). Kuala Terengganu: SMF Management Consultants. Penyediaan rancangan perniagaan. (1998). Shah Alam: Pusat Pembangunan UsahawanMalaysia, Institut Teknologi Mara.McKeever, M.(2002). How to write a business plan (6th ed.). Berkeley, CA: Nolo.Young, P. (2007).Business plan . Chandni Chowk, Delhi: Global Media.Subramaniam, S. (2010). Pengenalan kepada perniagaan. In Pengajian perniagaan (1st ed., p.2). Petaling Jaya: Pearson Malaysia.Wan Hussin, W. (2004). Amalan Etika dan Fungsi Perniagaan. In Etika dan Amlan Perniagaan .Kuala Lumpur: Utusan Publication Sdn Bhd.

2. Rujukan Internet Perniagaan dan Keusahawanan Perniagaan dan Keusahawanan. (2011, July 9). Retrieved June 14, 2014, fromhttp://www.pdfcoke.com/doc/140607921/Modulrbt3119-Pniagaan-n-Keusahawanan Rancangan Perniagaan Perniagaan dan Keusahawanan. (2014, February 14). Retrieved June 15, 2014, fromhttp://www.slideshare.net/udangterbakar/rancangan-perniagaan-31576489 Rancangan Perniagaan Hamzah, Z. (2013, December 3). Rancangan Perniagaan. Retrieved June 18, 2014, fromhttp://www.slideshare.net/ZulkifliHamzah/rancangan-perniagaan-28828742 Rancangan Perniagaan Restoran

Ismail, M. (2012, October 15). Business Plan. Retrieved June 18, 2014, fromhttp://businessplansyukri.blogspot.com/p/contoh-rancangan-perniagaan-restoran.html Rancangan Perniagaan Rancangan Perniagaan. (n.d.). Retrieved July 15, 2014, fromhttp://www.moa.gov.my/web/guest/rancangan-perniagaan

More Documents from "AsLeina Mahmudin"

Aslina.docx
December 2019 2
Eksoterm.docx
November 2019 11
Eksoterm 2.docx
November 2019 6