TOPIK : 1 KONSEP-KONSEP ASAS PENDIDIKAN ISLAM
1.1-PENGENALAN
ASAS PENDIDIKAN ISLAM
Mempunyai kedudukan yang suci dan menjadi bahagian yang tidak dipisahkan oleh Islam. Tuntutannya selaras dengan surah Al-Alaq ayat 1-4. Wahyu ini menggesa supaya mengenal allahagar dapat mengenal pencipta,diri sendiri serta mengamalkan cara hidup yang baik. Menekankan pendidikan dunia dan akhirat. Ilmu terbahagi 2 iaitu fardhu Ain dan fardhu Kifayah. Islam menyatupadukan ilmu dan agama yang berbeza dengan pendidikan barat. Islam merangkumi sains dan usuluddin (teologi ) Islam menyatupadukan semua aspek dibawah lingkungan akidah,akhlak, syariah dan mengimbangi antara tuntutan akal dan wahyu.
1.1-ISLAM DAN PENDIDIKAN. a) Menurut Hassan Al-Banna: Islam adalah satu peraturan yang berkembang luas di seluruh penjuru alam, risalah yang menjangkau di pelusuk di setiap kawasan hampir seluruh umat diliputi oleh risalah ini.Ianya begitu utuh sehingga merangkumi urusan dunia dan akhirat. – 14 / 10 / 1906 hingga 12 / 02 /1949 -
12 tahun jadi pemimpin untuk kumpulan sufi.
b) Turki Rabih: Menjelaskan pendidikan Islam adalah program menuju kepada
matlamat membentuk peribadi manusia yang seimbang dari segi kerohanian dan kebendaan serentak dalam satu masa.
1
c ) Nik Aziz : Tujuan akhir pendidikan adalah membentuk Islam yang bersih
kognitif, personaliti, corak hidup , emosinya ,budi pekerti dan murni pergaulannya. d ) Al-Jundi : Pendidikan sebagai satu persediaan roh dan jiwa seseorang
untuk menerima pelajaran dan pengetahuan melalui cara yang di rancang. e ) Muhammad Al-Kutb : Kualiti insan soleh ( taqwa, amal soleh, dan akhlak mulia )
1.3 –
TUJUAN PENDIDIKAN ISLAM Membentuk akidah ,sikap,kemahiran, keperibadian dan
pandangan hidup sebagai hamba Allah yang ada tanggungjawab kepada diri, masyarakat, negara dan agama. Hassan Lenggulung menyatakan usaha untuk membentuk watak manusia sebagai khalifah Allah s.w.t. Manusia
mempunyai 4 kepimpinan :Roh Akal Jasad Nafsu
Pendidikan harus seimbang –dapat di capai melalui
pendidikan. Pendidikan yang baik dan tulen berlandaskan tauhid,lahirlah manusia luhur yang dapat mengharmonikan dan menyatupadukan antara ilmu,budi dan amal soleh. Pendidikan Islam mementingkan 3 hubungan manusia :-
2
Manusia dengan Allah Manusia dengan manusia
Manusia dengan alam
1.1-DEFINISI - dari segi bahasa:Bahasa Arab disebut tarbiyah (tumbuh /berkembang,memimpin mentadbir) Surah Al-Israq ayat 24 . TAALIM,TADRIS - pengajaran / belajar ( satu proses menyampaikan dan memperoleh ilmu ) surah Al-Baqarah ayat 31 TA’ADIB - santun beradab dan sopan ( mendidik adab-hadis nabi )
TAZKIAH DAN RIADAH -contoh tazkiyah al-nafs ( penyucian diri ) dan riyad alhafs ( latihan diri ) oleh Imam Al-Ghazali.
KESIMPULANNYA :- Satu proses mengasuh mendidik melatih menyucikan memperbaiki mengawal hawa nafsu mengikut arahan pemimpin . Membentuk kesantunan sikap sopan santun dan beradab, memadam sifat yang tercela dan menggantikan dengan sifat mahmudah, membentuk sikap belajar dan semangat mempelajari sesuatu yang baru.
3
DEFINISI PENDIDIKAN ISLAM
A) Menurut Al Qhadawi :pendidikan bagi keseluruhan hidup termasuk akal,rohani, jasmani dan tingkahlaku. Kerana tujuannya ialah untuk menyediakan manusia bagi menghadapi hidup baik dalam keadaan senang atau susah, damai atau perang, di samping menyediakan mereka menghadapi masyarakat yang sering manghadapi kebaikan dan kejahatan kamanisan dan kebaikannya.
B) Menurut Mursyid Ahmad :menyatakan pendidikan Islam sebagai satu latihan akliah ,jasmaniah dan ruhiah bertujuan melahirkan manusia lelaki dan perempuan.
**** Kesimpulannya:Pendidikan Islam merupakan proses mendidik dan melatih jasmaniah dan rohaniah dan manusia berasaskan nilai-nilai Islamiah yang bersumberkan wahyu Al-Quran dan Sunnah bagi melahirkan manusia yang bertaqwa dan mengabdikan diri semata-mata kepada Allah.
4
TOPIK :2 FALSAFAH, MATLAMAT DAN BIDANG PENDIDIKAN ISLAM 2.1- PENGENALAN Berasal dari perkataan Yunani iaitu philo,sophic ( philocinta-kaji-harga) sophic,nikmat,kebajikan ,kebenaran. Kombinasi keduanya – cinta kebenaran. Falsafah itu ialah usaha untuk mencari suatu kebenaran atau keyakinan yang berhubung dengan suatu perkara yang menggunakan kekuatan akal fikiran . Falsafah Pendidikan tidak sama di setiap negara kerana wujud daripada perbezaan faktor budaya, sejarah dan persekitaran.
Menurut Abdul Ghani :FP sesebuah Negara mestilah dilatari oleh sejarah pembentukan negara atau bangsa itu sendiri. – mengekalkan survival negara dan identiti sesebuah bangsa. FP mestilah di dasarkan kepada asas yang kukuh dan tidak mudah berubah.
5
Menurut Wahbah Al-Zuhaily :Pendidikan itu adalah persoalan falsafah dan perlukan jawapan. Daripada jawapan akan menghasilkan matlamat ,metodologi dan kurikulum pendidikan. FB merupakan tunjang utama kepada perlaksanaan sesebuah sistem pendidikan .contoh - ideologi komunis.
2.2 – FUNGSI UTAMA FP Sebagai panduan bagi menilai keperluan dan keberkesanan sesuatu sistem pendidikan. Sebagai pencetus kepada perubahan masyarakat kerana prasarana sistem pendidikan akan dibentuk supaya mampu merealisasikan hala tuju sesuatu masyarakat.
*** umumnya FP adalah asas kepada pembentukan p & p sesuatu institusi pendidikan.
2.3 – FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM a) Menurut Turki Rabih:- FPI berasaskan rukun iman yang teguh ,akhlak yang mulia, berilmu dan beramal soleh.
b) Menurut Hassan :- FPI menekankan konsep : Pendidikan seumur hidup Pembangunan menyeluruh JERI Menyampaikan 2 fungsi ( á bid & khalifah ) Memakmurkan alam Kesepaduan iman ,ilmu dan amal soleh. 6
Al-Falah ( kejayaan dunia dan akhirat ) c) Menurut An-Nahwi :- Asas FPI terdiri daripada : Keimanan kepada Allah ,meninggikan kalimah-
Nya dan daie. Manhaj Rabbani Kesedaran dan penerokaan terhadap realiti alam dan diri sendiri. FPI menentukan prasarana yang perlu digembleng bersama : Kekuatan dalaman Pancaindera di gunakan untuk mengkaji ilmu Allah Ibu bapa berperanan mendidik anak dengan baik Faktor persekitaran- sistem sosial,ekonomi,,politik dan lainlain. Panduan daripada Allah - al-Quran & As-sunnah.
2.3.1- HAKIKAT FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM ✔ Ketuhanan ( Allah Taala ) ✔ Alam ( ( masyarakat ,dunia , Negara ) ✔ Manusia
2.4- CIRI-CIRI DAN SYARAT FPI Sesuai dengan roh Islam Berkaitan dengan realiti masyarakat Pembinaannya berkaitan dengan kehidupan manusia Bersifat universal didasari faktor sosial,budaya,spititual,ekonomi dan lain-lain. Bebas daripada sebarang percanggahan Dinamik dan mempunyai contoh-contoh yang jelas.
7
2.5-
MATLAMAT FPI a) Matlamat Am Pendidikan Islam :Mencari kehidupan hakiki Membentuk jasmaniah yang baik Pembentukan akhlak Membentuk warganegara yang baik Menyuburkan akal fikiran.
b) Matlamat Khas Pendidikan Islam :Mengajar agama – mengenal Allah Mendidik murid-murid supaya ada kesedaran agama. Mendidik supaya berakhlak mulia. Menunjukkan semua ajaran agama samada suruhan atau larangan. Memupuk cerita al-Quran dan hadis nabi. Mengambil teladan yang baik daripada nabi sebagai ikutan yang baik.
2.6- FPI MENJURUS KEPADA PEMBANGUNAN 4 ASPEK Menjadikan al- Quran dan Sunnah sebagai dasar.
Membentuk umat Islam menjadi abid dan bersahsiah tinggi.
Membentuk masyarakat Islam yang bertanggungjawab. Membentuk insan soleh sehingga mencapai al-Fallah.
2.6- BIDANG-BIDANG PENDIDIKAN ISLAM i. Pendidikan Keimanan ( al-tarbiyah / al-imaniyyah ) 8
ii.Pendidikan Akhlak Keperibadian ( al-tarbiyah / al-
khuluqiyyah) iii.Pendidikan Jasmani ( al-tarbiyah / al-jasmaniyyah ) iv.Pendidikan Pemikiran ( al-tarbiyah / al-akhlaqiyyah ) v.Pendidikan Kerohanian ( al-tarbiyah / al-ruhiyyyah ) vi.Pendidikan Kemasyarakatan ( al-tarbiyah / al-ijtimaiyyah
)
1) Pendidikan keimanan ( al-tarbiyah / al-imaniyyah ) Memperkenal kepada kanak-kanak dengan asas keimanan dan membiasakan dengan rukun Islam . Sunnah Rasullullah mengajar anak solat seawal usia 7 tahun. Mengajar al-Quran dan as-sunnah. Tujuan : Menghidupkan hati dan menyakinkan pertemuan dengan Allah , mengharap rahmat dan takut siksaannya.
1) Pendidikan akhlak keperibadian ( al-tarbiyah / al-khuluqiyyah ) Pendidikan bermula daripada kanak-kanak. Menghayati aspek muraqabah. Tujuan : Pendidikan domir manusia. Pendidikan insan muslim ke arah berakhlak dari sudut tingkahlaku. Pendidikan insan muslim ke arah berakhlak dari sudut masyarakat. 9
Pendidikan insan muslim mengikut akhlak
Rasulullah.
1) Pendidikan jasmani ( al-tarbiyah / al-jasmaniyyah ) Pengharaman pencerobohan terhadap nyawa dan tubuh manusia. Menjaga aspek pemakanan-pentingnya kesihatan. Tujuan : Melahirkan insan yang sihat supaya dapat melaksanakan kewajipan kepada Allah. Penekanan : Kaedah makan dan minum ,tidur mengikut sunnah. Menyegerakan mengubati penyakit. Menyediakan tempat riadah. Mengelakkan daripada tenggelam dengan kemewahan.
Antara prinsip-prinsip pendidikan Jasmani ialah : Islam menitikberatkan pendidikan jasmani kerana
badan adalah amanah Allah. Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Islam menghubungkaitkan antara pelaksanaan ibadat dengan pergerakan jasmani.
1)
Pendidikan pemikiran ( al-tarbiyah / al-akhlaqiyyah ) Islam memberi penghargaan yang tinggi kepada akal .
10
Ayat al -quran yang menyeru manusia supaya menggunakan akal dalam mencari ilmu,dan menetapkan beberapa prinsip khas,hukum dan lain-lain. Akal tidak boleh dibiarkan berfungsi bersendirian tanpa bimbingan syarak.
5) Pendidikan kerohanian ( al-tarbiyah / al-ruhiyyyah ) Pendidikan yang menjalinkan ikatan pertalian erat sesama manusia dengan penciptaNya dalam semua keadaan. Pendidikan kerohanian sebagai asas kepada pembaikan jiwa manusia. Beriman kepada Allah merupakan asas kepada pendidikan kerohanian. Pendidikan ini dapat membebaskan manusia daripada ikatan dimana manusia memperhambakan dirinya kepada kebendaan yang dituntut oleh kemahuan jasmani seseorang.
Prinsip-prinsip pendidikan rohani : Islam memberikan perhatian khusus kepada pendidikan
rohani atas keyakinan bahawa manusia terdiri dari unsur roh,akal dan jasad. Mengasuh para pelajar sejak peringkat pertama
perkembangannya supaya menyembah dan beribadat kepada Allah.
11
Berusaha menghapuskan sifat atau kecenderungan
yang buruk,membentuk intuisi dan jiwa beragama dengan peka dan bertanggungjawab. Membentuk anak-anak supaya sentiasa memerlukan
Allah pada setiap masa.
6)Pendidikan Kemasyarakatan (al-tarbiyah /al ijtima'iyyah)
Bermaksud mendidik anak-anak sejak kecil untuk mengamalkan adab yang mulia dalam masyarakat . Berlandaskan akidah Islamiah,yang unggul dan abadi serta perasaan keimanan yang mendalam agar anak itu muncul dalam masyarakat dengan sebaik-baiknya budi pekerti dan adab sopan Pendidikan Kemasyarakatan mempunyai ciri-ciri berikut: Menyemai dasar –dasar kejiwaan yang mulia
Memelihara hak orang lain Membiasakan mereka dengan peraturan umum sosial Pengawasan,pemerhatian dan kritikan yang
membina terhadap masyarakat sekeliling.
12