Asaimen E3005 ( Bahasa )

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Asaimen E3005 ( Bahasa ) as PDF for free.

More details

  • Words: 542
  • Pages: 4
6.2

KAD – KAD PILIHAN Kad-kad pilihan ini adalah penting untuk membolehkan komputer

menghubungi peranti luaran seperti pencetak, unit paparan, pemacu cakera, cakera kera, modem tetikus dan lain-lain. Dalam komputer IBM PC serasi sekurang-kurangnya terdapat 2 kad pilihan iaitu “display adapter card” dan “multi I/O card”. “Display adapter card” digunakan untuk mengantaramuka unit pemapar dengan komputer, manakala “multi I/O card” digunakan untuk mengantaramuka pemacu cakera , cakera keras, pencetak dan tetikus. Di samping itu juga komputer boleh dihubungkan dengan dunia luar iaitu dengan menggunakan kad modem (MOdulator DEModulator) melalui rangkaian talian telefon. Kad modem ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu internal dan external yang mana kad internal diletakkan dalam CPU manakala kad external diletakkan di luar CPU. Dalam perkembangan yang pesat sekarang ini kad suara memainkan peranan yang sangat penting lebih-lebih lagi dalam bidang multimedia. Pada kad suara ini kita boleh merakam suara yang dikehendaki dan boleh didengar bila ianya disambungkan kepada pembesar suara. Kita juga boleh mendengar lagu atau ‘klip video’ apabila memasukkan cakera padat ke dalam CD-ROM dengan bantuan perisian tertentu tetapi sambungan CD-ROM tersebut mestilah disambung kepada AUDIO IN (input) pada kad suara. Setiap jenama kad suara adalah berbeza dari segi prestasi dan kualitinya (samada memperoses data 128 bit atau pun 64 bit)

Kad Bunyi ( Sound Card ) Kad Bunyi mempunyai beberapa jenama dan jenis iaitu; 1.Jenama : Sound Blaster, Yamaha, ESS, dll. 2. Jenis : Terdapat kad bunyi yang menyokong slot ISA atau PCI. Kebanyakan kad bunyi terbaru menyokong slot PCI Pemasangan : Dipasang pada slot PCI di papan induk. Sesetengah papan induk sudah mempunyai kad bunyi sedia pasang Pemasangan kad bunyi tidak diperlukan lagi pada papan induk jenis ini. Selaraskan "jumper" sahaja supaya kad bunyinya aktif

Kad Paparan ( Display Card ) Kad Paparan (VGA Card) merupakan salah satu alat yang penting dalam sesebuah komputer. Kad Paparan adalah alat yang menghubungkan antara Papan Utama (Mainboard) dengan Unit Paparan (Monitor). Kad Paparan mempunyai banyak jenis diantaranya jenis AGP, jenis PCI dan lain-lain lagi. Jenis bagi Kad Paparan bergantung kepada jenis slot pada Papan Utama. Kelajuan Kad Paparan ini pula bergantung kepada memori kad tersebut

Kad grafik Kad grafik digunakan untuk menukar isyarat digital kepada analog supaya sesuatu imej boleh dipaparkan di skrin monitor. Kad pemecut grafik pula bertindak mempercepatkan proses penukaran isyarat imej digital (termasuk objek 3D seperti poligon). Pada hari ini, kebanyakkan kad grafik mengunakan protokol AGP. Kad jaringan (Network Card ) Kad jaringan ( network card ) merupakan alat untuk digunakan sebagai perantaraan antara komputer dalam sesebuah kawasan. Ianya digunakan untuk menghubungkan komputer-komputer dalam sesuatu kawasan setempat.

Kad VGA slot tambahan ISA, PCI dan AGP Kad video slot ISA sudah pupus. Kad video slot PCI mungkin mengikut jejak yang sama. Kini kad grafik slot AGP paling popular dan semakin canggih. Kad grafik dengan RAM yang tinggi menjadi idaman setiap pengguna yang berminat dengan permainan komputer dan kerja-kerja grafik berat dalam bentuk CD-ROM atau disket.

Terdapat juga kad video bersepadu dalam papan induk bertujuan bagi menjimatkan kos. Kad video jenis bina dalam akan berkongsi memori dan boleh menjejaskan sedikit operasi komputer. Sebagai contoh, sekiranya komputer mempunyai RAM sebanyak 32MB, ia cuma akan tinggal 28MB saja untuk sistem dan yang lainnya diambil oleh kad video iaitu sebanyak 4MB. Perkongsian RAM diset dalam CMOS Setup semasa komputer dihidupkan.

Related Documents

Asaimen Tteknologi.docx
December 2019 12
E3005 - Amali 1
May 2020 7
Mgt 162- Asaimen- Aen
November 2019 10
Bahasa
November 2019 57
Bahasa
October 2019 58