12-2-1 Tempua C, Jalan 9/56 Ampang, Ulu Klang 54200 Kuala Lumpur. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Warden Asrama, SMKA MAAHAD HAMIDIAH, Jalan Sungai Ramal Luar, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. Puan, 15 NOVEMBER 2008 Rayuan Untuk Memohon Kemasukan Asrama Pada Tahun 2009 Merujuk kepada perkara di atas,saya Yob Ahmad B Kamaruddin iaitu bapa kepada Mohd AdhamB Yob Ahmad ingin membuat rayuan untuk memohon kemasukan asrama pada tahun 2009.Hal ini berlaku mungkin kerana kelakuan anak saya yang agak nakal di asrama.Saya memohon maaf kepada pihak warden asrama kerana sanggup besusah payah untukk menjaga anak saya. 2.Saya ingin membuat rayuan asrama adalah kerana jarak antara tempat saya ke sekolah agak jauh.Jaraknya adalah agak-agak 15 kilometer.Selain itu,faktor masa juga memainkan peranan.Jika saya menghantar anak saya ke sekolah,kemungkinan saya akan masuk ke tempat kerja saya lambat. 3.Di samping itu,jika anak saya tidak mendapat asrama,dia terpaksa belajar berseorangan.Jika dia duduk di asrama,kawan-kawannya dapat menolong dia jika dia tidak tahu sebarang soalan.Apabila dia berada di asrama,kehidupannya lebih teratur berbanding di rumah. 4.Sehubungan dengan itu,saya berharap agar pihak puan dapat menerima rayuan asrama dari pihak kami.Saya berjanji anak saya tidak akan membuat masalah lagi.Jika dia membuat masalah lagi,pihak puan boleh memberi sebarang hukuman kapadanya tetapi janganlah keterlaluan. 5.Oleh yang demikian,saya berharap agar pihak puan dapat menimbangkan perkara ini dengan sewajarnya.Kerjasama dan perhatian daripada puan amat saya hargai. Yang benar, ................................................ (YOB AHMAD B KAMARUDDIN) Bapa kepada Mohd Adham B Yob Ahmad