MAJLIS PELANCARAN MINGGU BAHASA PROGRAM ANAK ANGKAT (PRO ANANG) SMAIB 2004
1. MUKADDIMAH: Pada era globalisasi dan era teknologi komunikasi maklumat (ICT) dewasa ini, kebolehan dan kemampuan bertutur dan menguasai berbagai bahasa adalah menjadi pemangkin ke arah hidup yang lebih cemerlang dan berketrampilan. Untuk menghasilkan generasi yang mempunyai kemahiran tersebut, maka ianya amat wajar didedahkan dan diperluaskan di peringkat alam persekolahan, di mana mereka diberi pendedahan yang sepatutnya. Pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah macamanapun tidak mampu untuk melahirkan mereka yang mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menuturkan apa-apa bahasa yang diajar. Pendekatan hendaklah dibuat untuk meningkatkan keyakinan pelajar bertutur bahasabahasa yang diajarkan di sekolah. Selalunya yang menjadi penghalang dan penyebab kemampuan bertutur ini terbantut ialah, faktor persekitaran yang memaksa mereka berkomunikasi menggunakan “dialek” daerah masing-masing sehingga terbawa-bawa ke sekolah bahkan mempengaruhi kemampuan mereka dalam membuat karangan dan sebagainya. Justru, langkah menwujudkan persekitaran yang peka terhadap pengamalan bahasa itu mestilah diungkayahkan, dan sekolah adalah tempat yang paling strategik untuk merealisasikan hasrat murni ini. Maka untuk melangkah ke arah persekitaran ciptaan inilah “Minggu Bahasa” cuba diperkenalkan di sekolah ini. 2. RASIONAL: Penguasaan satu-satu bahasa itu adalah sinonim dengan praktik atau amalan yang berterusan tanpa memikirkan perasan malu kerana takut salah. Para pelajar sering bergelut dengan perasan malu bertutur kerana takut ditertawakan oleh kawan-kawan, sama ada takut salah atau dituduh 1
mengada-ngada dan sebagainya. Ekoran dari perasaan sedemikian maka kebanyakan pelajar segan lalu tidak mahu bercakap. Sebenarnya rata-rata pelajar mempunyai kemampuan tersendiri yang bersesuaian dengan tahap pelajaran dan pembelajaran mereka di sekolah. Mereka sering menyatakan yang mereka faham akan apa yang diucapkan oleh penutur satu-satu bahasa itu sama ada kawan-kawan, guru-guru atau sesiapa sahaja, dalam masa yang sama mengaku tidak mahu cuba "respon" atau menjawab dalam bahasa yang sedang dituturkan oleh penutur itu. Akan tetapi mereka akan marah jika digolongkan dalam golongan yang tidak faham atau tidak tahu bertutur. Justru, potensi mereka mestilah disingkap, digilap disamping diberi bimbingan, galakan dan sokongan yang berterusan demi mengikis sikap negatif yang telah lama bersarang dalam jiwa mereka. Kata-kata pujangga arab ada menyebut;
"" تحيا اللغة بالعمال وتموت بالهمال Yang bermaksud: "Hidupnya bahasa itu adalah dengan praktik yang berterusan dan matinya bahasa itu apabila ia diabaikan" Para pemgamal bahasa telah menyarankan kepada mereka yang ingin memperbaiki mutu pertuturan mereka dalam apa bahasa sekalipun dengan ungkapan; "Untuk memantapkan penggunaan satu-satu bahasa itu seseorang itu mestilah berupaya "Thinking" iaitu berfikir mengikut bahasa itu sendiri". Apa yang menjadikan para pelajar begitu rumit untuk menuturkan satusatu bahasa itu ialah kerana mereka gagal "Thinking" dalam bahasa yang ingin dituturkan. Kebanyakan pelajar mengamalkan proses pengucapan ayat yang terlebih dahulu dibina dalam bahasa ibunda mereka sendiri kemudian diolah seterusnya diterjemah kebahasa yang dikehendaki. Selepas proses ini barulah ungkapan cuba dilafazkan. Dalam masa yang sama mereka tidak begitu yakin akan ketepatan ayat yang akan dilafazkan, lalu mereka mengambil jalan mudah iaitu malas untuk melafazkannya kerana berbagai alasan yang dihantui oleh perasaan. Untuk mengatasi masalah ini para pelajar mestilah ikhlas membuat pengakuan bahawa salah dan silap bukanlah penghalang untuk kita terus mencuba. Kita boleh mengambil iktibar bagaimana anak kecil mula belajar bercakap. Mulai dari sebutan yang "pelat" kerana kekurangan vokal,
2
diikuti dengan penggunaan ayat yang tidak tersusun yang kalau diambil kira, mereka sentiasa melakukan kesalahan dan kesilapan. Begitulah keadaan kita semasa zaman kanak-kanak dahulu. Tetapi kerana kecekalan dan ketabahan serta belajar daripada kesalahan dan kesilapan tersebut akhirnya kita mampu bertutur dengan baik. Oleh itu kita hendaklah mencuba dan terus mencuba sedaya upaya tanpa berasa jemu dan bosan. Ketepikanlah perasaan yang ingin mengagalkan keinginan kita untuk berjaya. Janganlah kita tergolong dalam golongan orang yang gagal mencuba. 3. OBJEKTIF AM: 1. Menyingkap dan menggilap potensi pelajar. 2. Menanam keyakinan terhadap kebolehan diri. 3. Meningkatkan kemampuan sedia ada. 4. OBJEKTIF KHAS: 1. Penglibatan optimum para pelajar dan warga SMAIB dalam
meningkatkan kemampuan berkomunikasi dalam pelbagai bahasa. 2. Penampilan wibawa serta imej warga SMAIB. 3. Peningkatan prestasi dalam semua peperiksaan khasnya PMR. 5. MINGGU BAHASA PRO ANANG SMAIB 2004: Program Anak Angkat SMAI Beaufort bercadang akan melancarkan "MINGGU BAHASA", satu program yang menyingkap dan menggilap potensi pelajar dalam mempertingkatkan kemampuan mereka menguasai pelbagai bahasa, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Pelancaran ini amat bertepatan sekali kerana dapat membantu calon-calon PMR sekolah ini mempertingkatkan prestasi mereka dalam peperiksaan. "Minggu Bahasa" ini sengaja dijadikan salah satu aktiviti Pro Anang SMAIB supaya program ini dapat dilaksanakan dengan berkesan. Ibu/Bapa Angkat mereka akan terlibat secara langsung dalam merancang, merangka dan melaksanakan beberapa aktiviti yang difikirkan ada kaitan dengan "Minggu Bahasa" (lihat contoh: aktiviti sepanjang "Minggu Bahasa"). Demi menggalakkan dan memastikan murid-murid menjiwai serta menghayati "Minggu Bahasa", beberapa syarat akan ditetapkan (lihat syarat-syarat sepanjang "Minggu Bahasa") untuk mengelakkan mereka dari sewenang-wenangnya menggagalkan program ini. Lantaran itu, bagi 3
membantu mereka mencuba kebolehan bertutur dan mengembangkan potensi mereka, guru-guru bahasa mestilah berusaha gigih menyediakan berbagai bahan yang boleh dijadikan contoh berupa perbualan harian yang lazim di antara pelajar dengan pelajar atau di antara pelajar dengan guru dan sebagainya (lihat tugas guru bahasa sepanjang "Minggu Bahasa"). Demi menjamin keberkesanan program ini maka para pelajar akan diminta melafazkan ikrar semasa majlis pelancaran (lihat contoh ikrar). Untuk menguatkan azam dalam mematuhi segala syarat dan merealisasikan ikrar dapat ditunaikan sepenuhnya maka hukuman atau denda tertentu akan dikenakan kepada mereka yang didapati melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan (lihat hukuman atau denda kepada mereka yang melanggar syarat "Minggu Bahasa"). Manakala untuk mengesan para pesalah yang melanggar syarat-syarat "Minggu Bahasa" beberapa orang "Perisik" akan dilantik secara rahsia yang akan mencatatkan nama dan jumlah perkataan yang diucapkan (lihat borang "Perlantikan sebagai Perisik Minggu Bahasa"). Selain daripada perisik yang dilantik secara rahsia, para pengawas, ketua dan penolong ketua kelas adalah secara automatik diberi tugas mengesan pesalah sebagai "Polis" (lihat borang kesalahan/saman "Minggu Bahasa"). Semua "Polis" diberi kuasa mengeluarkan saman kepada para pesalah tanpa berselindung dan pilih kasih (lihat keistimewaan sebagai "Polis"). Segala saman hendaklah dijelaskan pada minggu berikutnya. Manakala perisik akan menyenaraikan nama dan kesalahan tanpa diketahui oleh sesiapa kecuali dirinya sendiri dan Guru Penasihat Kelab Bahasa (yang ditauliahkan dan diamanahkan untuk mengandalikan perjalanan "Minggu Bahasa" – lihat: AJK Pelaksana Minggu Bahasa SMAIB dan Peranan Guru Penasihat Kelab Bahasa). Selain itu, semua murid digalakkan bercakap sebanyak mungkin sesuai dengan "Minggu Bahasa" dan dilarang diam membisu. Untuk memastikan murid-murid tidak kehabisan idea supaya dapat berbual maka bahan-bahan yang boleh membantu hendaklah disediakan oleh Guru Penasihat Kelab berkenaan sebanyak yang mungkin. Para pelajar juga digalakkan menulis apa-apa perkataan atau ayat yang mereka ingin ucapkan sekiranya tidak mampu mengungkapkannya dalam bahasa yang dikehendaki, mereka boleh meminta jasa baik guru yang berkenaan untuk mengalihbahasakannya ke bahasa yang dikehendaki. Sebagai merai dan memeriahkan lagi “Minggu Bahasa” semua Pengerusi Kelab Bahasa juga diminta menyediakan “Kain Rentang” yang
4
mengiklankan bahawa minggu bahasa tertentu sedang dijalankan. Sebagai contoh kepada kain rentang tersebut seperti berikut:
Kain rentang mestilah sedia terpampang sebelum program bermula dan disimpan sebaik sahaja masa tamat. Dengan terpampangnya kain rentang tersebut adalah diharapkan para pengunjung memaklumi bahawa “Minggu Bahasa” sedang dijalankan. Sekaligus boleh merangsang para pengunjung untuk bersama-sama menghayati minggu bahasa tersebut, disamping tidak berasa janggal berada dalam suasana warga SMAI Beaufort sedang cuba mengaplikasikan bahasa yang dikehendaki pada minggu itu.
5
Sebagai tanda bahawa program yang sedang dilaksanakan mendapat restu dari Bahagian Pendidikan JHEAINS dan juga ibu bapa pelajar, Penolong Kanan HEP atau Setiausaha Ko-Kurikulum hendaklah menghantar surat pekeliling/rasmi memaklumkan perkara tersebut. Sebaik-baiknya “Minggu Bahasa” hendaklah dilancarkan dalam satu majlis yang melibatkan AJK PIBG, ibu bapa, jemputan khas (Bahagian pendidikan setempat, Pengetua-pengetua serta Guru-guru Besar sekolah yang berdekatan) serta dirasmikan oleh mereka yang difikirkan sesuai (seperti KPP Bah. Pendidikan JHEAINS, PP Daerah atau PP Bahagian Jabatan Pendidikan Beaufort atau YB ADUN atau Pegawai Daerah Beaufort). Untuk memastikan majlis pelancaran berjalan lancar, maka AJK Pelaksana hendaklah dibentuk yang di kalangan guru-guru dan juga AJK PIBG SMAIB. Keputusan boleh dibuat dalam mesyuarat khas PIBG (lihat contoh: AJK Pelaksana Majlis Pelancaran Minggu Bahasa SMAIB). Aturcara Majlis Pelancaran hendaklah juga diputuskan dalam mesyuarat tersebut (lihat contoh: Aturcara Majlis Pelancaran Minggu Bahasa SMAIB). Walau bagaimanapun, jika ianya dilancarkan secara sederhana sahaja pun tidak mengapa, yang penting pelancaran tersebut mendapat restu semua pihak yang berkepentingan. Ini mengelak daripada program ini terpaksa dibatalkan apabila terdapat rungutan daripada mereka yang berkepentingan ini. Yang dimaksudkan dengan pelancaran secara sederhana ialah, pelancaran itu dilaksanakan oleh pentadbiran sekolah setelah dimaklumkan terlebih dahulu kepada ibu bapa dan pihak-pihak tertentu melalui surat. 6. SYARAT-SYARAT SEPANJANG MINGGU BAHASA 1. Hendaklah diadakan selama seminggu bermula dari hari isnin dan
berakhir pada hari Jumaat, mulai dari bunyi loceng masuk sehingga loceng pulang berbunyi, yang bukan masa atau hari peperiksaan. 2. Bahasa yang dituturkan hendaklah Bahasa Melayu "baku" atau Arab "fushah" atau Bahasa Inggeris "standard" mana-mana satu yang ditetapkan. 3. Pada masa, hari dan kawasan yang ditetapkan, murid-murid diwajibkan bertutur dalam bahasa yang ditentukan. Mereka yang didapati bertutur dalam bahasa selain dari bahasa yang ditetapkan, akan dikenakan denda atau hukuman yang telah ditentukan. 6
4. Sepanjang waktu persekolahan mereka hendaklah terus bertutur dalam bahasa yang ditentukan selagi mereka berada dalam kawasan yang telah ditetapkan. 5. Mereka wajib bertutur dalam bahasa yang ditentukan sesama murid samada dari kelas atau tingkatan yang sama mahupun dengan murid-murid dari kelas atau tingkatan yang lain. 6. Mereka diwajibkan memiliki bahan-bahan yang disediakan sempena "Minggu Bahasa" untuk dipraktikkan. Dengan bahan tersebut, tiada alasan mengapa mereka tidak dapat mematuhi syarat yang digariskan. Bahan tersebut boleh didapati dari Guru Penasihat Kelab Bahasa dengan bayaran yang berpatutan. Bayaran dikenakan untuk setiap bahan bertujuan supaya mereka menghargai dan memanfaatkannya sebaik mungkin. Hasil yang diperolehi dari penjualan bahan tersebut akan dimasukkan ke dalam tabung Kelab Bahasa yang berkenaan dan akan disimpan di dalam Akaun Sekolah, untuk kegunaan yang difikirkan sesuai. Guru Penasihat Kelab Bahasa atau sesiapa yang terlibat menghasilkan bahan layak/patut menerima saguhati sebanyak 20% dari jumlah hasil penjualan bahan, setelah selesai Program Minggu Bahasa". 7. PENGECUALIAN DARI SYARAT 1- Kesalahan tidak boleh dicatatkan samada oleh "Polis" atau
2-
3-
45-
"Perisik" Minggu Bahasa ketika murid-murid berada di luar kawasan yang ditentukan atau bukan pada waktu yang ditetapkan. Kesalahan tidak akan dicatatkan terhadap mana-mana murid yang bercakap dengan mana-mana guru dalam bahasa yang dilarang, pada bila-bila masa dan di mana sahaja, kerana menggalakkan mereka bertanya tentang apa yang mereka tidak faham. Kesalahan juga tidak akan dicatatkan jika mana-mana murid bercakap dengan para pelawat dalam bahasa yang dilarang, kerana menggalakkan mereka berbudi bahasa terhadap pengunjung. Ketika itu jika murid terpaksa bercakap dengan sesama murid demi layanan terhadap pengunjung itu, juga tidak dianggap bersalah. Walau macamanapun selebihnya akan dikira sebagai kesalahan. Apabila berlaku satu-satu perkara yang dianggap kecemasan semua murid tidak tertakluk dengan syarat yang ditetapkan. Lain-lain yang dianggap munasabah seperti terperanjat atau latah.
7
8. DENDA TERHADAP PESALAH 1. Setiap satu patah perkataan bagi kesalahan hari pertama dikenakan
denda sebanyak RM00.05 (lima sen sahaja). 2. Pesalah yang mengulangi kesalahan pada hari kedua akan dikenakan tambahan denda sebanyak RM00.05 (lima sen sahaja) menjadi RM00.10 (sepuluh sen sahaja) bagi tiap-tiap satu patah perkatan. 3. Jika pesalah yang sama melakukan kesalahan pada hari ketiga dendaan akan berganda menjadi RM00.20 (dua puluh sen sahaja) bagi tiap-tiap satu patah perkataan. 4. Pada hari keempat pesalah yang sama akan dikenakan denda sebanyak RM00.40 (empat puluh sen sahaja) bagi tiap-tiap satu patah perkataan. 5. Pada hari kelima (terakhir) jika pesalah yang sama masih melakukan kesalahan denda yang akan dikenakan adalah sebanyak RM01.00 (satu ringgit sahaja) bagi tiap-tiap satu patah perkataan. 6. Bagi pesalah yang melafazkan ayat yang dianggap panjang (bercakap dalam masa yang lama) yang menyulitkan "Polis" atau "Perisik" menjumlahnya, mereka boleh dikenakan denda maksima iaitu RM01.00 (satu ringgit sahaja) untuk sekali saman oleh "Polis" atau sekali catat oleh "Perisik". 7. Bagi pesalah yang melafazkan ayat yang dianggap sederhana panjang (berbual dalam masa yang sederhana) yang menyulitkan "Polis" atau "Perisik" menjumlahnya, mereka boleh dikenakan denda sebanyak RM00.50 (lima puluh sen sahaja) untuk sekali saman oleh "Polis" atau sekali catat oleh "Perisik". 8. Bagi pesalah yang kesalahannya telah disaman oleh "Polis", "Perisik" tidak berhak untuk mencatatkannya. Jika sekiranya pesalah tersebut terdapat dalam catatan "Perisik" maka ia dianggap batal. 9. Semua denda yang dikenakan hendaklah dijelaskan selewatlewatnya pada hari isnin berikutnya. Kegagalan menjelaskan denda dalam tempoh yang ditetapkan akan dikenakan/digantikan dengan hukuman yang ditetapkan (lihat: Hukuman terhadap pesalah "Minggu Bahasa") 10. Murid- murid yang dianggap degil, tidak memberikan kerjasama terhadap "Polis" seperti enggan mengakui kesalahan atau lain-lain yang seumpamanya, akan dikenakan tindakan disiplin (lihat: Tindakan Disiplin sempena "Minggu Bahasa"). 11.Murid-murid berhak untuk memilih samada membayar denda atau menerima hukuman.
8
9. HUKUMAN TERHADAP PESALAH 1. Hukuman hanya akan dikenakan kepada mereka yang gagal menjelaskan saman atau denda dalam tempoh yang ditetapkan. Walau macamanapun mereka berhak meminta tangguh kepada Guru Penasihat Kelab Bahasa yang bertanggung jawab, dan terpulanglah atas budi bicara beliau untuk mempertimbangkannya. 2. Hanya hukuman yang sesuai (mengikut pandangan Guru Penasihat Kelab Bahasa dan restu Pengerusi PRO ANANG SMAIB – iaitu PK HEM) sahaja boleh dikenakan terhadap pesalah. 3. Pesalah juga boleh memilih sendiri hukuman yang disediakan atas kerelaan dirinya sendiri dan sebarang resiko adalah tanggung jawab pesalah itu sendiri. 4. Setiap pesalah yang sengaja mengelak dari melaksanakan sebarang hukuman yang telah ditetapkan akan diambil tindakan disiplin. 5. Hukuman bukanlah berupa penderaan samada mental atau fizikal. Sebaliknya hukuman tersebut adalah merupakan "Tarbiah Islamiah" sebagai bukti kasih sayang para pendidik terhadap anak didik kesayangan mereka. 10.
JENIS HUKUMAN TERHADAP PESALAH Bagi kesalahan kerana gagal menjelaskan denda RM:05.00 (lima ringgit) ke bawah dalam tempoh yang ditetapkan, hukumannya ialah: Mengakui kesalahan di majlis perhimpunan dan bertaubat tidak akan mengulanginya pada masa akan datang. Nama dan pengakuan mereka akan direkodkan dalam fail Guru Penasihat Kelab Bahasa "Minggu Bahasa". Dengan pengakuan tersebut maka pesalah berkenaan akan diampunkan dan dibebaskan serta dihapuskan denda yang dikenakan, dengan syarat dia benar-benar ikhlas. Jika yang berkenaan didapati mengulangi kesalahan, tindakan disiplin akan diambil dan denda asal akan dituntut semula secara bersurat kepada ibu bapa. Atau…. 2. Melakukan kerja-kerja "Amal sehari" seperti, (mana-mana satu secara berkumpulan – bilangan akan ditetapkan mengikut kesesuaian oleh Guru Kebersihan) membersihkan kawasan sekolah, atau membersihkan kelas iaitu menyapu dan mengelap cermin, atau membersihkan bilik guru, atau membersihkan tandas atau membersihkan kawasan tanaman bunga termasuk menyiram. Setelah melaksanakan hukuman mereka dianggap bebas dan denda yang sepatutnya dibatalkan. Atau… 3. Melakukan kerja-kerja "Ibadah" seperti (setiap individu – mana1.
9
mana satu) Melaksanakan arahan guru mata pelajaran (mengikut pilihan murid), membuat nota pelajaran yang telah diajar(mata pelajaran yang difikirkan sesuai), atau menulis karangan bertajuk "Aku, kawan-kawan dan Minggu Bahasa-satu pengajaran" (atau lain-lain yang difikirkan sesuai) sebanyak 150 patah perkataan atau lebih, atau cerpen,pantun, sajak, seloka dan sebagainya, atau menghafal sifir 1 hingga 12, formula-formula dalam matematik, atau menghafaz pelajaran seperti Tafsir, Hadis, Akhlak, Nahu, Saraf dan lain-lain pelajaran berbentuk hafazan (mengikut pilihan murid sendiri). 4. Bagi kesalahan kerana gagal menjelaskan denda lebih dari RM:05.00 (lima ringgit) ke atas dalam tempoh yang ditetapkan, hukumannya ialah: Mengakui kesalahan di majlis perhimpunan dan bertaubat tidak akan mengulanginya pada masa akan datang. Nama dan pengakuan mereka akan direkodkan dalam fail Guru Penasihat Kelab Bahasa "Minggu Bahasa". Dengan pengakuan tersebut maka pesalah berkenaan akan diampunkan dan dibebaskan serta dihapuskan denda yang dikenakan, dengan syarat dia benar-benar ikhlas. Jika yang berkenaan didapati mengulangi kesalahan, tindakan disiplin akan diambil dan denda asal akan dituntut semula secara bersurat kepada ibu bapa. Serta/dan…. 5. Melakukan kerja-kerja "Amal sehari" seperti, (mana-mana satu secara berkumpulan – bilangan akan ditetapkan mengikut kesesuaian oleh Guru Kebersihan) membersihkan kawasan sekolah, atau membersihkan kelas iaitu menyapu dan mengelap cermin, atau membersihkan bilik guru, atau membersihkan tandas atau membersihkan kawasan tanaman bunga termasuk menyiram. Atau….. 6. Melakukan kerja-kerja "Ibadah" seperti (setiap individu – manamana satu) Melaksanakan arahan guru mata pelajaran (mengikut pilihan murid), membuat nota pelajaran yang telah diajar(mata pelajaran yang difikirkan sesuai), atau menulis karangan bertajuk "Aku, kawan-kawan dan Minggu Bahasa-satu pengajaran" (atau lain-lain yang difikirkan sesuai) sebanyak 150 perekataan atau lebih,atau cerpen,pantun, sajak, seloka dan sebagainya, atau menghafal sifir 1 hingga 12, formula-formula dalam matematik, atau menghafaz pelajaran seperti Tafsir, Hadis, Akhlak, Nahu, Saraf dan lain-lain pelajaran berbentuk hafalan (mengikut pilihan) *Beza pesalah yang gagal menjelaskan denda kurang dari RM5.(a) dan yang berjumlah RM5. ke atas (b). **(a) Pilih 1 atau 2 atau 3. **(b)1 dan pilih 2 atau 3*
10
Semua hukuman hendaklah dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan oleh mana-mana guru yang berkenaan. 7. Pesalah yang memilih mana-mana hukuman yang kebetulan sedang dipertandingkan seperti membuat karangan dan sebagainya adalah dikira sebagai peserta dan berhak menerima apa-apa hadiah yang disediakan oleh penganjur. 8. Mana-mana pesalah yang gagal melaksanakan hukuman seperti yang dijadualkan tanpa alasan yang munasabah akan diambil tindakan disiplin disamping hukuman terhadapnya akan dijadualkan semula dan boleh diberi hukuman tambahan jika perlu. Manakala mereka yang mempunyai sebab yang munasabah seperti sakit, hukuman terhadapnya akan dijadualkan semula tanpa hukuman tambahan. 9. Penjadualan semua hukuman hendaklah bermula setelah “Minggu Bahasa” selesai dijalankan, iaitu minggu berikutnya yang diisytiharkan kan sebagai “Minggu Kebersihan dan Keceriaan Sekolah”. Atau hari-hari lain mengikut kesesuaian. 10. Segala jenis hukuman adalah tertakluk kepada pindaan yang dianggap sesuai dari masa kesemasa. 11.
POLIS TUGAS DAN KEISTIMEWAANNYA
Polis "MINGGU BAHASA" adalah terdiri dari: 1. Semua Pengawas SMAI Beaufort. 2. Semua Ketua Kelas. 3. Semua Penolong Ketua Kelas. Kesemua mereka adalah secara otumatik dilantik menjadi "POLIS MINGGU BAHASA" sepanjang "Minggu Bahasa" dijalankan. Ini bermaksud mereka dikehendaki menjalankan tugas selama tiga minggu berturut-turut, iaitu semasa Minggu Bahasa Melayu, Arab dan Inggeris. 12. TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB SEBAGAI POLIS MINGGU BAHASA DAN KEISTIMEWAANNYA. 12.1. 1. 2. 3. 4.
Bidang Tugas, Kuasa dan Tanggung jawab: Mereka bertanggung jawab mengeluarkan saman kepada setiap pesalah yang melakukan kesalahan. Saman hendaklah dikeluarkan ketika kesalahan itu dilakukan. Mereka hendaklah mencatatkan jumlah kesalahan, masa, tempat dan cadangan denda atau hukuman yang patut dikenakan. Mereka hendaklah mencatatkan kesalahan tersebut dalam dua salinan. Satu salinan hendaklah diserahkan kepada pesalah untuk dikemukakan sendiri oleh pesalah kepada Penasihat Kelab 11
Bahasa yang menyelia perjalanan Minggu Bahasa atau wakilnya yang dilantik, selewat-lewatnya pagi (sebelum loceng masuk) hari berikutnya. Satu salinan hendaklah disimpan sebagai bukti saman telah dikeluarkan. Kedua-dua salinan hendahlah ditanda tangani oleh pesalah dan "Polis Minggu Bahasa" yang bertugas, yang dilengkapi dengan nama, tanda tangan dan tarikh. 5. Mereka diberi kuasa mengeluarkan saman kepada sesiapa sahaja di kalangan murid, termasuk kepada sesama "Polis Minggu Bahasa" (yang mereka kenali), "Perisik Minggu Bahasa" (yang mereka tidak kenali) dan murid-murid lain. Kecuali "Polis Minggu Bahasa" yang sedang melaksanakan tugasnya mengeluarkan saman (kerana keistimewaan yang diberi). 6. Masa, tempat dan cadangan denda atau hukuman adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. 7. Mereka dikehendaki menjalankan tugas dengan penuh tanggung jawab. 8. Mereka tidak dibenarkan melakukan sebarang kekasaran atau kekerasan dalam apa jua tindakan, samada perkataan atau perbuatan. 9. Mereka tidak dibenarkan melayani kekerasan dan kekasaran yang cuba ditimbulkan oleh pesalah. Sebaliknya memberi amaran bahawa pesalah akan dikenakan tindakan disiplin jika cuba bertindak keterlaluan. Setelah amaran diberikan, sekiranya pesalah masih berdegil dan tidak mahu mengakui dan menanda tangani borang saman, mereka berhak mencatatkan bahawa pesalah enggan memberi kerjasama dan borang saman tersebut hendaklah dihantar sendiri kepada Penasihat Kelab Bahasa yang bertanggung jawab atau wakilnya yang dilantik untuk tindakan lanjut. 10. Mereka mesti mengamalkan budi bahasa yang baik, konpromi, toleransi dan tanpa diskriminasi ketika menjalankan tugas. 11. Semua Polis Minggu Bahasa dikehendaki melafazkan ikrar semasa Majlis Pelancaran, dan menandatangani "watikah perlantikan". 12.2. Keistimewaan sebagai "Polis Minggu Bahasa" 1. Ketika mereka sedang menjalankan tugas mengeluarkan saman, mereka tidak tertakluk kepada syarat-syarat "Minggu Bahasa". Mereka dibenarkan bercakap menggunakan bahasa yang disukai sehingga tugas mengeluarkan saman selesai. Selain dari masa (bertugas mengeluarkan saman) itu mereka adalah sama (taraf) dengan murid-murid lain.
12
2.
3.
4. 5.
6. 7.
Jika sekiranya mereka melakukan kesalahan dan kesalahan mereka dicatatkan oleh "Perisik" atau disaman oleh "Polis" lain. Mereka hendaklah akur dan sedia menerima sebarang denda atau hukuman yang dikenakan. Walau macamanapun mereka berhak mendapat hak-hak keistimewaan dari pihak pengendali jika difikirkan sesuai. Ini demi mengelak dari mereka sewenangwenangnya menggagalkan 'Minggu Bahasa". Pihak penganjur akan menyediakan imbuhan yang difikirkan sesuai dengan mengambil kira jumlah tangkapan dan denda yang diperolehi sepanjang menjalankan tugas, bila-bila masa setelah "Minggu Bahasa" selesai. Pihak penganjur juga akan memilih "Polis Terbaik" sepanjang "Minggu Bahasa", dengan menyediakan hadiah-hadiah dan sijil penghargaan. Pihak penganjur juga akan mendapatkan undian (dari semua murid) untuk memilih "Polis Mithali" yang akan diberikan anugerah hadiah dan "Sijil Khidmat Cemerlang-Sempena Minggu Bahasa". Selain dari mereka yang terpilih sebagai "Polis Terbaik" dan "Polis Mithali", semua "Polis Minggu Bahasa" akan diberi hadiah saguhati dan sijil penghargaan. Semua hadiah dan anugerah akan diumumkan dan disampaikan pada "Majlis Hari Ucpan dan Penyampaian Hadiah 2004". Nama para pemenang akan dirahsiakan sehingga diumumkan. Penal hakim khas akan dibentuk dan keputusan yang dibuat adalah muktammad.
13. TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB SEBAGAI PERISIK DAN KEISTIMEWAANNYA 13.1. 1.
2.
3. 4.
Tugas dan Tanggung jawab sebagai Perisik "Perisik Minggu Bahasa" akan dipilih di kalangan pelajar yang bukan menjawat jawatan "Pengawas" atau "Ketua/Penolong Ketua Kelas". Mereka hendaklah golongan yang disahkan mempunyai sifat bertanggung jawab, tegas dan amanah oleh majoriti guru khasnya guru kelas, Penolong Kanan HEM dan Penasihat Kelab Bahasa (Juru Penilai) Atau mereka yang difikirkan sesuai oleh juru penilai. Perisik yang telah diketahui atau dikenali (rahsia terbongkar) oleh murid akan digantikan dengan perisik yang lain.
13
5. 6.
7.
8.
9. 10. 11. 12. 13.
Setiap kelas hendaklah melantik sekurang-kurangnya dua orang "Perisik" untuk sepanjang "Minggu Bahasa", iaitu seorang lelaki dan seorang peerempuan. Perisik hendaklah teguh memegang rahsia sekurang-kurangnya sehingga "Minggu Bahasa" selesai dan sebaik-baiknya sehingga meninggalkan sekolah ini kerana melanjutkan pelajaran ke sekolah lain. Mereka yang didapati dapat bertahan sehingga tempoh itu akan diberi anugerah khas sebagai "Perisik MITHALI" dalam Majlis Hari Ucapan Dan Penyampaian Hadiah yang terakhir baginya. Perisik hendaklah mencatatkan nama pesalah, tarikh, masa dan tempat kesalahan dilakukan. Perisik tidak disediakan borang yang khusus seperti borang "Saman" untuk "Polis", sebaliknya terpulang kepada perisik untuk mencatatkannya pada sekeping kertas yang dianggap sesuai dengan kesempatan yang ada dan demi mengelak ianya diketahui oleh pelajar lain. Mereka hanya boleh menghantar catatan yang telah selesai dicatatkan dengan sempurna (seperti yang dikehendaki) termasuk menuliskan nama dan menandatanganinya, selewatlewatnya pada pagi hari berikutnya sebelum loceng masuk berbunyi, kepada Pengendali Minggu Bahasa (Guru Penasihat Kelab Bahasa) tanpa diketahui oleh murid lain. Terpulang kepada "Perisik" memilih masa yang sesuai untuk menghantar catatannya kepada yang berwajib dalam tempoh yang ditetapkan. Pastikan tidak ada sesiapa dapat mengesan peranan mereka sebagai perisik. Mereka hendaklah mencatatkan kesalahan sesiapa sahaja dikalangan murid, tidak semestinya dari kelasnya sendiri, termasuk kesalahan "Polis Minggu Bahasa". Pastikan mereka mencatat kesalahan yang dilakukan bersesuaian dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Catatan yang tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan akan dianggap batal oleh pihak penganjur.
13.2. Keistimewaan sebagai Perisik Minggu Bahasa 1. Sebarang kesalahan yang dicatatkan oleh "Polis" atau "Perisik" lain terhadap seseorang "Perisik" akan ditampal di papan kenyataan sama dengan pesalah yang lain, tetapi kesalahan "Perisik" tidak akan diambil kira oleh penganjur, atau dianggap telah membayar (ditampal dipapan iklan-mereka yang telah membayar) dendanya, demi merahsiakan identitinya. Walau macamanapun mereka tidak
14
dibenarkan sewenang-wenangnya bercakap bahasa yang dilarang demi mengelak dari rahsianya terbongkar. 2. Pihak penganjur akan menyediakan imbuhan yang difikirkan sesuai dengan mengambil kira jumlah denda yang diperolehi sepanjang menjalankan tugas, bila-bila masa setelah selesai "Minggu Bahasa" yang akan diserahkan secara rahsia. 3. Pihak penganjur juga akan memilih "Perisik Terbaik" sepanjang "Minggu Bahasa", dengan menyediakan hadiah-hadiah dan sijil penghargaan, yang akan diserahkan secara rahsia atau pada Majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah yang terakhir baginya di sekolah ini. 4. Pihak penganjur juga akan memilih "Perisik Mithali", yang akan diberikan anugerah hadiah dan "Sijil Khidmat Cemerlang-Sempena Minggu Bahasa", yang akan diserahkan secara rahsia atau pada Majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah yang terakhir baginya di sekolah ini. 5. Selain dari mereka yang terpilih sebagai "Perisik Terbaik" dan "Perisik Mithali", semua "Perisik Minggu Bahasa" akan diberi hadiah saguhati dan sijil penghargaan, yang akan diserahkan secara rahsia atau pada Majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah yang terakhir baginya di sekolah ini. 6. Nama para pemenang akan dirahsiakan sehingga diumumkan. Penal hakim khas akan dibentuk dan keputusan yang dibuat adalah muktammad.
14. GURU PENASIHAT KELAB BAHASA TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB SEPANJANG MINGGU BAHASA Terdapat tiga buah Kelab Bahasa yang terlibat secara langsung dengan "Minggu Bahasa" iaitu, Kelab Bahasa Melayu, Kelab Bahasa Arab dan Kelab Bahasa Inggeris. Semua Guru Penasihat Kelab Bahasa adalah bertanggung jawab menjadi penganjur atau pengendali "Minggu Bahasa" yang dijalankan. Kesemua mereka hendaklah bergabung dan bekerjasama dalam memastikan "Minggu Bahasa" berjalan dengan lancar seterusnya berjaya mencapai objektif yang dirancangkan. Guru Penolong Kanan HEM adalah teraju utama mempengerusikan AJK Pelaksana Minggu Bahasa. Semua AJK Pelaksana hendaklah bermesyuarat, berbincang serta merancang dengan sebaik mungkin agar "Minggu Bahasa" dapat dilaksanakan dengan jayanya. Mereka juga mesti benar-benar memahami segala "Pra-syarat Minggu Bahasa" jika ingin melihat "Minggu Bahasa"
15
benar-benar bermanfaat dan membawa makna serta menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan pelajar khasnya calon-calon PMR sekolah ini. Tugas dan Tanggung Jawab Guru Bahasa sepanjang MINGGU BAHASA sebagai Penganjur, Penyelaras, Pengendali dan Pelaksana 14.1. 1. 2. 3. 4. 5. 6.
7. 8. 9.
10. 11. 12.
Sebelum Minggu Bahasa Menyediakan watikah perlantikan untuk para "Polis" dan "Perisik" mengikut keperluan sepanjang "Minggu Bahasa". Mengenal pasti mereka yang layak dilantik sebagai "Perisik Minggu Bahasa". Menyediakan "Borang Saman" secukupnya untuk "Polis Minggu Bahasa". Menyediakan "Kain Rentang" untuk "Minggu Bahasa". Menyediakan "Slogan" (setiap hari dua kali – sekali sebelum loceng masuk dan sekali semasa rehat)serta pembacanya mengikut jadual yang terancang. Menyediakan "Lafaz Ikrar" untuk semua murid (dibaca semasa Majlis Pelancaran/semasa majlis perhimpunan hari isnin - Minggu Bahasa Melayu bermula), untuk "Polis" (dibaca semasa Majlis Pelancaran/semasa majlis perhimpunan hari isnin - Minggu Bahasa Melayu bermula), dan untuk "Perisik" Minggu Bahasa (ketika menerima watikah secara rahsia). Merancang dengan teliti dan sempurna jika satu-satu pertandingan ingin dilaksanakan sepanjang "Minggu Bahasa". Pastikan semua borang-borang pertandingan yang ingin dilaksanakan telah sedia untuk dimiliki oleh semua murid dengan kadar harga yang berpatutan. Menyediakan dan memilih tempat yang sesuai untuk melekat/menampal bahan-bahan tampalan yang sesuai dan diperlukan sepanjang "Minggu Bahasa". Menyediakan "Bahan Perbualan Lazim" untuk murid-murid sepanjang "Minggu Bahasa" serta memastikan semua murid memilikinya dengan harga yang berpatutan. Memilih lokasi yang sesuai untuk menampal nama-nama pesalah yang dikehendaki melunaskan denda mereka. Dan lain-lain yang difikirkan perlu.
14.2. Semasa Minggu Bahasa dijalankan 1. Pastikan "Kain Rentang" telah dipasang. 2. Pastikan semua "Perisik" telah dilantik dan semua "Polis" telah dibekalkan dengan "Borang Saman" secukupnya. 16
3. Pastikan semua murid telah membaca syarat-syarat "Minggu Bahasa" dan memiliki semua "Bahan Perbualan Lazim". 4. Pastikan semua "Slogan" dan "Pembacanya" telah dijadualkan dan dapat dikumandangkan mengikut jadual. 5. Pastikan semua bahan-bahan tampalan/iklan telah dilekat/ditampat ditempat yang sepatutnya. 6. Pastikan nama-nama pesalah yang dikehendaki menjelaskan denda telah ditampal. 7. Pastikan mereka yang layak dikenakan tindakan disiplin telah dipanggil dan memilih hukuman yang bersesuaian. 8. Pastikan mereka yang gagal membayar denda yang dikenakan dalam tempoh yang ditetapkan dipanggil untuk memilih hukuman atau tindakan disiplin yang disediakan. 9. Pastikan satu-satu pertandingan yang telah dirancang dan dijalankan dapat dilaksanakan dengan sempurna. 10. Pastikan Jemaah Hakim Pertandingan telah dilantik dan keputusan boleh dibuat, dan diumumkan dalam Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan (membaca - misalnya) Sempena Minggu Bahasa (sila tentukan tarikh) selewat-lewatnya dalam "Minggu Keberesihan dan Keceriaan" iaitu minggu berikut selepas "Minggu Bahasa" . 11. Bersedia menerima dan cuba mengatasi sebarang komen, rungutan, cadangan dan sebagainya. 12. Bersedia menjawab sebarang pertanyaan berkaitan "Minggu Bahasa" yang diajukan oleh murid pada bila-bila masa. 13. Bersedia "Mengalihbahasa" catatan murid (yang mencatatkan apa yang mereka tidak tahu istilah/bahasanya) kebahasa-bahasa tertentu yang dikehendaki oleh murid demi menjayakan "Minggu Bahasa". 14.3. 1. 2.
3. 4. 5.
Setelah selesai Minggu Bahasa Pastikan semua pihak berpuas hati dengan "Minggu Bahasa" yang telah dijalankan. Dapatkan komen semua pihak mengenai "Minggu Bahasa" yang telah dijalankan, dan merekodkannya ke dalam fail untuk tindakan pada masa akan datang. Pengerusi pelaksana hendaklah mengadakan Mesyuarat Postmoterm terhadap "Minggu Bahasa" yang telah dilaksanakan. Pastikan mereka yang tersenarai sebagai pesalah yang patut menjelaskan denda dapat melunaskan segala denda. Pastikan mereka yang layak menerima hukuman atau tindakan disiplin telah memilih hukuman yang disediakan dan jadual pelaksanaan hukuman hendaklah segera disiapkan supaya 17
hukuman dapat dilaksanakan dalam 'Minggu Kebersihan dan Keceriaan". 6. Pastikan nama-nama "Polis dan Perisik" yang dicalonkan meraih gelaran "Polis dan Perisik Terbaik dan Mithali" dikenal pasti. 7. Pastikan semua nama mereka disenaraikan untuk dibuat pemilihan seterusnya di tetapkan pemenang dan merekodkannya untuk penerimaan hadiah, penghargaan dan augerah. 8. Pastikan Majlis Penyampaian semua hadiah ditetapkan tarikh dan masa yang bersesuaian, termasuk hadiah untuk satu-satu pertandingan yang dilaksanakan. 9. Cuba memikirkan bersama apa-apa yang patut dibuat pada masamasa akan datang demi menjamin "Minggu Bahasa" dapat dilaksanakan lagi dengan manfaat dan hasil yang lebih cemerlang. 10. Dan lain-lain yang difikirkan perlu. 15. AKTIVITI SEPANJANG MINGGU BAHASA Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan seiring dengan "Minggu Bahasa" adalah seperti (cadangan) berikut: 1. Pertandingan Membaca (semua bahasa). 2. Pertandingan Menghafaz (bahasa arab dan mata pelajaran lain) 3. Pertandingan Menulis (seperti cerpen, sajak dsb-semua bahasa). 4. Pertandingan Membuat Nota (semua mata pelajaran) 5. Pertandingan Melukis Karekator (untuk bahan tampalan-semua bahasa). 6. Pertandingan Kuiz (semua bahasa). 7. Pertandingan Conteng-conteng (semua bahasa) 8. Pertandingan Pengucapan Puisi (semua bahasa). 9. Pertandingan Bahas (semua Bahasa) 10. Pertandingan Pidato/syarahan (semua bahasa) 11. Pertandingan Nasyid (semua bahasa) 12. Pertandingan Mencipta Lirik Lagu Sekolah (bahasa melayu). 13. Pertandingan Mencipta Logo dan Motto Sekolah. 14. Dan lain-lain yang dianggap sesuai. Semua aktiviti adalah melibatkan semua guru dan mata pelajaran, tetapi hendaklah disesuaikan dengan minggu bahasa yang sedang berjalan. Aktiviti di atas tertakluk kepada ubah suai dan tokok tambah yang difikirkan sesuai. “SELAMAT MENCUBA SEMUGA BERJAYA”
18
LAMPIRAN: 1 IKRAR PELAJAR SMAIB SEMPENA MINGGU BAHASA BAHAWA KAMI, PELAJAR-PELAJAR SMAI BEAUFORT, BERIKRAR DENGAN IKHLAS, DAN AZAM YANG KUAT, SERTA KOMITMEN YANG TINGGI, AKAN MEMATUHI, SEGALA SYARAT YANG DITETAPKAN, SEPANJANG MINGGU BAHASA, YANG MENJADI AKTIVITI, PRO ANANG SMAI BEAUFORT. KAMI JUGA BERIKRAR, AKAN MEMBERIKAN SEPENUH KERJASAMA, KEPADA PENGANJUR MINGGU BAHASA, KEPADA POLIS MINGGU BAHASA, SERTA PEERISIK MINGGU BAHASA, DEMI MENJAMIN KELANCARAN, PERJALANAN MINGGU BAHASA, JUGA DEMI MENCAPAI OBJEKTIF, YANG DIRANCANG. KAMI RELA DIKENAKAN SEBARANG DENDA, HUKUMAN DAN TINDAKAN DISIPLIN, SEANDAINYA KAMI, DIDAPATI BERSALAH, MELANGGAR SYARAT-SYARAT, YANG TELAH DITETAPKAN. KAMI JUGA BERSEDIA, MEMBAYAR DENDA YANG DIKENAKAN, MELAKSANAKAN HUKUMAN YANG DITETAPKAN, JUGA MENERIMA TINDAKAN DISIPLIN, YANG TELAH DITENTUKAN. SEMUGA ALLAH MERESTUI, PENGORMANAN KAMI, DENGAN ANUGERAH KECEMERLANGAN, DALAM PEPERIKSAAN.
19
LAMPIRAN: 2 AJK PELAKSANA MINGGU BAHASA SMAI BEAUFORT (JIKA PELANCARA DILAKSANAKAN SECARA SEDERHANA)
PENAUNG: KPP BAHAGIAN PENDIDIKAN JHEAINS PENASIHAT (1): PENGETUA SMAIB PENASIHAT (2): PENGERUSI PIBG SMAIB PENGERUSI PELAKSANA: PENOLONG KANAN 1 TIM. PENGERUSI PELAKSANA: PENOLONG KANAN HEM DENGAN AGENDA MESYUARAT MENETAPKAN: A. TARIKH PELANCARAN B. MEMBENTUK AJK PELANCARAN (CON. LAMPIRAN: 3) C. ATUR CARA PELANCARAN D. DAN LAIN-LAIN SETIAUSAHA: SETIAUSAHA SMAIB TIM. SETIAUSAHA: SETIAUSAHA PIBG SMAIB BENDAHARI: BENDAHARI SMAIB TIM. BENDAHARI: BENDAHARI PIBG SMAIB AJK PELAKSANA: 1. PENGERUSI KURIKULUM 2. PENGERUSI KO-KURIKULUM AJK PELAKSANA: MERANGKAP PENGERUSI PENGANJUR MINGGU BAHASA 3. GURU PENASIHAT KELAB BAHASA MELAYU 4. GURU PENASIHAT KELAB BAHASA ARAB 5. GURU PENASIHAT KELAB BAHASA INGGERIS AJK PELAKSANA: MERANGKAP AJK PERTANDINGAN SEMPENA MINGGU BAHASA 6. GURU PENITIA MATA PELAJARAN 7. GURU MATA PELAJARAN 8. GURU KELAB MATA PELAJARAN 9. GURU KEBERSIHAN DAN KECERIAAN AJK PELAKSANA: MERANGKAP BAHAGIAN PENGUATKUSA DAN PERISIKAN SEMPENA MINGGU BAHASA 10.PARA PENGAWAS 11.SEMUA KETUA KELAS 12.SEMUA PENOLONG KETUA KELAS.
20
LAMPIRAN: 3 AJK PELAKSANA MAJLIS PELANCARAN MINGGU BAHASA SMAI BEAUFORT (JIKA PELANCARAN DILAKSANAKAN SECARA BESAR-BESARAN)
PENAUNG: KPP BAH. PENDIDIKAN JHEAINS PENASIHAT 1: PENGETUA SMAIB PENASIHAT 2: PENGERUSI PIBG SMAIB PENASIHAT 3: PENOLONG KANAN 1 PENGERUSI: PENOLONG KANAN HEM TIMBALAN PENGERUSI (1): PENGERUSI KURIKULUM TIMBALAN PENGERUSI (2): PENGERUSI KO KURIKULUM (MESYUARAT BERSAMA AJK PIBG) SETIAUSAHA: PENGERUSI KELAB BAHASA MELAYU TIM. SETIAUSAHA (1): PENGERUSI KELAB B. ARAB TIM. SETIAUSAHA (2): PENGERUSI KELAB B. INGGERIS BENDAHARI: BENDAHARI SMAIB TIM. BENDAHARI: BENDAHARI PIBG SMAIB AJK PELAKSANA: (YANG MESTI DILANTIK) 1. PERSIAPAN DEWAN: 2. PUBLISITI: 3. SIARAYA: 4. JEMPUTAN DAN ATURCARA: 5. PROTOKOL DAN PENYAMBUT TETAMU: 6. PERSEMBAHAN PENTAS: 7. HADIAH DAN CENDERAMATA: 8. JAMUAN: 9. PENGANGKUTAN: 10.JURUACARA MAJLIS:
21
LAMPIRAN: 4 AJK PENGANJUR MINGGU BAHASA SMAI BEAUFORT PENAUNG: PENGETUA SMAIB PENASIHAT 1: PENOLONG KANAN 1 PENASIHAT 2: PENOLONG KANAN HEM PENGERUSI: PENASIHAT KELAB BAHASA DENGAN AGENDA MESYUARAT MENYEDIAKAN: A. PERLANTIKAN PERISIK B. PENYERAHAN BORANG SAMAN C. KAIN RENTANG D. SLOGAN DAN PEMBACA E. BORANG-BORANG BERKAITAN MINGGU BAHASA F. BAHAN RUJUKAN DAN TAMPALAN G. BORANG SENARAI NAMA PESALAH SAMA ADA YANG BELUM ATAU SUDAH MENJELASKAN DENDA YANG DIKENAKAN H. BORANG HUKUMAN DAN TINDAKAN DISIPLIN I. DAN LAIN-LAIN SETIAUSAHA: SETIAUSAHA KELAB BAHASA BENDAHARI: BENDAHARI KELAB BAHASA AJK PELAKSANA: MERANGKAP AJK PERTANDINGAN SEMPENA MINGGU BAHASA SMAIB 1. GURU PENITIA MATA PELAJARAN 2. GURU MATA PELAJARAN 3. GURU KELAB MATA PELAJARAN 4. GURU KEBERSIHAN DAN KECERIAAN 5. AJK KELAB BAHASA AJK PELAKSANA: MERANGKAP BAHAGIAN PENGUATKUASA DAN PERISIKAN MINGGU BAHASA SMAIB 6. PARA PENGAWAS 7. SEMUA KETUA KELAS 8. SEMUA PENOLONG KETUA KELAS.
22
LAMPIRAN: 5 AJK PERTANDINGAN SEMPENA MINGGU BAHASA SMAIB PENAUNG: PENOLONG KANAN 1 PENASIHAT: PENOLONG KANAN 2 PENGERUSI: GURU PENASIHAT KELAB BAHASA AGENDA MESYUARAT MENYEDIAKAN: A. B. C. D. E.
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BORANG PENYERETAAN PENGHAKIMAN HADIAH DAN LAIN-LAIN
SETIUSAHA: GURU PENITIA MATA PELAJARAN BENDAHARI: BENDAHARI KELAB BAHASA AJK PELAKSANA: TERDIRI DARI: 1. 2. 3. 4. 5.
GURU MATA PELAJARAN GURU KELAB MATA PELAJARAN GURU KEBERESIHAN DAN KECERIAAN KETUA KELAB BAHASA AJK KELAB BAHASA
23
PROGRAM ANAK ANGKAT SEKOLAH MENENGAH AGAMA ISLAM BEAUFORT (PRO ANANG SMAIB) ___________________________________________________________ BORANG (A-PTIBSP/MB/SMAIB) PENERIMAAN TUGAS DAN IKRAR SEBAGAI POLIS SERTA PENERIMAAN BORANG SAMAN SEMPENA MINGGU BAHASA SMAI BEAUFORT Mulai dari tarikh: ……………….Hingga………………….. (Sila catatkan Tarikh mula dan akhir)
Saya ………………………………. No.K.P:………………………………………….. (Nama penuh murid seperti dalam K.P.)
(Sila catatkan dengan betul)
adalah Pengawas/Ketua/Penolong Ketua Kelas SMAIB dari tingkatan:…………… berikrar akan menjalankan tugas sebagai "POLIS MINGGU BAHASA" dengan penuh tanggung jawab, mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan sesuai dengan apa yang termaktub dalam Bidang Tugas, Kuasa dan Tanggung Jawab (Muka surat: 11 Bab:12. ceraian:12.1) yang diamanahkan. Saya juga mengaku menerima ………. keping Borang Saman Minggu Bahasa (Nyatakan bilangan yang diterima)
Pada Hari: …………………… Tarikh:……………….. ….Masa:……………………. (Sila catatkan hari tarikh dan masa penerimaan)
untuk digunakan sepanjang Minggu Bahasa SMAIB. "MINIMA MASA MAKSIMA USAHA"
………………………… (Tanda Tangan Penerima) (Pengawas/Ketua/Penolong Ketua Kelas) Di hadapan saksi:
………...………… (Tanda Tangan Saksi) (Guru Penasihat Kelab Bahasa/ Pen. Kanan HEM) *Borang ini juga hendaklah diisi setiap kali menerima "Borang Saman" yang baru. AbuEddaSoyiddeeqaElBinangkit18ogos2003/548pm
24
PROGRAM ANAK ANGKAT SEKOLAH MENENGAH AGAMA ISLAM BEAUFORT (PRO ANANG SMAIB) _____________________________________________________________________
BORANG (B-WLIP/MB/SMAIB) WATIKAH LANTIKAN DAN IKRAR SEBAGAI PERISIK SEMPENA MINGGU BAHASA SMAI BEAUFORT Bermula dari:………………Hingga:……………….. (Catatkan tarikh mula dan akhir)
Saya …………………………………. No.K.P. ………………………………………. (Nama penuh seperti dalam K.P.)
(Sila catatkan dengan betul)
adalah pelajar SMAI Beaufort dari tingkatan:……dengan ini menerima "Watikah Lantikan Sebagai Perisik Minggu Bahasa" dengan rasa bangga dan sukacitanya, serta berikrar akan melaksanakan Tugas dan Tanggung Jawab sebagai Perisik seperti yang termaktub (Muka surat:13 Bab: 13 Ceraian: 13.1) sebagai satu amanah yang WAJIB dirahsiakan. Saya juga sedia berkhidmat sedaya upaya saya dengan ikhlas demi memastikan Minggu Bahasa PRO ANANG SMAI Beaufort ini, berjaya mencapai objektif yang dirancang. “MINIMA MASA MAKSIMA USAHA”
……………………… (Tanda Tangan Perisik)
…………………….. (Tanda Tangan Saksi) (Guru Penasihat Kelab Bahasa/ Pen. Kanan HEM) (Watikah ini hendaklah dibaca dan ditandatangani secara sulit)
Tarikh:…………………….. AbuEddaSouiddeeqaElBinangkit19ogos2003/0932am
25
PROGRAM ANAK ANGKAT SEKOLAH MENENGAH AGAMA ISLAM BEAUFORT (PRO ANANG SMAIB) BORANG (C-BS/MB/SMAIB) BORANG SAMAN NAMA PESALAH:…………………………………………………………………….. NO.KAD PENGENALAN:…………………………………………............................. (Nama dan No.K.P hendaklah ditulis oleh Pesalah sendiri)
JUMLAH PERKATAAN:……………………………………………………………... (Dengan perkataan - Perkataan asal hendaklah dicatat (dan disimpan sebagai bukti) pada kertas yang berasingan)
JUMLAH DENDA:…………………………………………………………………….. (Dengan perkataan)
HUKUMAN CADANGAN (jika ada):……………………………………………........ TINDAKAN DISIPLIN(jika ada):…………………………………………………....... (Kesemua jumlah perkataan/jumlah denda/hukuman cadangan/tindakan disiplin diisi oleh Polis Minggu Bahasa SMAIB)
TARIKH:………………........... MASA:……………...... TEMPAT:………………..... ……………………… ……………………………. (Tanda Tangan Pesalah) (Tanda Tangan) Catatan:......................................................... Nama:……………………… (Andainya pesalah gagal memberi kerjasama) (Polis Minggu Bahasa SMAIB) * Salinan untuk pesalah – mesti dihantar SENDIRI kepada Penyelaras Minggu bahasa SMAIB tanda bertanggung jawab. AbuEddaSoyiddeeqa ElBinangkit18ogos20036.50pm
-------------------------------------------------------- POTONG DISINI----------------------------------------------------------------------
PROGRAM ANAK ANGKAT SEKOLAH MENENGAH AGAMA ISLAM BEAUFORT (PRO ANANG SMAIB) BORANG (C-BS/MB/SMAIB) BORANG SAMAN NAMA PESALAH:………………………………………………………...................... NO.KAD PENGENALAN:………………………………………………..................... (Nama dan No.K.P hendaklah ditulis oleh Pesalah sendiri)
JUMLAH PERKATAAN:…………………………………………………................... (Dengan perkataan- dan Perkataan asal hendaklah dicatat (dan disimpan sebagai bukti) pada kertas yang berasingan)
JUMLAH DENDA:………………………………………………………..................... (Dengan perkatan)
HUKUMAN CADANGAN(Jika ada):……………………………………………….... TINDAKAN DISIPLIN(Jika ada):…………………………………………………...... (Kesemua jumlah perkataan/jumlah denda/hukuman cadangan/tindakan disiplin diisi oleh Polis Minggu Bahasa SMAIB)
TARIKH:………………......... MASA:…………….... TEMPAT:………………......... ………………………….. ……………………………. (Tanda Tangan Pesalah) (Tanda Tangan) Catatan:..................................................... Nama:……………………… (Andainya pesalah gagal memberi kerjasama)
(Polis Minggu Bahasa SMAIB yang bertugas)
*Salinan untuk disimpan oleh Polis Minggu bahasa SMAIP sebagai bukti. AbuEddaSoyiddeeqa ElBinangkit18ogos20036.50pm
26