Artikel Pilihan Minggu Ini 1

  • Uploaded by: Aznil Azwandie
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Artikel Pilihan Minggu Ini 1 as PDF for free.

More details

  • Words: 4,737
  • Pages: 11
Stailo Farizal Oleh Fairuz Zaidan 90 minit bersama Farizal

skuad Uzbekistan, pada perlawanan persahabatan tidak lama lagi.

KELIBAT personaliti ini menyarung jersi, biasa dilihat. Untuk kelainan, nah gaya berbeza penjaga gawang skuad bola sepak negara, Mohd Farizal Marlias! Tampil dengan sut mahupun kasual, mari berkongsi sisi jejaka 23 tahun ini...

“Ini akan menjadi medan bagi skuad kebangsaan membuka rentak selain menjadi kayu pengukur terhadap kemampuan dan kecergasan kami dalam menghadapi cabaran Sukan Sea,” kata Mohd Farizal yang juga beraksi bersama pasukan Perlis.

LEBIH sebulan mengatur janji, akhirnya peluang mengenali lebih dekat penjaga gawang skuad bola sepak kebangsaan ini tercapai. Biarpun sesi fotografi terpaksa diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya atas faktor jadual latihan yang padat, tempoh 90 minit bersama Mohd Farizal Marlias tidak dipersiakan.

Jatuh bangun sebagai penjaga gawang, Mohd Farizal berdepan sokongan dan cemuhan penyokong bola sepak. Selama lebih 10 tahun menguasai posisi benteng terakhir skuad bola sepak, pelbagai cerita suka duka ditempuh anak muda ini.

Melihat orangnya, pasti ramai menyangka pemuda ini pendiam. Namun, si empunya badan tidak mengakui hakikat itu. Ramah bercerita, Mohd Farizal yang berasal dari Jengka 18, Maran, Pahang mengakui ramai tersalah anggap karakter dirinya. Malah, ada yang menyangka beliau seorang pembengis. Lupakan sejenak persepsi orang, Mohd Farizal bercerita, beliau sedang memberi tumpuan penuh kepada sesi latihan untuk mempersiapkan diri mewakili negara pada Sukan Sea di Laos, bulan depan. “Pada masa sama, kami juga sedang membuat persiapan menentang menentang

“Sudah tentu apabila kita menang, ramai bersorak. Senarionya berbeza pula apabila kita tewas... Namun, sebagai pemain, saya hanya mampu bersabar dan berusaha memperbaiki diri,” kata Mohd Farizal. Puas bercerita mengenai dunia bola sepak yang diminatinya sejak berusia 12 tahun, Mohd Farizal bercerita pula perihal cita rasa fesyen. Katanya, beliau lebih selesa bergaya sederhana dan menggemari seluar denim bersama kemeja T. Mohd Farizal berkata, beliau lebih banyak membeli-belah di Kuala Lumpur seperti di kompleks beli-belah Mid Valley dan Sungei Wang Plaza berbanding di Perlis. “Jika tidak ada latihan, saya banyak menghabiskan masa di rumah. Jika keluar

pun, pergi menjamu selera atau sesekali berkunjung ke Padang Besar,” katanya yang tampak segak menggayakan persalinan sut dan kemeja kasual jenama Alfred Dunhill. XY - Ikon Lelaki menyelami semangat juang Mohd Farizal... Bagaimana anda boleh terbabit dalam sukan bola sepak terutama dengan kepakaran khusus sebagai penjaga gawang? Ketika kecil, saya seperti kanak-kanak lain aktif bermain bola sepak. Pada usia 12 tahun, seorang guru menyarankan saya lebih serius melatih kemahiran sebagai penjaga gawang. Sejak itulah saya mula bertemu rentak, berlatih dan meningkatkan kemahiran sebagai penjaga gol sehingga hari ini. Boleh ceritakan serba sedikit detik awal menjadi penjaga gawang? Sejak mewakili sekolah hingga ke peringkat zon, daerah dan negeri. Semua proses itu saya lalui secara seimbang. Saya bertuah dan bersyukur kerana perjalanan menjadi penjaga gawang seolah-olah berada pada landasan tepat. Saya mula menuntut di Sekolah Tunas Cemerlang di Kuantan, kemudian terpilih pula ke Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar. Selepas itu, saya meneruskan pembelajaran di Sekolah Sukan Bukit Jalil

hingga tingkatan lima.

selama ini.

Apakah agaknya kriteria yang perlu ada bagi seorang penjaga gol?

Anda terpilih menjaga gawang ketika skuad kebangsaan menentang kelab gergasi Manchester United, baru-baru ini. Boleh kongsi sedikit detik bersejarah itu?

Bagi saya, faktor utama ialah teknik selain sifat keberanian yang tinggi untuk berdepan dengan pihak lawan. Ini kerana kita adalah benteng terakhir pasukan. Faktor ketinggian sebagai kriteria utama penjaga gol, tidaklah tepat. Lihat saja penjaga gawang seperti Jorge Campos dari Mexico dan Fabian Barthez dari Perancis yang mampu memberi aksi menarik biarpun mereka tidak setinggi mana. Apa agaknya realiti bergelar bintang sukan? Rutinnya seperti biasa iaitu menjalani sesi latihan pada sebelah pagi; menjaga pemakanan; mengambil makanan tambahan dan berlatih semula pada sesi petang. Namun, ini bukanlah bererti kita terikat 100 peratus, sebaliknya proses ini diikuti mengikuti jadual sistematik. Pada usia muda anda sudah bertanggungjawab memikul cabaran besar mewakili negara. Apa agaknya perasaan anda? Saya tidak menyangka, pada suatu hari, saya bergelar penjaga gol dan beraksi mewakili negara. Terus terang, saya terkejut tetapi berbangga kerana ini hasil titik peluh saya serta komitmen yang diberi

Sepanjang menjadi penjaga gol, itulah kali pertama saya beraksi dalam acara terbesar dengan penonton yang cukup ramai. Sukar diungkap dengan kata-kata. Saya hanya mampu membulatkan tekad untuk beraksi sebaik mungkin biarpun dada ketika itu berdebar-debar. Sampai bila agaknya anda beraksi dalam sukan bola sepak? Saya tidak pernah meletakkan sasaran untuk bersara, sebaliknya hanya mahu memberi fokus kepada kerjaya ini selagi terdaya.

Apatah lagi, banyak pilihan di Kuala Lumpur mengikut kesukaan. Cinta dan alam rumah tangga. Komen anda? Ketika ini, karier menjadi keutamaan. Berkahwin bagi saya hanya sesuai pada usia 27, 28 atau 29 tahun (tersenyum). Aksi MU & soal ketinggian SEAKAN baru semalam berakhirnya episod gemilang perlawanan bersejarah skuad bola sepak negara menentang kelab bola sepak gergasi, Manchester United (MU) dengan kesudahan Malaysia tewas tipis 3-2. Di sebalik debar ribuan penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil, Julai lalu, tiada yang dapat melupakan aksi Mohd Farizal yang menjaga gawang skuad Malaysia.

Terjemahan fesyen bagi diri anda? Saya tidaklah terlalu berfesyen. Ini kerana saya lebih selesa bergaya sederhana. Saya lebih gemar menggayakan denim bersama kemeja T. Sebagai lelaki, pandangan anda mengenai pilihan fesyen jejaka di Malaysia? Saya dapat rasakan semakin banyak pilihan untuk lelaki memilih gaya mengikut cita rasa dan kegemaran fesyen masing-masing.

“Bohonglah jika saya katakan tidak gentar berdepan puluhan ribu penonton. Suasana cukup berbeza hingga menyemarakkan lagi semangat kami. “Memang saya berbangga dan bertuah kerana terpilih mewakili negara dalam perlawanan itu,” katanya yang tidak bermimpi berkongsi padang bersama skuad MU. Ditanya perasaan yang berbunga selepas terpilih dalam kesebelasan pemain

menentang MU, Mohd Farizal berkata, beliau tidak terlalu memikirkannya kerana bimbang tekanan mengganggu fokus. “Selepas tamat perlawanan menentang MU, saya disapa penjaga gawang, Edwin van der Sar yang memuji dan memberi kata-kata perangsang kepada saua untuk meningkatkan mutu persembahan. “Ini sebagai bonus dalam usaha meningkatkan persembahan saya selepas ini,” katanya yang menjadikan dua penjaga gol dunia, Gianluigi Buffon dan Jose Manuel Reina sebagai sumber inspirasi. Bercerita lanjut pembabitannya dalam sukan bola sepak terutama menjadi penjaga gol, Mohd Farizal tidak lupa beliau pernah menjadi penjaga gol paling rendah, suatu waktu dulu. “Ketika usia muda, saya pendek orangnya. Saya tidak sangka, akhirnya saya mencapai ketinggian 177 sentimeter. Bukan saya saja pelik, rakan-rakan lama juga terkejut bertemu saya.

baik hati dan menghormati saya serta keluarga •

Mungkin akan berkhidmat dengan badan beruniform seperti polis atau tentera •



Wanita pilihan? Suka yang sederhana, bertudung, jujur,

Cara terbaik meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam? Banyakkan jaringan sistem transit aliran ringan (LRT) dan bas bagi memastikan orang ramai selesa menaiki pengangkutan awam



Bola sepak negara boleh maju kalau... Pemain serta penyokong sama-sama membantu seterusnya mengembalikan kegemilangan bola sepak negara.



“Bagi saya, faktor ketinggian bukanlah kelebihan. Sebaliknya, teknik, bakat dan keberanian adalah penentu dalam mengelak gawang dibolosi,” katanya. Farizal dan…

Jika bukan penjaga gol?

Harga jualan sekotak rokok pernah dicadangkan RM30. Pandangan anda?



Tarikh lahir : 29 Jun 1986



Tempat lahir : Jengka 18, Maran, Pahang



Tinggi : 177 sentimeter



Berat : 68 kilogram



Status : Bujang

Bapa vs Anak Oleh Fairuz Zaidan Liga fesyen bapa, anak Kata orang bapa borek, anak rintik begitulah aksi Datuk Bernard Chandran bersama anak terunanya, Terimunite Chandran. Sengaja menggandingkan dua beranak ini, XY - Ikon Lelaki menyelami cita rasa fesyen, harapan serta inspirasi empayar fesyen Bernard. APABILA dua beranak ini digandingkan, cita rasa fesyen mereka bagai tertumpu di landasan sama. Andai si bapa selesa menggayakan kemeja T putih yang dipadankan dengan vest potongan halus, anak sulungnya pula memilih gaya highstreet dan rock, lengkap berjaket tampak ranggi.



Nama : Mohd Farizal Marlias

Melihat aksi Bernard dan Terimunite bergaya di depan lensa kamera, umpama adik dan abang pula. Kedua-dua tampak serasi dan yakin dengan pilihan gaya masing-masing. Dalam leka berceloteh, Bernard mengakui tidak pernah memberi garis sempadan kepada anak-anak dalam soal cita rasa bergaya.



Umur : 23 tahun

Cerita Bernard, beliau tidak pernah

Satu cadangan baik bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap bahaya merokok dan membantu mengurangkan kumpulan perokok tegar. PROFIL:

menentukan blok fesyen anak-anak, jauh sekali membeli pakaian sama untuk mereka. Bernard memberi kebebasan penuh kepada anak-anak untuk berfantasi dengan fesyen.

Hampir dua jam berkurung di butik Bernard Chandran di KL Plaza, XY - Ikon Lelaki menyelam dasar hati Bernard...

“Sejak Terimunite menginjak usia remaja, jangan tidak tahu, kami saling bertukar pakaian dan aksesori. Saiz pula sama, jadi tiada masalah untuk berkongsi,” akui Bernard tergelak sambil menunjukkan kasut kanvas yang dipakainya pada hari itu adalah milik anak terunanya.

Apa perkembangan terbaru anda dalam industri fesyen ini? Saya baru selesai menjayakan pertunjukan koleksi fesyen terbaru musim bunga/panas 2010 bagi edisi kelapan di London barubaru ini. Ini bagi mengukuhkan lagi jenama Bernard Chandran di peringkat antarabangsa.

Biarpun figura hebat dunia fesyen ini sudah membina empayar hampir dua dekad lamanya, namun tidak bermakna legasi fesyennya harus diwarisi anak-anak. Kata Bernard, beliau tidak mahu meletak harapan menggunung untuk lima anaknya mengikut jejak langkah beliau sebagai pereka fesyen. Tidak mahu kecewa pada kemudian hari, bagi Bernard, biarlah anak-anak yang menentukan hala tuju kerjaya masingmasing. Namun, jauh di sudut hati, nalurinya mengesan kreativiti pereka menyerlah dalam diri anak perempuannya yang berusia tujuh tahun. “Walaupun baru berusia tujuh tahun, si kecil ini sudah pandai memilih apa yang dia mahu. Hinggakan baju yang dipakainya pun mahu ditambah perincian mengikut cita rasa sendiri,” katanya berkongsi cerita ragam anak-anaknya.

Bernard dari KL ke London

Tidak perlulah saya mendabik dada dengan sambutan dan penerimaan pertunjukan fesyen itu kerana bagi saya, cukup sekadar peminat fesyen di Eropah tahu idea dan sentuhan berbeza yang ditampilkan pereka fesyen dari Malaysia. Pastinya ada kelas tersendiri bergelar pereka fesyen antarabangsa. Mungkin anda boleh berkongsi cabaran membina nama di pentas dunia? Secara jujur, saya sendiri tidak menyangka mampu mencapai tahap sekarang dengan membawa nama Bernard Chandran ke London dan Paris. Tetapi, saya percaya kepada keajaiban serta perlu yakin dengan kemampuan diri sendiri. Kita juga perlu berbangga dengan budaya dan persekitaran kita dalam mengetengahkan idea fesyen. Terlalu banyak label serta jenama

pereka fesyen terkemuka yang perlu anda saingi di peringkat antarabangsa. Bagaimana anda mahu membina identiti melalui label Bernard Chandran? Ketika saya mula memasuki pentas fesyen di Eropah, saya sedar, saya tidak boleh mendabik dada sebagai Bernard Chandran yang sudah kukuh namanya di Malaysia. Di sana, mereka mahukan sesuatu yang jauh berbeza daripada apa sudah dihasilkan pereka tempatan. Disebabkan itulah, saya pelajari semua itu untuk memastikan rekaan saya berbeza dan mempunyai potongan baru untuk diketengahkan. Komen sedikit mengenai rekaan anda yang digayakan penghibur sensasi, Lady Gaga? Sejujurnya, saya memang tidak meletakkan harapan biarpun sudah dimaklumkan mengenainya sebelum ini. Selagi saya tidak melihatnya di majalah, bagi saya itu hanyalah khabar angin hinggalah gambarnya sedang menggayakan koleksi rekaan saya terpampang di majalah. Saya percaya, andai kita berjaya tampilkan sesuatu yang benar-benar memberi impak, tidak mustahil rekaan itu mendapat sambutan. Kesibukan anda memperluaskan empayar membuatkan anda sering ke luar negara. Tidakkah ini membebankan? Tidak berjayalah kita kalau tidak sibuk! (tergelak). Saya sentiasa berpegang kepada

prinsip pengurusan waktu yang tepat. Saya memang jenis orang tertib dan mengutamakan jadual dalam semua perkara. Bagi saya, tidak kira sesibuk mana pun pereka itu, butiknya haruslah kemas dan tertib. Begitu juga dalam pengurusan sehari-hari. Saya dapat melaluinya tanpa sebarang masalah. Apakah rekaan yang mewakili jenama Bernard Chandran? Setiap rekaan saya mewakili unsur seni bina dalam penggayaan dengan menumpukan kepada perincian serta potongan berbeza daripada biasa. Malah, saya sentiasa menerapkan elemen keaslian dan konsep mesra alam dalam setiap pertunjukan fesyen. Bagaimana anda menghabiskan masa berkualiti untuk diri sendiri dan keluarga? Semahunya, saya akan mengimbangi kerjaya dan keluarga mengikut jadual yang disusun. Kebiasaannya, saya akan luangkan masa bersama keluarga pada awal pagi. Manakala sebelah tengah hari hingga lewat petang saya berada di butik dan waktu malam dimanfaatkan bersama keluarga. Sisi berbeza anda selain rutin sebagai pereka fesyen?

Saya mementingkan waktu tidur yang cukup. Saya sangat peka soal pemakanan dan menjaga tubuh badan. Saya menggemari senaman dan jangan tidak tahu, saya kerap memasuki triathlon. Hampir saban hari seawal jam 7.30 pagi saya akan ke gimnasium, kemudian pulang ke rumah. Selepas anak-anak ke sekolah, saya habiskan masa bersama isteri bertanya itu dan ini. Kemudian, barulah saya ke butik. Mungkin suatu hari nanti, anak-anak anda mahu mengikut jejak langkah bapa mereka sebagai pereka fesyen. Apakah pandangan dan nasihat anda kepada mereka? Saya tidak pernah menentukan hala tuju mereka. Biarpun bapa saya cenderung menggalakkan anak-anak menceburi bidang akauntan, peguam dan doktor, tetapi saya memilih untuk menjadi pereka fesyen. Saya percaya kepada pilihan masing-masing.

tidak mustahil saya mampu melakar kejayaan sama di Eropah. Bagi saya, kerja ini tidak pernah selesai dan menjadi tanggungjawab saya untuk terus berkarya. Cita rasa gaya Terimunite Bagaimana realiti hidup bergelar anak kepada pereka fesyen terkenal? Bohonglah jika saya tidak berasa tertekan. Tidak banyak, sedikit tempias populariti bapa dirasai kami adik beradik. Saya sudah biasa dengan perhatian yang diberikan sejak kecil lagi. Pasti orang sekeliling mengaitkan cara anda berpakaian kerana anda anak Bernard Chandran? Oh, sudah semestinya! (Tergelak) Setidaknya, ia membantu saya mempelajari selok belok bergaya dan meminati jenama fesyen di pasaran.

Jika mereka tidak mahu meneruskan legasi saya, saya tidak menutup pintu kepada orang luar untuk menjadi sebahagian daripada kejayaan Bernard Chandran. Asalkan mereka berminat dan memiliki inspirasi yang sama dalam bidang fesyen.

Fesyen yang menjadi kegemaran anda? Saya suka gaya rock highstreet. Ketika ini, saya sukakan jenama Topman dan jangan tidak tahu, saya membeli-belah di Plaza Sungei Wang yang menawarkan banyak fesyen baru untuk remaja.

Apa langkah anda seterusnya? Ketika saya kembali ke Malaysia selepas mendalami bidang fesyen di Paris awal 1990-an, saya nekad menjadi pereka fesyen terbaik. Saya sudah membuktikannya dan

Anda tidak terfikir menjadi pereka fesyen suatu hari nanti? Saya belum memikirkan sebarang profesion yang ingin saya ceburi kerana mahu memberi tumpuan pada pelajaran.

Apa kecenderungan anda sekarang? Seperti remaja lain, saya suka bermain muzik dan mempunyai band muzik sendiri yang dianggotai empat rakan sebaya. Band ini masih belum mempunyai nama. Saya pula bertindak sebagai vokalis dan bermain gitar. Kami berlatih setiap kali ada waktu terluang. Kisah baju kurung empat meter... BAGAI kejutan budaya - begitulah yang dilalui pereka fesyen kelahiran Petaling Jaya, Selangor ini, pada awal pembabitannya dalam industri fesyen tanah air. Pada awal 1990-an, Bernard Chandran terpaksa berdepan dengan pelanggan yang cenderung gaya statik. Kata Bernard, pada mulanya, beliau sukar mengubah mentaliti penggemar fesyen terutama dalam melakar pakaian kerana mereka biasa dengan rekaan sama. Perkara yang saya paling hairan, mengapa kita perlu tentukan kain baju kurung mesti empat meter, tidak lima meter atau enam meter? Inilah yang selalu saya berhujah dengan pelanggan setiap kali mereka datang membawa kain sepanjang empat meter,” katanya. Bagi Bernard, kain baju kurung moden

tidak seharusnya terbatas kepada ukuran panjang tertentu. Sebaliknya, ia harus dipelbagaikan termasuk dalam soal perincian. Disebabkan itulah, Bernard cukup gemar menambah lebih banyak kain bagi mempelbagaikan hasil rekaan.

Oleh Fairuz Zaidan [email protected]

Menyentuh soal pelanggan, Bernard tidak dapat lari daripada dakwaan kononnya beliau hanya mengambil tempahan golongan datin saja. Sambil berseloroh, beliau berkata, bukan golongan datin saja yang menyarung hasil rekaannya, malah sentuhannya kini dipakai Lady Gaga! PROFIL: Datuk Bernard Chandran •

Umur : 41 tahun



Tarikh lahir : 27 Februari 1968



Tempat lahir : Petaling Jaya, Selangor



Tinggi: 176 sentimeter



Berat: 69 kilogram

INSPIRASI fesyen Red Oak di pentas Fesyen Portugal.

Terimunite Chandran •

Umur: 15 tahun



Tarikh lahir: 24 Februari 1994



Tempat lahir: Kuala Lumpur



Tinggi: 183 setimeter



Berat: 65 kilogram

Stailo: Fesyen sana-sini

Pentas antarabangsa perkenal gaya 2010 MESKIPUN berbaki dua bulan lagi, pentas fesyen antarabangsa mula memperlihatkan gaya terbaru yang menjadi paksi fesyen jejaka 2010. Minggu fesyen di beberapa ibu kota fesyen dunia sejak akhir-akhir ini menyaksikan

beberapa trend baru yang bakal memenuhi jalanan tahun depan.

Teras fesyen pada asasnya masih lagi pada landasan sama, kecuali menerapkan unsur modeniti serta konsep yang lebih bebas untuk diguna pakai. Tidak mahu sekadar bergaya, pentas fesyen lelaki turut menampilkan idea menyeluruh termasuk penggunaan aksesori pelengkap gaya. Pentas fesyen Portugal umpamanya, memberi inspirasi baru buat jejaka tampil lebih berkeyakinan. Tidak lagi statik sekadar berbaju, pereka fesyen Nuno Gama misalnya, mahu jejaka lebih yakin menonjolkan identiti dan kebebasan tanpa sempadan.

Gaya klasik tetap menjadi pilihan pada 2010. Ilham Dielmer sudah pasti membuatkan lelaki teruja bergaya di majlis rasmi. Unsur klasik terserlah dengan tali leher, bow tie, jaket dan berseluar mengikut potongan kaki. Perhatikan juga koleksi kasut di mana lelaki berani menggayakannya tanpa stokin tatkala lengkap bersut. Elemen kotak sebagai acuan fabrik tidak mencacatkan penampilan andai jejaka bijak menyatukan rona warna serta padanan fabrik lebih gelap dan kosong. Jangan sesekali malas berekspresi dengan aksesori kerana perhatian akan jelas tertumpu kepada anda.

Mumbai juga tidak kurang gahnya dengan ‘jeritan’ ekspresi ciptaan pereka fesyen. David Dixon tampil segak dengan ilham kotak manakala pereka Slava Zaitsev kreatif dengan ciptaan baru untuk golongan muda. Mencari kelainan, Minggu Couture Mumbai menampilkan selebriti Bollywood seperti Akshay Kumar, Salman Khan dan John Abraham bagi menggayakan ilham baju pereka Rocky S. Puas menjelajah seantero dunia, apa kata aplikasikan gaya 2010 dan mulakan perubahan fesyen dari sekarang?

Lelaki & sperma tak relevan Oleh Fairuz Zaidan

Pentas fesyen sempena Minggu Fesyen

Seksi mengikut acuan lelaki, Minggu Fesyen Lisbon nyata melaungkan mesej agar jejaka bereksperimen dengan gaya dan pada masa sama, kekal maskulin. Meneliti gaya diilhamkan pereka Red Oak dan Dielmer - masing-masing ada idea tersendiri dalam mencorak imej jejaka. Bagi ilham Red Oak, apa salahnya tampil berbeza dengan mengenakan bow tie. Pemakaian vest denim juga menampakkan imej macho dan lasak dipadankan dengan seluar khaki. Kemeja berkotak juga ditambah seri dengan memakai baju lengan panjang di bahagian dalam. Kanada dan Russia serta Minggu Couture

Benarkah sperma tidak lagi perlu untuk mendapatkan zuriat pada masa depan?

TEORINYA - sel stem atau sel induk daripada sumsum tulang wanita diperoleh dan diaktifkan menjadi sel embrio sebelum dimasukkan ke dalam karung telur untuk mengandungkan DNA 100 peratus sel induk. Bayangkan, jika teori yang dikatakan sudah terbukti melalui ujian terhadap tikus di makmal ini dilakukan pula ke atas manusia atau wanita? Apa agaknya reaksi atau perdebatan di semua peringkat - termasuk kemanusiaan dan pihak berkuasa agama apabila proses pembiakan manusia mampu dilakukan dalam bilik makmal dengan mengetepikan sperma lelaki? Apakah sudah tidak relevan lagi sperma lelaki hingga perlu dicari alternatif lain melalui bagi mendapatkan zuriat? Biarpun penemuan baru itu dikatakan merintis usaha menangani masalah kemandulan, namun jika dilihat, langkah itu meminggirkan lelaki serta membuka prospek kelahiran bayi secara tiruan bukannya semula jadi. Malah, pengkritik antarabangsa turut memberi amaran perkembangan terbaru itu boleh mencetuskan kontroversi seolah-olah mengetepikan fungsi sperma lelaki. Julai lalu, akhbar tempatan melaporkan saintis di Britain mendakwa berjaya menghasilkan sperma manusia daripada sel tunjang tapi pakar lain mempertikaikannya. Penyelidik di Universiti Newcastle dan

Institut Sel Tunjang NorthEast England dilaporkan berkata, mereka menggunakan teknik baru untuk menghasilkan sel sperma daripada sel tunjang janin. Sel tunjang mempunyai potensi untuk menjadi apa juga sel di dalam tubuh. Ketua penyelidik Newcastle, Karim Nayernia, dilaporkan berkata, teknik itu akan membolehkan penyelidik mengkaji bagaimana sperma berkembang dan kemungkinan boleh membantu dalam merawat lelaki mandul. Hasil penyelidikan itu diterbitkan dalam jurnal Stem Cells and Development. Mengulas laporan kontroversi itu, Pakar Embriologi Pusat Kesuburan Konsep, Damai Service Hospital Kuala Lumpur, Dr Yee Siew Yin berkata, kajian perubatan yang menjurus kepada aspek peribadi termasuk pengklonan individu tidak seharusnya dimanipulasi. Dr Yee berkata, penggunaan teknologi harus ada batasan melainkan benar-benar dimanfaatkan untuk penggunaan lebih berfaedah, meningkatkan taraf kesihatan dan kehidupan serta menyelamatkan nyawa manusia. “Teknologi ini tidak harus dianggap sebagai suatu alternatif kepada wanita kerana ini melanggar etika hidup manusia. Secara amnya, teknologi ini juga dikenali sebagai pengklonan. “Malah, jika kita kaji kesannya, teknologi ini sebenarnya boleh disalahgunakan

sesetengah pihak untuk menghasilkan klon diri dengan banyak dan mengakibatkan masalah pada masa depan,” katanya kepada XY - Ikon Lelaki. Mengulas lanjut konsep persenyawaan di mana wanita dikatakan mampu mengandung tanpa sperma seorang lelaki, Dr Yee berkata, teknologi itu bermula dari penyelidikan ke atas haiwan dan hingga hari ini masih mencetuskan kontroversi berhubung penggunaannya ke atas manusia. Dr Yee berkata, melalui proses semula jadi, persenyawaan pembentukan embrio memerlukan telur wanita dan sperma lelaki disenyawakan. “Tetapi teknologi yang mencetuskan perdebatan ini hanya memerlukan sel induk yang diaktifkan untuk menjadi embrio dan dimasukkan ke dalam karung telur wanita tanpa sperma lelaki,” katanya. Ditanya kesan positif dan kebaikan ujian yang didakwa Karim itu, Yee berkata, ia mampu memberi manfaat kepada masyarakat terutama pesakit dan mungkin boleh diaplikasikan untuk menghasilkan organ-organ penting seperti buah pinggang, jantung dan mata. Namun, Dr Yee tidak menolak kesan buruk seperti kaedah rawatan disalahgunakan pihak tertentu kerana didorong sikap tamak. “Teknologi masa depan seharusnya boleh

menghasilkan sperma lelaki terutama dalam keadaan di mana seseorang lelaki itu tidak dapat menghasilkan sperma secara semula jadi. Sperma lelaki yang dihasilkan daripada sel induk lelaki ini boleh digunakan untuk perubatan kaedah in vitro fertilisation (IVF),” katanya.

ramai zuriat. Ini dilakukan dengan cara yang normal dan melalui proses semula jadi.

pergaulan sehari-hari,” katanya.

Beliau berkata, sebagai umat Islam, perkahwinan adalah sesuatu yang dialualukan bagi mereka yang layak dan berkemampuan.



Memiliki sperma yang cair sering dianggap mandul sedangkan ia tidak tepat. Sebaliknya, penghasilan sperma yang subur dan normal bergantung kepada jumlah sperma, pergerakan dan kandungan sperma normal atau tidak.



Sperma dikatakan tidak mampu menembusi pakaian. Jawapannya, salah! Kemungkinan untuk hamil tetap ada berdasarkan kepada ukuran sel benih bersaiz mikron untuk menembusi pakaian wanita.



Amalan makan putih telur dianggap mampu menambah kandungan sperma - ini hanyalah mitos! Ini kerana jumlah penghasilan sperma bergantung kepada saiz buah zakar. Untuk mendapatkan jumlah sperma yang mencukupi, anda digalak mengambil makanan bergizi dan berprotein. Secara teori, kuning telur sebenarnya lebih banyak zat berbanding putih telur!



Ada pandangan menyebut lelaki tidak akan mengeluarkan sperma selepas proses ejakulasi. Jawapannya tidak benar! Ini kerana sperma masih boleh dikeluarkan biarpun kandungan sperma sudah berubah dan tidak banyak seperti lazim.

Fakta salah mengenai sperma anda perlu tahu...

Bercanggah dengan konteks Islam PENGKLONAN manusia tanpa proses persenyawaan secara semula jadi adalah di luar sifat semula jadi manusia dan batas agama. Islam sebagai agama suci menolak sama sekali proses yang tidak membabitkan perhubungan halal antara suami dan isteri. Penceramah bebas dan perunding motivasi, Prof Madya Dr Md Izuddin Ali berkata, perlumbaan teknologi perubatan dalam mencipta penemuan baru secara tidak langsung merosakkan institusi kekeluargaan serta melumpuhkan peranan lelaki dan wanita untuk saling melengkapi sebagai pasangan suami isteri. “Konsep yang cuba dibawa ini tentunya mencetuskan pertikaian dan menjadi isu sensitif terutama kepada Majlis Fatwa Kebangsaan. Secara peribadi, saya sendiri tidak bersetuju dengan proses kelahiran tanpa konsep suami dan isteri yang secara tidak langsung, merosakkan institusi perkahwinan itu sendiri,” katanya. Dr Izuddin berkata, sebuah keluarga harus dibina berlandaskan peranan lelaki dan wanita yang mewujudkan ikatan perkahwinan yang sah bagi melahirkan lebih

“Nabi Muhammad SAW juga berkahwin dan janganlah pula kita mengenepikan institusi perkahwinan untuk mendapatkan zuriat dalam cara berbeza. Perlulah wanita memiliki anak melalui proses yang sah dan berkahwin untuk mengecapi nikmat hidup berumah tangga,” katanya. Ditanya apakah alternatif bagi pasangan berumah tangga yang masih belum mendapat cahaya mata, Md Izuddin berkata, Islam tidak sesekali menyekat pasangan berkahwin mengambil anak angkat sebagai jalan penyelesaian memiliki anak. Namun, katanya, umat Islam tidak harus berputus asa dan berdoa selain melakukan pelbagai alternatif dan rawatan bagi memiliki cahaya mata sendiri. “Ada pendapat mengatakan pasangan yang lewat mendapat cahaya mata digalak mengambil anak angkat. Langkah ini dikatakan membuka laluan memiliki anak sendiri. “Pastikan kita sentiasa menjaga aurat dan memelihara kelakuan tanpa sesekali mengambil mudah soal perhubungan dalam

INFO:



Secara purata kira-kira 100 juta sperma terkandung dalam setiap ejakulasi lelaki.



Saiz buah zakar mempengaruhi bilangan sperma dan saiz melebihi 12 ml dianggarkan isi padu buah zakar yang sihat dan kurang dari itu mungkin menghasilkan kurang atau tiada sperma.





Kandungan sperma dalam air mani ialah antara dua hingga lima peratus. Sebilangan besar isi padu air mani ialah cecair dari pundi prostat (60 hingga 70 peratus) dan yang selebihnya dari pundi seminal, pundi cowpers dan pepundi dalam salur kencing selain cecair dari pundi epididimis. Perokok tegar lebih berisiko mempunyai masalah bilangan sperma yang kurang dan peratus sperma yang bergerak juga kurang serta perlahan atau lambat.



Air mani keluar secara memancut apabila lelaki mencapai klimaks. Keadaan itu berlaku akibat proses percetusan sistem pancutan atau ejaculatory system.



Jika ejakulasi berlaku berulang kali, ejakulasi seterusnya menyebabkan pengeluaran air mani tidak lagi memancut. Air mani hanya meleleh walaupun lelaki itu muda.



Berhenti merokok dapat mengubah komposisi ini. Ubat yang meningkatkan

hormon testosteron mungkin dapat menambah bilangan sperma, tetapi sebaik-baiknya diambil bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan.





Dalam hubungan seks, air mani diejakulasi ke hujung faraj. Sperma perlu berenang dari dalam faraj menembusi serviks (pintu rahim), merentasi ruang dalaman rahim menuju ke tiub falopio kanan dan kiri serta penghujung tiub ini untuk bertemu dengan ovum (jika ada) untuk membolehkan persenyawaan berlaku. Kemungkinan kehamilan kembar lazimnya berlaku dengan pengambilan ubat kesuburan (jika wanita menghasilkan lebih daripada satu telur).

My Spy dijamin amat kelakar Oleh Nurulhisham Abdul Latiff Filem terbitan KRU Studios bersedia ditayangkan pada 3 Disember depan KRU STUDIOS dilihat sebagai antara syarikat perfileman yang giat menerbitkan filem bagi menyemarakkan lagi industri ini. Bukan sekadar menghasilkan filem, sebaliknya judul yang diterbitkan menerusi syarikat terbabit boleh dikelaskan sebagai berbeza daripada filem sedia ada. Bermula Cicak-Man, diikuti Duyung, Cicak-Man 2: Planet Hitam, Jin Notti, My Spy, Magika dan Hikayat Merong Mahawangsa (tiga judul terakhir belum memasuki panggung), kesemua filem

terbitannya membawa kelainan. KRU Studios bukan setakat menyambung pengeluaran filem di Malaysia, mereka juga bertanggungjawab menghidangkan bentuk hiburan baru dalam dunia sinema negara. Filem My Spy, sebuah judul yang boleh dimasukkan dalam kategori aksi komedi, dikatakan sekali lagi memberikan persembahan berbeza buat penggemar filem Melayu. Kali ini diarahkan Afdlin Shauki, filem terbabit menampilkan dua pelakon berbakat tanah air, AC Mizal dan Harun Salim Bachik sebagai bintang utama. Penerbit Eksekutifnya, Norman Abdul Halim berkata, My Spy ialah filem paling kelakar pernah dihasilkan syarikatnya. Bersandarkan skrip tulisan Amir Hafizi, ia menghimpunkan penggiat seni ternama negara terdiri daripada Afdlin yang sebelum ini tampil bersama beberapa filem komedi menarik seperti Buli, Buli Balik, Baik Punya Cilok, Sumolah, Los Dan Faun dan Papadom, manakala AC dan Harun pula dianggap bintang komedi paling menyerlah ketika ini. Harun, secara terang-terangan diakui Afdlin sebagai pelakon komedi paling digemarinya. Dengan aksi lawak yang bersahaja, aktor itu dikatakan mampu membuatkan sesiapa saja ketawa tanpa perlu bersungguh-sungguh melakukannya.

Kata Norman, gabungan yang disaksikan menerusi My Spy memang tampak janggal. Tetapi, itulah rahsia yang bakal menggegarkan panggung sebaik saja filem berkenaan mula ditayangkan pada 3 Disember nanti. "Ia filem berbentuk penyiasatan yang sarat dengan elemen kelakar. My Spy bukannya untuk sesetengah kalangan penonton, sebaliknya dihasilkan hiburan untuk semua golongan usia," kata Norman pada sidang akhbar mengumumkan kerjasama syarikat terbabit bersama Celcom dan Perodua dalam usaha promosi filem berkenaan. Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Celcom, Zalman Aefendy Zainal Abidin; dan Pengurus Pengiklanan dan Pemasaran, Perodua Sales Sdn Bhd, Sulasi Mahadi. Selitkan nilai intelektual AFDLIN pula berkata, seperti filemnya yang lain, My Spy bukanlah dihasilkan dengan tujuan menyampaikan sesuatu mesej tertentu kepada peminat. "Paling utama, dalam setiap filem saya, ia mempunyai nilai hiburan cukup tinggi. Filem ini juga tidak terkecuali. Ia hiburan yang boleh ditonton berulang-kali," katanya yang mendedahkan, filem terbabit terhasil daripada cantuman visi dirinya sendiri bersama Norman, yang juga Presiden KRU Studios.

Tegas sutradara yang juga seorang pelakon itu, selain menghiburkan penonton, dia tidak lupa menyelitkan nilai intelektual dalam setiap judul diarahkannya. Memilih Langkawi sebagai lokasi, Afdlin berkata, pulau berkenaan amat sesuai untuk penggambaran kerana ia membolehkan pelakon dan krunya memberikan perhatian penuh kepada projek terbabit. Pada masa yang sama dia sendiri berharap, rakaman yang dilakukan berupaya memberikan keadilan kepada pusat percutian itu, yang dipamerkan sebagai tempat yang mewah serta penuh daya penarik. Selain AC dan Harun, filem ini diperkuatkan dengan kemunculan Hannah Tan, Daphne Iking, Maria Farida, Carmen Soo dan Ridzuan Hashim. Antara lain, ia mengisahkan bagaimana dua lelaki yang berangan-angan menjadi mata-mata hebat, bergabung tenaga dalam menyelesaikan kes seorang Datuk yang didakwa bermain kayu tiga oleh isterinya. Namun, siasatan itu membawa dua lelaki berkenaan jauh ke dalam kes yang nyata lebih rumit daripada apa yang mereka sangkakan. Meneruskan tradisi filem KRU Studios, My Spy tidak ketinggalan mengetengahkan elemen CGI. Kali ini, penonton dikatakan dapat menyaksikan bagaimana watak Salleh lakonan Harun, berkomunikasi dengan beg dan keretanya sendiri.

Sebagai lelaki yang gemar mencipta pelbagai peralatan canggih, Salleh akan merealisasikan perkara mustahil dengan bantuan teknologi imejan janaan komputer, seliaan Yusry. Menyemarakkan lagi kehadiran filem itu ke pawagam, KRU dan Astro Entertainment Sdn Bhd mengadakan kerjasama dengan menghasilkan lagu tema berjudul Menggegar Dunia. Ia menyaksikan nyanyian secara duet dua bintang muda, Adam dan Stacy. Lagu berentak rancak itu kini mula diputarkan di beberapa radio tempatan dan sudah pun mendaki carta lagu popular. Single kedua daripada runut bunyi filem ini, Primadona, nyanyian solo Stacy akan menyusul sedikit masa lagi.

Related Documents

Minggu 1
August 2019 39
Minggu 1
April 2020 29
Artikel 1
June 2020 7
Artikel 1
October 2019 23

More Documents from "Siti Fatimah"