Arkib Adap

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Arkib Adap as PDF for free.

More details

  • Words: 403
  • Pages: 2
ARKIB : 02/03/2009

Utusan Malaysia bangunkan lagi program pendidikan

KUALA SELANGOR 1 Mac - Utusan Malaysia akan membangunkan Program Pendidikan Anak-Anak Selangor dengan kerjasama Parlimen Tanjung Karang

PAKAR motivasi, Dr. Ismail Zain menyampaikan ceramah motivasi kepada pelajar sekolah yang mengikuti Program ADaP di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Belimbing, Kuala Selangor, kelmarin.

untuk membantu meningkatkan tahap pendidikan pelajar luar bandar dan miskin di negeri ini. Pengurus Unit Pendidikan Utusan, Wahid Hashim berkata, program tersebut yang juga dikenali sebagai Program Pendidikan Sepanjang Hayat akan menumpukan kepada perkembangan pendidikan, pengurusan perubahan sikap dan bimbingan peperiksaan semua pelajar yang terlibat. Beliau berkata, beberapa program sampingan lain yang berbentuk komuniti seperti program kesihatan warga tua, kursus hala tuju selepas peperiksaan dan kerjaya universiti akan turut dimasukkan dalam program ini. ''Program ini merupakan inisiatif Utusan Malaysia dan pemimpin-pemimpin UMNO Tanjung Karang yang diketuai Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Noh Omar untuk membantu pendidikan anak-anak luar bandar di kawasan mereka. ''Kawasan Tanjung Karang akan dipilih sebagai perintis sebelum dikembangkan ke kawasan-kawasan lain. ''Sepanjang program ini dijalankan, kita juga akan mencari calon yang layak untuk menjadi penerima Biasiswa Utusan-Universiti Sains Pengurusan (MSU) berjumlah RM1.1 juta," kata beliau. Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran EduDrama Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) Utusan Malaysia 2009 Peringkat Parlimen Tanjung Karang di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Bukit Belimbing di sini hari ini. Program dilancarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Datuk Mohd. Shamsuddin Lias yang mewakili Noh. Hadir sama Sekretariat Yayasan Hikmah Insan Malaysia (Yahim), Hasfarizal Hashim. Seramai 128 orang pelajar dari SRK Bukit Belimbing, SRK Sungai Burong, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Desa dan SMK Pengkalan Permatang hadir pada majlis tersebut yang disusuli kursus motivasi pada sebelah petang. Kursus dengan kerjasama Parlimen Tanjung Karang dan Yahim yang diadakan selama dua hari bermula semalam itu merupakan salah satu program di bawah ADaP serta English Laboratory (e-Lab).

Sementara itu, Mohd. Shamsuddin ketika ditemui berkata, usaha yang dilakukan ini dilihat dapat memberi pendedahan kepada pelajar luar bandar dan membantu mereka menangani masalah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). ''Kita amat berterima kasih kerana Parlimen Tanjung Karang dipilih untuk program ini yang sememangnya dapat membantu memberi pendedahan kepada anak- anak luar bandar untuk pergi lebih jauh," kata beliau. Mohd. Shamsuddin turut mengumumkan bahawa Noh akan menyerahkan sumbangan bernilai RM25,000 untuk Program ADaP pada satu majlis yang bakal diadakan tidak lama lagi. Katanya, jumlah itu adalah hasil sumbangan daripada beberapa syarikat korporat dan badan bukan kerajaan.

Related Documents

Arkib Adap
May 2020 14
Arkib
May 2020 18
Warta Arkib
May 2020 14
Adap-table
April 2020 13
2- Adap Terhadap Jiran
June 2020 26