Ar Pengenalan.docx

  • Uploaded by: Stephanie Lai
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ar Pengenalan.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,366
  • Pages: 13
Isi Kandungan Tajuk: Meningkatkan penguasaan konsep murid Tahun 1 terhadap pelbagai bentuk muka bumi melalui model “MyEarth”................................................................................................. 2 1.0

PENDAHULUAN.............................................................................................................. 3

1.1

Pengenalan ................................................................................................................ 3

1.0

Konteks ...................................................................................................................... 4

1.1

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran ..................................................................... 5

2.0

Fokus kajian ................................................................................................................... 6

2.1

Pemilihan Fokus Kajian .................................................................................................. 6

2.2

Pengumpulan data awal ............................................................................................ 7

2.2.1

Ujian pensel dan kertas ......................................................................................... 7

2.2.2

Temu bual tidak berstruktur.................................................................................. 7

2.2.3

Pemerhatian .......................................................................................................... 7

2.3

Tindakan / Intervensi ..................................................................................................... 7

3.0

Objektif Kajian ............................................................................................................... 9

3.0

Objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut: ..................................................... 9

3.1

Soalan kajian .............................................................................................................. 9

4.0

Peserta kajian .............................................................................................................. 10

5.0

Perancangan Pelaksanaan Kajian ................................................................................ 11

5.1

Langkah-langkah tindakan ....................................................................................... 11

5.2

Perancangan kaedah mengumpul data* ................................................................. 11

5.3

Perancangan cara menganaisis data ....................................................................... 12

5.0

Rujukan ........................................................................................................................ 13

1

Tajuk: Meningkatkan penguasaan konsep murid Tahun 1 terhadap pelbagai bentuk muka bumi melalui model “MyEarth”

2

1.0

1.1

PENDAHULUAN

Pengenalan Topik Bentuk Muka Bumi baru sahaja diperkenalkan dalam silibus Tahun 1 pada tahun

2017. Topik ini sebelum diajar dalam silibus Tahun 3. Bagi murid Tahun 1, topik ini amat menarik kerana murid-murid akan diperkenalkan keistimewaan dunia ini. Antara bentuk muka bumi yang akan diajar dalam topik ini terdapat 9 jenis bentuk muka bumi iaitu gunung, pantai, bukit, lembah, sungai, kolam, tasik dan laut. Otak dan minda merupakan anugerah Tuhan yang paling besar dan menakjubkan kepada manusia. Isu kajian timbul apabila pelajar gagal mengingati ciri-ciri setiap bentuk muka bumi. Melalui hasil penilaian Yusof Boon (2000), bahawa terdapat dua jenis ingatan yang dialami oleh manusia iaitu ingatan jangka masa pendek dan ingatan jangka masa panjang. Melalui hasil penilaian tersebut, murid-murid hanya menguasai ingatan jangka masa pendek yang menyimpan maklumat dalam masa beberapa saat sahaja dan tidak menyimpan maklumat yang diterima dalam jangka masa lama iaitu ingatan jangka masa panjang. Daya ingatan (kognitif) hanya dapat diterokai dan dikuasai apabila individu tersebut menunjukkan minat terhadap sesuatu perkara. Kajian ini juga berkaitan dengan daya ingatan murid yang hanya jangka masa pendek sahaja, tetapi bila diuji jangka masa panjang, mereka tidak dapat menjawab dengan tepat walaupun kemahiran tersebut baru sahaja seminggu dipelajari. Ingatan jangka pendek ialah ingatan yang melibatkan penyimpanan bahan di dalam ingatan untuk beberapa saat dan apabila tumpuan tidak diberikan kepadanya, ia akan hilang, (Bulgeslki, 1979). Keadaan ini berlaku kepada pelajar kerana mereka akan melupainya sebaik sahaja pengajaran berakhir kerana pengetahuan baru yang diterima walaupun berkaitan dengan persekitaran tetapi mereka kurang prihatin.

3

1.2 Konteks Saya seorang guru pelatih bertempat di IPGM Kampus Darul Aman. Bidang. Major saya ialah Sains manakala elektif saya ialah Bahasa Cina. Program yang saya terlibat ialah PISMP Ambilan Jun 2016. Saya perlu mengaji di kampus ini selama 4 tahun, 8 semester untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Pada semester yang lepas, iaitu semester 7, saya telah menjalankan praktikulum saya di sebuah sekolah rendah dan ditanggungjawab sebagai guru sains kepada murid Tahun 1. Saya ditanggungjawabkan untuk mengajar beberapa topik sahaja ketika itu. Subjek Sains merupakan salah satu subjek yang amat menarik kepada kanak-kanak kerana mereka boleh mengenal dunia ini melalui subjek ini. Semasa saya mengajar topik bentuk muka bumi ini, murid berminat untuk mengenal nama-nama bentuk muka bumi ini. Namun begitu, mereka tidak dapat mengingati semua nama dan ciri-ciri bentuk muka bumi yang saya telah ajar. Murid yang saya pilih untuk kajian ini ialah murid Tahun 1 Sekolah Rendah di daerah besar Kubang Pasu. Mereka dalam umur purata 7 tahun. Saya

4

1.3 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Pada bulan Jun hingga November tahun 2018, saya telah menjalankan praktikum fasa 1 saya di SJK (C) Tong Yuh selama 3 bulan. Semasa saya menjalankan praktikum, saya berpeluang mengajar subjek Sains Tahun 1. Topik yang saya ajar ialah topik sifat benda, dan bentuk muka bumi. Semasa saya mengajar topik bentuk muka bumi, saya dapati bahawa murid-murid menghadapi masalah dalam mengingati nama bagi pelbagai bentuk muka bumi serta sering keliru terhadap ciri-ciri setiap bentuk muka bumi. Walaupun murid seronok dengan proses pembelajaran dan pengajaran, namun mereka hanya dapat ingat nama-nama dan ciriciri bentuk muka bumi jangka masa pendek sahaja. Pada mulanya, saya menayangkan gambar yang menunjukkan satu ekosistem yang melibatkan semua jenis bentuk muka bumi yang ingin diajar saya. Selepas itu, saya pun menyebutkan nama bentuk muka bumi sambil menunjukkan gambar yang saya sediakan. Murid diminta mengulang nama bentuk muka bumi yang telah saya sebut. Dalam langkah ini, saya kurang menitikberatkan ciri-ciri bentuk muka bumi. Saya hanya meminta murid mengulangi nama bentuk muka bumi tanpa mengenali ciri-ciri bentuk muka bumi. Murid-murid juga seronok semasa dalam proses pdp saya yang menerapkan unsur permainan. Selepas mengenalkan nama-nama bentuk muka bumi, saya pun membincangkan ciri-ciri dan perbezaan antara beberapa bentuk muka bumi. Dalam langkah ini, terdapat beberapa murid telah silap menyebut nama bentuk muka bumi yang lebih kurang sama ciri fizikalnya. Bentuk muka bumi yang sering keliru ialah kolam dan tasik, gunung dan bukit, serta lembah dan sungai. Namun, saya hanya membetulkan murid tersebut dengan penjelasan yang ringkas sahaja. Segala dijalankan dengan lancar dan murid kelihatan meriah dan seronok. Masalah timbul selepas satu minggu. Selepas satu minggu, saye memberikan lembaran kerja kepada murid untuk mengisi kosong nama bentuk muka bumi. keputusan skor murid yang saya dapati telah memberitahu saya wujudnya masalah ingatan terhadap nama bentuk muka bumi pada murid Tahun 1 yang saya ajar. Oleh itu, saya ingin menjalankan kajian ini untuk mengetahui sejauh manakah pengajaran yang melibatkan bahan maujud boleh meningkatkan daya ingatan murid tentang ciri-ciri dan nama bentuk muka bumi ini. Mengimbas kembali kepada pengalaman saya mengajar, walaupun pelbagai jenis aktiviti telah saya jalankan, namun jenis permainan belum lagi saya cuba dalam topik ini. #rujukan 1(Ahahaha, 444AD) .#rujukan 5

5

2.0 Fokus kajian

2.1 Pemilihan Fokus Kajian

Dalam melaksanakan penyelidikan ini, saya mementingkan enam perkara iaitu kebolehtadbiran, kepentingan, kebolehgunaan, kawalan, kolaborasi dan kerelevanan kepada pihak sekolah. Kajian adalah berfokus meningkatkan tahap penguasaan konsep murid Tahun 1 terhadap nama bagi pelbagai bentuk muka bumi. Kajian ini juga dilaksanakan berterarskan kepada penggunaan bahan bantu mengajar maujud yang menarik serta dapat membantu murid memahami dengan memaksimumkan penglibatan murid dalam permainan dengan model yang digunakan. 2.1.1 Kebolehtadbiran Dari segi kebolehtadbiran kajian ini, murid-murid yang saya pilih adalah dari tahun dan kelas yang sama. Masa yang digunakan untuk menjalankan intervensi ialah 30 minit dua kali iaitu dua hari masa rehat murid-murid. Bagi meningkatkan tahap kebolehtadbiran kajian, saya telah melaksanakan intervensi di dalam bilik yang selesa. Selain itu, ruang belajar, pencahayaan, pengudaraan yang mencukupi juga memain peranan yang penting sepanjang masa kajian ini berlangsung. Melalui suasana yang kondusif barulah murid-murid dapat belajar dengan berkesan. 2.1.2 Kepentingan Melalui intervensi ini dipercayai boleh membantu murid mengingati nama-nama pelbagai bentuk muka bumi. Murid juga boleh bermain sambil belajar dengan lebih seronok dalam kelas dengan penggunaan model ini. 2.1.3 Kebolehgunaan Kaedah “MyEarth” ini boleh menggunakan bahan maujud (konkrit), separa konkrit dan abstrak. Guru boleh mengaplikasikan kedah ini semasa mengajar topik bentuk muka bumi ataupun sebagai ulangkaji kepada murid. Selain itu, murid sendiri boleh menggunakan model ini dalam kelas pada masa lapang. 2.1.4 Kawalan Saya akan memilih peserta penyelidikan yang betul iaitu terdiri daripada murid Tahun 1. Saya akan mengikut bidang Bumi dan Angkasa. Tajuk Bentuk muka Bumi termasuklah gunung, pantai, bukit, lembah, sungai, kolam, tasik dan laut. Saya juga telah memilih standard kandungan yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tahun 1 iaitu 9.1.1 Menyatakan bentuk muka Bumi seperti gunung, pantai, bukit, lembah, sungai, kolam, tasik dan laut.

6

2.1.5 Kolaborasi Kolaborasi dengan pihak sekolah amat penting semasa menjalankan kajian ini supaya segala penyelidikan dapat berjalan dengan lancar. Saya akan memaklumkan tentang kajian saya ini semasa hari pertama pertemuan saya dengan pihak pentadbir sekolah 2.1.6 Kerelevanan kepada sekolah Intervensi ini amat releven kepada sekolah kerana guru dapat menggunakan model ini sebagai salah satu permainan di dalam kelas. Model ini mudah dihasilkan. Dengan menggunakan gambar-gambar bentuk muka bumi yang berwarna-warni, murid mudah tertarik dan memberikan perhatian. 2.2

Pengumpulan data awal

Untuk pengumpulan data awal, saya akan menggunakan empat instrumen iaitu ujian pensel dan kertas (ujian diagnostik), temu bual tidak berstruktur, analisis dokumen (rekod profil, buku latihan dan lembaran kerja), dan pemerhatian tidak berstuktur.

2.2.2

Ujian pensel dan kertas

Saya akan menyediakan satu ujian diagnostik yang terdiri daripada 10 soalan. 10 soalan ini merupakan jenis aneka pilihan tentang tajuk bentuk muka bumi untuk mengenal pasti tahap penguasaan murid terhadap nama pelbagai bentuk muka bumi. murid yang mendapat skor kurang daripada 5 daripada 10 akan dipilih sebagai peserta kajian saya. 2.2.3

Temu bual tidak berstruktur

Saya akan menemu bual guru-guru subjek Sains yang mengajar murid Tahun 1 secara tidak berstruktur untuk mengetahui tahap pembelajaran dan habit pembelajaran murid-murid Tahun 1 di sekolah tersebut. Selain itu, saya juga akan mengambil tahu sikap murid dalam kelas biasa dengan bertemu bual dengan guru kelas murid. 2.2.4

Pemerhatian

Saya akan memerhatikan murid-murid di kelas semasa saya mengajar kelas tersebut. Ciriciri seperti pendiam, tidak fokus dalam kelas atau tidak dapat jawab soalan guru akan menjadi pilihan utama saya sebagai peserta kajian. 2.3 Tindakan / Intervensi Menurut Aliza Ali, Zahara Aziz dan Rahaty Majzub (2011) berpendapat bahawa Play is a very important part of a child's life. A child learns to make sense of the world around them through play. Bermain juga menggalakkan murid untuk membina pengetahuan melalui pengalaman dengan persekitaran dan menyediakan pembelajaran yang bermakna secara tidak langsung. Melalui bermain, murid-murid akan mengingati konsep Sains dengan lebih mendalam kerana ia mengerakkan perkembangan kognitif mereka.

7

Pada masa kini, murid suka bermain sambil belajar. Boleh dikatakan murid dapat belajar tentang sesuatu yang belum diketahui dengan lebih mudah ketika bermain. Dalam kajian ini, saya telah menggunakan pop-up kad yang merupakan kaedah bermain sambil belajar dalam mata pelajaran Sains. Melalui penggunaan kaedah kad permainan, diharapkan ia dapat meningkatkan minat serta membantu murid untuk lebih memahami konsep Sains. Model yang saya gunakan untuk kajian saya ialah Model Lewin (1946)

8

3.0

Objektif Kajian

3.1 Objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut:

3.1.1

Meningkatkan penguasaan konsep murid Tahun 1 terhadap pelbagai bentuk muka bumi menggunakan Model “MyEarth”.

3.1.2

Meningkatkan daya ingatan murid Tahun 1 dalam terhadap nama pelbagai bentuk muka bumi menggunakan Model “MyEarth”.

3.2 Soalan kajian Berdasarkan objektif kajian, soalan kajian adalah seperti berikut: 3.2.1

Sejauh manakah penggunaan model “MyEarth” dapat meningkatkan penguasaan konsep terhadap pelbagai bentuk muka bumidalam kalangan murid Tahun 1 ?

3.2.2

Sejauh manakah penggunaan model “MyEarth” dapat membantu murid Tahun 1 membezakan pelbagai bentuk muka bumi?

9

4.0

Peserta kajian

Kajian ini melibatkan lima orang murid Tahun 1. Mereka terdiri daripada dua orang lelaki dan dua orang perempuan iaitu murid A, B, C dan D. Purata umur mereka ialah 7 tahun. Saya akan memilih peserta kajian melalui ujian diagnostik. Murid yang mendapat skor markah 0-2 daripada 8 markah. Semua murid ini mempunyai daya ingatan yang lemah dalam mengingati nama dan ciri bentuk muka bumi. Bil

Peserta Kajian

Jantina

Umur

Skor diagnostik

1

A

L

7

2

2

B

L

7

2

3

C

P

7

3

4

D

P

7

4

10

5.0 Perancangan Pelaksanaan Kajian

5.1 Langkah-langkah tindakan Langkah 1: Guru tunjukkan satu pop-up kad, minta murid buka dan baca nama bentuk muka bumi Langkah 2: Murid menyatakan ciri-ciri bentuk muka bumi berdasarkan pop-up kad yang didapati Langkah 3: Guru minta murid letakkan semua pop-up kad di atas lantai Langkah 4: Murid dibekalkan dengan patung petunjuk Langkah 5: Murid meletakkan patung mengikut nama tempat yang diberikan

5.2 Perancangan kaedah mengumpul data* Menurut Akhiar (2011), penyelidik perlu memikirkan tentang tingkah laku yang boleh dilihat dan diukur untuk menentukan sama ada intervensi yang dilakukan telah meninggalkan kesan. Maka, data asas dan data yang diperolehi selepas intervensi dilaksana perlu dikumpulkan dengan cara yang sama untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan kajian ini. Justeru, saya menggunakan tiga alat pengumpulan data semasa intervensi dijalankan pada murid-murid iaitu ujian bertulis (ujian pra dan ujian pasca), analisis dokumen (lembaran kerja) dan pemerhatian berstruktur (borang senarai semak pemerhatian masa). Ketiga-tiga instrumen pengumpulan data ini dapat membantu saya dalam menjawab persoalan-persoalan kajian saya. 5.2.1 Ujian Bertulis (ujian pra dan ujian pasca) Rosinah (2012) menerangkan ujian merupakan salah satu alat kajian yang digunakan untuk menentukan pencapaian dan keupayaan murid dalam pembelajarannya. Jenis ujian yang saya gunakan sebagai instrumen pengumpulan data adalah ujian pra dan ujian pasca. Saya menggunakan Jadual Spesifikasi Ujian (Rujuk Lampiran B) untuk membina soalan ujian pra dan ujian pasca. Ujian pra dijalankan sehari sebelum intervensi dimula untuk mengenalpasti tahap kefahaman murid-murid terhadap soalan bahagi nombor dua digit dengan satu digit tanpa baki dan berbaki menggunakan algoritma yang mereka pelajari. Saya telah menyediakan sepuluh soalan ujian pra (Rujuk Lampiran C) yang melibatkan

11

operasi bahagi nombor dua digit dengan satu digit tanpa baki dan berbaki. Skor ujian pra dicatat untuk saya membuat perbandingan dengan ujian pasca selepas menjalankan intervensi kepada murid-murid. 20 Seterusnya, saya juga mentadbirkan ujian pasca sehari selepas intervensi ditamatkan. Ujian pasca yang saya sediakan mengandungi sepuluh soalan (Rujuk Lampiran D) untuk menguji keberkesanan murid-murid menyelesaikan soalan bahagi nombor dua digit dengan satu digit tanpa baki dan berbaki menggunakan Exploding Dots. Aras bagi ujian pra dan ujian pasca adalah sama sepertimana yang dirancang dalam JSU. Rajah 12 menunjukkan murid sedang menjawab ujian pasca. Skor ujian pasca seterusnya dicatat dan dibanding dengan skor ujian pra untuk menilai adakah prestasi murid-murid dapat ditingkat selepas menggunakan Exploding Dots. Melalui instrumen ujian bertulis, soalan kajian yang pertama iaitu murid tahun tiga dapat meningkatkan kemahiran bahagi nombor dua digit dengan satu digit tanpa baki dan berbaki menerusi penggunaan Exploding Dots dapat dijawab. 5.2.2 Analisis Dokumen (Lembaran Kerja) Menurut Mohd. Majid (2009), analisis dokumen bermatlamat untuk menjelaskan sesuatu fenomena yang sedang berlaku berpandukan kepada dokumen-dokumen yang berkaitan dengan fenomena tersebut. Dengan itu, saya perlu memilih dan menganalisis dokumen yang sahih dan sesuai supaya dapat meningkatkan keberkesanan kajian saya. Analisis dokumen yang saya lakukan untuk mengumpul data adalah melalui skor dua set lembaran kerja (Rujuk Lampiran E) yang saya sediakan semasa intervensi disampaikan kepada murid-murid. Rajah 13 menunjukkan murid sedang menjawab lembaran kerja dengan menggunakan Exploding Dots. Rajah 13. Murid-murid menjawab lembaran kerja Melalui kaedah analisis dokumen, saya dapat membuktikan intervensi Exploding Dots sama ada mampu atau tidak mampu meningkatkan kefahaman murid-murid dalam kemahiran operasi bahagi nombor dua digit dengan satu digit tanpa baki dan berbaki. 5.3 Perancangan cara menganaisis data .

12

6.0 Rujukan Ahahaha. (444AD). hahahaha. Ahahah, 77(8), 8. Buku Panduan Penyelidikan Tindakan Final 28122017.pdf. (n.d.). J.G.R. BRIGGS. (1988). Kimia STPM. Longman Malaysia Sdn. Bhd. 1981.

13

Related Documents

Ar
November 2019 43
Ar
May 2020 35
Ar
May 2020 23
Ar
May 2020 30
Ar
November 2019 35
Ar
June 2020 31

More Documents from ""