Apresiaisi Karya.docx

  • Uploaded by: Siti Nur Aisah
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Apresiaisi Karya.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 981
  • Pages: 4
Tajuk

:

Orkid

Media

:

Mix Media

Medium :

Kain kanvas

Saiz

35 sm x 25 sm

:

APRESIASI SENI Pengertian Apresiasi adalah suatu proses atau bentuk penghargaan dan penilaian terhadap suatu hal yang berhubungan dengan karya seni dan karya sastra. Secara ringkasan kata “Apresiasi” bermaksud menghargai. Menurut tokoh iaitu Prayogi berpendapat apresiasi adalah semua aktiviti memberikan penghargaan yang dilakukan sebagai hasil penggunaan, penilaian seseorang terhadap sebuah karya sastra ataupun karya seni tertentu. Apresiasi juga merupakan bentuk rasa kagum yang keluar dari diri peminat karya seni ataupun karya sastra tertentu.

Menggambar (Description) Karya seni yang saya hasilkan ini dikira sarat dengan subjek rujukan pelukis, bentuk dan isinya. Ini kerana tema tugasan yang agak sukar iaitu bertemakan abstrak fantasi. Karya ini dihasilkan di atas kanvas yang berukuran 35sm x 25sm. saya juga menggunakan subjek alam semulajadi iaitu bunga orkid sebagai teras pengkaryaan. Hasil karya ini jika dilihat pada format kanvas dari bawah ke atas boleh dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama terdiri daripada lapisan tanah . Bahagian kedua terdiri daripada warna-warna orkid. Seterusnya pada bahagian ketiga terdiri daripada jalinan-jalinan pada bunga orkid. Saya juga mengukuhkan struktur karya dengan kombinasi unsur-unsur seni seperti garisan, rupa, jalinan dan bentuk. Sementara komposisi karyanya diseimbangkan, dikontrakan, diulang-ulangkan, ditegangkan dan diharmonikan. Cetakan garisan yang pantas amat ketara sekali pada bahagian kedua karya iaitu penghasilan imej mewakilimotif bunga orkid.. Dalam pada itu, garisan melengkung juga amat ketara digunakan pada bahagian orkid. Ini untuk memperlihatkan beberapa jalinan di dalam karya. Menganalisis Karya ini memperlihatkan pelbagai unsur-unsur seni yang telah saya gunakan seperti garisan, rupa, jalinan, ruang dan warna. Pada karya tersebut terdapat pelbagai jenis karekter garisan, ada garisan perlahan, sederhana, pantas dan tegas. Gabungan daripada pelbagai jenis garisan tersebut telah membentuk beberapa jenis jalinan “texture” yang sekaligus memperkayakan lagi karya ini. Secara keseluruhannya, saya juga menggunakan jalinan abstrak “abstract texture”. Ini sejajar dengan tema kerja kursus iaitu abstrak fantasi. Penggunaan rupa agak ketara dapat dilihat pada karya iaitu warna batik yang berlapis-lapis melambangkan warna harmoni di dalam bunga orkid. Dari aspek elemen ruang pula, Saya juga menggunakan mendominasikan ruang cetek. Dalam pada itu, ruang mendatar pula dapat dilihat sedikit sahaja terutamanya pada bahagian garisan melengkung yang meakili bunga orkid. karya ini juga dilihat menggunakan warna panas ke warna sejuk dalam pengolahan karyanya ini. Warna panas seperti merah kuning memenuhi sebahagianbunga orkid yang cantik berseri. Manakala warna sejuk seperti biru muda, unggu,dan hijau diadaptasi pada karya . Dalam usaha membentuk keharmonian dari segi warna, saya juga mengulang-ulangkan warna panas pada bahagian warna sejuk. Dalam masa yang sama, saya juga dapat menerapkan unsur jalinan tampak kerana terdapat berbezaan pada bentuk dan latar belakang.

Format kanvas empat segi tepat digunakan dengan memberi penekanan kepada kesinambungan tidak sama ukur. Namun begitu, saya juga menggabungkan keseimbangan grafik ataupun pandangan saujana. Keseimbangan tidak sama ukur dapat dilihat dengan perletakan imej yang tidak sekata. Malah warna merah yang sedikit dikontraskan dengan warna biru yang dominan juga menimbulkan implikasi keseimbangan tidak sama ukur. Sebaliknya imej dan bentuk seakan-akan bunga, tanah, rantik, jalinan unga orkid dan akar bunga orkid pula membentuk struktur karya ini kepada titik fokus tidak memusat. Gabungan elemen dan prinsip rekaan seni lukis di dalam karya ini membentuk satu kesatuan yang cukup dan mantap. Penyatuan elemen-elemen dengan komposisi serta pandangan saujana antaranya menimbulkan keanekaan di dalam kepelbagaian. Selain itu, saya juga memasukkan elemen keseimbangan yang mana saya telah merancang struktur yang sesuai kiri dan kanan karya. Dalam masa yang sama, saya juga memasukkan prinsip kontra iaitu warna gelap iaitu ink lino dan warna batik iaitu warna cerah yang dapat menunjukkan kontra apabila cetakan dibuat. Kesatuan dapat juga ditonjolkan dengan kepelbagaian unsur seni ang digunakan iaitu garisan, warna dan rupa. dalam kepelbagaian itu telah membentuk karya ini karya yang sempurna, sarat bahkan berisi nilai-nilai falsafah dan budaya. Falsafah dan budaya yang mencerminkan pemikirannya, masyarakatnya dan budayanya akan menjadi satu khazanah peradaban yang tidak bernilai harganya. Dalam pengolahan karya ini, saya juga menghimpunkan pelbagai situasi. Terdapat situasi ceria, dingin, damai, harmoni ,dan aktif. Situasi yang berlainan ini disatukan lalu membentuk satu luahan idea, minda dan cetusan hati tentang segala bentuk peristiwa

Interpretasi Melihat karya ini dari aspek persembahan secara abstrak mengingatkan kita sesuatu yang perlu dilihat secara mendalam dan teliti. Melihat dari sudut warna pula, penggunaan warna panas ke sejuk dapat mengajak pemerhati memikirkan sejenak tentang kehebatan alam ciptaan Tuhan. Warna merah seperti fenomina senja, kuning seperti petang, hijau seperti siang, biru seperti fajar dan biru tua kegelapan seperti malam mencerminkan ketelitian dan kehalusan. Bunga orkid yang dipilih mempunyai makna iaitu bunga yang menyampaikan perasaan yang berbeza dengan jenis dan warna yang lain dan kerana bunga orkid mempunyai kepelbagaian warna yang menyerlah. Daunnya berbintik-bintik hitam dan berkarat menimbulkan rasa keunikan. Bunga orkid juga yang menunjukkan keberanian, tegak berkuasa, kedamaian serta kemuliaan. Ini sejajar dengan karya yang telah dibuat yang memasukkan elemen warna harmoni, bintik-bintik hitam yang mewakili bunga orkid dan falsafah bunga itu sendiri yang melambangkan kedamaian dan keberanian.

Penilaian Karya ini amat berjaya sama ada dari segi bentuk, komposisi dan isinya. Penggabungan pelbagai budaya keilmuan berstrukturkan format kesenian Melayu dan barat. Saya juga bukan seorang pengkarya yang menghasilkan karya secara membuta tuli seperti sesetengah pelukis muda. Sebelum menghasilkan sesuatu karya, beliau mengkaji dan membuat penyelidikan budaya terlebih dahulu. Oleh yang demikian, karya-karya yang digarapkan adalah segar dan tulen. Kekuatan ilmu dan saripati budaya Melayu barat yang menjadi teras amat terserlah sehingga berjaya memantulkan keindahan dalaman melalui tanda visual pada karya saya ini. Saya juga bukan sahaja menggunakan tunjang budaya Melayu-barat sebagai struktur karyanya, bahkan mana-mana ilmu yang baik dan bersesuaian daripada tamadun Barat mahupun Timur digarapkan menjadi wadah pemikirandengan dibantu para pensyarah yang hebat.. saya juga berjaya membina fragmen masa baru yang menunjukkan penggabungan format kesenian barat. Format kesenian karya saya ini

termasuklah pengulangan, pandangan alam,

kerumitan, dinamik, gabungan

berurutan dan meditative dan seumpamanya. Kecekapan ini mencernakan tunjang kesenian melayu dengan gabungan prinsip Barat seperti ulangan, harmoni, keseimbangan dan kontras umpamanya membentuk struktur baru dan teguh.

Related Documents

Apresiaisi Karya.docx
October 2019 35

More Documents from "Siti Nur Aisah"

Refleksi Cetakan.docx
October 2019 44
Rpi.docx
April 2020 26
Sap Gizi Ibu Hamil.docx
April 2020 23
Apresiaisi Karya.docx
October 2019 35
Latif Mohidin .docx
December 2019 28