Apa Yang Optometri Buat Untuk Pesakit Keratonocus?

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Apa Yang Optometri Buat Untuk Pesakit Keratonocus? as PDF for free.

More details

  • Words: 1,491
  • Pages: 17
1.0

PENGENALAN

1

Bilateral keratoconus adalah berasal daripada dua suku perkataan Greek yang (kerato-tanduk,kornea dan konos-kon). Bilateral pula bermaksud kedua-dua belah mata. Keratoconus merupakan penyakit yang berkaitan dengan usia pada mata yang menyebabkan perubahan struktur pada kornea. Perubahan ini termasuklah penipisan pada lapisan tengah kornea yang cenderung untuk membentuk bentuk kon pada bahagian tengah dan ini menyebabkan kornea pesakit tersebut menjadi melengkung berbanding bentuk kornea normal. Gambarajah di bawah menunjukkan perbezaan antara bentuk kornea yang normal dan keratoconus.

Kornea pada mata yang normal adalah lebih berbentuk rata pada limbus

Kornea pada pesakit keratonocus adalah lebih melengkung dan lebih curam pada limbus Gambarajah 1.10 Perbezaan bentuk kornea. Keratoconus akan menyebabkan pesakit itu mengalami masalah gangguan penglihatan atau simptom seperti:

2



kecacatan imej yang dilihat



imej yang dilihat adalah berganda



masalah silau dan sensitif pada cahaya



kekurangan daya penglihatan yang menyebabkan pesakit susah memandu dan menbaca pada saiz huruf yang normal terutama apabila pesakit menghadapi Keratoconus pada kedua-dua belah mata.

Gambarajah 1.20 Contoh penghidap keratoconus.

Keratoconus merupakan penyakit distrofi pada kornea yang biasa dihidapi oleh pesakit pada 1:1000 dalam suatu populasi. Sebab sebenar berlakunya penyakit ini adalah belum dikenalpasti. Tetapi penyakit ini sering dikaitkan dengan kekurangan aktiviti sesetengah enzim dalam kornea. Ini merupakan penyakit pewarisan genetik dan amat ketara menular dalam sesuatu etnik dan paling berkait dengan pesakit yang ada sindrom tertentu seperti Sindrom Down.

2.0

ASPEK KLINIKAL

3

Keratoconus, merupakan penyakit yang dapat diklasifikasikan sebagai penyakit gangguan pada saiz dan bentuk kornea. Menurut buku Ophmathology in Focus, Keratoconus merupakan gejala apabila kornea berbentuk kon dan terdapat bonjolan pada tengah kornea yang biasanya dijumpai terutama pada pesakit yang mencecah lebih dua atau tiga dekad. Proses ini biasanya diikuti oleh perubahan mendadak pada pesakit yang melibatkan tahap penglihatan daripada tahap astigmatisma tidak sekata.

Gambarajah 2.10 perbezaan bentuk kornea akibat penipisan lapisan tengah pada kornea.

Penyakit ini biasanya dapat akan dihadapi pada kedua-dua belah mata dan jarang sekali kes pada sebelah mata. Namun, pada pasakit Keratoconus ini juga dapat diklasifikasikan mengikut beberapa kelas tanda-tanda atau gejala antaranya tanda-tanda awal, tanda-tanda lewat dan hubungan secara sistemik. Jadual di bawah merujuk kepada kelas gejala pada pesakit dan tanda-tandanya.

Bil. 1.

Gejala Peringkat awal

Tanda-tanda • Refleks oftalmoskop yang abnormal 4

2.

Peringkat lewat



Refleks gunting oftalmoskop yang tidak sekata



Garis vertical yang sangat kecil pada stroma



terbentuk Adanya cecincin Fleischer daripada hasil mendapan besi pada tapak kon pada kornea



Tanda Munson iaitu terdapat bonjolan pada kelopak bawah mata

3.

Hubungan secara sistemik



Adanya parut pada kornea



Berlakunya hidrops teruk iaitu pembengkakan pada

bahagian tengah kornea. Melibatkan penyakit yang berkaitan termasuklah : •

Atopic dermatitis di kalangan kanak-kanak



Osteogenesis imperfecta



Sindrom seperti sindrom Down, sindrom Turner, sindrom Ehlers-Darlos, sindrom Marfan.

Jadual 2.10 menunjukkan tentang kelas gejala pada pesakit dan tanda-tandanya.

Ini adalah contoh imej yang dilihat oleh pesakit yang mempunyai keratoconus.

5

Terdapat bayang-bayang ataupun imej berganda

Terdapat bayangan kabur pada imej.

Mempunyai masalah untuk melihat tulisan pada saiz kecil.

Gambarajah 2.20 adalah gambaran imej yang dilihat oleh pesakit keratonocus.

6

3.0

PERUBAHAN ANATOMI PADA MATA

7

Pada tahap awal penyakit ini, pesakit cuma berasa tidak selasa kerana kehadiran imej berganda dan terdapat astigmatisma. Namun, apa yang menjadi masalah adalah bagi pesakit yang kompleks yang ada kesan hidrops pada kornea.

Pada pesakit ini, mereka mengalami pembengkakan pada kornea yang disebabkan oleh adanya pemecahan pada lapisan membrane Decement. Membrane ini merupakan membrane yang yterdapat pada lapisan paling luar pada kornea. Sementara itu, akueus humor daripada anterior chamber akan mengalir keluar melalui luka itu tadi sementara sembuh. Ini akan menyebabkan pesakit ini mengadu sakit untuk sementara waktu dan selepas itu mempunyai penglihatan yang kabur.

Pada tahap ini, pesakit akan mengalami apa yang dinamakan hidrops pada kornea kerana pengaliran cecair lut cahaya keputih-putihan yang meliputi kornea. Keadaan ini akan membawa kornea akan kelihatan kabut. Namun selepas enam hingga ke lapan minggu, kornea akan kembali lut sinar seperti biasa.

Gambarajah 3.10 menunjukkan kornea dengan hidrops yang teruk.

8

4.0

PENGURUSAN PESAKIT DENGAN KERATOCONUS

9

Menurut buku Ophmathology in Focus, terdapat beberapa cara pembetulan untuk pesakit yang menghidapi keratoconus ini. Antaranya penggunaan kaca mata yang bersesuaian, manakala bagi pesakit yang sudah tidak sesuai dengan kaca mata, pesakit dinasihatkan bertukar kepada kanta sentuh. Pada tahap yang lebih teruk, pesakit akan dilakukan teknik graf pada kornea dan bagi pesakit yang ada kaitan dengan hidrops yang teruk, maka rawatan sokongan akan terpaksa dijalankan.

Gambarajah 4.10 contoh hidrops pada kornea

Namun terdapat banyak lagi cara yang lebih fleksible dan lebih berkesan untuk merawat serta menguruskan pesakit keratoconus ini termasuklah samada ialah berbentuk pembedahan atau bukan pembedahan bergantung pada tahap keseriusan masalah penglihatan ini. Cara-cara ini diringkaskan 3.10 dalam gambarajah dibawah ini. Pada kotak carta warna biru adalah merupakan cara-cara yang dilakukan oleh optometri.

10

Pengurusan Keratoconus

Tanpa

Dengan

pembedahan

Kaca mata

pembedahan

Riboflavin pada ikatan silangan di kornea

Kanta sentuh

Intaks atau cecincin Kanta sentuh biasa

Kanta sentuh telap udara

pada kornea

Mini ARK/ keratonomi radial/ pembedahan refraktif

Kanta sentuh hybrid (campuran kanta sentuh biasa dank eras)

Graft ataupun transplant pada cornea

Kanta sentuh

Transplant

Piggy-back

DALK

Kanta sentuh skleral

Epikeratophakia

Gambarajah 4.20 cara-cara menangani masalah mata keratoconus..

11

a) KAEDAH BUKAN PEMBEDAHAN i) PENGGUNAAN KACA MATA Pada permulaaan gejala penyakit ini, pesakit cuma mengalami masalah penglihatan yang biasa seperti rabun dekat(hiperopia) dan astigmatisma. Ini dapat dibetulkan dengan kanta sfera positif dan kanta silinder yang biasa.

Gambarajah 4.30 menunjukkan mata pesakit keratonocus dengan pembetulan biasa.

Namun pada pesakit yang mempunyai keratonocus, mereka biasanya akan mempunyai peningkatan tahap pengurangan daya penglihatan. Dan ini akan dibetulkan dengan kanta yang dipertingkatkan kebolehan seperti kaca mata yang mempunyai kaca tambahan berbentuk D di sisi seperti gambarajah di bawah.

Gambarajah 4.40 menunjukkan kaca mata dengan tambahan kaca D di sisi.

12

ii) PENGGUNAAN KANTA SENTUH Bagi mata yang mempunyai tahap keratokonus yang lebih teruk sehingga tidak dapat dibetulkan dengan kanta kaca mata, mata optometris biasanya akan mengesyorkan pesakit supaya memakai kanta sentuh. Kanta sentu ini terdiri daripada beberapa jenis termasuklah : •

kanta sentuh biasa



kanta sentu telap udara



kanta sentuh hibrid



kanta sentuh ‘piggy-back’



kanta sentuh skleral

(1) KANTA SENTUH BIASA Penggunaan kanta sentuh ini adalah terhad. Ini kerana bentuk kanta sentuh tidak meliputi kornea yang tidak rata dan menyebabkan kanta biasa ini tidak melekap pada kornea dengan betul.

Gambarajah 4.50 penggunaan kanta sentuh biasa. Dengan inovasi baru, kini ada sejenis kanta biasa yang amat sesuai untuk pembetulan presbiopia, hiperopia dan astigmatisma seperti kanta sentuh torik. Imej yang dihasilkan juga adalah sebaik imej yang dihasilkan oleh kanta sentuh telap udara.

13

Biasanya optometri akan mengesyorkan pesakit memakai kanta sentuh ini apabila pesakit keratoconus ini mempunyai alergik pada kanta sentuh telap udara. (2) KANTA SENTUH TELAP UDARA Kanta sentuh telap udara ini lebih dikenali sebagai RGP corneal contact lenses. Kanta ini merupakan kanta yang paling sesuai digunakan untuk pembetulan kesalahan refraksi yang diakibatkan oleh penyakit yang berkaitan kornea tidak rata ini termasuklah keratoconus ini. Meknisme bagi kanta sentuh ini berfungsi adalah seperti rahjah di bawah.

Gambarajah 4.60 alur cahaya yang melalui kanta sentuh telap cahaya. Gambarajah di atas ini menerangkan tentang permukaan tegap yang dipunyai oleh ini yang membolehkan kanta ini bertindak sebagai permukaan baru bagi kornea. Setiap kali pesakit ini berkelip pula, ruang antara antara kanta ini dan kornea akan diisi dengan air mata. Ini juga membantu dalam proses pembiasan pada permukaan baru ini. Tetapi, bagi kanta ini pesakit mempunyai masalah yang besar iaitu pesakit terpaksa mengambil masa yang lama untuk proses adaptasi akibat daripada tindakan sensasi pada kelopak mata pada pesakit.

14

Gambarajah 4.70 pesakit perlu masa yang lama untuk proses adaptasi. (3) KANTA SENTUH HIBRID Kanta sentuh ini merupakan kombinasi antara kanta sentuh biasa dank anta sentuh telap udara. Kanta ini bisanya digunakan untuk mengatasi masalah ketidakselesaan bagi penggunaan kanta telap udara sahaja. Tetapi bagi penggunaan dalam satu jangkamasa yang panjang adalah tidak digalakkan. Ini kerana kanat jenis ini tidak begitu effektif dalam menyrap oksigen dari persekitaran ke dalam mata.

(4) KANTA SENTUH PIGGY-BACK Bagi kanta jenis ini, konsepnya adalah berkaitan pemakaian dua jenis kanta serentak pada masa dan mata yang sama. Ini melibatkan kanta telap udara yang sangat selesa dipakai oleh pesakit keratoconus. Tambahan pula, pada kanta ini kantabiasa pula bertindak sebagai kusyen yang lebih lekap pada permukaan kornea. Ini amat sesuai dan tidak mengakibatkan ketidakselesaan.

(a)

15

(b) Gambarajah 4.80 (a) dan (b) menunjukkan bagaimana penggunaan kanta ‘piggy back’.

Bagi pengguna kanta ini, mereka perlulah lebih teliti untuk mencuci kedua-dua jenis kanta sentuh ini. Ini perlulah diikuti dengan pemeriksaan mata yang berkala untuk mengelakkan mata mengalami kekurangan oksigen.

(5) KANTA SENTUH SKLERAL Kanta ini merupakan kanta sentuh yang mempunyai diameter yang lebih besar iaitu meliputi kawasan putih mata, sklera. Terdapat banyak kebaikan pemakaian kanta ini termasuklah tetap dan tidak mudah jatuh,dan bendasing tidak mudah masuk ke dalam mata. Kelebihan kanta ini adalah menghasilkan keselesaan yang maksima apabila mata pesakit seolah-olah tidak merasai kehadiran kanta sentuh kerana kanta berada di luar kawasa margin penglihatan kornea.

Gambarajah 4.80 kanta sentuh sklera. 16

17

Related Documents