Warkah dari Bonda ( salinan asal tulisan rumi pakai tangan dakwat biru peninggalan Bonda) Pada tiap-tiap waktu sembahyang Suboh dan Isyak hendaklah diamalkan baca
“Bismillahirahmanirahim” sebanyak 44 kali dan tadah dua tangan ke-atas dan berdoa “Ya Allah Ya Tuhanku dengan berkat “Bismillahirahmanirahim” ini minta Tuhan selamat aku suami isteri anak beranak dan minta jauhkan dari bala pertaka dan selawat dan sapu tangan ke muka. Dekat nak tidur baca “Bismillahirahmanirahim” 21 kali nescaya diamankan dia Allah Taa’ala pada malam itu daripada kejahatan syaitan dan jin dan manusia dan daripada pencuri dan terbakar api dan daripada mati terkejut dan menolak sekelian bala dengan berkat-Nya. Jika ada temuduga apa-apa dibaca “Bismillahirahmanirahim” sebanyak 55 kali, 40 kali dibaca begitu sahaja, 15 kali dibaca perlahan-lahan bila berhadapan dengan orang nak temuduga dan selamat minta Tuhan tunai hajat kita.