Analisis Cerpen Menatap Wajahnya

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Analisis Cerpen Menatap Wajahnya as PDF for free.

More details

  • Words: 992
  • Pages: 4
A United World At Peace –Through Education SEKOLAH SRI TENBY, SETIA ECO PARK NAMA

TINGKATAN

SUBJEK

4

TARIKH

MENATAP WAJAHNYA A.SINOPSIS Muliati ingin bertemu dengan guru kesayangannya, iaitu Cikgu Balkis setelah lama terpisah. Cikgu Balkis enggan dan memberikan alas an bahawa suaminya melarang mereka meneruskan perhubungan. Muliati bertambah dukacita. Muliati menganggap ada sesuatu yang tidak kena yang menyebabkan Cikgu Balkis bertindak sedemikian. Sewaktu zaman persekolahannya dahulu, Muliati yang cacat dan yatim piatu sering dibantu dan diberikan perhatian oleh Cikgu Balkis. Ketika Muliati memperoleh ijazah di sebuah university, dia menerima sekeping poskad daripada Cikgu Balkis yang mengucapkan tahniah sekali gus mengatakan bahawa beliau akan menjalani pembedahan di London kerana menghidap penyakit ganjil. B. TEMA Ketabahan seorang gadis yatim piatu dan cacat fizikal menjalani pelbagai dugaan hidup serta pengorbanan seorang guru yang sanggup membantu anak muridnya sehingga berjaya. C. PERSOALAN 1

Kasih sayang

Cerpen ini mengisahkan persoalan kasih sayang Muliati terhadap gurunya. Ini dibuktikan dengan hasratnya untuk menemui gurunya itu kerana perasaan rindu yang mendalam. Ini adalah kerana Cikgu Balkis merupakan pemberi semangat dan ibu angkat yang telah banyak menyokongnya sehingga dia berjaya di menara gading walaupun dia kurang sempurna. 2

Cemburu dan iri hati

Sikap segelintir manusia yang menaruh perasaan cemburu dan iri hati terhadap orang lain juga turut dipaparkan dalam cerpen ini. Muliati dicemburui, dicemuh dan difitnah akibat hubungan rapatnya dengan Cikgu Balkis oleh pelajar-pelajar lain. Ini berlaku kerana Cikgu Balkis member perhatian yang lebih kepada Muliati kerana Muliati tidak mempunyai keluarga keculai neneknya. Niat Muliati dan Cikgu Balkis disalahertikan oleh segolongan pelajar dan mereka gagala mencari rasional perhubungan mereka. 3

Kepentingan kawan sejati dalam kehidupan seharian.

Setiap orang memerlukan kawan yang mengerti perasaan dan keadaan hidup orang lain. Hakikatnya, tiada siapa yang boleh hidup seorang diri sepanjang hayatnya. Dalam cerpen ini, Riani merupakan kawan Muliati yang banyak membantunya bergerak di kampus. Tanpa Riani yang banyak membantunya daria segi moral dan tenaga, mungkin Muliati gagal meraih ijazah yang diharapkannya. 4

Gangguan emosi menyebabkan hilang pertimbangan fikiran

Emosi yang tidak dapat dikawal boleh mengganggu ketenangan hidup seseorang, di samping menyebabkan seseorang tidak dapat berfikir secara rasional. Muliati mengalami tekanan jiwa akibat kehilangan anggota keluarga seterusnya kecacatan yang dialaminya. BM T4 KOMSAS / CERPEN MENATAP WAJAHNYA

1

A United World At Peace –Through Education

5

Kecacatan bukan penghalang mencapai kejayaan

Manusia tidak pernah terlepas daripada dugaan. Cabaran sentiasa menghantui manusia dalam pelbagai bentuk. Namun, apa yang diperlukan ialah semangat juang yang tinggi dan tidak mudah berputus asa. Muliati dalam cerpen ini pada mulanya berputus asa dan hilang keyakinan diri kerana kecacatan anggota badannya. Namun, setelah dia diberi keyakinan dan diberi suntikan semangat oleh Cikgu Balkis dia terus berjuang sehingga melangkah masuk ke university. C

WATAK DAN PERWATAKAN MULIATI – – –

– – – –

Pelajar pusat pengajian tinggi  semasa cerpen ini diceritakan. Dalam imbas kembali  semasa tingkatan 2 dia kehilangan ibu bapa Semasa Tingkatan 5  kehilangan keupayaan diri menjadi cacat. Gadis kecil molek = licah = cergas dalam sukan, ringan tulang sebelum cacat Mempunyai tiga orang adik – beradik tetapi mereka + ibu bapanya terkorban dalam kemalangan. Tinggal bersama neneknya Kecacatannya adalah  tempang kedua-dua kakinya + tangan kirinya kudung

Cekal + gigih Muliati merupakan gadis yang cekal + gigih menghadapi dugaan hidup. Kehilangan kesemua ahli keluarganya di usianya yang muda iaitu semasa Tingkatan Dua dan kekurangan sifat fizikal akibat terjatuh gaung semasa mengikuti ekspedisi Kelab Kembara di Tingkatan Lima merupakan dugaan hidup yang hampIr mematahkan semangatnya. Dia tetap melanjutkan pelajarannya ke universiti dengan suntikan semangat oleh Cikgu Balkis. Dia juga tabah menghadapi cemuhan dan fitnah daripada kawan-kawannya yang cemburu dengan hubungan rapatnya dengan Cikgu Balkis. Sabar + menerima qada dan qadar Tuhan Muliati sabar menghadapi cemuhan kawan-kawannya semasa di sekolah dan mengharungi hariharinya di universiti. Dia bertawakal dan reda dengan keadaan dirinya yang kekurangan sifat fizikal dan berpegang kepada kata-katanya “selagi hidup, selagi itulah perjuangan tidak akan tamat.” Menghargai jasa orang lain Muliati menghargai jasa Cikgu Balkis telah banyak memberikan suntikan semangat dalam hidup setelah menjadi yatim piatu. Muliati juga mengenang jasa nenek yang telah menjaganya setelah kehilangan ahli kelaurganya. Muliati buktikan semua itu dengan kejayaannya meraih segulung ijazah. CIKGU BALKIS –

– – –

– –

Sudah berumahtangga hampir 5 tahun Mengambil Muliati sebagai anak angkat Belum mempunyai anak Hujung cerita ini berada di London  rawatan penyakit ganjilnya Dikurnikan anak setelah Muliati dijadikan anak angkat Mempunyai sifat keibuan dan penyabar

Penyayang + prihatin Cikgu Balkis menyayangi Mulaiti sehinggakan dia sanggup membela gadis yang bernasib malang itu. Dia memberi semangat dan membiayai pelajaran Muliati hingga ke universiti. Dia menganggap Muliati seperti anak sendiri meskipun bukan darah dagingnya sendiri. BM T4 KOMSAS / CERPEN MENATAP WAJAHNYA

2

A United World At Peace –Through Education

Perahsia Cikgu Balkis tidak mahu Muliati mengetahui tentang penyakit yang dihadapinya bertahun-tahun lalu merahsiakannya sehinggalah dia akhir nya memberitahu Muliati yang dia berada di London untuk menjalani rawatan penyakitnya itu. Apabila Muliati ingin menemuinya, Cikgu Balkis mengelak dengan pelbagai alas an sehinggakan Muliati berasa kecewa. D

LATAR TEMPAT -Sekolah -Universiti -Rumah Nenek MASA -Siang -Malam -Peristiwa berlaku dalam masa empat tahun

MASYARAKAT -Masyarakat sekolah -Masyarakat kampus -Masyarakat kampung -Masyarakat yang mementingkan pendidikan, belas kasihan, prihatin, dan mengenang jasa

E

GAYA BAHASA Hiperbola Contoh

-

Semangatku seakan-akan luruh

(hlmn 61)

Kasihku tertumpah melebihi selautan buat cikgu

(hlmn 61)

aku anak emas Cikgu Balkis

(hlmn 64)

...dalam marak api kerinduan pada cikgu

(hlmn 66)

Metafora Contoh

-

Personifikasi Contoh

-

Masing-masing mengepung perasaan yang bergelora ...hati ini selalu memberontak ...

F.

NILAI

BM T4 KOMSAS / CERPEN MENATAP WAJAHNYA

3

A United World At Peace –Through Education

Kasih sayang – Cikgu Balkis dan nenek Muliati menyayangi Muliati Keikhlasan – Cikgu Balkis ikhlas membantu Muliati Ketabahan – Muliati tabah menghadapi dugaan hidup Tolong-menolong – Riani membantu Muliati di kampus

G.

PENGAJARAN Seseorang murid hendaklah mengenang jasa guru. Kita hendaklah nasihat-menasihati antara satu sama lain demi kebaikan bersama Kita hendaklah membantu orang yang dalam kesusahan Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup

BM T4 KOMSAS / CERPEN MENATAP WAJAHNYA

4

Related Documents