Menatap Wajahnya

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Menatap Wajahnya as PDF for free.

More details

  • Words: 1,523
  • Pages: 4
MENATAP WAJAHNYA… KAKAK… Insan yang sentiasa bermain dimindaku. Insan yang seringku tercaricari di muka bumi ini. Aku amat mendahagakan kasih sayang dan belaian manja ahli keluargaku sendiri. Meskipun mama dan papa menjagaku seperti menatang minyak yang penuh, tetapi mereka hanyalah keluarga angkat, bukannya darah dagingku. Kemana menghilangnya insan bernama kakak ini? Dimanakah koordinasimu? Aku dalam dilema. Sekali lagi aku menatap foto kami berdua yang diambil lebih kurang 15 tahun dahulu. 14 Januari 2006, Sabtu Aku menyatakan hasratku untuk bekerja sementara menanti keputusan SPM kepada mama dan papa. Pada mulanya mereka menghalang keras tindakanku tetapi setelah aku memberi alasan untuk mencari insan yang amat kumerindui, mereka terpaksa akur. Kami berusaha untuk mencari pekerjaan dan akhirnya kawan papa menerimaku sebagai pekerjanya. 16 Januari 2006, Isnin Bagaikan tidak percaya, hari ini aku bukan lagi seorang pelajar sekolah tetapi seorang pekerja. Aku cuba menggembirakan hati tatkala perasaan bosan sudah menghantui jiwaku. Aku bekerja dari jam 8.30 pagi sehingga jam 7.00 petang. Jadi, aku akan bersolat dan berehat di rumah seorang pekerja di situ. Namanya sama seperti nama kakak, Iman Nur Fariheen atau lebih dikenali sebagai Kak Ein. Hari demi hari, aku masih lagi tidak dapat menyesuaikan diri disitu. Tetapi bila memikirkan matlamatku, aku terpaksa meneruskan perjuangan ini. Pernah suatu hari, aku bertemu Kak Ein dan meluahkan segala-galanya yang tersirat di dalam dada. Nasihat serta dorongan yang diberi menyebabkan aku kembali bersemangat. Pertama kali aku berasa tewas dan tumpas. Aku sendiri tidak mengerti mengapa aku begitu lemah. Baru kini aku memahami pahit getir papa mencari rezeki untuk kami. 14 Februari 2006, Selasa Mama dan papa tiada di rumah. Ah, bosannya hidup keseorangan! Aku mencapai telefon bimbit Nokia6270 milikku lalu mendial nombor telefonnya. Kali pertama kami berborak kosong walaupun sudah beberapa hari bekerja di tempat yang sama. Pada mulanya memang aku agak malu, tapi lamakelamaan banyak pula perkara yang dikongsi bersama. Kak Ein membuka kisah mengenai adiknya yang sekian lama terpisah. Kesian juga aku mendengarnya. Tapi dari apa yang diceritakan seakan-akan mengenai riwayat hidupku. Mungkin secara kebetulan saja! 19 Februari 2006, Ahad Seperti biasa aku, mama dan papa akan berjogging di taman tasik. Entah mengapa hari ini hatiku sangat sugul, emosiku tidak stabil. Tiba-tiba aku merasakan seolah-olah ada beban yang berat diatas kepalaku. Dunia menjadi gelap-gelita dan selepas itu aku sendiri tidak tahu apa yang berlaku.

20 Februari 2006, Isnin Kepulanganku dari tempat kerja tidak disedari oleh mereka. Perbualan mama dan papa menyebabkan aku terpaku. Rahsia semalam terbongkar akhirnya. Benarkah aku menghidap penyakit itu? Aku menghampiri mereka seraya mendakap erat tubuh mama. Mutiara jernih tidak dapat dibendung lagi. Apa yang penting, kakak mesti berada disisiku sebelum aku menghembuskan nafas yang terakhir. 22 Februari 2006, Rabu ‘Sorry Kak Ein, Iz tak sengaja nak langgar kak’ ‘It’s okay. That’s my fault. Why lately ni Iz nampak pelik ha? Ada problem ke?’ ‘Tak adalah, I’m okay. Actually Iz nak resign this Saturday. Boleh tak?’ Jawabnya, ‘tak boleh’ lalu mengucup dahiku dan berlalu dari situ. Aku dapat rasakan insan ini pernah menciumku 15 tahun yang lalu. Semasa terlanggar, aku ternampak ada kesan parut ditangannya. Kesan ini menyebabkan fikiranku melayang jauh kembali ke zaman silam... ‘Kakak, adik nak makan buah jambu tu. Tolong ambilkan boleh’ ‘Kakak, tak sampailah adik’ ‘Adik cakap nak, naklah. Kakak ni jahatlah. Dengan adik sendiri pun tak mahu tolong. Kakak kejam!’ ‘ Yelah, kakak panjat ye sayang!’ ‘Kakak…adik tahu mesti sakitkan. Adik minta maaf ye kak. Adik tak sangka dahan pokok itu boleh patah. Ini semua salah adik. Kakak, tangan kakak berdarah’ ‘Alah sikit saja darah tu. Mana ada, adik tak salah. Kakak yang tidak berhati-hati’ Sampai sahaja di rumah, emak tiri kami sudah menanti dihadapan pintu bersama rotan kesayangannya. Melihat tangan kakak berdarah menyingalah dia. Depan ayah, emak memang sebaik-baik insan tetapi dibelakang ayah, hanya tuhan sahaja yang tahu. Aku amat membenci perempuan hipokrit sepertinya. Aku tidak suka menjadi perempuan. Gaya, lagak serta penampilanku tidak ubah seperti kaum Adam. Sebab itu aku lebih senang dengan panggilan Iz meskipun namaku, Iman Nur Farizheen. Selepas kematian ayah, emak cuba memisahkan kami atas alasan tidak berkemampuan. Hati mana tidak sedih apabila mahu berpisah dengan kakak kandung sendiri. Kami cuba melarikan diri selepas mendengar berita tersebut tetapi segala tindak-tanduk kami berjaya diberkas oleh emak. Apa lagi, rotanlah menjadi santapan kami pada malam itu. Keesokan harinya, aku di bawa oleh mama dan papa ke ibu kota dan kakak, aku sendiri tidak tahu ke mana perginya. Hubungan kami terputus begitu sahaja. Lamunanku terhenti... ‘Iskandar menangis ke? Samseng macam ni pun tahu menangis juga’ ‘Mana ada nangis. Tak macholah budak smart macam iz nangis. Mata masuk habuklah Kak Ein. Tempat ni tak pernah lap ke?’ ‘Jangan nak salahkan benda yang tak salah ye adik’

Kak Ein memang suka menggelarku samseng. Katanya, perwatakanku lebih kurang sama macam samseng dan baginya Iz stand for Iskandar. Aku malas nak cari pasal jadi aku terima seadanya. 24 Februari 2006, Jumaat Hati, naluri serta sanubariku mengiyekan, memang dialah insan yang ku tercari-cari selama ini. Aku memerhatikan setiap langkah dan gerakgerinya. Sehelai kertas kuselitkan di atas meja. Kata-kata yang membawa seribu satu maksud, ‘YOU ARE MY SISTER’. ‘Iskandar tak malu ke bagi kak kata-kata ni?’ ‘Malu, tapi...tak apalah. If kak tak suka Iz koyakkan’ ‘Tak payah, buat penat Iskandar saja menulis’ Malam itu, aku memberitahu mama mengenai dirinya. Bak kata mama, ‘tutup mata tanya hatimu. Hatimu kata benar, benarlah ia’ 25 Februari 2006, Sabtu Gementar sungguh rasa di hati hendak ke tempat kerja, takut hendak menatap wajahnya. Semalam dia menyuruhku fikir masak-masak membuat dua pilihan antara baju hitam, membawa maksud berhenti kerja ataupun baju merah untuk meneruskan hidup di sini. Iz tetap Iz. Segala perancangan mesti ditepati. Aku tetap berkeras kerana hanya aku sahaja memahami pendirian diri ini. Dia mengajakku tidur dirumahnya. Mama mengizinkan kerana beliau amat memahami jiwaku sekarang. Malam itu, aku tidak dapat melelapkan mata. Memori indah bersama kakak beberapa tahun dahulu terbayang-bayang di kotak pemikiranku. Aku keluar bilik mengambil angin. Mataku mengeliar ke seluruh kawasan ruang tamu. Tubuhku seolah-olah dipanggil dan ditarik ke rak buku yang cantik disusun. ‘Puteri Salju’ buku yang pernahku hadiahkan kepada kakak suatu ketika dahulu. Aku membukanya dan tiba-tiba sekeping foto terjatuh ke atas lantai. Foto yang sama, tidak ubah seperti foto yang sering kutatapi. Benarlah kata-kata mama, pecayalah kepada suara hati. Insan inilah kakakku. Air mata berlinangan membasahi pipi. Tanpa kusedari, dia sudah berada dibelakangku. ‘Tulah adik kak. Dah lama kami tidak berjumpa. Sejak akhir-akhir ini, kak selalu mimpi dia datang hampir kepada kak’ ‘Iz rasa sekejap lagi kak jumpalah dia balik. Trust me’ ‘Entahlah Iz, kak hampir-hampir berputus asa mencari dia. Seluruh pelusok dunia telah kak redahi, tapi tetap tidak jumpa. Kak harap dia sihat. Sejak kehadiran Iz, kak rasa seperti adik kak ada di depan mata. Namanya pun sama dengan nama Iz’ Aku tidak mampu lagi untuk berlakon di pentas dunia ini. Air mata semakin laju mengalir. Inilah namanya takdir. Jika kita usaha pasti akan berjaya. ‘Kakak, nilah adik kakak. Adik yang sekian lama kakak mencari. Dari mula lagi adik dah dapat rasakan kehadiran kakak. Cara kakak melayan adik tetap sama seperti 15 tahun dahulu. Kak janji dangan adik ye, jangan tinggalkan adik lagi’ ‘Kak janji, dik. Dah lewat malam ni. Pergi tidur ye sayang’ Semuanya bagaikan mimpi. Betul kata arwah ayah, setiap sesuatu pasti ada hikmahnya. Akhirnya segala penantian bertemu penghujungnya.

Keesokan harinya, aku membawa kakak pulang ke rumah untuk makan malam bersama. Sudah lama tidak makan bersama ahli keluarga sendiri. Hari ini merupakan hari paling bermakna dalam diari hidupku. Kakak bercadang untuk membawaku keluar pada hari Ahad ini. 1 Mac 2006, Rabu Sekali lagi aku terlantar di hospital. Aku melarang mama menghubungi kakak. Aku tidak mahu kakak bersedih dan risau. Aku telah berjanji pada diri untuk menjaga kakak dan tidak akan melukai hatinya sehingga ke akhir hayatku. Kata-kata yang meluncur daripada mulut Dr. Raiz membuat aku terkesima dan terkedu. Aku terpaku. Menurut beliau, aku hanya ada beberapa hari sahaja lagi untuk bernafas di dunia ini. Ini bermaksud aku akan meninggalkan kakak buat selama-lamanya. 5 Mac 2006, Ahad Seperti yang dijanjikan, aku dan kakak keluar bersama. Aku amati wajahnya dalam-dalam sehingga aku tidak perasan kehadiran mutiara jernih di pipi. Ya Allah, adakah ini kali terakhir aku keluar bersamanya? Tiba-tiba tubuhku menjadi longlai, lemah tidak bermaya dan akhirnya rebah jatuh ke bumi. Hanya suara kakak sayup-sayup kedengaran. Kemudian, aku sendiri tidak tahu apa yang terjadi. Yang pasti apabila ku buka mata, kakak, mama dan papa sudah berada di sisi. Maafkan adik, kakak. Adik merahsiakan sesuatu. Adik ada Tumour Brain.

Aku menulis nukilan ini adalah untuk menyedarkan kalian semua hargailah insan disekeliling selagi mereka masih ada bersama kita. Ketahuilah bahawa mereka tidak akan hadir semula sekiranya sudah kembali ke alam sana. Kini, aku terlantar di katil hospital dan hanya mampu berdoa kepada-Nya ‘ YA ALLAH, AKU BERSYUKUR KEPADAMU KERANA ENGKAU TELAH MEMPERTEMUKAN KAMI KEMBALI. AKU AMAT MENYAYANGI DIRINYA. TETAPI MENGAPA BARU SEKARANG? MENGAPA ENGKAU HANTARKANNYA DIKALA HAYATKU BERADA DI HUJUNG TANDUK? MENGAPA? YA ALLAH, JIKA ESOK HARINYA, ENGKAU PELIHARALAH KAKAK. TIKAKU TIDAK BERSAMANYA, TIKA DIA JAGA, TIDUR, GEMBIRA, DUKA, SENGSARA, SAKIT. KU MOHON YA ALLAH LETAKKANNYA DALAM LINDUNGAN RAHMATMU SENTIASA.. AMIN…’ Aku pasrah dan redha dengan ketentuan-Nya. Ajal dan maut ditangan ilahi. Aku sendiri tidak tahu, bilakah saatnya kali terakhir dapatku menatap wajahnya…

Related Documents