An Terhadap Gagasan Mu

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View An Terhadap Gagasan Mu as PDF for free.

More details

  • Words: 988
  • Pages: 11
PENENTANGAN TERHADAP GAGASAN MALAYAN UNION (MU) 4.

PENENTANGAN ORANG-ORANG MELAYU A. BAntahan Melalui Akhbar • Penubuhan MU mendapat bantahan dari orang-orang Melayu yang dilakukan melalui: - Akhbar Utusan Malaya di Singapura - Akhbar Majlis di Kuala Lumpur - Warta Malaya di Pulau Pinang • Ia memuatkan implikasi-implikasi buruk penubuhan MU yang berperanan menyeru dan membangkitkan semangat orang-orang Melayu untuk menentang. • Contoh : - Akhbar Utusan Melayu mempertikaikan cara sultan-sultan di negeri-negeri Melayu menandatangani perlembagaan MU. - Akhbar Warta Melayu menyeru orang-orang Melayu supaya bersatu menubuhkan pertubuhan kebangsaan yang menentang MU.

B. Peranan Dato` Onn Bin Jaafar - Beliau menggesa semua pertubuhan Melayu bersatu mendapatkan kekuatan. - 20 Nov 1945 : 8 buah pertubuhan Melayu di Johor telah bergabung membentuk ‘Ikatan Melayu Johor’. - 3 Jan 1946 : DAto` Onn menubuhkan ‘Gerakan Melayu Semenanjung Tanah Melayu’. - Atas usaha bersama (Dato`Onn dan Persatuan Melayu Selangor), satu perhimpunan di seluruh Tanah Melayu diadakan pada 1-4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur. - Perhimpuan ini disertai oleh 42 buah pertubuhan Melayu, 107 orang wakil dan 56 orang pemerhati. - Hasilnya : penubuhan ‘Kongres Melayu SeMalaya’ untuk menyatukan seluruh orang Melayu bagi menentang MU.

C. Gerakan Demonstrasi (Tunjuk Perasaan) - Demonstrasi bantahan besar-besaran telah diadakan semasa Sir Harold MacMichael mengunjungi sultan-sultan Melayu untuk mendapatkan persetujuan. Tarikh

Demonstrasi

15 Dis 1945

Demonstrasi oleh Persatuan Melayu Kelantan seramai 10000 orang ketika kunjungan Mac Michael di Kelatan untuk tujuan sama.

1 Feb 1946

Demonstrasi oleh Persatuan Melayu Kelantan di Kota Bharu.

19 Jan 1946

Persatuan Melayu Kedah melancarkan demonstrasi di Alor Setar yang disertai oleh 50000 orang.

10 Feb 1946

-

Demonstrasi oleh 15000 orang Melayu termasuk 450 orang wanita di Johor.

UMNO (ditubuhkan pada 11 Mei 1946) turut mengadakan di seluruh negara, cth : - Perhimpunan yang diadakan di Pahang, Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur, Pekan Ahad Jalan Datuk, Ipoh, di Padang Sekolah Francis Light Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

D. Mesyuarat Tergempar Kongres Melayu SeMalaya - mengadakan mesyuarat tergempar pada 29 dan 30 Mac 1946 sebagai membantah MU,seperti : - Bersatu padu menentang MU - Memulaukan upacara berhubung dengan penubuhan MU dan upacara perlantikan Gabenor MU. - Ahli Majlis Mesyuarat Negeri harus memulaukan majlis tersebut dan menarik diri dari sebarang perlantika jawatan kuasa. - Berkabung selama 7 hari dengan melilit kain putih pada songkok. - Walaupun pemulauan dilakukan, namun MU tetap diishtiharkan pada 1 April 1946 dan Sir Edward Gent dilantik sebagai gabenor pertama MU.

E. Penubuhan UMNO - Rasminya UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 di Johor Bharu di bawah pimpinan Dato`Onn sebagai Presiden pertama. - Perjuangan UMNO mendapat sokongan daripada : - Orang-orang Melayu termasuk Raja-raja negeri Melayu. - Bekas pegawai-pegawai Inggeris iaitu : - Sir Cecil Clementi Smith, Sir Frank Swettenham, Sir George Maxwell, Sir Richard Winstedt dan Sir Ronald Bradell. - Dato`Onn telah menghantar telegram kepada Perdana Menteri Britain iaitu Clement Attlee bagi menyatakan bantahan penubuhan MU. - Jun 1946, Kapten L.D. Gammans (dari Parti Konservatif) dan Leftenan Kolonel D.R. Rees William (dari Parti Buruh) dihantar ke Tanah Melayu bagi meninjau penentangan MU. - 23 Julai 1946, satu Jawatankuasa Kerja dibentuk untuk menggubal perlembagaan baru mengantikan MU. - Pengerusi : Sir Malcolm Mac Donald (Gebenor Jeneral Inggeris di Asia Tenggara) - Anggota : 4 orang wakil Sultan Melayu 2 orang wakil UMNO 6 orang Pegawai Kanan Inggeris - Hasilnya : 1 Feb 1948, MU digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu.

2.PENENTANGAN DARIPADA ORANG-ORANG BUKAN MELAYU - Penentangan oleh Malayan Democratic Union (MDU) yang dianggotai oleh kaum cina profesional pada Dis 1946. - punca penentangan : mereka menganggap penubuhan MU tidak demokratik kerana tidak menyertakan Singapura dalam gagasan. - Penentangan oleh Jawatankuasa Bertindak Bersama (CJA) yang ditubuhkan di Singapura pada Dis 1946 di mana Tan Cheng Lock sebagai presiden dan John Eber sebagai setiausaha.

3. SEBAB-SEBAB PENENTANGAN ORANG-ORANG MELAYU TERHADAP MALAYAN UNION (MU) E.

Kedaulatan dan Kuasa Sultan Terancam - Sultan telah kehilangan kuasa di tangan Gabenor, terutamanya dalam bidang pentadbiran. Sultan hanya berkuasa ke atas hal ehwal agama Islam dan adat istiadat orang-orang Melayu sahaja. - Status Tanah Melayu ditukar menjadi Tanah Jajahan. - Tanah Melayu mulai kehilangan identiti KeMelayuannya kerana Institusi Kebudayaan dan Tradisional mulai lenyap. - Majlis agama Islam yang dipengerusikan Gabenor MU telah menjatuhkan maruah dan kesucian Islam. - Ini menimbulkan kebimbangan orang-orang Melayu dalam menghadapi persaingan dengan kaum-kaum lain terutamanya dalam bidang ekonomi sehingga mencetuskan kebangkitan.

B. Pemberiann Taraf Kerakyatan - Prinsip ‘Jus Soli’ telah mengancam kedudukan istimewa orang-orang Melayu dalam pentadbiran awam, apabila orang bukan Melayu mempunyai hak yang sama dengan orang Melayu sehingga memupuk sentimen perkauman. - Turut menjejaskan kedudukan politik dan ekonomi orang-orang Melayu - Kebimbangan bilangan kaum lain akan melebihi kaum bumiputera. Contoh pada 1946, bumiputera hanya 49.46 % daripada jumlah penduduk. Selelbihnya dihuni oleh kaum cina dan india.

C. Cara Sir Harold Mac Michael Mendapatkan Persetujuan Sultan - Bantahan terhadap cara Sir Harold memperdaya sultan-sultan Melayu melalui paksaan dan ugutan ‘political blackmail’. - Contoh : -Sultan Kedah diugut akan kehilangan takhta sekiranya enggan menurunkan tandatangan dalam tempoh tertentu. - Sultan-sultan tidak diberi masa yang cukup untuk berbincang dengan pembesar dan rakyat. - Sultan-sultan tidak diberi peluang untuk berunding/mendapatkan nasihat daripada Majlis Mesyuarat Negeri - Tindakan Sir Harold ternyata melanggar perlembagaan negeri. - Mewajibkan sultan-sultan berunding/dapatkan nasihat Majlis Mesyuarat Negeri. - Daerah dan wilayah Tanah Melayu tidak boleh diserahkan kepada orang asing. - Tindakan Sir Harold telah mengenepikan pandangan penduduk dan sultan-sultan Melayu dan tidak menyatakan syarat-syarat yang terkandung dalam gagasan MU telah mendorong kebangkitan orang-orang Melayu.

D. Sokongan Bekas Pegawai-Pegawai Inggeris - Antara pegawai-pegawai yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu dan menyokong penentangan MU iaitu : - Sir Cecil Clementi Smith, Sir Frank Swettenham, Sir George Maxwell, Richard Winstedt, dan Ronald Bradell. - Rasa tidak puas hati mereka dan beranggapan MU tidak adil bagi orang-orang Melayu dinyatakan melalui akhbar ‘The Times’. - Pandangan bekas pegawai Inggeris penting dalam mempengaruhi keputusan Inggeris untuk meminda Gagasan MU. - MU digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Feb 1948.

Related Documents

An Terhadap Gagasan Mu
November 2019 14
Per Mu La An
May 2020 4
An A Mu
May 2020 3
Mu
May 2020 50
Mu
May 2020 48