Per Mu La An

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Per Mu La An as PDF for free.

More details

  • Words: 1,946
  • Pages: 7
A) Permulaan Pembinaan KLIA bermula pada tahun 1990 dengan mampuan menampung permintaan apabila bilangan penumpang meningkat di masa hadapan. Perdana Menteri Malaysia pada masa itu, Dato' Seri Mahathir bin Mohamad merupakan orang yang paling kuat menyokong pembinaan lapantan terbang ini yang akan menjadi komponen utama dalam Koridor Raya Multimedia pada masa itu. Dengan tenaga 25,000 orang buruh bekerja 24 jam sehari, lapangan terbang ini telah siap dibina selama empat setengah tahun. Lapangan terbang ini dibuka secara rasmi pada 27 Jun 1998, seminggu lebih awal dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong tetapi semua penerbangan dipindahkan dari Subang tiga hari kemudiannya pada 30 Jun 1998. Penerbangan domestik yang pertama tiba di KLIA adalah Malaysia Airlines MH1263 dari Kuantan pada jam 7.10 pagi dan penerbangan antarabangsa pertama tiba di KLIA juga merupakan penerbangan Malaysia Airlines MH188 dari Maldives pada jam 7.30 pagi. Lapangan terbang ini juga terpaksa menghadapi krisis kewangan Asia Timur, penyakit SARS dan wabak selsema burung yang memberi impak negatif terhadap trafik penumpang di Malaysia. Pertumbuhan trafik adalah negatif semasa krisis kewangan tersebut kerana kebanyakan syarikat penerbangan lain yang telah beroperasi di KLIA seperti All Nippon Airways, British Airways, Lufthansa, dan Northwest Airlines terpaksa menghentikan operasi setelah mengalami kerugian. Fasa Pertama lapangan terbang ini mensasarkan bilangan penumpang sebanyak 25 juta setahun tetapi pada tahun pertama operasi KLIA, bilangan penumpang hanya mencecah 13.2 juta penumpang. Walaubagaimana pun, trafik penumpang akhirnya meningkat kepada 21.1 juta penumpang pada tahun 2004 dan 23.2 juta penumpang pada tahun 2005 - walaupun masih tidak mencapai sasaran 25 juta penumpang bagi tahun 2003. Pada tahun 2007, KLIA telah dianugerahkan sebagai lapangan terbang terbaik bagi kategori 15-25 juta penumpang dan tempat ketiga bagi lapangan terbang terbaik di Asia Pasifik dan Dunia. Anugerah ini disampaikan oleh Airports Council International Airport Service Quality (ACI-ASQ).

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur merupakan salah satu hab penerbangan yang terpenting di rantau Asia Tenggara selain Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok, Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong dan Lapangan Terbang Changi Singapura. Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang utama di Malaysia dan merupakan yang terbesar di negara ini. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dibina dengan kos AS$ 3.5 bilion dan akhirnya dibuka secara rasmi pada 27 Jun 1998. Lapangan terbang ini boleh menampung sebanyak 35 juta penumpang setahun dan 1.2 juta tan metrik kargo dalam fasa pembinaannya sekarang. Di samping itu, lapangan terbang ini telah menduduki tempat yang ke-13 di dunia dari segi bilangan penumpang asing sebanyak 24,129,748 penumpang telah menggunakan lapangan terbang ini pada tahun 2006. Lapangan terbang ini diuruskan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad dan merupakan hab utama bagi Malaysia Airlines, MASkargo dan AirAsia . Tambahan pula ,KLIA juga merupakan perhentian untuk "Laluan Kanggaru" bagi Malaysia Airlines. Slogan lapangan terbang ini ialah "Membawa Dunia Ke Malaysia Dan Malaysia Ke Dunia”

Seterusnya, Lapangan terbang ini berkonsepkan "lapangan terbang dalam hutan dan hutan dalam lapangan terbang". Keadaan ini dapat memberi ketenangan kepada penumpang dan memperkenalkan suasana hutan Malaysia kepada pelancong luar negara.

B) Operasi dan Infrastruktur

1) Reka Bentuk Konsep kawasan bangunan KLIA direka oleh seorang arkitek Jepun iaitu Kisho Kurokawa. Mereka mengeluarkan satu konsep bagi kawasan ini ialah “Airport in the forest, forest in the airport”, sebuah kawasan hutan asli telah diekstrak dan dipindahkan ke dalam satu kawasan kecil di dalam terminal satelit.

Lapangan terbang ini direka untuk menampung sebanyak 100 juta penumpang setahun dan juga dilengkapi beberapa bahasa di papan tanda seperti bahasa Melayu, Inggeris, Cina, Jepun dan Arab untuk melancarkan penumpang-penumpang di dalamnya.

2) Menara kawalan trafik udara

Iniah trafik udara, ia terdapat dua menara kawalan trafik udara di KLIA iaitu menara kawalan utama dan menara kawalan apron. Trafik udara yang menara kawalan utama merupakan menara kawalan trafik udara kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian 130 meter dan trafik udara ini direka mengikut obor olimpik. Selain itu, menara kawalan apron yang setinggi 55 meter pula bertanggungjawab untuk menyediakan Perkhidmatan Trafik Udara kepada

pesawat dan mengawal pergerakan kenderaan di bahagian utara dan selatan Terminal Satelit dan kawasan apron kargo. 3) Landasan terbang Ada dua landasan di KLIA iaitu landasan terbang sepanjang lebih 4,000 meter dengan lebar 60 meter yang selari. Setiap landasan terbang dilengkapi dengan 10 laluan taxi dengan masa taxi pesawat antara 2 minit kepada 11 minit. Kedua-dua landasan ini dapat menguruskan pergerakan pesawat dalam masa sejam dengan satu landasan digunakan untuk pesawat berlepas dan satu lagi digunakan untuk pendaratan. Setiap landasan juga dilengkapi dengan dua laluan taxi penuh yang selari dan Instrument Landing System untuk membantu pesawat mendarat dengan selamat dalam semua keadaan cuaca. 4) Sistem Pengurusan Bagasi (BHS)

Gambar di atas ini ialah Tali penghubung bagasi, sistem pengurusan bagasi KLIA merangkumi daftar masuk bagasi di mana-mana 216 kaunter daftar masuk yang berfungsi 24 jam sehari, menggunakan sistem pengasingan kod bar secara automatik, 4 peringkat sistem pemeriksaan keselamatan bagasi in-line dan tali penghubung bagasi berkelajuan tinggi. Sistem BHS ini dibina oleh Toyo Kanetsu dan kontrak untuk meluaskan sistem ini daripada terminal satelit ke platform KLIA Ekspres di bangunan terminal utama diberikan kepada Siemens pada tahun 2006.

5) Bomba dan Keselamatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) disediakan untuk menghadapi sebarang kemungkinan kemalangan pesawat. Terdapat dua balai bomba di KLIA. Pertamanya, Balai Bomba 1, dibina di atas kawasan seluas 170,000 kaki persegi mempunyai keluasan 11,400 kaki persegi (1,060m2) dan 2 tingkat sturktur besi. Dan kedua, iaitu Balai Bomba 1, dibina di atas kawasan seluas 60,500 kaki persegi

mempunyai keluasan 12,900 kaki persegi (1,200m2) dan 2 tingkat sturktur besi. Kedua-dua balai bomba ini dilengkapi dengan pemadam api dan alat-alat penyelamat. 6) Kargo Udara Pusat Kargo Utama KLIA merangkumi kawasan seluas 108 ekar (0.4 km2) dan boleh mengendalikan sebanyak 1 juta tan metrik kargo setahun, dan boleh menampung sehingga 3 juta tan metrik setahun. Pusat ini dibina sebagai hub transshipment bersepadu di dalam Zon Perdagangan Bebas. Dibantu oleh pertumbuhan ekonomi di rantau Asia Tenggara yang pesat, Pusat ini telah mengendalikan 672,888 tan metrik kargo udara pada tahun 2006 dengan kenaikan sebanyak 2.9% berbanding tahun fiskal 2005. Selain itu, KLIA juga mempunyai hotal haiwan, hotel haiwan ini diuruskan oleh pengendali kargo Malaysia Airlines, MASKargo. Hotel ini menguruskan semua import, eksport haiwan dan menyediakan perkhidmatan stay-in haiwan peliharaan untuk para penumpang yang akan berlepas dari KLIA untuk bercuti. 7) Kawalan dan Caj Keselamatan Kawalan keselamatan di KLIA diuruskan oleh Polis Bantuan Malaysia Airport Berhad. Polispolis ini menerima latihan di Pusat Latihan Lapangan Terbang Malaysia (MATC), Pulau Pinang. Di samping itu, Polis bantuan di KLIA memakai seragam biru yang sama seperti Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Tambahan pula, satu kelainan polis bantuan ini berbanding PDRM ialah mereka memakai lencana bahu yang mempunyai logo Malaysia Airports Berhad dan mempunyai tulisan Polis Bantuan di bawahnya. Caj keselamatan dikenakan kepada para penumpang untuk menampung kos perkhidmatan polis ini. Selain itu, selaras dengan pengukuhan sistem keselamatan di lapangan terbang di negara United Kingdom (UK) dan United States (US), sistem pemeriksaan sekuriti di KLIA juga telah diperketatkan kepada para penumpang, beg kabin mereka dan juga beg daftar masuk bagi penerbangan pesawat-pesawat yang akan pergi ke UK dan US dari KLIA. 8) Perkhidmatan Kaji Cuaca Stesen Kaji Cuaca Aeronotik (AMS) memberi maklumat cuaca kepada komuniti penerbangan dan selaras dengan piawaian International Civil Aviation Organisation (ICAO). AMS melakukan pemantauan cuaca secara berterusan dan memberi amaran kepada lapangan terbang apabila mengesan keadaan cuaca yang buruk untuk menjaga keselamatan fasiliti lapangan terbang dan pesawat yang mendarat. Sistem Pemprosesan Data Kaji Cuaca (MDPS) yang dipasang pada AMS berfungsi untuk merekod, memproses, menyimpan dan menganalisis data cuaca apabila diperlukan. MDPS ini terdiri daripada pelbagai jenis komponen pemprosesan kaji cuaca seperti radar, workstation, server, sistem satelit dan briefing terminal.

9) Bangunan Terminal Utama dan Balai Berlepas

Pesawat Boeing 737 AirAsia dan Malaysia Airlines di Balai Berlepas Bangunan Terminal Utama terletak di antara kedua-dua landasan terbang. Bangunan ini terdiri dari 39 unit bumbung persegi untuk membolehkan bangunan ini diperbesarkan di masa hadapan. Terdapat sebanyak 216 kaunter daftar masuk, diatur dalam 6 barisan, dan dilabel menggunakan abjad A sehingga M (tidak termasuk I). Perkhidmatan daftar masuk multi juga disediakan untuk para penumpang yang tiba, berlepas atau transit. Terdapat 61 dan 69 kaunter imigresen masing-masing untuk penumpang yang berlepas dan penumpang yang tiba, 16 kaunter pemindahan, 32 kaunter kastam dan juga 12 tali penghubung bagasi (10 untuk penumpang antarabangsa dan 2 untuk penumpang domestik). Balai Berlepas merupakan bangunan berbentuk segi empat tepat yang bersambung dengan Bangunan Terminal Utama berfungsi sebagai terminal berlepas dan ketibaan untuk penerbangan domestik. Pada masa kini, Malaysia Airlines menggunakan terminal ini untuk penerbangan-penerbangan domestik. Tetapi bangunan ini tidak lagi digunakan oleh syarikatsyarikat penerbangan tambang murah (AirAsia pernah menggunakan terminal ini sebelum pembinaan Terminal Penerbangan Tambang Murah, LCCT). Di bahagian utara, terminal ini hanya mampu mengendalikan pesawat narrow-body (Boeing 737, Airbus A320). Sebaliknya, terminal ini dapat mengendalikan pesawat sebesar (Boeing 747) di bahagian selatan. Oleh kerana bangunan ini terlalu panjang, banyak travelator dipasang dalam balai ini untuk membantu pergerakan para penumpang.

Antara kemudahan-kemudahan yang terdapat dalam Balai Berlepas termasuk mesin ATM, pusat kecergasan, bilik sembahyang, bilik merokok, perkhidmatan kesihatan, ruang menunggu syarikat penerbangan, ruang pameran khas mengenai sejarah KLIA, kaunter maklumat dan kios maklumat elektronik. Malaysia Airports Holding Berhad memperoleh 65% daripada keuntungannya setiap tahun melalui sumber-sumebr selain penerbangan, dengan 35% keuntungan melalui sewa tapak perniagaan dan sebahagian kecil daripada hasil jualan. Terdapat pelan permohonan untuk menambah luas dan meningkatkan penggunaan tapak niaga di Bangunan Terminal Utama dan Balai Berlepas, tetapi cadangan ini telah ditangguhkan sempena Tahun Melawat Malaysia 2007.

C) Pengangkutan Pengangkutan Antara Terminal

Aerotrain station in Satellite Building

Bangunan-bangunan terminal KLIA dihubungkan dengan Aerotren. Tren tiga gerabak tanpa pemandu ini bergerak di atas landasan yang ditinggikan dan juga dibawah laluan taxi pesawat. Terdapat juga sistem bas di KLIA.selain itu,Bangunan Terminal Utama – LCCT juga dihubungkan dengan Bangunan Terminal Utama melalui bas NadiKLIA yang berkod hijau dengan tambang RM1.50. Kerajaan Malaysia telah bersetuju dengan cadangan pembinaan rel antara Bangunan Terminal Utama dan LCCT. Namun begitu, projek pembinaan masih belum diluluskan sehingga Kompleks Hub LCCT baru siap dibina menjelang tahun 2010. Tambahan pula, Bangunan Terminal Utamakan Terminal Satelit. Bangunan Terminal Utama dan Terminal SAtelit A dihubungkan dengan Aerotren yang beroperasi dalam jangka antara masa 3 dan 5 minit. Perjalanan antara kedua-dua terminal mengambil masa lebih kurang dua minit, dan setiap tren yang boleh memuatkan 250 penumpang dalam satu masa mampu membawa seramai 3,000 penumpang sejam pada kelajuan maksimum 56

km/j (35 batu/j). Tren ini merupakan satu-satunya pengangkutan untuk penumpang keluar dan masuk dari terminal satelit.

Selain itu ,Para penumpang juga boleh pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan menaiki KLIA Ekspres atau KLIA Transit. KLIA Ekspres menawarkan perkhidmatan tren tanpa henti ke Terminal Udara Bandaraya Kuala Lumpur berkod IATA XKL yang merupakan sebahagian daripada hab pengangkutan utama Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) di bandaraya Kuala Lumpur. Perjalanan tanpa henti sejauh 57 kilometer antara Kuala Lumpur dan KLIA ini memakan masa tepat 28 minit. Penumpang yang berlepas dari KLCAT boleh mendaftar masuk bagasi mereka untuk penerbangan Emirates Airline, Cathay Pacific, Malaysia Airlines dan Royal Brunei Airlines. KLIA Transit pula merupakan perkhidmatan tren komuter laju yang menghubungkan KL Sentral dan dan Stesen ERL Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Tren ini menggunakan trek yang sama dengan KLIA Ekspres tetapi berhenti di beberapa stesen utama sepanjang perjalanannya. Kemudahan daftar masuk tidak disediakan di stesen-stesen KLIA Transit. Para penumpang yang ingin berlepas atau tiba di LCCT boleh menggunakan bas feeder untuk pergi ke stesen ERL KLIA. Tambahan pula, Perkhidmatan teksi dan limosin lapangan terbang disediakan oleh Airport Limo. Perkhidmatan teksi dan limosin ini boleh didapati di kaunter Teksi dan Limosin. Perkhidmatan ini disediakan dari lapangan terbang ke pelbagai destinasi di Lembah Kelang dan seluruh Semenanjung Malaysia. Tambang harus dibayar di kaunter dan jumlah bayaran ditentukan berdasarkan zon destinasi. perkhidmatan antara jam 12.00 tengah malam dan 6.00 pagi. Para penumpang dinasihatkan melihat Fare Table untuk maklumat lanjut berkenaan dengan caj.

-

Related Documents

Per Mu La An
May 2020 4
Per An An
June 2020 14
Per Hut An An
May 2020 23
La Per Sever An Cia
June 2020 6
An Terhadap Gagasan Mu
November 2019 14
An A Mu
May 2020 3