Anda mungkin pernah memiliki ebook amalan jutawan sebelum ini…..Ianya adalah versi percubaan dan ebook kali ini adalah versi update dimana terdapat upgrade dari segi mutu grafik dan mutu penceritaan…EBOOK INI ADALAH EBOOK PERCUMA dan ianya hanya untuk mereka-mereka yang berdaftar sebagai affiliate pay per lead amalan jutawan…. Pay Per Lead ini akan berakhir pada 31 JULAI 2009………………….. Keistimewaan menyertai pay per lead amalan jutawan: 1)Mempunyai Peluang Menyertai Pertandingan Mudah Yang dianjurkan yang menawarkan hadiah sebanyak ..Sila tunggu email setelah anda mendaftar… 2)Mempunyai peluang mendapat tips-tips PERCUMA di email anda mengenai amalan perniagaan,amalan murah rezeki 3)Mempunyai peluang untuk menambah pendapatan kerana setiap lead yang anda bawa akan membawa kepada komisen bernilai RM0.50
Alhamdullilah anda telah terpilih untuk membaca ebook saya dan sebenarnya setiap ilmu yang kita dapat sebenarnya telah ditetapkan untuk kita asalkan kita berushaa.Kepada yang telah membaca ebook saya sebelum ini anda tidak rugi untuk membacanya sekali lagi kerana ebook ini merupakan ebook yang diupgrade dari ebook pertama saya. Mungkin isinya lebih kurang sama namun terdapat beberapa penambahbaikan darisegi kualiti grafik dan kualiti penceritaan. Semoga anda akan terus bersama saya dalam ebook amalan jutawan ini. Segala tips dan nasihat yang diberi adalah daripada pengalaman saya sendiri disamping temubual bersama rakan-rakan seperjuangan di luar. Hari makan hari,tahun demi tahun kita melihat ke belakang…”Apa yang aku capai hari ini?Kenapa aku masih lagi kais pagi makan pagi,kais petang kadang-kadang tak makan langsung”….Cuba kita lihat rakan kita yang zaman sekolahnya lekeh,selekeh tetapi kini mampu membina kekayaan melebihi gaji kita yang sudah bekerja bertahun-tahun. Emm ini membuatkan hati anda menjadi tidak keruan..apa lah nasib aku ni ya…Sebenarnya nasib tidak memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju kita..apa yang menentukannya adalah perancangan kita…adakah tiga tahun dahulu kita merancang dengan baik?Jika kita merancang dengan baik pun adakah kita telah mempunyai hubungan baik dengan Yang Maha Perancang….(Maksud saya Tuhan)…kerana setiap rezeki dan perancangan yang diilhamkan adalah dari tuhan…Jadi sebagai mukadimahnya perkara asas pertama yang perlu dilhat adalah dengan melihat kembali amalan kita dengan tuhan..ini menjadi perkara asas kepada kita..Baiklah yang kedua kita perlu lihat adalah hubungan kita dengan manusia. Perkara ini amat penting dalam menentukan kejayaan kerana tanpa hubungan baik dengan manusia pasti kita tidak Berjaya..lainlah kalau anda mahu haiwan atau tumbuhan membeli produk anda…Baiklah setelah keduadua ini selesai barulah kita merangka strategi….
Asas utama Mendekatkan diri dengan maha pencipta adalah kunci utama dalam menjalankan urusan dunia…Jika diri anda berserabut dengan urusan dunia anda sekarang. Cuba teliti kembali urusan anda dengan tuhan…Solat anda sudah sempurnakah?Solat anda khuyuk?Puasa anda cukup? “Saya bukan nak dengar ceramah…saya nak tahu macam mana nak jadi jutawan…Mungkin ini yang terlintas dalam fikiran anda. Saya tidak salahkan anda kerana berfikiran begitu Ramai antara kita bersikap begitu kerana tidak ada keyakinan yang sebenarbenarnya bahawa Tuan punya rezeki adalah Allah. Jadi sekarang anda sudah tahu mengapa asas utama Dalam mencari rezeki saya amat mementingkan amalan agama….Kerana dengan amalan agama yang baik tindakan kita akan menjadi baik kerana disitu kita akan dikurniakan aura yang baik..Mengikut kajian mereka yang sentiasa meditasi akan mengeluarkan arus alpha dalam fikiran mereka…arus alfa adalah arus positif..itu bagi mereka yang mengamalkan meditasi cuba bayangkan mereka yang mengamalkan solat secara khusyuk….tentulah arus alfanya lebih tinggi…Jadi mulai hari ini cuba dalami ilmu tentang solat…fahami setiap perkataan yang anda baca..cuba cari maksudnya… Kalau boleh anda bina diari untuk amalan anda…setiap hari selepas solat cuba anda perhatikan kembali…betul ke bacaan aku tadi?Khusyuk ke aku tadi?..dengan pertanyaan tadi kita akan cuba mengenali kelemahan dalam amal ibadah kita dan seterusnya memperbaikinya. Saya tidak memaksa anda untuk melakukannya kerana saya Cuma member kunci kepada anda untuk membukanya..Jadi setelah anda habis menulis ibadah satu hari anda perlu semak semula sebelum tidur…Lihat balik catatan anda dan cuba perbaiki di mana kesilapan.
Hubungan dengan Allah
• Cari ilmu • Perbaiki amalan
Usaha
Jujur Terancang
Rezeki
Bila kita lihat pada rajah diatas rezeki boleh datang hasil dari hubungan kita yang baik dengan Allah dan seterusnya digabungkan dengan usaha kita yang terancang. Baiklah berbalik pada hubungan dengan Allah selain solat wajib yang dilakukan amalan sunat jangan kita abaikan. Ini kerana amalan sunat ini akan menjadikan kita hambaNYA yang dianggap VIP kerana kita melakukan lebih dari apa yang wajib. Untuk menjadi cemerlang sememangnya kita perlu menonjolkan diri lebih-lebih lagi kepada pemilik rezeki. Untuk menonjolkan diri sebenarnya adalah bermula sejak awal-awal pagi iaitu 2/3 malam…Kita cuba kunci jam dan bangun untuk solat tahajud,memang agak sukar pada awalnya kerana kita tidak terbiasa dengan amalan ini,tapi untuk memulakan sesuatu yang baik kita sememangnya memerlukan faktor paksaan diri. Jika boleh sebelum tidur niatkan dalam hati “Aku ingin bangun pagi jam 4 pagi untuk solat tahajud”…Insyallah akan mudah bangun…Selepas itu anda mungkin boleh tidur sekejap sementara
menunggu subuh..dan tepat waktu subuh anda bangun segera dan solat subuh seawal mungkin… selepas itu amalkan membaca surah alwaqiah…Dan anda tunggu sehingga waktu dhuha dan lakukan solat dhuha dua rakaat…Lakukan dengan sepenuh hati dengan penuh ikhlas dan tawaduk insyAllah anda akan dimurahkan rezeki…. Baiklah selain solat,bersedekah juga adalah salah satu punca murah rezeki…Teringat saya satu kisah Saidina Ali iaitu menantu Nabi Muhammad saw…telah mendengar isterinya yang sedang sakit dan teringin untuk makan buah delima…untuk pengetahuan anda Saidina Ali merupakan suami yang penyayang dan sekiranya apa sahaja yang diidamkan isterinya pasti Saidina Ali akan cuba mendapatkannya..lalu setelah mendengar kata isterinya itu maka berusaha Saidina Ali dengan kuat untuk membeli sebiji buah delima..Setelah penat bekerja maka saidina Ali pun berjaya membeli buah delima…dalam perjalanan pulang tersebut Saidina Ali terserempak dengan seorang anak dan bapa yang meminta-minta makanan lalu Saidina Ali memberi mereka buah delima yang amat dikehendaki isterinya…Jadi setelah pulang ke rumah,secara kebetulan seorang sahabat telah melawat Saidina Ali dan tahu tak apa yang berlaku?Sahabat tadi telah membeli 10 biji buah delima untuk dijadikan buah tangan kepada mereka…Ajaib tak?Itulah kehebatan derma kerana setiap satu yang kita bagi dengan ikhlas 10 Allah akan balas. Jadi selepas ini anda fikir anda ingin menderma?
Usaha terancang Baiklah setelah berceramah sedikit kini tibalah masa untuk saya menerang sedikit tentang usaha yang terancang. Mungkin anda sudah berkali-kali cuba berniaga,cuba buat itu dan ini untuk menambah pendapatan tetapi anda lihat hasilnya agak kurang memuaskan. Anda agak kecewa,penat berusaha tapi hasilnya tiada. Agak-agak kenapa ini berlaku?Saya boleh katakana ramai antara kita memulakan sesuatu pekerjaan/ perniagaan tanpa ada perancangan..(Saya akan lebihkan kepada perniagaan kerana 9/10 rezeki datang dari perniagaan). Kebanyakan kita hanya ikut-ikut setelah melihat orang lain Berjaya tanpa melihat kembali pada keupayaan diri sendiri. Usaha pertama yang perlu dilakukan adalah menilai diri sendiri menggunakan teknik SWOT(Strength,Weakness, Oppurtunity, Threat) Strenght(Kekuatan) Apa kekuatan atau kelebihan anda?”Mana ada,saya ini lemah,orang lain lagi hebat” Ini jawapan bagi mereka yang malas mencari diri mereka sendiri. Jadi untuk menilai kembali kekuatan anda anda perlu senaraikan aktiviti yang anda seronok untuk lakukannya. Sebagai contoh anda minat tentang video game dan tak berhenti untuk bermain…Atau anda minat bersukan seperti bermain bola….Sila catatkan paling kurang 5 kekuatan anda….Lebih lagi bagus. Weakness(Kelemahan) Senaraikan kelemahan anda…Mungkin anda kurang gemar bercakap atau tidak pandai bercakap di khalayak ramai,Mungkin anda tidak tahu tentang SEO,mungkin anda tidak mahu internet marketing.Semuanya boleh ditulis sebagai kelemahan.Seperti kekuatan tadi kalau boleh senarai paling kurang 5 kekurangan diri yang ketara. Kelemahan perlu ditulis dengan ikhlas bagi menjamin analisis diri ini.
Oppurtunity(peluang) Anda boleh mengkaji peluang yang ada dengan melihat potensi diri anda tadi.Sebagai contoh anda pandai berbahas atau berucap di khalayak ramai,jadi anda boleh menggunakan itu sebagai medium perniagaan anda. Selain itu,oppurtunity atau peluang juga boleh dilihat dengan mengintainya di sebalik perniagaan orang lain,sebagai contoh anda berminat menjual produk fizikal maka cuba anda cari pembekal atau barangan yang mudah didapati ditempat anda. Anda juga boleh memperoleh peluang dengan mengkaji permasalahan atau keperluan orang lain sebagai contoh ditempat anda ramai orang mempunyai tanaman kelapa tetapi tiada kenderaan,anda boleh mengambil sebagai satu peluang perniagaan.
Threat(ancaman) Setiap ada peluang pasti ada ancaman. Ancaman yang dihadapi boleh datang dari anda sendiri atau pesaing anda. Ancaman dari diri sendiri: Antara ancaman dari diri sendiri adalah seperti kurang berdisplin dalam melaksanakan perniagaan. Tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk melaksanakan tugas. Tidak pandai menguruskan kewangan syarikat. Tidak mempunyai jadual perancangan kerja yang baik. Ancaman dari pesaing: Antara ancaman dari pesaing adalah..harga barangan yang lebih murah, ciplak penjualan barangan,provokasi dari pesaing dengan memburuk-burukkan nama produk yang dikeluarkan. Setelah memerhatikan empat faktor ini anda boleh meneruskan dengan merancang perniagaan….
Rangka Perniagaan Setelah melakukan SWOT analisis anda sekarang menuju ke fasa seterusnya iaitu merangka kertas kerja perniagaan anda. Dalam merangka kertas kerja perniagaan anda,anda perlu menulis objektif mengapa perniagaan anda dijalankan,bajet dalam menjalankan perniagaan anda, strategi promosi perniagaan anda,pekerja yang diperlukan(jika berkaitan), terma dan syarat dalam perniagaan,polisi pelanggan,modus operandi perniagaan anda segalanya hendaklah ditulis dengan kemas agar ianya dapat dilihat dan dibaca dengan jelas. Ini adalah ringkasan dalam merangka perniagaan. Dimana sebenarnya anda boleh masukkan seberapa banyak maklumat dalamnya. Mengadakan rangka perniagaan amat penting kerana 1)Memastikan anda mempunyai panduan yang betul mengenai perniagaan anda dan ini dapat mengelakkan anda mempunyai sifat lompat melompat. Aik macam pelik bunyinya kan sebenarnya lompat melompat ini adalah isitilah mereka yang suka mencuba sesuatu idea atau program secara sekerat jalan dan bila tidak Berjaya maka dicarinya peluang lain. 2)Memastikan anda bersedia sebelum melakukan perniagaan.Ini kerana dengan mempunyai kertas kerja atau perancangan akan membolehkan anda bersedia lebih awal dan mengelakkan masalah kesuntukan masa. 3)Untuk dijadikan rujukan dimasa hadapan sekiranya anda mempunyai projekprojek seterusnya. 4)Sebagai tanda aras kepada perniagaan anda. Ya dengan adanya rangka pelan perniagaan pastinya ia menjadi satu tanda aras perniagaan anda.
Contoh Kertas Kerja Perniagaan PELAN PERNIAGAAN SINARAN-X SDN BHD NAMA SYARIKAT:SINARAN-X SDN BHD LATAR BELAKANG SYARIKAT:Ditubuhkan pada 12 Julai 2009 MODES OPERANDI:MENGGUNAKAN MEDIUM INTERNET BAJET MODAL:RM3,000 TARGET SALES:RM 35,000 PEKERJA: 1 ORANG BARANGAN DIJUAL: PANDUAN MEMBUAT EBOOK POLISI PELANGGAN:BARANGAN DIBELI TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN HARGA JUALAN=RM35 KOS=RM 1,000 Ini adalah contoh ringkas setiap tajuk diatas boleh dikembangkan mengikut cita rasa anda contohnya jika kos anda ingin kembangkan,anda boleh letakkan kategori kos contoh kos berkala,kos pekerja,kos hosting…Jadi jangan buat terlalu pendek seperti saya kerana ianya hanya contoh
Setelah membuat kertas kerja perniagaan maka tibalah masa untuk memulakan operasi perniagaan.Dalam memulakan operasi perniagaan saya nasihatkan anda untuk mendapatkan buku planner atau buku kosong untuk menyusun jadual kerja anda(penyusunan jadual kerja anda bergantung kepada jenis perniagaan yang anda jalankan. Saya boleh senaraikan beberapa jenis perniagaan yang boleh anda jalankan iaitu:
1)Perniagaan Produk Fizikal di internet 2)Perniagaan Produk Digital 3)Perniagaan Multilevel Marketing 4)Perniagaan jalanan/Pasar Malam Setiap perniagaan mempunyai pelan operasi tersendiri dan ini cuma contoh anda boleh kembangkannya mengikut keperluan perniagaan anda. Dalam menulis pelan operasi ini anda perlu peka pada keperluan perniagaan anda. Ini bagi menjamin keberkesanan dalam melaksanakannya.Saya hanya bagi salah satu contoh sahaja dan anda boleh ubahsuai untuk perniagaan anda
Contoh Pelan operasi perniagaan barangan fizikal di internet: Kita boleh bahagikan operasi perniagaan fizikal kepada 3 fasa iaitu 1)Fasa sebelum operasi 2)Fasa semasa operasi 3)Fasa selepas operasi
Fasa sebelum operasi anda perlu memikirkan beberapa perkara seperti: Pembekal Setelah anda mengenali produk yang ingin anda pasarkan anda perlu mencari pembekal barangan tersebut. Kalau boleh cuba anda cari beberapa pembekal agar anda tidak putus barangan jualan. Antara ciri-ciri pembekal yang perlu anda pilih adalah pembekal mempunyai stok barangan yang cukup,kedua harga yang diberi berpatutan dan jika boleh cari pembekal yang boleh memberi anda keuntungan sekurang-kurangnya RM10 untuk satu barang, Minima RM10 keuntungan adalah bagi memastikan keuntungan yang anda perolehi berbaloi.Bayangkan jika keuntungan anda Cuma RM1?Agak-agak berbaloikah dengan kerja anda? Ketiga lokasi pembekal adalah dekat dengan pejabat atau tempat operasi anda. Dekat atau jauh lokasi pembekal mampu menjimatkan kos pengambilan barang yang ditempah. Alternatif lain yang juga boleh anda gunakan adalah menggunakan dropshipper. Jika anda belum pernah mendengar tentang dropshipper saya akan terangkan serba ringkas tentang dropshipper iaitu:
Pembekal membekalkan barangan
Anda sebagai ejen pembekal Pembekal pos barang kepada pelanggan
Anda promosi barangan pembekal
Pelanggan bayar kepada anda Anda membayar kepada pembekal
Dengan ada dropshipper anda tidak perlu menyimpan stok dan tak perlu keluar modal.Semua dibayar oleh pelanggan anda. Dan anda akan untung atas angin.
Website Setelah anda mengenalpasti pembekal anda boleh memilih untuk membina website atau sekiranya anda mahu mencuba laman lelongan anda boleh mencuba di lelong.com.my atau di ebay. Sekiranya anda memilih untuk menjual menggunakan website anda,anda mempunyai kelebihan sendiri dimana tidak ada sekatan atau gangguan dari pihak pengurusan ebay atau lelong yang memerhatikan jualan anda. Ini kerana pihak ebay dan lelong mempunyai kawalan dan peraturan tertentu dalam menjual barangan fizikal. Namun kelemahan menggunakan laman sendiri anda mungkin perlu menarik trafik sendiri. Semuanya terpulang kepada anda untuk menilai bagaimana untuk memilih laman sendiri atau laman lelongan. Perbezaan penggunaan website sendiri dan laman lelongan Laman Web Sendiri 1.Anda mempunyai autoriti untuk menetapkan segala peraturan pembelian
Laman Web Lelongan 1.Bergantung kepada peraturan yang ditetapkan oleh pengurusan laman tersebut
2.Tiada yuran penyenaraian
2.Terdapat yuran penyenaraian
3.Perlu mencari trafik sendiri
3.Trafik sedia ada tinggi
Fasa semasa operasi Fasa semasa operasi merupakan fasa paling mencabar..kerana ia akan melibatkan usaha keras anda. Semasa fasa operasi sebenarnya melibatkan beberapa perkara iaitu promosi,order dan penghantaran. Semasa operasi berjalan anda perlu menetapkan jadual kerja anda sebagai contoh anda tetapkan jadual seperti dibawah:
JAM 0800 1000 1200 0200 0500 0600 0800 1000
TUGAS -Mulakan tugasan promosi -Check email jika ada order dan lakukan pengesahan pembayaran -Hantar pesanan ke pejabat pos -Lakukan usaha promosi -Kemaskini data stok -Lakukan usaha promosi -Lakukan usaha promosi -Check email
Jadual diatas hanya contoh dan sebenarnya anda boleh memberikan jadual spesifik dalam setiap tugasan contoh anda ingin promosi menggunakan forum,jadi anda boleh menulis-lakukan usaha promosi dengan forum dan cuba buat 50 post dalam masa satu jam.
Selepas penghantaran maka tamatlah urusan anda dalam perniagaan fizikal di internet…Jadi sekarang anda boleh relaks dan tidur….itupun kalau anda ingin perniagaan anda cepat jatuh hehe..sebenarnya ada satu lagi tugas penting yang perlu anda lakukan iaitu dengan mengadakan tugasan selepas operasi. Emm nampaknya mungkin anda tidak sedar kebanyakan syarikat-syarikat ternama mengamalkan system ini..sebagai contoh di KFC mereka ada satu system survey yang dinamakan connelling…Sistem ini bertujuan bertanya kepuasan pelanggan mengenai rasa makanan,keselesaan tempat makan,layanan pekerja…nampak tak mengapa KFC masih lagi bertahan sehingga hari ini. Baiklah apa yang anda perlu lakukan adalah buat satu sistem follow up dengan pelanggan…jika barang telah dihantar email pelanggan anda menyatakan barang mereka telah dihantar…setelah beberapa hari kemudian anda hantar satu lagi email follow menanyakan sama ada barang mereka sudah sampai atau belum?Jika sudah tanyakan pula tentang kepuasan pelanggan tentang barangan yang diterima…..Baiklah anda juga boleh menghantar mereka email yang menyatakan anda akan masukkan barangan baru dan mengajak pelanggan tadi untuk ke kedai anda lagi….Lihat dengan ini pelanggan tadi akan berasa dihargai dan ini akan membuat mereka lebih percaya kepada anda dan ini membolehkan pembelian berulang berlaku.
Pengurusan Kewangan Selepas anda berpenat lelah menjalankan perniagaan kini tibalah masa yang paling genting untuk menguruskan kewangan anda….Pengurusan kewangan ini tidak mengira sama ada anda pekerja atau peniaga kedua-duanya masih perlu mengurus kewangan dengan baik untuk mengelakkan bencana kewangan…Sebelum kita lihat bagaimana untuk menguruskan kewangan jom lihat serba sedikit punca berlakunya bencana kewangan 1)Suka berhutang-Kehidupan begini sebenarnya sudah menjadi lumrah atau trend masyarakat masa kini…masyarakat mahu ikut trend dan berhutang menjadi salah satu penyelesaian..bak kata orang biar papa asal begaya,amalan inilah yang menyebabkan masyarakat tersepit membayar hutang tiap-tiap bulan. 2)Tiada simpanan-masyarakat sekarang tidak mempunyai kesedaran untuk menyimpan kerana mengganggap duit yang mereka perolehi tidak cukup. Jika berlaku kecemasan pasti ia akan menyebabkan kewangan mereka akan lumpuh. 3)Terlalu mudah terpengaruh dengan tawaran hebat-ini boleh dilihat apabila musim jualan murah berlaku…dan trend di Malaysia hampir setiap bulan musim jualan murah berlaku… 4)Tiada rekod perbelanjaan. Tiap hujung bulan kita tidak tahu kemana duit kita pergi. “Tiba-tiba sahaja duit dah habis,macam magik sahaja kan?”Sebenarnya tiada magik tetapi anda sendiri yang tiada rekod perbelanjaan. 5)Perbelanjaan secara mewah-ini satu lagi penyakit masyarakat kita.Gaji tidak kemana tetapi perbelanjaan mengalahkan orang kaya. 6)Keuntungan pertama perniagaan dijadikan sandaran untuk membeli kereta mewah. Ewah bagusnya tahniah saya ucapkan dengan keuntungan anda tetapi berniaga mempunyai risiko…risikonya adalah 90% lebih tinggi jika dibandingkan dengan kerja sendiri.
7) Tiada nota disediakan sebelum membeli..kebanyakan kita tidak menyediakan nota apa yang patut dibeli sebelum ke kedai. Ini mungkin kerana kita tidak berasa itu penting. Tetapi tahukah anda tanpa menulis sesuatu sebelum ke kedai atau pasaraya untuk membeli pastinya anda akan membeli lebih dari yang sepatutnya. Selain itu ini memungkinkan anda tertinggal barangan yang perlu diberi,ini akan menyebabkan anda perlu kembali ke kedai untuk membeli. Disini anda akan kerugian duit minyak dan masa. 8)Kerap menyertai perniagaan yang mengamalkan skim cepat kaya..contohnya modal 500 pulangan berjuta-juta…dan anda perlu mencari orang lain untuk dijadikan sumber pendapatan.
Setelah melihat punca-punca bencana kewangan kini tibalah masanya untuk anda mengetahui tentang kaedah pengurusan kewangan yang betul. Baiklah untuk menjadi seorang yang jutawan anda memerlukan satu pengurusan kewangan yang baik dan tidak membelanjakan wang anda secara semberono. Baiklah perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan membuat satu buku khas untuk merekod perbelanjaan.Tidak ada duit nak beli? Emm tak mengapa cuba anda rekodkan dalam computer menggunakan Microsoft Excel ataupun Microsoft Word.Buat jadual ringkas seperti dibawah…. Tarikh
Pendapatan
Perbelanjaan
Setelah membuat jadual tersebut tugasan anda hanya mengisi jadual tersebut dan rekodkan perbelanjaan dan pendapatan anda. Setelah seminggu anda boleh melihat kembali keseimbangan dari wang masuk dan wang keluar. Ini memastikan anda mengetahui kedudukan sebenar kewangan anda.
Pendapatan
Perbelanjaan
Rajah diatas menunjukkan Pendapatan dan Perbelanjaan adalah sama iaitu wang masuk dan wang keluar sama. Anda rasa adakah ini keseimbangan?Tidak sebenarnya ini akan meyebabkan kewangan anda tidak berubah dan tiada penambahan pendapatan. Perbelanjaan
Pendapatan
Rajah diatas menunjukkan pendapatan melebihi perbelanjaan. Ini sebenarnya adalah yang terbaik kerana lebihan pendapatan boleh disimpan sebagai rezab. Rezab pendapatan hanya boleh disediakan sekiranya terdapat lebihan pendapatan.
Pendapatan Perbelanjaant Gambar Rajah diatas menunjukkan sesuatu yang harus dielakkan dan ini sebenarnya dipanggil bencana kewangan…Anda harus elakkan perkara ini dan ini yang akan menyebabkan tabiat suka berhutang.
Setelah melihat ketiga-tiga rajah diatas agak-agaknya anda sekarang berada dimana?Jika anda berada pada gambar rajah terakhir kini tiba masanya untuk anda berubah…Insyallah anda akan Berjaya. Semoga jumpa lagi die book-ebook akan datang..semoga anda kekal bersama saya kerana ada pelbagai lagi ebook-ebook bonus yang ingin saya beri kepada anda….