Amalan Terbalik

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Amalan Terbalik as PDF for free.

More details

  • Words: 742
  • Pages: 3
# Amalan terbalik# Jika dilihat ramai di kalangan umat islam yang terikut-ikut dengan budaya hidup lain malah kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah amalan terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan seperti mana yang dituntut dalam islam. Diantaranya : 1- Kenduri arwah Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah saw di mana Rasulullah saw telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyediakan makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca, khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim peninggalan si mati yang belum dibahagi-bahagikan kepada yang berhak menurut islam.

2- Kenduri kahwin Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap “assalamu’alaikum….berisi” (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka seganlah ia nak pergi makan kenduri tu. Tetapi kalau ia menziarahi orang mati, tidak segan pula “assalamu’alaikum….tak berisi”. Sepatutnya kalau menziarahi keluarga si matilah kita patut member sedekah. Kalau kenduri kahwin,tak bagi pun tak pe kerana tuan rumah panggil untuk di beri makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3- Pakaian cantik Ketika menghadiri majlis pemimpin Negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak bergaya lah, tetapi bla menhadap Allah baik di rumah mahupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tak ke ini sesuatu perbuatan yang terbalik? …

4- Jadi tetamu Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidangkan supaya tuan rumah rasa gebira dan tidak membazir.

5- Solat sunat Kalau bersolat sunat di masjid amatlah rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti di anjurkan oleh Rasulullah saw untuk mengelakkan rasa riak.

6- Bulan puasa (ramadhan) Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan, bahkan bukan nafsu makan sahaja nafsu tengok barangbarang baru untuk mencantikkan rumah bila nak dekat raya pun ya, tetapi kebanyakkan orang, mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang islam akan dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah bulan yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7- Pergi haji Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakkan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain. Selain itu sepatutnya orang yang hendak mengerjakan haji yang pergi menziarahi orang ramai (adik-beradik, saudara-mara, sahabat2, jiran tetangga terdekat dll) untuk mohon kemaafan @ melangsaikan apa-apa yang dihutang sebelum berangkat ke tanah suci, bukannya orang ramai menzirahi orang yang nak pergi haji.

8- Pelajaran anak Semua ibu bapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dhantarlah ke kelas tuisyen walaupun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran @ solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu di hantar tuisyen baca Quran @ kelas khas mempelajari islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20 bagi satu pelajaran 8 kali hadir, tetapi kepada tok guru Quran nak bayar RM15 sebulan untuk 20 kali hadir pun menggeletar tangan. Bukankah ini amalan terbalik kita? Kita sepatutnya lebih bimbang jika anak tidak dapat baca al-Quran @ bersolat dan tidak lulus periksa.

9- Pergi masjid

Kalau bekerja mengejar rezeki Allah swt tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan @ rebut tetap diharungi kerana mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak rebut pun tetap tak datang masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta-minta tapi nak ke rumahNYA segan dan malas.

10-Isteri berhias Seorang isteri kalau nak keluar rumah sama ada dengan suami atau tidak bukan main berhias. Tetapi kalau duduk di rumah……..masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain bilamana di khalayak ramai. Perbuatan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia. Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang menciptakan kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sumber: syahadah “media untuk kesejahteraan ummah”- nov 08

Related Documents

Amalan Terbalik
June 2020 23
10 Amalan Yang Terbalik
November 2019 28
Amalan Terlarang
April 2020 21
Amalan Ayat
November 2019 41