AMALAN BAIK DI SEKOLAH PENGENALAN Ada ketikanya kita sebagai guru merasakan segala usaha kita mendidik murid-murid adalah siasia sahaja. Gejala pelajar tidak memberikan tumpuan semasa guru mengajar, murid nakal, tidak membuat kerja sekolah, samseng, merokok, bergaduh dan lain-lain lagi menjadi lumrah di sekolah. Dari masa ke semasa guru-guru juga telah dihantar berkursus untuk meningkatkan pengetahuan bagi mengatasi gejala ini tetapi tingkah laku pelajar tetap sama, mungkin semakin teruk. BEBERAPA PERSOALAN TIMBUL? • Adakah Guru kurang berdedikasi?, tidak cukup latihan? • Persekitaran sekolah membosankan? • Ibu bapa terlalu bergantung kepada sekolah untuk mendidik anak mereka • Pelajar kurang sessi kaunseling/sessi motivasi • Kurang semangat atau kepinpinan politik untuk menangani masalah ini? Cubaan untuk menjawab soalan di atas akan menimbulkan lebih banyak kontroversi atau polemik yang tidak berkesudahan. Masalah masa depan generasi bakal memimpin negara tetap seperti itu juga. YANG PENTING IALAH INSTITUSI PENDIDIKAN MELAHIRKAN PELAJAR YANG CEMERLANG DAN BERSAHSIAH TINGGI. Sebelum bertindak ada beberapa perkara yang kita kena terima. • Unsur negatif lebih kuat daripada unsur positif (contohnya I kg simen untuk membuat konkrit adalah lebih lemah berbanding 1 kg bahan peletup. Contoh lain 1 jam berpeleseran di pasaraya lebih menguja pelajar berbanding 1 jam bersama pengetua sekolah.) • “man is a creature of habit” yang memberi gambaran bahawa tabiat manusia yang menebal sukar dibuang, usaha berterusan perlu dilakukan pada satu jangkamasa yang lama untuk membuang tabiat buruk tersebut. Satu sessi perhimpunan setiap hari, satu sessi kaunseling seminggu, satu sessi motivasi sebulan tidak akan membuang sikap buruk yang telah dipupuk sekian lama . • Selain dari sessi yang berterusan, perubahan mungkin boleh berlaku jika berlaku kejutan yang memberikan kesan psikologi yang mendalam. Contohnya kematian ibu bapa yang paling disayangi, terlibat dalam kemalangan, hampir maut dan sebagainya.
1
Mari kita tinjau sejenak bagaimana tabiat di programkan dalam setiap manusia. Manusia Ibu bapa yang memelihara sejak dari lahir
Komputer Program os seperti DOS, Window 95,98,2000, Window ME, Window XP, Vista, Linux Perisian Applikasi seperti Microsoft Office, Win Amp, dll Applikasi khusus untuk tujuan khusus seperti Photoshop, Remote Sensing,Weather forcasting
Ahli keluarga Rakan sebaya Jiran tetangga Masyarakat Media cetak, media elektronik Guru dan suasana persekolahan
Guna anologi yang sama jika kita hendak pelajar berdisplin, kita kena guna program displin, jika kita hendak pelajar berjaya dalam akademik, kita kena ajar program kaedah belajar yang betul… dan begitulah seterusnya. Cuba kita bandingkan matlamat pihak sekolah dan ibubapa • Pelajar yang baik budi pekertinya • Pelajar yang berilmu • Pelajar yang menghormati guru dan persekitaran sekolah • Pelajar yang tidak merokok, melepak, dan melanggar displin SAYA RASA PIHAK SEKOLAH DAN • Pelajar yang memberikan tumpuan SEMUA IBUBAPA MENGINGINKAN dalam kelas PERKARA YANG SAMA • Pelajar yang suka ke sekolah dan suka persekitaran sekolah • Pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum • Pelajar yang bersahsiah tinggi Bagaimana caranya kita nak capai impian yang melangit ini?????? MENGAPA SESSI NASIHAT/KAUNSELING/MOTIVASI KURANG BERKESAN? • • • •
Sessi tersebut di atas adalah berkala 1 kali sehari/ seminggu/sebulan/ sepenggal atau bila ada kes Sessi (+) kurang “Oomph” berbanding sessi lepak-lepak dengan rakan sebaya, pesta ria dll Sessi (+) biasanya lama >lebih 15 minit dan cukup membosankan dari perspektif pelajar. Tumpuan pelajar pada sessi sebegini biasanya < dari 5 minit. Tabiat manusia menguasai perlakuannya. Tabiat manusia sukar diubah.
2
BAGAIMANA HENDAK MENGUBAH TABIAT, SIKAP DAN PERLAKUAN PELAJAR • Perlukan program jangka panjang dan berterusan kerana kita menyedari program (+) adalah lemah berbanding program (-) • Sasaran kita ialah minda tidak sedar dan minda separa sedar. Walaupun pada peringkat permulaan program ini hanya disebut dibibir sahaja tetapi lama kelamaan akan dipindahkan ke minda separa sedar • Jangkamasa/kekerapan Setiap sessi singkat iaitu 1-2 minit, sekerap mungkin dan berterusan. Cadangan saya sebelum mula setiap kelas baca ikrar (program). Dalam satu sessi persekolahan ada 7-10 masa kelas, dalam setahun ada 200- 250 hari sessi persekolahan. Sasaran kita 3 tahun (200 hari setahun x 7 sessi sehari x 3 tahun = 4, 200 sessi) • Matlamat kita ialah untuk melihat perubahan pelajar 3 tahun selepas program dilaksanakan. Untuk memastikan samada program ini berjaya atau tidak, kita mesti ada titik ukuran Titik ukuran Pelajar bermasalah displin Jumlah pelajar Ponteng Jumlah samseng Jumlah kes pergaduhan Pelajar merokok Pelajar tak buat kerja rumah Pelajar gagal dalam perperiksaan Pencapaian akademik PMR, SPM, STPM Pencapaian sukan peringkat daerah Prestasi kokurikulum
2009
2010
2011
IKRAR/MANTRA/DOA/AMALAN 1-2 MINIT SEBELUM MEMULAKAN SETIAP KELAS Pihak sekolah mungkin ada program yang lebih baik dari ini, gunakanlah apa yang sesuai untuk sekolah. IKRAR INI CUMA MENGAMBIL MASA 1 MINIT SAHAJA • SAYA SAORANG PELAJAR YANG CEMERLANG • SAYA MENGHARGAI ILMU PENGETAHUAN • SAYA MEMBERIKAN TUMPUAN SEPENUHNYA DALAM KELAS • SAYA MENGHORMATI GURU, PERATURAN SEKOLAH DAN SEMUA INSAN YANG SAYA KENALI • SAYA SERONOK BERADA DI SEKOLAH • SAYA SUKA MEMBACA DAN SUKA MENCARI ILMU YANG BERGUNA • SAYA MENGAMALKAN CARA HIDUP YANG SIHAT • SAYA MENGHARGAI MASA • SAYA SAORANG PELAJAR YANG BERDISPLIN • SAYA AMAT BERMINAT UNTUK MEMPELAJARI PERKARA YANG BAHARU 3
•
DISPLIN, JUJUR, BERILMU DAN KECEMERLANGAN ADALAH AMALAN HIDUP SAYA
[email protected], http//:www.pesonamisteri.com
4