Aisyah Tema 4.docx

  • Uploaded by: Roshaini Binti Muhammad
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Aisyah Tema 4.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 4,149
  • Pages: 34
Tema 4 : Kenali Budaya Malaysia Masyarakat di Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.Setiapa kaum di Malaysia mempunyai budaya yang unik dan warisan budaya tersendiri.Contohnya terdapat perbezaan antara tarian,muzik,bahasa dan dialek yang digunakan oleh pelbagai kaum.Seni tari merupakan sebahagian daripada budaya kita.Dalam masyarakat tradisional,tarian dipersembahkan semasa majlis keramaian.Budaya ini wujud sehingga ke hari ini.Walaubagaimanapun,terdapat tarian tradisional yang diubah suai mengikut perkembangan semasa.Tarian biasanya diiringi dengan muzik.Alat-alat muzik terdapat dalam pelbagai jenis dan berbeza mengikut kaum. Keunikan budaya Malaysia juga dapat diketahui melalui pelbagai bahasa dan dialek.Bahasa merupakan satu cara berkomunikasi.Terdapat pelbagai bahasa di Negara kita seperti Bahasa Melayu,Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.Dialek pula wujud apabila sekelompok manusia mengubah suai bahasa mengikut budaya tempatan.Misalnya terdapat pelbagai dialek dalam Bahasa Melayu seperti dialek Kelantan,Kedah dan dialek Negeri Sembilan.Dialek yang ada dalam masyarakt Cina seperti Kantonis,Hokkien,Hakka,Teochew dan Foochow.Kaum India menggunakan bahasa Tamil,Malayalam dan Telegu.Walaupun budaya masyarakat kita berbeza,namun kita masih boleh hidup dalam keadaan harmoni.Negara kita menjadi teladan kepada Negara lain yang mempunyai masyarakat majmuk.

JENIS – JENIS TARIAN KEBUDAYAAN DI MALAYSIA

  



Tarian zapin merupakan tarian yang terkenal di negeri Johor. Perkataan zapin berasal daripada Al-zaffan iaitu gerak kaki. Mengikut sejarah tarian ini pada mulanya adalah sebagai tarian hiburan di istana yang dibawa dari Hadramaut,Yaman Selatan oleh pedagang Arab pada abad ke-13 yang bertujuan digunakan amalan berzikir untuk menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun islam. Kini,tarian zapin masih lagi dipersembahkan dalam majlis formal dan tidak formal.

TARIAN ZAPIN

TARIAN MAK YONG  



Tarian mak yong merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Dicipta untuk hiburan kerabat di Raja khususnya dari golongan Selatan Thailand, tarian ini juga menggabungkan drama romantis, tarian dan nyayian dengan gaya menawan yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan melayu. Sesuai dipersembahkan selepas orang-orang kampung selesai menuai padi dibendang.

TARIAN GAMELAN

   

Tarian Gamelan mula dipersembahkan di Istana di Empayar Riau dan Lingga pada kurun ke-17. Tarian ini dipersembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh dipentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka. Unsur Jawa boleh dilihat dari segi seni tari tersebut. Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya dalam kebanyakan adat tarian Melayu.

TARIAN MAK YONG  



Tarian mak yong merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Dicipta untuk hiburan kerabat di Raja khususnya dari golongan Selatan Thailand, tarian ini juga menggabungkan drama romantis, tarian dan nyayian dengan gaya menawan yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan melayu. Sesuai dipersembahkan selepas orang-orang kampung selesai menuai padi dibendang.

TARIAN GAMELAN

   

Tarian Gamelan mula dipersembahkan di Istana di Empayar Riau dan Lingga pada kurun ke-17. Tarian ini dipersembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh dipentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka. Unsur Jawa boleh dilihat dari segi seni tari tersebut. Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya dalam kebanyakan adat tarian Melayu.

TARIAN SUMAZAU

  

Tarian sumazau adalah tarian kaum kadazan yang lazimnya dipersembahkan sewaktu acara-acara keagamaan dan kemasyarakatan. Ia dipersembahkan sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian padi yang banyak, untuk menghindar roh jahat, dan untuk mengubati penyakit. Penari lelaki dan perempuan mempersembahkan tarian yang mengasyikkan ini dengan gerak-geri yang perlahan serta pergerakan yang menggambarkan burung yang sedang terbang.

TARIAN NAGA

   

Sebentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya Cina. Sepertilah tarian singa,tarian naga sering dipersembahkan pada musim perayaan. Orang Cina selalu menyebut “Keturunan Naga” sebagai lambang identiti etnik. Naga mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah.

TARIAN IBAN

 

Tarian Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai. Penari memakai tarian tradisi seperti sirat, gagung, atau baju burung serta topi yang dihias dengan bulu burung.





Tarian ini ditarikan dengan berdiri diatas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah,penari akan melompat bersama iringan lagu dimana setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Alat-alat yang digunakan dalam tarian ini adalah seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan Sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.

TARIAN KIPAS

 



Tarian kipas merupakan satu jenis tarian yang memerlukan 9 orang ahli, di mana 7 wanita dan 2 lelaki. Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan. Tambahan lagi, angin merupakan satu tradisi masyarakat cina yang mana masyarakat cina mempercayai “Fung Shui” iaitu suatu kepercayaan masyarakat cina umumnya tentang suatu pentanda yang baik dan buruk terhadap sesuatu kehidupan di tempat mereka.

TARIAN KATHAK



Tarian Kathak merupakan salah satu tarian klasikal India yang berasal dari utara India.

 

Perkataan Kathak berasal dari perkataan india iaitu katha yang bermaksud “seni bercerita” . Dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan diri kepada dewa-dewa Hindu. Kathak telah berkembang ke istana-istana pemerintah.

TARIAN BHARATA NATYAM

  

Tarian klasik india ini bagaikan sebuah puisi dalam gerak tari. Tarian yang dramatik dan bersemangat ini berdasarkan kisah epik India purba, dan memaparkan lebih dari 100 gerak tarian dan gaya badan. Memandangkan tarian ini memakan masa yang lama untuk dikuasai, terdapat sesetengah penari kanak-kanak yang mula berlatih pada umur semuda lima tahun.

TARIAN KUDA KEPANG

   

Tarian Kuda Kepang merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa dengan pengaruh Islam. Ciri Jawa itu jelas pada pakaian penari-penari dan unsur Islam jelas pada jalan cerita itu semasa ditarikan iaitu mengisahkan peperperangan Rasulallah dan para sahabat. Dikatakan bahawa tarian ini diperkenalkan oleh pendakwah Islam sebagai cara menarik penduduk setempat agar datang beramai-ramai menyaksikan persembahan mereka.

TARIAN ULEK MAYANG

  

Ulek Mayang ialah tarian tradisional Melayu yang berasal dari negeri Terengganu, Malaysia. Ia merupakan sejenis tarian penyembahan di mana sebuah lagu unik dinyanyikan dengan iringan orkestra Melayu yang terdiri dari gendang, gong, biola dan akordian . Ada banyak versi legenda Ulek Mayang, menurut salah satu darinya, tarian ini berasal dari upacara rawatan kuno yang dilakukan oleh seorang bomoh ke atas seorang nelayan yang berada dalam keadaan tidak sedar, dipercayai telah dipukau oleh seorang puteri laut .

TARIAN INAI

   

   

    

Tarian Inai atau Terinai merupakan sejenis tarian tradisional. Tarian ini adalah tarian istana yang ditarikan semasa majlis berkhatan anak pembesarpembesar istana. Ia dipersembahkan kepada kanak-kanak ini semasa mereka hendak dikhatankan dan duduk di atas pelamin. Tarian Inai ini popular di Perlis, utara Kedah dan Kelantan. tarian ini jarang dipersembahkan berbanding tarian istana yang lain. Ini disebabkan ia dikhususkan bagi peristiwa tertentu seperti perkahwinan, berkhatan dan pertabalan diraja. JENIS – JENIS ALAT MUZIK KEBUDAYAAN DI MALAYSIA GAMBUS

Sejenis alat muzik tradisi dari Timur Tengah. Ia mempunyai 12 tali tangsi. Badannya membujur bulat seakan-akan labu air dengan belakangnya yang melengkung. Lehernya ialah persambungan dari badannya. Ia dipetik sama seperti bermain gitar.

 

 

Alat muzik ini digunakan dalam permainan Ghazal atau tarian Zapin dan untuk mengiringi nyanyian serta tarian Andai-Andai oleh orang Brunei di Sabah. SAPE

  

Sape mempunyai empat utas tali. Pada masa dahulu, tali-tali sape diperbuat daripada rotan yang diraut halus. Kini, dawai-dawai halus pula digunakan sebagai tali sape kerana lebih mudah diperolehi dan bunyinya lebih mantap. Diperbuat daripada kayu. Badan sape berbentuk bujur dan panjang. Bahagian muka sape rata sahaja manakala bahagian belakang sape pula ditebuk sebagai kotak bunyi. Sape dimainkan dengan cara meribanya seperti gambus. Tali sape dipetik menggunakan jari REBAB

 

Merupakan alat muzik yang tertua di dalam sejarah permainan muzik tradisi Melayu.







  

   

 

  

Ia dikenali juga dengan nama anak umbang di kalangan bomoh-bomoh Melayu. Pada awalnya digunakan di dalam masyarakat Melayu sebagai alat perubatan tradisi yang disebut main peteri. Gesekan rebab oleh pawang menjadi sebagai penawar kepada pesakit. Perubatan cara ini disokong oleh kekuatan jampi oleh pawang. Bentuk rebab dapat dibahagikan secara kasarnya kepada 3 bahagian iaitu pangkal, leher dan kepala. Ukuran tingginya antara 7.55sm hingga 8.5sm. GONG

Gong ini diperbuat daripada besi. Ada juga gong yang diperbuat daripada gangsa yang bercampur timah. Jenis gong yang biasa digunakan dipanggil tawak-tawak. Gong dimainkan dalam pelbagai persembahan muzik tradisi misalnya dalam persembahan Mak Yong. Mukanya satu sahaja dan di tengah mukanya dilekukkan daripada dalam serta membonjol keluar. Gong dimainkan secara dipalu dengan kayu berbalut getah dihujungnya dan bunyinya berdengung CANANG

Canang diperbuat daripada perenggu atau loyang. Saiz canang kecil. Bahagian tepi canang melengkung ke dalam. Pada bahagian muka canang ada tombol kecil. Canang disusun di atas para khas dan dipalu. Pemalu canang diperbuat daripada kayu.





  



 

   

 

Bahagian yang dipalu ialah bahagian tombol canang. Biasanya canang dimainkan secara berpasangan. Canang dimainkan untuk mengiringi persembahan wayang kulit dan wayang Melayu. KESI

Sejenis alat idiofon dari keluarga simbal yang dibentuk daripada kepingan tembaga. Bahagian tengah permukaannya kelihatan melengkung ke dalam. Berperanan sebagai alat pelengkap irama dalam ensemble paluan tradisional. Ianya disertakan dalam dua pasangan iaitu salah satu daripadanya dipaku pada tapak kayu secara kekal dan yang satu lagi dipasang dengan tali. Untuk menghasilkan bunyi, alat-alat tersebut dilagakan dengan menggunakan kaedah hentakan. Digunakan dalam ensemble paluan tradisional yang pada mulanya berkembang di negeri Kelantan seperti Wayang Kulit, Mak Yong dan Menora serta ensemble paluan untuk tarian tradisional seperti Asyik dan Wau Bulan. BONANG CAKLEMPONG

Caklempong diperbuat daripada tembaga atau perunggu. Saiz caklempong kecil. Bentuk caklempong seperti periuk iaitu melengkung ke bawah. Muka caklempong licin. Pada bahagian tengah muka caklempong ada satu tombol kecil. Caklempong dimainkan dengan cara menyusunnya sebaris di atas para khas. Caklempong dimainkan untuk mengiringi pencak silat, tarian piring, tarian lilin, tarian inai, wayang kulit, menora, main puteri, mengarak pengantin, persembahan randai dan lagu-lagu tempatan. Kebiasaanya dimainkan oleh masyarakat Melayu di Perak dan Kelantan serta masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan. MONG DAN KENUNG

     

  





Mong diperbuat daripada perunggu. Dimainkan dalam satu set yang diatur atas regangan tali-tali pada para khas. Pemalu berbalut digunakan untuk memalu tombol mong. Mong dimainkan oleh seorang pemain sahaja. Kebiasaannya mong dimainkan untuk mengiringi persembahan menora, wayang gedak, wayang Jawa dan gamelan. GEDUK

Adalah sejenis gendang yang mempunyai dua muka. Muka geduk diperbuat daripada belulang lembu atau kerbau. Pada mulanya belulang diletakan pada badan geduk menggunakan perekat. Kemudian belulang itu dipancang dengan baji kayu atau besi. Badan geduk disebut temalang yang diperbuat daripada kayu keras seperti kayu nangka dan bentuknya agak cembung sedikit. Bahagian dalam temalang disebut lompang. Dua bilah buluh dipasang pada satu sisi temalang. Bilah-bilah tersebut lebih panjang daripada temalang dan berfungsi sebagai kaki. REBANA

 



Rebana adalah sejenis gendang satu muka yang berbentuk seperti pasu. Ianya sering digunakan dalam ensemble muzik sinkretik yang berkembang di kalangan masyarakat Melayu bandaran seperti Dondang Sayang, Joget, Inang, Masri, Zapin, Cinta Sayang dan Ayam Didik. Peranannya dalam ensemble adalah sebagai penyokong irama dengan pola-pola paluan yang dapat dikategorikan sebagai irama asas (basic) penambahan (additire) dan menyilang iaitu cross rythmn.

GENDANG SILAT

Sepasang gendang bulat besar, anak dan ibu. Temalang atau badannya diperbuat daripada kayu merbau dan kedua-duanya ditutup dengan kulit harimau. Kedua-dua gendang dipalu dengan tangan atau pemukul yang diperbuat daripada kayu merbau.

Lilitan rotan halus diselitkan di antara tebing dan belulang untuk menetapkan ketegangannya. SERUNAI

Serunai adalah sejenis alat muzik tradisi yang perlu ditiup apabila hendak membunyikannya. Alat tiupan ini mempunyai pipit berlapis-lapis. Pelidaknya sebanyak empat lapis diperbuat daripada daun lontar kering. Pemegang pipit ialah tiub-logam yang dipasang pada kemuncak badan serunai. Badan serunai diperbuat daripada kayu keras dalam bentuk kun dengan bahagian bawahnya berbentuk loceng.

BAHASA DAN DIALEK MASYARAKAT MALAYSIA DIALEK MASYARAKAT MELAYU : Bahasa Melayu Baku Kelantan Melaka Negeri Sembilan Sarawak Sabah

Apa khabar? Apo kaba? Apa kabau? Apo koba? Apa khaba? Apa kabar?

Terima kasih Trimo kaseh Terima kasih Terima kasih Trimak kaseh Tarima kasih

DIALEK MASYARAKAT CINA : Bahasa Baku Kantonis Hokkien Hakka

Apa khabar? Lei hou ma? Lu ho bo? Ni hao mao?

Terima kasih To che Kam sia Mn koi

DIALEK MASYARAKAT INDIA : Bahasa Melayu Baku Tamil Malayalam Telegu

Apa khabar? Nalamaga irukkinrirkala? Sugamthanne? Kshemama

Terima kasih Nandri Valare upagaram Dhanya vadhalu

CARA MENGEKALKAN WARISAN BUDAYA MASYARAKAT 1. Generasi muda haruslah mengenali asal-usul sendiri. 2. Mengadakan kempen,ceramah,wawancara serta pameran untuk menghidupkan warisan budaya. 3. Pihak sekolah boleh mengadakan pertandingan berbalas pantun dan tarian tradisional untuk mengembangkan budaya ini. 4. Menggalakkan pameran artifak atau sejarah kebudayaan warisan pelbagai kaum di Malaysia. 5. Media massa tempatan perlu sentiasa menyiarkan tayangan yang berkaitan dengan budaya kita dengan lebih kerap dan meluas. PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MALAYSIA Malaysia mempunyai pelbagai jenis kain dan pakaian tradisional yang berbagai bentuk dan warna. Dari tengkolok bulu burung dan baju kulit kayu hinggalah kain songket di Raja yang antik.Pada zaman dahulu penduduk pribumi memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit kayu dan hiasan manik. Dengan ketibaan tamadun lama kain tenunan dan batik melayu oleh orang kenamaan dan kerabat diRja. Dengan ketibaan pedagang asing pakaian serta kain seperti sutera cina,pelikat dan jubah arab diperkenalkan di negara ini.Kini pakaian tradisional seperti kebaya Melayu,sari India dan cheongsam Cina masih digunakan dengan meluas di Malaysia.Budaya pemakaian tradisional semakin dilupakan.Oleh itu,budaya memakai pakaian tradisional seharusnya dikekalkan supaya tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.Jika dilihat,kebanyakkan remaja Melayu di zaman era globalisasi ini lebih menyukai pakaian ala-ala barat.Mereka tidak sedar dengan perbuatan yang sebegitu sebenarnya sedikit sebanyak menghakis budaya pemakaian pakaian tradisional sesebuah

kaum itu sendiri.Dalam erti kata lain,berbanggalah dengan pakaian tradisional kita sendiri kerana itu dapat melambangkan identiti sesebuah masyarakat itu sendiri. Pakaian Masyarakat Melayu

Baju Melayu merupakan pakaian lelaki Melayu dan ia terdiri dari dua jenis iaitu Baju Kurung Teluk Belanga ataupun Baju Cekak Musang. Baju ini biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara dan juga bagi menunaikan Sembahyang Jumaat.

Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Pengertian kurung secara tidak langsung telah membawa erti ‘mengurung atau menutup’ anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah istilah ‘kurung’ diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Pakaian Masyarakat Cina Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera.

Cheongsam atau disebut juga Qipao merupakan pakaian wanita dengan corak bangsa Tionghoa dan menikmati kesuksesan dalam dunia busana internasional. Nama “Cheongsam” bererti “pakaian panjang”, diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggris dari dialek Propinsi Guangdong (Canton) di Tiongkok.Cheongsam merupakan gaun khas masyarakat Cina yang melekat di tubuh sehingga menonjolkan bentuk tubuh si pemakainya. Cheongsam tradisional banyak menggunakan bahan satin atau sutera yang bermotif khas seperti bunga, burung, naga, dan sebagainya

Pakaian Masyarakat India Dhoti merupakan pakaian untuk kamum lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada kain yang bewarna putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut. Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkukan pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang bewarna kuning pudar atau kuning susu. Pakaian ini banyak dipakai oleh golongan ceti.

Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah pakaian seharian dan turut dipakai pada musim perayaan. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan lembut. Sebelum memakai sari, Si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan singkat. Kemudian sati dililit dari pinggan dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggang sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai.

Pakaian Masyarakat Sabah

Pakaian istiadat masyarakat Kadazan dari Penampang. Lelakinya memakai baju gaung, seluar souva, bengkung toogot dan pakain kepala yang disebut siga. Wanita memakai baju pendek sinuangga, kain labuh tapi dan selendang batik dilengkapi tali pinggang .

Pakaian istiadat suku Kaum Rungus. Pakaian lelaki terdiri dari baju badu, seluar soval, bengkung hokos dan pakaian kepala sigal dari kain pis. Wanita memakai baju sempit banat dan kain paras lulut tapi serta hiasan kepala disebut sisingal dan rampai. Perhiasan diri dari jalinan manik-manik berwarna-warni disebut pinakol dan togkol.

Pasangan suku kaum Bajau menggayakan pakaian adat perkahwinan dan kebesaran. Pakaian lelaki dari kain satin berhias renda dan pakaian wanita juga dari satin yang dilengkapi dengan mandapun dan tali pinggang.

Pakaian Masyarakat Sarawak

Kain Sirat atau kain cawat adalah pakaian asas Kaum Iban. Sirat adalah sebidang kain yang berukuran 50 cm X 500 cm. Bahagian hujung kain ini dihiasi dengan sulaman atau tenunan yang indah. Kadang-kadang manik dan kulit siput turut dikarangkan sebagai hiasan di bahagian itu. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kangkang. Ia merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjang dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barangbarang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang. Kain sarung ini sempit dan panjangnya cuma lebih kurang separas lutut. Biasanya bidang diperbuat daripada sebidang kian yang berukuran 110 cm x 60 cm dan terdiri daripada dua bidang kain seumpamanya yang

dicantumkan. Bidang yang digunakan sebagai pakaian harian tidak banyak reka coraknya. Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang bewarna-warni.

ADAB MENZIARAHI JIRAN Sebelum menziarah: 1. Memilih masa yang sesuai. 2. Memakai pakaian yang menutup aurat dan sopan. 3. Berniat pertemuan dan perpisahan adalah kerana Allah.

Semasa menziarah: 1. 2. 3. 4. 5.

Memberi salam dan bersalaman. Meminta izin untuk masuk. Memendekkan tempoh ziarah. Mengawal pandangan. Merendahkan suara.

Selepas menziarah: 1. Meminta izin apabila hendak beredar. 2. Memberi salam dan bersalaman sebelum beredar.

Rakyat Pengenalan Berlatarbelakang zaman silam yang menarik sekaligus menjadi sebahagian daripada laluan rempah antarabangsa ratusan tahun dahulu, menjadikan Malaysia negara pelbagai budaya. Keunikan masyarakat serta seni binanya memaparkan warisan budaya yang pelbagai pengaruh. Untuk memahami budaya Malaysia, anda perlu mengenali rakyatnya terlebih dahulu. Jelajahi Dunia dengan kepelbagaian yang Menarik Rakyat berbangsa Melayu, Cina, India dan banyak lagi kumpulan etnik lain telah hidup bersama-sama di Malaysia secara harmoni sejak bergenerasi lamanya. Semua budaya ini telah mempengaruhi antara satu

sama lain, menghasilkan suatu budaya Malaysia yang unik. Kumpulan etnik terbesar di Malaysia adalah Melayu, Cina dan India. Di Sabah dan Sarawak, terdapat pelbagai kumpulan etnik bumiputera dengan budaya dan warisan unik mereka tersendiri. Melayu Hari ini, masyarakat Melayu, kumpulan etnik terbesar Malaysia, merupakan lebih daripada 50% jumlah penduduk. Di Malaysia, nama Melayu merujuk kepada orang yang mengamalkan Islam dan tradisi Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu. Pengislaman mereka daripada agama Hindu dan Buddha Theravada bermula pada 1400-an, kebanyakannya dipengaruhi pengaruh kerabat diraja Melaka. Masyakarat Melayu dikenali kerana sifat lemah-lembutnya dan warisan seni. Cina Kumpulan etnik kedua terbesar, masyarkat Cina Malaysia, membentuk kira-kira 25% jumlah penduduk. Kebanyakannya keturunan imigran Cina yang datang semasa kurun ke-19. Mereka terkenal kerana ketekunan dan kebijaksanaan dalam berniaga. Tiga sub-kumpulan yang bertutur dalam dialek Cina yang berbeza adalah masyarakat Hokkien yang biasanya tinggal di Pulau Pinang; Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur, dan kumpulan berbahasa Mandarin yang tinggal kebanyakannya di Johor. India Kumpulan etnik paling kecil antara ketiga-tiganya,masyarakat India Malaysia membentuk kira-kira 10% jumlah penduduk. Kebanyakannya adalah keturunan imigran India Selatan berbahasa Tamil yang datang ke negara ini sewaktu penjajahan British. Terpesona dengan peluang untuk melepaskan diri daripada sistem kasta India, mereka datang ke Malaysia untuk membina kehidupan lebih baik. Menganuti agama Hindu, mereka membawa bersama budaya warna-warni mereka seperti kuil berhias, makanan berempah dan sari mewah. Kumpulan Etnik Bumiputera Orang Asli Orang Asli adalah kata umum yang merujuk kepada sebarang kumpulan bumiputera di Semenanjung Malaysia. Mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan puak utama: Negrito, Senoi dan Melayu Proto. Negrito biasanya hidup di bahagian utara, Senoi di pedalaman tengah dan Melayu Proto di selatan. Setiap kumpulan atau sub-kumpulan mempunyai bahasa dan budayanya sendiri. Ada yang merupakan nelayan, petani, dan ada juga yang berpindah-randah. Sabah Kumpulan etnik bumiputera paling besar dalam populasi Sabah adalah Kadazan Dusun, Bajau dan Murut. Kadazan Dusun Kumpulan etnik kedua terbesar di Sabah, Kadazan Dusun, membentuk kira-kira 30% jumlah penduduk negeri. Sebenarnya ia terdiri daripada dua puak iaitu Kadazan dan Dusun, tetapi dikumpulkan bersama

kerana mempunyai bahasa dan budaya yang sama. Namun begitu, Kadazan biasanya tinggal di delta lembah tanah rendah, yang sesuai untuk menanam padi, sementara Dusun biasanya tinggal di kawasan berbukit dan bergunung-ganang di pedalaman Sabah. Bajau Kumpulan etnik kedua terbesar di Sabah, Bajau, membentuk kira-kira 15% jumlah penduduk negeri. Mengikut sejarah, mereka adalah pelaut nomad yang menyembah Omboh Dilaut atau Dewa Lautan, mereka kadangkala dipanggil Gipsi Laut. Sebahagian yang meninggalkan amalan pelaut mereka menjadi petani dan penternak lembu. Bajau darat ini dipanggil 'Koboi dari Timur' kerana kemahiran berkuda yang mengagumkan, yang dipertontonkan kepada umum pada perayaan Tamu Besar tahunan di Kota Belud. Murut Kumpulan etnik ketiga terbesar di Sabah, Murut, membentuk kira-kira 3% jumlah penduduk negeri. Asalnya menduduki kawasan pedalaman utara Borneo, mereka adalah kumpulan etnik di Sabah yang paling akhir dalam menghentikan amalan pancung kepala. Kini, mereka terlibat dalam tanaman padi huma dan ubi keledek, serta menambah sumber makanan mereka dengan menyumpit dan memancing. Seperti kebanyakan puak bumiputera di Sabah, pakaian tradisional mereka dihiasi manik-manik cantik. Sarawak Secara kolektifnya kumpulan etnik utama di Sarawak dikenali sebagai Dayak, Iban, Bidayuh dan Orang Ulu. Dayak, yang bermaksud hulu sungai atau kawasan pedalaman, adalah satu istilah menyeluruh yang digunakan oleh penduduk Islam persisiran pantai kepada lebih daripada 200 kumpulan suku kaum. Secara lazimnya, mereka tinggal di rumah panjang, rumah komuniti tradisional yang boleh menempatkan 20 hingga 100 keluarga. Iban Iban merupakan kumpulan etnik terbesar di Sarawak, orang-orang Iban membentuk 30% daripada jumlah penduduk negeri ini. Kadangkala secara salah faham mereka dirujukkan sebagai orang Dayak Laut kerana kemahiran mereka menggunakan bot, sedangkan mereka sebenarnya adalah suku kaum hulu sungai daripada kawasan di tengah-tengah Kalimantan. Pada masa dahulu, mereka merupakan pahlawan perlawanan yang digeruni dan terkenal dengan pemburuan kepala dan pelanunan. Secara tradisi, mereka menyembah tuhan perintahan bertiga di bawah kuasa Singalang Burung, tuhan burung bagi peperangan. Walaupun pada masa sekarang, kebanyakan daripada mereka telah beragama Kristian, mereka masih lagi mengamalkan kebanyakan daripada budaya tradisi mereka. Bidayuh Sukakan kepada kehidupan yang mendamaikan dan suka mengambil jalan mudah, orang Bidayuh di Sarawak terkenal dengan layanan baik dan tuak atau wain beras mereka. mereka membina rumah mereka di kawasan pergunungan Sarawak, mereka kebanyakannya terdiri daripada petani dan pemburu. Di waktu pemburuan kepala pada zaman mereka dahulu, tengkorak sebagai hadiah buruan mereka disimpankan di dalam 'baruk' rumah bulat yang berdiri setinggi kira-kira 1.5 meter dari atas

tanah. Mereka pada asalnya adalah penganut animisme, sekarang kebanyakan dari mereka telah menganut agama Kristian. Orang Ulu Juga dikenali sebagai suku kaum hulu sungai Sarawak. Mereka membentuk kira-kira 5.5% dari penduduk Sarawak, terdapat lebih dari 100,000 suku kaum Orang Ulu yang berbeza. Memang boleh dikatakan yang mereka adalah orang yang paling artistik di Borneo, rumah panjang mereka yang besar dipenuhi hiasan yang berlebihan dengan mural dan ukiran kayu yang sangat indah; peralatan mereka dicantikkan dengan hiasan kerja manik yang rumit; dan wanita dari golongan bangsawan menutupi badan mereka dengan lukisan tatu yang sangat perinci dan halus.

ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG PELBAGAI KAUM KAUM CINA 

Kenduri menyambut bayi, upacara minum teh, menyolek mayat, pemberian angpau.

KAUM MELAYU 

Cukur jambul bayi berumur tujuh hari, bersanding, kenduri arwah, memakai inai untuk pengantin.

KAUM INDIA 

Lidah bayi disapu madu.,Memakai thali., Pemberian dawri oleh pengantin perempuan kepada pengantin lelaki., Membakar mayat.

KAUM IBAN 

Ulat panggilan untuk bayi, upacara minum teh, cucu si mati melangkah mayat, melukis tatu.

KAUM KADAZAN 

Mengikat daun wongkong di pintu, membayar sugit, adat bertangis untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pengantin, adat moginupus.

PANTANG LARANG PELBAGAI KAUM   

Pantang larang merupakan suatu bentuk peraturan yang diwarisi sejak turun-temurun. Masyarakat zaman dahulu mengamalkan pantang larang untuk mengelakkan malapetaka berlaku. Pantang larang sebenarnya merupakan suatu kaedah untuk menyampaikan nasihat dan pengajaran.

KAUM MELAYU  

Jangan duduk di atas bantal, nanti ditumbuhi bisul. Orang perempuan tidak boleh menyanyi di dapur.

KAUM CINA  

Jangan menyapu sampah pada Tahun Baru Cina, takut hilang tuah. Pisau tidak boleh diberikan sebagai hadiah.

KAUM INDIA  

Jangan makan sambil berjalan, nanti terkena penyakit di dalam perut. Ibu hendaklah memeluk bayinya semasa hujan lebat.

KAUM IBAN  

Jangan mengetuk telur dengan pisau, nanti bayi cacat penglihatan. Wanita mengandung tidak boleh menanam pokok pisang.

KADAZAN 

Jangan berpayung di dalam rumah, nanti disambar petir.



Bayi tidak boleh dibawa ke ruang yang terdedah

BAB 4: WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA MUZIK



Nobat

  

Makyung. Opera Cina Dikir Barat.

ALAT MUZIK    

Gambus. Tabla Yangqin Sompoton.

TARIAN    

Tarian joget. Tarian Bharata Natyam. Tarian Ngajat. Tarian Singa.

SENI BINA    

Istana Kenangan Pagoda Kek Lok Si. A Famosa Istana Budaya.

PERMAINAN TRADISIONAL    

Batu Seremban Bulu Ayam Congkak. Catur Cina.

LUKISAN DAN KRAF TANGAN       

Ukiran Tenunan Anyaman Tembikar/Seramik Kaligrafi Cina Khat Kolam

Related Documents


More Documents from "Rani Fikha II"