Ilmu Pendidikan-KPLI SR
2009
PENGENALAN
Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransang pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan. Dalam merancang persedia mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya. Berdasarkan teori-teori yang ada, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan dalam merancang aktiviti mengajar yang
1
Ilmu Pendidikan-KPLI SR
2009
berkesan dan bermakna kepada para pelajar. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul. KONSEP PENGAJARAN Mengikut Kamus Dewan, pengajaran dapat didefinisikan sebagai perihal mengajar, segala sesuatu yg berkaitan dengan mengajar seperti cara atau sistem mengajar, aspek yang dipentingkan dan ia juga meliputi segala sesuatu cara atau perbuatan yang diajarkan. Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Pengajaran ini meliputi semua aspek contohnya, aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian yang bertujuan untuk menyebarkan ilmu. Mengikut Thomas F. Green, tujuan mengajar ialah menukar tingkah laku dan kelakuan pelajar melalui perolehan ilmu pengetahuan atau kepercaaan baru. Dalam proses pengajaran aktiviti latihan atau pelaziman merupakan satu usaha menukarkan tingkah laku pelajar, manakala teknik tunjuk ajar digunakan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan kepercayaan baru. Ini meliputi pelbagai aspek iaitu latihan, pelaziman, tunjuk ajar yang menukarkan tingkah laku dan kelakuan, di samping membawa ilmu pengetahuan dan kepercayaan baru kepada pelajar-pelajar. Berdasarkan konsep tingkah laku yang diilustrasikan, beliau membuktikan tingkah laku adalah berkaitan dengan konsep ugutan dan ancaman fizikal. Manakala konsep kelakuan pula berkaitan dengan latihan dan pelaziman. Pengetahuan pula ialah hasil kognisi, iaitu mengetahui atau mengajar. Sedangkan kepercayaan pula mengandungi kekurangan bukti yang sah. Ia adalah sama dengan maklumat yang diperolehi daripada propoganda atau dusta. Mengikut Thomas, di antara lapan konsep yang berkaitan dengan pengajaran iaitu ugutan, ancaman fizikal, indoktrinasi, mempropoganda dan bohong dan hanya latihan, pelaziman dan mengajar boleh digolongkan dalam kawasan kecerdasan akal dan berkait rapat dengan konsep pengajaran. Sebagai kesimpulannya, perhubungan yang paling rapat dengan konsep pengajaran ialah intruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan akhirnya pelaziman. Contohnya, seperti 2
Ilmu Pendidikan-KPLI SR
2009
mengajar murid dengan cara indoktrinasi tanpa memberi penerangan seperti menghafal fakta atau menggunakan pelaziman untuk memaksa murid belajar tanpa berfikir. KONSEP PEMBELAJARAN Crow dan Crow mendefinisikan pembelajaran sebagai satu perolehan tabiat, pengetahuan dan sikap. Ia melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja, dan ia kan bertugas dalam percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau untuk menyesuaikan diri kepada situasi baru. Ia merupakan satu proses perubahan tingkah laku yang progresif sambil individu itu bertindak balas kepada sesuatu situasi atau berbagai situasi dalam menyesuaikan tingkah lakunya dengan berkesan kepada permintaan yang dibuat terhadapnya. Ia juga membolehkan individu memenuhi minat atau mencapai matlamat.
Mengikut Mook Song Sang (2009) konsep pembelajaran dikategorikan berlandaskan teoriteori pembelajaran masa kinidan diklafikasikan kepada empat mazhab iaitu behavioris, kognitif, sosial dan humanis.
Di antara tokoh-tokoh yang terpengaruh bagi mazhab
behavioris ialah Parlov, Thorndike dan Skinner. Tokoh-tokoh ini berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Teori pembelajaran mereka adalah dihasilkan daripada pemerhatian dan ujian yang dijalankan ke atas haiwan. Mereka telah menumpukan ujian tersebut terhadap perperhubungan ransangan dan gerak balas yang menghasilkan perubahan tingkah laku. Ini menunjukkan tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal serta diramal. Pembelajaran hanya boleh bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap sesuatu ransangan yang ada. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi yang sesuai dan akan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan.
Tokoh-tokoh mazhab kognitif seperti Kohler, Bruner, Gagne dan Ausebel berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam alam fikiran dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Mereka menekankan proses kognitif yang menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain itu, mereka berpendapat bahawa pembelajaran adalah satu proses kognitif untuk perhubungan perkara-perkara dalam persekitarannya dan mempunyai 3
Ilmu Pendidikan-KPLI SR
2009
objektif atau motif tertentu. Apa yang dimaksudkan disini adalah, sekiranya ia tidak dapat mengenal pasti perhubungan perkara dan erti yang dipelajari, walaupun melalui latihan berkali-kali, pembelajaran tidak akan berlaku. Mereka tidak bersetuju dengan teori simulasi-tindak balas yang menyatakan pembelajaran berlaku kerana stimuli-tindak balas dan latihan berulang-ulang. Mereka berpendapat pembelajaran adalah proses kognitif untuk perhubungan perkara-perkara dalam persekitarannya.
Mazhab sosial menyarakankan teori pembelajaran dengan menggabungkan teori mazhab behavioris bersama dengan mazhab kognitif. Teori mazhab sosial yang dipelopori oleh Bandura, menegaskan bahawa pembelajaran melalui proses pemodelan. Pemodelan yang dimaksudkan ialah melalui pemerhatian atau peniruan. Pembelajaran meliputi pelbagai aspek bukan sahaja tingkah laku manusia yang nyata tetapi juga meliputi aspek pemikiran dalaman seperti yang disarankan oleh ahli psikologi kognitif.
Melalui mazhab humanis pembelajaran manusia
amat bergantung kepada emosi dan
perasaannya. Setiap individu mempunyai cara yang berbeza denga individu ynag lain. Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran hendaklah diatur mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar itu sendiri. Mengikut ahli-ahli mazhab humanis, berpendapat bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan mencapai kecemerlangan kendiri.
Sebagai kesimpulannya, ahli psikologi pada umumnya mentafsir pembelajaran sebagai proses, melalui latihan atau pengalaman organisma dan seterusnya menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal. Secara ringkas, pembelajaran boleh dibahagi kepada dua iaitu yang pertama, pembelajaran yang berlaku hasil daripada latihan atau pengalaman. Ini bermakna sebarang perubahan tingkah laku yang tidak pernah melaui latihan atau pengalaman tidak boleh disebut sebagai pembelajaran. Kedua adalah perubahan tingkah laku
yang melalui pembelajaran yang mempunyai ciri kekal. Ini
bermakna perubahan tingkah laku buat sementara sahaja. Pembelajaran dapat didapati mula berlaku apabila tindak balas diadakan terhadap ransangan yang timbul. Ia akan
4
Ilmu Pendidikan-KPLI SR
2009
berterusan apabila motivasi yang berkaitan dikekalkan dan pembelajaran dikatakan berakhir apabila konsep baru dibentuk dan dikuasai.
TEORI PEMBELAJARAN
Teori Behavarious Tokoh-tokoh terkenal dalam mazhab ini terdiri daripada Pavlov, E.L. Thorndike dan B.F Skinner. Mereka telah mengemukakan pelbagai jenis teori dan implikasi pembelajaran kepada guru. Mereke berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Mereka menekankan bahawa perkaitan gerak balas individu dengan ransangan adalah suatu proses pembelajaran.Teori ini juga dikenali sebagai teori Rangsangan- Gerak balas.
1. Teori Thorndike Mengikut Thorndike, pembelajaran merupakan suatu rangkaian yang terikat iatu pembentukan dan pengukuhan rangkaian saraf d antara situasi dengan gerak balas. Ransangan mempengaruhi organism maka itu sesuatu gerak balas bolak dijangkakan berlaku. Ikatan R-G boleh dianggap sama ada sebagai keadaan fizikal atau sebgai perhubungan yang wujud di antara satu situasi tertentu dengan kebolehan individu untuk bergerak balas kepadanya. Hokum pembelajaran Thorndike adalah dinyatakan dalam bentuk mudah-pindaan saraf dan rangkaian saraf.
Keterangan
R-G
mengenai
pembelajaran
meliputi
sebarang
jenis
pembelajaran. Dalam erti kata teori ini, beberapa faktor penting dalam pembelajaran ialah kesediaan saraf, ketertiban masa, rasa milik dan memuaskan pengalaman.
Manakala hukum asas mengenai pembelajaran seperti yang difikirkan oleh Thorndike adalah pada umumnya dibahagiakan kepada tiga iaitu:
5
Ilmu Pendidikan-KPLI SR
i.
2009
Hukum kesediaan, latihan dan kesan. Prinsip kesediaan yang dinyatakan oleh Thorndike sebagai: a)
b)
c)
ii.
Apabila satu unit pengaliran sudah sedia untuk mengalir, maka pengalirannya adalah memuaskan, tiada suatu yang dibuat untuk mengubah tindakkannya itu. Bagi sesuatu unit pengaliran yang sudahh sedia ada untuk mengalir dan kalau tidak mengaliradalah menyusahkan, dan meransang apa jua gerak balas yang disediakan oleh alam semula jadi yang berkaitan dengan kekurangan yang menyusahkan tadi. Apabila satu unit pengaliran idak bersedia untuk pengaliran, dan dipaksa mengalir, maka pengalirannya adalah menyusahkan.
Hukum latihan melibatkan pertalian antara ransangan dengan gerak balan dan akan bertambah kukuh jika latihan diadakan. Sebaliknya, (iiatu tindakan mengulang) tidak dijalankan, maka pertalian antara ransangan dengan gerak balas akan bertambah lemah.
iii.
Hukum kesan pula menyatakan bahawa pertalian antara ransangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang menyeronokkan selepas terhasilnya tindak balas. Kesan yang menyakitkan pula akan melemahkan pertalian antara ransangan dan gerak balas.
Namun demikian, teori ini mempunyai banyak kelemahan. Pertama, konsep tentang perkara yang memuaskan atau menyakitkan amat subjektif dansusah diukur. Kedua, sukar untuk menetapkan jenis ikatan dan gerak balas yang hendak dibentuk atau dihapuskan. Ciri-ciri setiap ikatan perlu diketahui sejak awal lagi. Yang terakhir ialah, teori ini sukar dikaitkan dengan pengajaran perkara yang abstark dan kreativiti, imaginasi atau keindahan bahasa.
2. Teori Pelaziman Klasik Pavlov
Menurut Pavlov, setiap ransangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah apa-apa sahaja tingkah laku yang timbul kesan daripada ransangan. Ransangan pula ialah, apa-apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak 6
Ilmu Pendidikan-KPLI SR
2009
balas. Hasil daripa kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada kaitan antara ransangan dan gerak balas.
1. Ransangan Tak Terlazim : Gerak Balas Tak Terlazim : makanan
2. Ransangan Terlazim : bunyi loceng
rembesan air liur dikesan
Gerak Balas Tiada Kaitan dengan tindak balas tak terlazim, misalnya perhatian anjing sahaja.
3. Ransangan Terlazim-Ransangan Tak Terlazim-Gerak Balas Tak Terlazim (bunyi loceng)
(makanan)
(rembesan air liur)
4. Ransangan Terlazim – (Perkaitan Baru) – Gerak Balas Terlazim (bunyi loceng mengganti makanan)
(rembesan air liur dikesan)
Rajah 1: Model pelaziman Klasik Pavlov 7
Ilmu Pendidikan-KPLI SR
2009
3. Teori Pelaziman Operan Skinner Burhrhus Frederic Skinner mempunyai ijazah kedoktoran dalam bidang psikologi dari Universiti Harvard. Beliau melanjutkan usaha Thorndike dalam kajian tentang pelaziman. B.F. Skinner dan menjalankan banyak kajian yang melibatkan tikus, burung, merpati dan juga manusia. Teori ini merupakan satu teori rangkaian yang berasaskan ransangan dan gerak balas. Dalam eksperimennya, beliau meletakkan seekor tikus lapar ke dalam ‘kotak skiiner’. Kotak itu dilengkapi alat penekan padadindingnya. Apabila alat itu ditekan, biji-biji makanan akan terkeluar. Pada permulaannya tikus itu berlari ke sana sini kerana lapar. Kemudian secara tidak sengaja, tikus itu terpijak alat penekan tersebut dan ini menyebabkan biji-biji makanan terkeluar. Proses yang sama diulangi beberapa kali sehingga tikus itu mendapati bahawa alat penekan dipijak maka makanan diperolehi. Ini menunjukkan tikus itu telah belajar cara untuk mendapat makanan di dalam kotak. Seterusnya skinner memutuskan hubungan makanan dengan alat penekan. Ini menyebabkan makanan tidak terkeluar apabila alat makanan ditekan. Ini menyebabkan tikus itu berhenti dari menekan butang tersebut. Perbuatan menekan butang untuk memperoleh makanan disebut pelaziman operan. Pembelajaran mellaui cara ini disebut pembelajaran melalui pelaziman. Eksperimen ini menunjukkan bahawa satu gerak balas hanya akan berulang jika wujud ganjaran. Contohnya, biji-biji makanan dalam eksperimen tersebut. Sekiranya ganjaran dihentikan, gerak balas itu akan terhapus juga. Dalam eksperimen di atas, konsep peneguhan amat jelas sekali. Skinner juga menjelaskan bahawa sesuatu peneguhan boleh bersifat negatif atau positif. Contoh peneguhan positif adalah pujian, ganjaran, hadiah dan sebagainya. Pujian adalah penting kerana ia akan mendorong seseorang pelajar itu mengeluarkan hasil yang baik pada masa hadapan. Manakala peneguhan negatif pula tidak boleh disamakan dengan hukuman atau denda. 8
Ilmu Pendidikan-KPLI SR
2009
Mazhab Kognitif
Ahli-ahli psikologi kognitif menumpukan kajian kepada pelbagai jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut peringkat umur dan kebolehan pelajar. Oleh itu, teori-teori pembelajaran di bawah mazhab kognitif adalah ditumpukan kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan, kategori pembelajaran dan resepsi.
1. Teori Pembelajaran Kohler Bagi membentuk teori gesalt, Wolfgang Kohler menjalankan dua eksperimen dengan menggunkan cimpazi. Mereka menggunakan pendekatan kognitif untuk mengkaji bagaimana seekor cimpazi menyelesaikan masalah untuk mendapatkan sebiji pisang yang tergantung dibumbung sangkarnya. Cimpazi mula menggunakan cara melompat, tetapi gagal untuk mendapatkan pisang tersebut. Ia pun berhenti seketika. Ketika berhenti, cimpazi melihat di sekeliling sangkar dan dengan tiba-tiba cimpazi itu mengheret melihat pertalian di antara susunan kotak-kotak ke bahagian sangkar di mana pisang itu tergantung. Ia menyusun kotak-kotak secara bertindih sehingga menjadi seperti tangga dan seterunya memanjat kotak-kotak itu. Dengan itu, cimpazi itu telah berjaya mendapatkan pisang tersebut. Kesimpulan yang didapati dari hasil kajian Kohler tersebut ialah: i)
Haiwan seperti cimpazi belajar melalui proses kognisi
ii)
Cimpazi yang menggunakan alatan untuk meyelesaikan masalah adalah berdasarkan pengalaman dan persepsinya. Ini menunjukkan perkaitan antara ransangan seperti kotak dan pisang dalam situasi yang dihadapinya. 9
Ilmu Pendidikan-KPLI SR
2009
Menurut kohler, persepsi kaitan ini digunakan untuk menyelesaikan masalah iaitu mendapat pisang yang tergantung dan ini disebut sebagai celik akal. Kebolehan memerhatikan pertalian tersebut wujud kerana cimpazi itu melihat keadaan sangkar secara menyeluruh. Mereka juga berpendapat bahawa kebolehan mental seperti ini juga terdapat pada manusia yang dipercayai adalah lebih pintar berbanding dengan haiwan lain.
Teori Konstruktivisme
Konsep konstruktivisme telah digunakan dalam bidang psikologi, falsafah, teknologi, pengajaran, sains, matematik dan pendidikan moral. Tokoh-tokoh yang pernah memberi sumbangan kepada teori konstruktivisme termasuk Piaget (dari perspektif kognitif dan perkembangan ) Bruner, Vygotsky, Dewey (1933), Goodman (1984) dan Gibson (1977).
Teori pembelajaran konstruktivisme menekankan pembinaan pengetahuan oleh pelajar. Pelajar dapat membina pengetahuan dengan menggunakan pengetahuan yang sedia ada dalam dirinya. Pelajar akan mengaitkan pembelajaran baru dengan pembelajaran lama yang sedia ada. Perspektif konstruktivisme menitikberatkan pengalaman pendidikan yang boleh membantu kanak-kanak membina ilmu pengetahuan dan bukannya penyiaran pengetahuan.
Mazhab Humanis
Mengikut ahli psikologi humanis, fitrah manusia pada dasarnya mulia dan baik. Individu akan membesar dengan baik sekiranya persekitaran dalam kehidupan mereka adalah sesuai dan baik. Mengikut mazhab ini, pembelajaran manusia bergantung pada emosi dan perasaannya. Mereka menegaskan bahawa setiap individu mempunyai cara belajar yang berlainan dan berbeza. Teori pembelajaran Carl Rogers menyarankan beberapa ciri yang utama, antaranya: i.
Kefahaman tingkah laku individu hanya dapat diperolehi melalui komunikasi. 10
Ilmu Pendidikan-KPLI SR
ii.
2009
Setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai kesempurnaan kendiri.
iii.
Setiap individu membentuk konsep kendiri yang unik melalui sistem nilai dan kepercayaan diri yang berbeza dengan individu yang lain.
iv.
Tingkah laku yang ditonjolkan oleh individu adalah selaras dengan konsep kendiri dan kepercayaannya.
v.
Pengalaman setiap individu adalah fenomena- logikal, iaitu pengalamannya hanya dialami dan difahami oleh individu itu sendiri.
PROSES PEMBELAJARAN Proses pembelajaran melibatkan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang ada di pesekitaran mereka. Ransangan-ransangan yang diterima dari persekitaran akan diproses dalam otak dan dijadikan pengalaman dan ilmu. Pengalaman dan ilmu yang diperoleh boleh dilihat sebagai perubahan tingkah laku manusia. Rajah di bawah menggambarkan satu proses pembelajaran berlaku secara berperingkat-peringkat.
2. Pemilihan ransangan yang sesuai oleh organ
4
Membentuk pengalaman atau ilmu pengetahuan.
6
Perubahan tingkah laku.
11
Ilmu Pendidikan-KPLI SR 1. Ransanganransangan.
3
Pemikiran erti ransangan dalam otak.
2009
5. Mengamalkan dalam situasi yang sepadan.
Rajah 2 : Proses Pembelajaran berlaku secara berperingkat-peringkat.
Sekiranya terdapat tindak balas terhadap sesuatu ransangan yang ada barulah berlaku proses pembelajaran. Ia kan berterusan sekiranya terdapat motivasi yang sesuai. Proses pembelajaran ini akan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan. Pelajaran merupakan proses yang mempunyai beberapa peringkat beroperasi secara sistematik. Proses ini bermula dari penerimaan ransangan melalui organ deria manusia, diikuti pembentukkan konsep dan akhirnya berlaku perubahan tingkah laku ke tahap yang lebih tinggi.
Ini dapat disimpulkan bahawa kesediaan belajar mengutamakan peringkat perkembangan intelek, psikomotor, emosi dan kematangan seseorang pelajar untuk membolehkan ia menerima dan menjalankan aktiviti pembelajaran dengan lebih berkesan.
LIMA CARA GURU DAPAT MERANSANG DAN MENINGKATKAN KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN TEORI
Implikasi Teori Pembelajaran Behaviorisme Dan Konstruktivisme Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalan Bilik Darjah. Teori pembelajaran merujuk kepada prinsipprinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian ahli-ahli psikologi pendidikan. Melalui teori-teori pembelajaran ini, guru akan memahami pelbagai cara pelajar-pelajar belajar dan seterusnya menghubungkaitkan prinsip dan hukumnya dengan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif pelajaran dengan berkesan. Di sini terdapat lima cara guu dapat meransang dan meningkatkan pengajaran pembelajaran berdasarkan teori iaitu: 12
Ilmu Pendidikan-KPLI SR
i.
2009
Meningkatkan Kemahiran Komunikasi dan Sosial Murid Berdasarkan Teori Konstruktivisme yang dibincangkan, maka diturunkan beberapa prinsip pengajaran dan pembelajaran yang diimplikasikan. Kanakkanak ialah Pembina teori. Ilmu pengetahuan tidak disampaikan kepadanya, sebaliknya dia bertanggungjawab membina pengetahuan. Oleh itu, guru berperanan sebagai penolong, pemudah cara atau fasilitator, dan perancang. Guru perlu menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk pembinaan pengetahuan kanak-kanak.
Guru perlu menerima hakikat bahawa kanak-kanak datang ke kelas dengan berbekalkan pengetahuan yang sedia ada dan nilai-nilai tertentu. Mereka akan membina pengetahuan berdasarkan idea-idea dan nilai-nilai yang sedia ada. Guru perlu menggalakkan interaksi di kalangan pelajar. Interaksi dan pertukaran idea-idea antara pelajar memudahkan pembinaan pengetahuan mereka. Prosedur penilaian perlu diubah daripada penekanan terhadap ingatan kembali fakta-fakta kepada penumpuan terhadap pemahaman.
Guru perlu berupaya menyesuaikan diri dengan keadaan bilik darjah yang menggalakkan pergerakan pelajar-pelajar dan tahap kebisingan tertentu yang dibenarkan. Ini disebabkan interaksi antara pelajar yang lebih cergas dan aktif. Bilik darjah perlu disediakan dengan pelbagai jenis bahan dan media pembelajaran yang boleh menggalakkan dan merangsang pembelajaran kanakkanak. Bahan-bahan pembelajaran yang mencukupi dan mencabar akan memudahkan pelajar-pelajar membina pengetahuan.
Kurikulum
yang
disediakan
tidak seharusnya terlalu
ketat.
Rancangan
pengajaran dan pembelajaran perlu fleksibel kerana pada kebiasaannya, proses pembelajaran kanak-kanak adalah spontan dan sukar diramal. Kurikulum tersebut perlu memenuhi keperluan, minat dan kebolehan kanak-kanak. Integrasi kurikulum merupakan satu aspek yang perlu diberi perhatian. 13
Ilmu Pendidikan-KPLI SR
ii.
2009
Latihan Mengikut
teori
meningkatkan
Thordike
latihan
keberkesanan
dan
pengulangan
pembelajaran.
Selain
amat itu,
ia
penting
bagi
juga
dapat
meningkatkan kemahiran dan ingatan pelajar. Pembelajaran juga boleh berlaku melalui pembiasaan atau pengalaman. Oleh itu, guru perlu melibatkan pelajarpelajar da lam proses pengajarannya seperti mengadakan aktiviti kumpulan, perbincangan,
menjalankan
projek
dan
sebagainya.
Dalam
proses
pembelajaran juga, generalisasi boleh berlaku. ni bermakna perkara yang dipelajari dalam situasi A boleh dipindahkan kepada situasi B. Latih tubi merupakan satu lagi strategi instruksional yang digunakan. Kaedah latih tubi ini boleh dilihat dalam dua cara yang berbeza iaitu permainan dan kertas kerja. Latihan yang disediakan dalam kedua-dua bentuk ini boleh digunakan oleh guru secara berulang-ulang untuk mengukuhkan daya ingatan pelajar tentang topik yang telah diajarkan dengan harapan pelajar akan dapat menguasai konsep yang terdapat dalam topik tersebut melalui hafalan.
iii.
Peneguhan Peneguhan juga merupakan proses semula jadi kepada manusia. Ia berlaku kesan daripada interaksi harian dengan persekitaran sosial dan fizikal. Peneguhan
juga
boleh
dirancangkan
untuk
program
memodifikasikan
tingkahlaku seseorang dengan cara mengubah tingkah laku manusia tersebut. Peneguhan merupakan tingkah laku tertentu yang hadir diikuti dengan kesan dan tindak balas yang cepat.
Apabila tindakbalas semakin teguh seseorang
akan lebih terbiasa dengan perlakuan tersebut pada masa akan datang.
Menurut Skinner, hampir semua tingkah laku manusia boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu tingkah laku responden dan tingkah laku operan. Untuk mengaplikasikan teori ini guru perlu menggunakan peneguhan positif seperti memberi pujian atau hadiah untuk mengukuhkan tingkah laku yang diingini. Peneguhan positif perlu dilakukan secara tekal dan tetap bagi menjamin 14
Ilmu Pendidikan-KPLI SR
pengulangan tingkah laku yang diingini itu. Objektif
2009
pendidikan yang ingin
dicapai perlu realistik. Jika tidak, pelajar akan mengalami kegagalan. Kegagalan membawa perasaan malu yang boleh menyebabkan
berlakunya peneguhan
negatif.
Sebagai seorang guru, peneguhan ini boleh digunakan dalam proses pembelajaran. Misalnya guru akan mengatakan ‘bagus’, ‘baik’ dan sebagainya apabila pelajar menunjukkan sikap yang diigini dalam proses pembelajaran. Oleh itu, seorang guru perlu memberikan pelajar-pelajarnya maklum balas tentang prestasi mereka, sama ada berjaya atau sebaliknya.
Mengikut teori pelaziman klasik Pavlov, gerak balas positif dapat dipupuk melalui pelaziman klasik. Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas boleh dilazimkan atau dipelajari serta dapat diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Contohnya, apabila guru memberi pujian setiap kali pelajar mendapat hasil yang baik, maka gerak balas itu akan berterusan. Motivasi memainkan peranan penting dalam pembelajaran. Di dalam bilik darjah, guru perlu memotivasikan pelajar dengan menunjukkan sesuatu yang menarik sebelum mereka dapat memberi penumpuan yang teliti.
iv.
Menggalakkan Murid-Murid Berfikir Melalui teori-teori yang dikemukakan di atas, boleh dikatakan semua teori tersebut
menunjukkan
ransangan
terhadap
pemikiran.
Pendekatan
ini
menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif serta celik akal dikalangan pelajar. Pelajar yang terlibat dengan kaedah ini akan berpuas hati apabila mereka dapat mencari jawapan sendiri dan menggalakan perasaan berdikari dalam proses pembelajaran. Untuk menggunakan kaedah ini, guru perlu mempunyai kepakaran yang lebih tinggi dan perlu membuat perancangan yang lebih teliti. 15
Ilmu Pendidikan-KPLI SR
v.
2009
Belajar Mengikut Kemampuan Teori kognitif lebih menumpukan kepada aspek pemikiran pelajar. Setiap pelajar mempunyai kebolehan mental untuk mengelola, menyimpan dan mengeluarkan semula segala pembelajaran lanjutan atau untuk menyelesaikan masalah. Ahli psikologi kognitif menyatakan bahawa pembelajaran ialah satu proses dalaman dan tidak dapat diperhatikan secara langsung. Pembelajaran menyebabkan perubahan tingkahlaku seseorang terhadap sesuatu situasi yang khusus. Dengan memahami teori perkembangan Piaget, seseorang guru harus menyesuaikan isi pelajaran dan aktiviti yang sesuai untuk pelajar-pelajarnya.
PENUTUP Pengajaran dan pembelajaran saling berkait rapat antara satu sama lain. Tanpa penguasaan dan pengetahuan tentang ilmu pendidikan seseorang guru tidak akan berjaya dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan di dalam bilik darjah. Untuk itu seseorang guru perlu melengkapkan diri dengan ilmu pendidikan iaitu psikologi, pedagogi dan profesionalisme keguruan agar tercapai matlamat untuk memberi kejayaan kepada pelajar.
16
Ilmu Pendidikan-KPLI SR
2009
Berdasarkan daripada kaedah penyampaian yang digunakan, proses pembelajaran dan pengajaran yang dilaksanakan akan lebih terancang dan berkesan. Apabila guru menggunakan kaedah ini untuk proses pengajaran dan pembelajaran secara tidak langsung akan meningkatkan kemahiran pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran.
Dalam
suasana
pengajaran
dan
pembelajaran,
kemahiran-kemahiran
bermaksud
seseorang itu terlatih dan mempunyai pengalaman yang tinggi serta mendalam. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran kebolehan menguasai kemahiran tertentu harus ditegaskan oleh guru, terutama kemahiran asas seperti menyelesaikan masalah, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran mendengar, bertutur, kemahiran membaca dan menulis dan sebagainya. Apabila pelajar menguasai kemahiran asas ini akan dapat membantu pelajar tersebut menguasai bidang-bidang ilmu yang lain dengan lebih mudah. Oleh itu, untuk mencapai matlamat itu, bukanlah satu perkara mudah, kerana ianya memerlukan pengorbanan, kesungguhan, kebijaksanaan dan ketabahan kedua-dua belah pihak iaitu guru dan murid agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan jayanya.
BIBLIOGRAFI
Crow and Crow (1983). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
17
Ilmu Pendidikan-KPLI SR
2009
Dewan Bahasa dan Pustaka (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ee Ah Meng (2003). Ilmu pendidikan: Pengetahuan dan Keterampilan Ikhtisas (Semester 1). Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Kamarudin Hj. Husin (1997). Psikologi Bilik Darjah-Asas Pedagogi. Kuala Lumpur. Utusan Publication dan Distributors Sdn.Bhd.
Mook Soon Sang (2009). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah: Komponen 1 & 2) Psikologi Pendidikan & Pedagogi. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
18