Ada apa dengan geology? Opsss.. Sebelum baca aku dah edit sikit entri ni. Edited on 13/8/14 : Aku terima banyak komen yang aku jarang baca. so kalau ada yang nak tanya tentang geologist ni boleh terus email aku di
[email protected] Ok. Boleh sambung baca entry lama aku ni... Baru2 ni aku menerima satu email dari seorang makcik ni. Dia risaukan anak dia puny pilihan nak sambung degree. Sekarang ni anak dia tengah belajar kat matrikulasi. So dia pun tanya kat aku tentang kerjaya geologist nih. Aku pun xtau dia ambik mana email aku. Aku pun menjawab la pertanyaan dia. Ni emailnya.. Salam, Boleh ke saya bertanya? Sekarang nie En Zul bekerja sebagai Geologyst ke. Untuk pengetahuan Encik, anak saya berminat betul dengan kursus Geologi nie. Baru2 ini dia mohon UKM kursus Geology dan meletakkan kursus ini sebagai pilihan no. 1. Saya cuma nak tanya....ape nasihat Encik untuk kursus ini. Adakah senang dapat kerja. Anak saya sekarang sedang belajar di Matrikulasi Londang dan baru2 ini untuk Semester 1 dia telah mendapat 3.67. Selain dari kursus Geology ape agaknya kursus yang sesuai. Boleh beri pandangan tak Terima kasih. Ni email first akak tu.. Ada la rentetan email lain lepas tu. Baru la sampai ke isi penting nih.. Aku pun jawab la dengan berbekalkan apa yang aku tahu. Oh. Kalau lelaki tu memang ok sangat dah. saya brief sikit peluang kerjaya dalam bidang geologi. 1. Oil and gas industry Kalau dalam bidang ni memang geologist sangat2 diperlukan. Sebabnya geologist lah orang yang duk cari kat mana ada minyak untuk diorang drill. Cuma sekarang ni budak2 degree agak sukar nak dapat. tapi still ada lagi yang dapat kalau memang betul2 perform. Kalau master insyaallah lebih mudah dapat kerja. tapi so far ada je kawan saya yang same batch yang dah kerja dengan kompeni oil n gas such as schlumberger, petronas, offshore work, DHL etc... dari sudut gaji bulanan pulak memang oil n gas ni memang boleh buat duit. Just kena korbankan masa lebih sikit la. 2. Engineering field Bidang ni sekarang ni memang sangat2 ramai geologist diperlukan. Ramai yang batch saya
kerja dengan kompeni engineering. Saya pun terlibat dengan bidang engineering. yang ni pun masa depan sangat cerah. Selain untuk mengawal tanah runtuh sekarang ni geologist sangat diperlukan untuk buat tunnel dan dam. Sekarang kan tanah dah penuh. So kita akan go further buat terowong bawah tanah. projek mega yang akan datang ni (MRT) pun akan pakai tunnel. So kami akan petakan bawah tanah tu. dam pun lebih kurang jugak. Sebab sekarng ni banyak empang2 baru yang ingin dibuka. So peluang kerjaya insyaallah masih terbuka. 3. Mining industry Ni lagi satu yang sangat diperlukan. Sebabnya macam minyak tadi. Geologist yang akan cari sumber bumi untuk kita lombongkan. Emas ke timah ke nak buat simen ke. Semuanya perlukan kepakaran geologist untuk tentukan samada tempat tu sesuai untuk d lombong atau x. 4. Enviromental field Ni masih agak baru kat Msia. x berapa banyak kompen yang buat kerja ni. Geologist akan kenal pasti pencemaran yang berlaku terutamanya melibatkan tanah dan air bawah tanah. kita jugak terlibat dalam Environmental Impact Assessment. Ada lagi pecahan bidang geologist ni. yang ni antara yang utama. Secara overall kalau dari sudut peluang kerjaya sangat2 meluas terutamnya kepada lelaki. Sebabnya kita ni banyak terlibat dengan kerja2 luar. jarang duk office layan air cond.hehe. Agak mencabar dan kadang2 mungkin jugak di hantar ke bukit hutan dll. Ada lagi sambungan dia. Tapi tak sesuai di tonton oleh pembaca blog SAPE AKU? Haha… Banyak gak la kami berbalas email. Aku share kat blog ni bukan apa. Kot la ada adik2 or sedara mara kome yang nak ambik kos geology ni. So at least kome semua dah tau sesikit. Ye dok? Ok. Sekadar itu sahaja…
Geologist dan Batu memang tak dapat di pisahkan. haha Wallahualam…