MENGAPA MANUSIA DICIPTAKAN DAN APAKAH TANGGUNGJAWABNYA ? Perlu kita perhatikan kepada tiga persoalan asas yang berkaitan dengan seluruh kehidupan kita. Persoalan-persoalan tersebut adalah:1.Dari manakah kita datang ? 2.Mengapakah kita di datangkan ? 3.Kemanakah kesudahan kita ? Untuk mencari jawapannya yang tepat maka perlulah kita merujuk kepada apa yang telah dinyatakan oleh Allah s.w.t di dalam al Quran al Karim. Persoalan Pertama: Dari manakah kita datang ? Jawapannya akan kita dapati dari Firman Allah s.w.t :-
يَا أَّيهَا النّا سُ إِن كُنتُ ْم فِي رَيْ بٍ مّ َن الْبَعْ ثِ فَإِنّا خَلَقْنَاكُم مّن تُرَا بٍ ُثمّ مِن نّطْفَ ٍة ثُمّ مِ نْ عَلَ َقةٍ ثُمّ مِن ّمضْغَةٍ ّمخَلّقَةٍ وَغَيْرِ ُمخَلّقَةٍ لّنُبَيّ نَ لَكُ مْ وَنُقِ ّر فِي الَْأرْحَا مِ مَا سمّى ثُمّ ُنخْرِجُكُ مْ طِفْلً ثُمّ لِتَبْلُغُوا َأ ُشدّكُ مْ وَمِنكُم مّ ن يَُت َوفّ ى َ َّنشَاء ِإلَى أَجَلٍ م ًوَمِنكُم مّن ُيرَدّ ِإلَى َأرْذَ ِل الْ ُعمُرِ لِكَيْلَا يَعْلَمَ مِن بَ ْعدِ عِلْمٍ شَيْئا وَتَرَى الْأَرْضَ هَا ِمدَة 5: فَإِذَا أَن َزلْنَا عَلَْيهَا الْمَاء اهْتَزّتْ َورَبَتْ وَأَنبََتتْ مِن كُ ّل َز ْوجٍ َبهِيجٍ – الج Terjemahannya: “ Wahai sekelian manusia, jika kamu masih ragu-ragu terhadap hari Qiamat, sesungguhnya Kami (Allah s.w.t) telah jadikan kamu dari tanah, kemudian daripada air mani, dari air mani menjadi darah sampai ia menjadi sepotong daging yang telah sempurna kejadiannya dan yang belum sempurna, supaya Kami beri keterangan kepada kamu dan Kami tetapkan di dalam kandungan (rahim) ibu mengikut kehendak Kami, sampailah waktu tertentu maka Kami keluarkan kamu dari kandungan ibumu menjadi kanak-kanak sampai kamu menjadi orang dewasa. Di antara kamu ada yang dimatikan dan ada yang dipanjangkan hidupnya sampai terlalu tua hingga tidak mengetahui apa-apa sedangkan sebelumnya kamu mengetahui “ (Surah Al Hajj ayat 5) Dengan meneliti ayat tersebut dapatlah kita mengetahui dari manakah datangnya kita dan persoalan tersebut telah terjawab.
1
Persoalan Kedua : Mengapakah kita dijadikan oleh Allah s.w.t ?.
didatangkan atau mengapa kita
Jawapan kepada persoalan ini terdapat di dalam firman Allah s.w.t :-
Terjemahannya: “ Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah (mengabdikan) diri kepada Ku “ (Surah Adz Dzariyaat ayat 56) Para ulamak muktabar telah menghuraikan pengertian ibadah itu dengan panjang lebar, yang mana perkataan ibadah ada kesyumulannya (kesempurnaannya) dan mempunyai ruang lingkup yang luas, tidak terbatas atau terhad semata-mata kepada fardhu solat, puasa, zakat dan haji sahaja. Tugas dan kewajipan kita di dunia ini adalah beribadah dan memperhambakan diri kepada Allah s.w.t berdasarkan kepada firmanNya tersebut. Untuk menepati kehendak ibadah dalam seluruh hidup ini, maka setiap perbuatan yang kita lakukan itu mestilah semata-mata kerana Allah s.w.t serta mengikut betul-betul arahan yang telah disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. Jika demikian, segala makanan, minuman, pelajaran, pekerjaan, pendidikan jasmani, perkahwinan dan mendidik anak adalah merupakan jalan-jalan atau faktor-faktor yang membantu kita untuk taatkan Allah s.w.t serta teguh beribadah kepadaNya. Juga menjadikan kita bertaqarrub (menghampirkan diri) kepada Allah s.w.t. Ini bermakna rumah, sekolah, kilang, pejabat, sawah ladang, padang permainan , gedung perniagaan dan sebagainya adalah medan ibadah. Bahkan seluruh bumi Allah s.w.t ini merupakan ‘ masjid ‘, tempat menunaikan ibadah dalam realiti kehidupan. Sehubungan dengan Syaikh al Islam Ibn Taimiyyah telah menyatakan bahawa ‘ Setiap perkara yang telah Allah s.w.t perintahkan hambahambaNya melaksanakan adalah dikira sebagai ibadah. Ibadah yang meliputi apa sahaja yang diredhai oleh Allah s.w.t, samada tutur kata, perbuatan dan tingkah laku. Professor Dr Yusuf Qaradhawi menyatakan di dalam bukunya ‘ al Ibadah Fi al Islam ‘ bahawa ‘ Sesungguhnya beribadah kepada Allah s.w.t tidaklah terhad kepada mengerjakan solah, puasa, zakat dan haji dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya seperti tilawah al Quran, zikir, berdoa, beristighfar dan sebagainya sebagaimana fahaman sesetengah golongan Islam (yang
2
mendakwa Islam). Ramai yang telah menyangka bahawa apabila mereka telah menunaikan fardhu-fardhu dan syiar-syiar yang tersebut bererti mereka telah menyempurnakan haq Allah s.w.t terhadap mereka sepenuhnya. Mereka menyangka sudah sesesai menunaikan kewajipan ‘Ubudiyyah terhadap Allah s.w.t. Pada hal tanggapan tersebut adalah meleset dari hakikatnya yang sebenar ‘ Beliau membuat penjelasan lagi bahawa “ Tidaklah dikira ibadah kepada Allah s.w.t jika seseorang itu berfahaman aku solah, aku berpuasa, aku berzakat dan aku menunaikan haji tetapi aku bebas memakan daging babi, minum arak, makan riba’, berjudi serta menolak hukum-hukum syariat Allah s.w.t yang tidak sesuai dengan pandanganku. Juga tidak dikira ibadah kepada Allah s.w.t bagi orang yang menganggap ibadahnya hanya ketika berada di kawasan masjid, tetapi apabila ia keluar dari masjid dan menceburkan diri dalam bidang-bidang kehidupan lain , dia menjadi hamba kepada kehendak dirinya sendiri, bebas mengikut hawa nafsunya dengan tidak menghiraukan hukum-hukum Allah s.w.t. Oleh kerana itu maka setiap orang yang terkeliru mestilah membetulkan kefahamannya dan kembali mengenal Islam dan ibadah kepada Allah s.w.t. Semoga seluruh kehidupannya berada dalam keredhaan Allah s.w.t. cukuplah bagi seseorang Muslim itu berfikir bahawa dia adalah khalifah Allah s.w.t di muka bumi ini untuk menjalankan tugas dan arahan Allah s.w.t semata-mata. Memadai dia berbuat demikian untuk mencorakkan segala jenis amalannya dengan corak Islam hinggalah segala perkataan, perbuatan dan diamnya itu menjadi ibadah kepada Allah s.w.t. Menurut al Qaradhawi lagi, bahawa ibadah itu merangkumi dua tugas besar yang menjadi teras bagi semua perkara yang tersebut sebelum ini. Tugas tersebut adalah: 1.Menyeru kepada kemakrufan dan mencegah daripada kemungkaran 2.Berjihad ke jalan Allah s.w.t. Menurut huraian asy Syahid Sayyid Qutb, bahawa kerja-kerja menyuruh kepada makruf serta mencegah mungkar tidak boleh dipandang ringan. Umat ini tidak berjaya selagi makruf tidak tertegak sebagai makruf dan mungkar tidak dimusnahkan sebagai mungkar. Untuk melaksanakan tugas yang besar ini maka perlulah kepada pembentukan Ummah. Ummah yang tertegak di atas dasar Iman kepada Allah s.w.t dan Persaudaraan kerana Allah s.w.t agar hukum-hukum Allah s.w.t terlaksana, kerja-kerja makruf berjalan dengan senang, kebenaran mengatasi kepalsuan, kebaikan sentiasa disokong dan kemungkaran sentiasa di tentang. Untuk sampai kepada ummah Islam sedemikian , maka jihad yang berterusan diperlukan dan mengikut jalan-jalan yang betul sebagaimana yang telah digariskan oleh Rasulullah s.a.w.
3
Persoalan Ketiga : Kemanakah kesudahan kita ? Persoalan ini tidak memerlukan kepada huraian yang panjang kerana setiap orang menyedari asal usulnya serta mengetahui akan tugas dan kewajipannya. Maka InsyaAllah ia akan menyedari pula kemanakah kesudahannya. Walaupun demikian, jawapannya tetap telah dinyatakan oleh Allah s.w.t dalam firmanNya:-
Terjemahannya: “ Sesungguhnya kepada Tuhan (Allah) kesudahan kamu (tempat kembali). Dialah yang membuatkan kamu tertawa dan Dia juga yang membuatkan kamu menangis. Dialah yang mematikan kamu dan menghidupkan kamu kembali “ (Surah An Najm ayat 42 – 44 )
4