Info Perusahaan Tanaman Cendawan Tiram
03/09/2008 13:25
Home About
Info Perusahaan Tanaman Cendawan Tiram Entries RSS | Comments RSS Search
Pages About
Categories Info Tani (2)
Archives December 2007
Proses Penanaman Cendawan Posted on December 29, 2007 by papito 1. PENYEDIAAN BEG CENDAWAN Bahan/Peralatan: Habuk Kayu Getah Dedak Halus Kapur Pertanian Beg Plastik (tahan panas, saiz 8.5cm x 35cm) Gegelang PVC (panjang 2-3cm, garis pusat 3cm) Kapas/Surat Khabar Lama + Getah Pengikat Cara: 1.Gaulkan habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian pada kadar 100:10:1 2.Campurkan air sehingga campuran habuk kayu lembab dan apabila dikepal tidak berderai. http://infocendawan.wordpress.com/
Page 1 of 5
Info Perusahaan Tanaman Cendawan Tiram
03/09/2008 13:25
3.Masukkan campuran habuk kayu getah ke dalam beg plastik dan hentak sehingga padat. 4.Pasangkan gegelang PVC dan tutup dengan penyumbat kapas atau ditutup dengan kertas surat khabar lama dan diikat dengan getah. 2. PENGUKUSAN BEG CENDAWAN Bahan/Peralatan: Tong Drum,Set Dapur Gas Cara: 1. Letakkan lapik (dari bata atau kayu dan dawai jaring) ke dalam tong drum setinggi 20cm. 2. Isikan air ke dalam tong drum bawah sedikit daripada pelapik tadi. 3. Susun menegak beg-beg cendawan yang telah siap ke dalam tong drum dan tutup rapat. 4. Kukus 5-6 jam. 5. Sejukkan sebelum disuntik benih. 3. PENYUNTIKAN BENIH Bahan/Peralatan: Benih Cendawan Pencungkil Benih 1.Penyuntikan benih ini hendaklah dilakukan di dalam keadaan bersih. 2.Hancurkan benih cendawan dengan pencungkil. 3.Buka mulut beg cendawan dan masukkan benih cendawan sebanyak satu sudu besar dan tutup kembali mulut beg cendawan. 4.Susun beg cendawan secara menegak di tempat yang redup dan sejuk (terlindung dari cahaya matahari) 5.Biarkan maisiliam tumbuh hingga memenuhi keseluruh beg cendawan (30-40 hari selepas disuntik benih). 4. MEMUNGUT HASIL 1.Setelah maisilium memenuhi keseluruh beg cendawan, susunkan ke atas rak dengan cara merebahkannya. 2.Buka mulut beg cendawan dan tunggu hingga hasil pertama keluar (2-4 hari selepas dibuka). 3.Sembur air dengan percikan yang halus pada waktu pagi dan petang untuk meninggikan kelembapan dan merendahkan suhu. 4.Pungut cendawan yang telah berkembang sebelum tepi kelilingnya menjadi berombak-ombak. 5.Tutup kembali beg cendawan yang telah dipungut hasil dan tunggu hingga 7-10 hari untuk dibuka kembali. Filed under: Info Tani | No Comments »
Kursus Asas Penanaman Cendawan Posted on December 26, 2007 by papito
http://infocendawan.wordpress.com/
Page 2 of 5
Info Perusahaan Tanaman Cendawan Tiram
http://infocendawan.wordpress.com/
03/09/2008 13:25
Page 3 of 5
Info Perusahaan Tanaman Cendawan Tiram
03/09/2008 13:25
Senarai Peserta Kursus yang telah mendaftar 1.MOHD IZWAN BIN BADRUDIN (Bandar Seri Damansara, KL) 2.READWAN JALIL BIN SALIM (Gemencheh, NS) 3.MOHD RIDHA BIN JOHAN (Kuala Pilah, NS) 4.MOHD IMRAN BIN ALUWI (Bandar Baru Serting, NS) 5.NORMA BINTI MD NAWI (Muadzam Shah, PHG) 6.MUHAMMAD SYUKRI BIN ABDUL JALIL (Temerloh, PHG) 7.AHMAD JEFRI BIN JAAFAR SIDEK (Temerloh, PHG) 8.A . HAMID JASIM (Sepang, Selangor) 9.Hadzrami bin Sanip (Kg Cheras Baru, KL) 10. Mohamad Arifin B Asdin (Labu, NS) p/s: Bagi para peserta lain yang belum memulangkan borang penyertaan, sila emelkan kepada saya untuk tujuan pengesahan… terima kasih.. Simpan resit sebagai bukti pembayaran dan kemukakan sewaktu pendaftaran. Makluman untuk pelajar yang berminat untuk menyertai kursus ini, diskaun RM20 akan diberi. Jadi bayaran yang dikenakan hanyalah RM160 (1 hari)/RM230 (2 hari) sahaja. Tarikh Kursus Seterusnya Ada pihak yang bertanyakan tentang kursus akan datang. Jadi di sini saya letakkan tarikh-tarikhnya. 19 - 20 Jan 2008 2 - 3 Feb 2008 16 - 17 Feb 2008 Filed under: Info Tani | 1 Comment »
Calendar September 2008 M T WT F S S 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 « Dec
Blog Info Cendawan Blog Aku & Cendawan
http://infocendawan.wordpress.com/
Page 4 of 5
Info Perusahaan Tanaman Cendawan Tiram
Blog Blog Blog Blog Blog Blog Blog Blog Blog Blog
03/09/2008 13:25
BJ Agro T&S - Mkbahzam Cendawan Global e-Cendawan Jutawantani Malaysia Maya Crops & Cultivations Mydanishmushroom Projek Cendawan Tiram Saifulam Agrofarm Siswazah Tani Fatisha Tunas Alam Agrotech
Blogroll WordPress.com WordPress.org
Useful Links Direktori Penanam Cendawan FAMA Forum Bicara Jutawan Forum Cari.com.my Kelab Usahawan Tani Panduan Menanam Cendawan Blog at WordPress.com. Theme: Digg 3 Column by WP Designer
http://infocendawan.wordpress.com/
Page 5 of 5