40 Nasihat Saiyidina Ali Ibn Abi Talib

  • Uploaded by: zuhadisaarani
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 40 Nasihat Saiyidina Ali Ibn Abi Talib as PDF for free.

More details

  • Words: 559
  • Pages: 2
40 Nasihat Saiyidina Ali Ibn Abi Talib Tajuk :40 Nasihat Saiyidina Ali Ibn Abi Talib Berikut adalah 40 nasihat Saiyidina Ali Ibn Abi Talib sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh oleh Saiyidina Ali Ibn Abi Talib dan kitab Al Bayan Wattabyeen oleh Al Imam Abu Othman Amru Ibn Bahr Al Jaahidh r.a. 1. Pendapat seorang tua adalah lebiih baik daripada tenaga seorang muda. 2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran. 3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah hanya sekeping daging. 4. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin. 5. Jagailah ibubapamu, nescaya anak anakmu akan menjagai kamu. 6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah s.w.t. 7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang lebih terpencil daripada seseorang bakhil. 8. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif. Seorang jahat adalah lebih baik dari kejahatan. 9. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai, sedangkan ilmu menjaga kamu. 10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan solat. 11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam. 12. Mengajar adalah belajar. 13. Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan. 14. Insan terbahagi kepada 3 : mereka yang mengenal Allah, mereka yang mencari kebenaran dan mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran. Golongan terakhir inilah yang paling rendah dan tidak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing. 15. Insan tidak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah. 16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah. 17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat daripada mencari kesilapan orang lain. 18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya. 19. Manusia sebenarnyasedang tidur tetapi akan bangun apabila ia mati. 20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun

terbuka rahsia rahsia kebenaran itu. 21. Allah s.w.t merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batasnya. 22. Sifat seseorang itu tersembunyi disebalik lidahnya. 23. Seseorang yang membantu adalah sayapnya seseorang yang meminta. 24. Insan tidur diatas kematian anaknya tetapi tidak tidur diatas kehilangan hartanya. 25. Barangsiapa yang mencari qpq yqng tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya. 26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat. 27. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran. 28. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba. 29. Orang yang dengki, marah kepada orang yang tidak berdosa. 30. Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan. 31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan. 32. Seorang akan mendapat teladan diatas apa yang ia lihat. 33. Taat kepada perempuan (selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar. 34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelakaan yang memalukan. 35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah. 36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihatlah apa yang dikatakannya. 37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura pura. 38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan. 39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya. 40. Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerapa perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi. esok takkan sama dengan hari ini, seperti mana hari ini tak sama dengan semalam...

Related Documents

Ali Bin Abi Talib R
November 2019 59
Imam Ali Ibn Abu Talib
June 2020 20
Ali Bin Abi Thalib
November 2019 47
Ali Bin Abi Tholib.docx
November 2019 26

More Documents from "Moch Pujianto"

Hadiah Malam Jumaat
November 2019 37
Dalmation Dots
November 2019 41
Keistimewaan Wanita
November 2019 41
November 2019 31